Bab 1 Anuariza amat bersyukur kerana mendapat seorang ibu yang sangat menyayanginya, iaitu Solehah. Walaupun mereka sekeluarga hidup dalam kemiskinan, namun mereka dilimpahi kasih sayang dan kebahagiaan yang tidak pernah surut. Anuariza terpaksa bekerja mencari rezeki buat menampung keperluan keluarganya dengan menoreh getah dan mencari buahbuah kayu seperti asam kelubi di hutan paya yang penuh dengan bahaya. Adiknya Azuera melarangnya keluar ke hutan pada hari itu memandangkan hujan baru sahaja turun dan kemungkinan banyak haiwan liar berkeliaran mencari mangsa. Solehah tetap membantah dan tidak membenarkannya pergi ke kawasan itu. Anuariza mencari rezeki dengan mencari asam kelubi yang kemudian akan dijual kepada Ah Chong, satu-satunya peraih di kampung itu yang sering menawarkan harga yang tinggi untuk buah-buah kelubinya. Nek Siah pula merupakan jiran mereka yang sering membantu keluarga Solehah yang sering dalam kesusahan. Nek Siah datang untuk menjemput mereka sekeluarga ke majlis kenduri di rumahnya juga melarang Anuariza ke situ. Nek Siah menyuruh Anuariza pergi ke rumahnya bagi membantu mereka yang akan mengadakan kenduri naik rumah dan tahlil. Bab 2 Anuariza tiada jalan lain kecuali terpaksa bersetuju dengan permintaan Syed Mustafa untuk memberi kelas tuisyen kepada anaknya Syed Fariz sementara menanti keputusan STPM diumumkan. Syed Mustafa mempunyai seorang anak perempuan iaitu Syarifah Farisya yang merupakan abang Syed Fariz. Mereka anak beranak bertungkus lumus membantu keluarga Nek Siah menguruskan kenduri tersebut. Azuera kelihatan begitu cekap dengan kerja-kerjanya membasuh pinggan mangkuk, membungkus makanan untuk jiran dan menghidangkan makanan pencuci mulut manakala Syarifah Farisya sedikit kekok. Anuariza disuruh mengajar anak Syed Mustafa keesokan harinya, namun Anuariza meminta ditangguhkan sehari kerana dia bercadang untuk keluar hutan bagi memungut asam kelubi. Apabila mendengar tentang asam kelubi, Syed Mustafa menceritakan pengalamannya dahulu ketika usia remaja. Dia turut mencari asam kelubi, buah ketiau, dan buah perah bersama-sama kawannya di hutan, tetapi untuk sekadar suka-suka sahaja. Dia pernah terdengar cadangan Menteri Besar Perak untuk mengkomersialkan buah-buah kayu tersebut tetapi cadangan itu senyap begitu sahaja. Setelah larut malam dan rancak bercerita, keluarga Anuariza memohon izin untuk pulang. Bab 3 Anuariza pergi ke hutan untuk mengambil buah asam kelubi yang disorok di situ dua hari lepas kerana hujan lebat. Anuariza ditemani oleh Syed Mustafa atau Pak Syed. Pak Syed gembira melihat kecekalan dan kesungguhan Anuariza namun sedikit sebanyak dia melihat Anuariza seperti dirinya sendiri. Pak syed menceritakan kepada Anuariza, bahawa dia pernah membuat kerja sebegitu pada masa dahulu, tetapi hanya sekadar untuk suka-suka, berbanding dengan Anuariza yang mahu menyara keluarganya. Anuariza pernah diketawakan dan diejek sebagai SI BONGKOK sewaktu dia berkaki ayam menghendap di belakang sekolah kerana mahu belajar, selama berbelas tahun dahulu membuatkan dirinya tersisih daripada orang. Dia juga