Anda di halaman 1dari 4

HIKMAH HUDUD

Sejarah telah mebuktikan bahawa hukum HUDUD adalah satu peraturan yg


bijaksana, adil, mampu mengawal kebaikan dan telah memberi jalan keluar
kpd masalah manusia. Dizaman kegemilangan Islam yg lampau orang kafir
pun menerimanya. Bagi orang beriman, hukum HUDUD dirasakan satu
anugerah yg mengandungi nikmat. Kerana ia memberi dua faedah yg besar:

1. Ia seolah-olah pagar yg mengawal tanam-tanaman dari serangan


binatang-binatang yg hendak memakannya. Yakni HUDUD membersihkan
masyarakat drp orang-orang jahat yg mahu mengganggu keselamatan dan
kebaikan insaniah dan material yg mereka telah cetuskan.

2. Bagi orang-orang yg melakukan kejahatan sama ada sengaja atau


tidak, mereka diberi jalan keluar untuk lepas dari hukuman Akhirat.
yang mana dosa yg sudah dihukum di dunia (secara HUDUD) tidak lagi
dihukum di Akhirat.
Disinilah menunjukkan betapa pentingnya perlaksanaan hudud didahului
dengan kesedaran iman dan kefahaman Islam. Sebagai pagar, maka hukum
HUDUD hanya mungkin dilakasanakan setelah segala anak benih kebaikan
selesai ditanam dan tumbuh dengan subur didalam masyarakat.Orang tidak
pernah buat pagar dulu sebelum benih-benih tanaman ditanam.
Dan lagilah tidak pernah berlaku orang yang buat pagar untuk
memagari lalang. Ertinya hukum hudud itu ditegakkan dalam masyarakat yg
sudah baik-baik demi mengawal kebaikan drp dirosakkan oleh orang-orang
jahat yg sudah tidak
dimakan ajar.
Sebaliknya, kalau hukum hudud ditegakkan dalam masyarkat yg majoriti
belum baik, maka fungsinya yg sebenar tidak akan berjalan. Sebaliknya
hudud akan
jadi ‘bala’ dalam masyarakat, yakni masyarakat akan hiruk pikuk dengan
hukum, denda, seksa dan lain-lain yg tidak kenal rehat. Hingga
masyarakat itu nampak begitu kejam dan tidak ada kedamaian dan kasih
sayang lagi.
Pagar hanya tahan mengawal dua tiga ekor lembu tapi kalau sudah
beribu-ribu ekor lembu, pagar boleh roboh dibuatnya.Sedang dalam
masyarakat yg sudah dididik iman dan taqwa, hukum hudud yg diancamkan
itu akan benar-benar memberhentikan maksiat.
Cukuplah sekali tangan seorang pencuri itu dipotong dan dipamerkan
untuk diambil pengajaran oleh orang-orang lain, maka hasilnya, tidak
berlaku lagi sebarang kecurian dalam masyarakat itu.
Tapi hari ini, masayarakat masih liar, bukan saja tangan dipotong,
kalau kepala dipotong pun nescaya tidak membuatkan orang lain “bercuti”
dari kejahatan.
Sebaliknya orang-orang jahat itu akan mengejek-ejek mengatakan Islam itu kejam, zalim dll.
ALLAH minta kita lakukan amar makruf dulu kemudian barulah nahi
mungkar. Yakni tegakkan kebaikan dulu baru cegah kemungkaran. Bukannya
ghairah sangat hendak menghukum penjahat sedangkan usaha-usaha mengajak
kebaikan tidak diberi perhatian serius.Hukum hudud yg ALLAH sudah
tetapkan dalam AlQuran adalah satu kaedah menghukum yg sungguh tinggi
nilai dan hikmahnya. Ia lebih bijak, lebih tepat dan lebih
adil dari “hudud-hudud duniawa” yg dicipta oleh manusia.
Contohnya dalam kes curi, ALLAH menetapkan hukumannya iaitu dipotong
tangan.Manakala mengikut peraturan manusia, pencuri dihukum penjara
atau denda.
Mana lebih bijak dan adil? Pencuri yg mencuri kerana sengaja bukannya
terpaksa atau terdesak, tidak akan dapat diubat penyakitnya itu hanya
dgn penjara atau
denda. Bagi pencuri yg pakar, hukuman denda mendorong dia untuk lebih
kreatif dan aktif mencuri.Maka akan lebih ramai orang yg diseksanya
kerana kehilangan harta. Oleh itu, supaya pencuri benar-benar rasa
betapa sakitnya orang-orang yg dicuri hartanya itu, sipencuri mesti
disakiti dgn kesakitan yg setimpal. Yakni hilangkan atau ‘curi’
tangannya.
Tetapi ALLAH tidak perintahkan dipotong kaki pencuri, walaupun kaki
turut terlibat dalam mencuri. Sebab potong kaki agak keterlaluan,
kerana itu mengambil atau menghilangkan kehidupan si pencuri kerana
tidak boleh bergerak lagi. Sedangkan akibat mencuri itu bukan sampai
orang yg kena curi itu tidak boleh hidup lagi. Demikianlah sukatan
hukuman hudud, ia betul-betul setimpal dan berpada dgn kesalahan
seseorang. Jelas ini menunjukkan tujuan hudud ialah agar pesalah merasa
kesakitan yg seimbang dgn kesalahannya keatas orang lain.
Jangan kita rasa hukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu sama
timbangannya dengan kekejaman yg dilakukan oleh pesalah terhadap orang
lain.Demikianlah halnya dengan hukum-hukum yg lain dalam Islam. Sudah
ALLAH sukat dan tetapkan dgn jelas dan terperinci. Ia tidak boleh
ditukar ganti, dirombak, dipinda dan dipersoalkan. Kita cuma dibenarkan
mencari hikmahnya untuk kita lebih yakin dgn hukum ALLAH.
Diantara hukuman-Nya yg telah tetap tidak boleh berubah-ubah lagi ialah

1. Hukuman pancung kpd orang yg tidak sembahyang tiga waktu berturut-turut tanpa uzur syar’i
sesudah dinasihatkan.
2. Hukum qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka.

3. Hukuman sebat kpd orang yg membuat fitnah

4. Hukuman rotan 100 kali pada penzina yg belum kahwin, direjam sampai mati pada penzina yg
sudah kahwin.

5. Hukuman rotan 80 kali kpd orang yg menuduh orang berzina tanpa bukti yg cukup.

6. Rotan 80 kali untuk peminum arak

Terhadap kesalahan-kesalahan yg ALLAH tidak tetapkan hukumannya,


cuma menyerahkan kpd bijaksana hakim untuk menjatuhkan hukuman agar
seimbang dgn
kesalahan, itu dinamakan hukum ta’zir. Yakni pesalah diberi malu.
Cara-cara memalukan itu boleh berbeza-beza bergantung kpd siapa pesalah
dan apa kesalahan. Hukuman ta’zir
yg biasa dilakukan ialah diarak keliling bandar serta diconteng
mukanya. Atau dipamerkan, didenda, dikerah kerja berat, dipenjara,
diikat ditiang tempat lalu lalang umum dll.
Tujuannya supaya dia benar-benar rasa malu dan terhina sehingga dia
serik untuk mengulang kesalahan yg dilakukannya. Perlu diingat bahawa
hukuman ini sama hebatnya dgn kesalahan yg dibuat.Jadi tak timbul
istilah kejam dsbnya. Pesalah sendiri akan mengaku nanti:
“Beginilah hebatnya kekejaman yg aku lakukan. Dan hukuman di Akhirat lebih dahsyat lagi. Biarlah
aku dihukum di dunia.”
Sebenarnya ‘hudud dunia’ ini lebih kejam. Ada orang ditangkap tanpa
dibicara. Hukum hudud bukan bermaksud menyeksa.Ia lebih bermaksud untuk
mendidik orang-orang yg tidak terdidik dgn nasihat dan tunjuk ajar.
Bila ia sakit, malu dan susah, baru dia faham yg
sikapnya itu tidak baik dan tidak patut. Baru dia dapat berfikir
tentang perasaan dan keperluan orang lain.Sebagaimana dia tidak sanggup
disusahkan, dimalukan dan disakiti, begitulah orang lain. Keinsafan ini
hanya akan timbul kalau hukuman yg dikenakan
benar-benar menyakitkan dan seimbang.
Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau kurang, ia tidak menakutkan dan
menginsafkan. Kalau lebih, akan jadi zalim dan kejam.Siapakah yg lebih
bijak dari ALLAH dalam menetapkan lebih atau kurangnya sesuatu hukuman?
Sedangkan kita hendak menghukum anak yg kita sayangkan itu pun kita
tidak pasti apakah hukuman benar-benar boleh menghentikan kejahatannya.
Susah kita hendak adil. Apa lagi terhadap orang yg tiada sangkut-paut
dgn kita. Kalau begitu, janganlah terlalu berani untuk mempertikaikan
ketetapan ALLAH!. Konon bangsa asing akan takut hudud. Inipun satu
andaian tanpa asas. Yg lebih banyak salah dari betulnya.
Sebenarnya bangsa asing yg cerdik dan rasional lebih terbuka dalam
menerima sesuatu hukuman drp orang Islam yg sudah rosak
imannya.Buktinya,orang asing boleh terima hukum penjara, hukum bunuh,
hukum sebat, hukum gantung dll yg dibuat di dunia selama ini. Kalau
hukum bunuh pun dapat diterima, masakan hukum potong tangan dan rejam
ditolak? Sedangkan kebaikan akan dapat dirasai oleh masyarakat lebih
besar darinya dari tangan yg dipotong itu.
Bahkan saya yakin orang asing itu pun suka kalau pencuri dari
bangsanya yg sudah tidak boleh diubat lagi, dipotong saja tangannya
supaya harta mereka tidak dicuri lagi dan kesejahteraan masyrakat
terjamin. Dalam sejarah Islam, hukum hudud yg dijalankan tepat mengikut
cara dan peraturan yg ditentukan oleh Islam, telah memberi kesan yg
sungguh baik.
Yakni sesudah hukuman dijatuhkan kpd pesalah yg menyerah diri,
kesalahan yg sama tidak berlaku lagi dalam masyarakat untuk beberapa
tahun. Keamanan dan
kestabilan dan ketenangan hakiki benar-benar dirasai oleh masyarakat.
Inilah berkatnya hukum ALLAH dan sempurnanya peraturan hidup
Islam.Tetapi kalau syarat-syarat tidak dipenuhi, tidak melalui tarbiah
dan asuhan yg istiqamah, memang ia nampak terlalu berat dan mustahil.
Makan nasi pun kalau tidak ikut peraturan dari awal hingga akhirnya
akan menyusahkan kita walaupun lauknya sedap. Demikianlah dgn hukum
hudud. Ia jadi rahmat kalau dilakukan ikut caranya. Tetapi akan jadi
aneh kalau diletak bukan pada masa dan tempatnya.

Anda mungkin juga menyukai