Anda di halaman 1dari 1

Pengajaran kufur.

Antara pengajaran kufur dan keingkaran kepada Allah S.W.T. ialah dengan kekufuran selamalamanya manusia tidak akan mendapat petunjuk kepada jalan yang lurus. Begitu juga,dia tidak akan mendapat ilmu yang benar. Apabila dia tidak mengenal Allah, maka tidak mungkin dia dapat mengenal yang lain dengan benar. Seterusnya, akalnya akan melalui jalan-jalan yang susah dan berliku dalam segenap bidang kehidupan. Sesungguhnya akal yang tidak menuju ke arah mengenali Penciptanya tidak akan berupaya mengenali yang lain dengan betul dan tepat. Dia akan menjadi orang yang tidak tentu hala tuju. Dia akan menempuh kegagalan demi kegagalan dalam pekerjaannya. Akan binasalah akhlaknya, kemajuannya, kehidupannya, pemerintahannya dan politiknya. Dia akan manusia perosak di bumi. Dia menumpahkan darah dan mempermain-mainkan hak manusia lain. Dia mendorong dirinya kepada kehidupan dengan fikiran jahat dan perbuatan mungkar.

Di akhirat pula, di depan wajahnya akan terpampang segala penyelewengan besar dan kecil. Semua amalannya akan disaksikannya. Di hadapan mahkamah Allah S.W.T. yang adil, kesnya akan dipersaksikan oleh akal, hati, dua mata, telinga , dua kaki, dua tangan dan seluruh anggota tubuhnya.

Di dalam mahkamah yang adil itu tiada tawar menawar, tiada pujuk rayu dan tiada syafaat. Bumi, yang di atasnya dia berjalan dan tinggal, murka kepadanya kerana memaksiati Allah S.W.T.. Juga, akan murka kepadanya segala harta yang diperolehi melalui jalan haram, harta yang dibelanjakan kepada jalan haram, benda-benda yang digunakan dengan cara jahat seperti harta yang mendatangkan persengketaan dan kezaliman dan alat-alat atau kekuatan yang digunakan dengan cara paksa untuk kezaliman dan permusuhan. Semua itu akan murka kepadanya. Allah S.W.T. telah mencatatkan baginya segala kegiatan yang melampaui batas. Akan menimpa ke atasnya azab yang hina lagi keji sebagai balasan di atas kezaliman, kemaksiatan dan kemungkarannya. Hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah S.W.T.? Sesungguhnya hukum Allah S.W.T. adalah terbaik.

Anda mungkin juga menyukai