Anda di halaman 1dari 1

PANTUN DONDANG SAYANG

[Perempuan] Limau lelang di tepi lubang Petik benihnya di hujung dahan Harimau garang duduk menyangkung Kalau kau berani, lalu di depan [Lelaki] Angkut-angkut membuat sarang Jatuh berderai diatas peti Apa ditakut harimau yang garang Sebelum ajal berpantang mati [Perempuan] Tinggi, tinggi rumah Chek Long Di bawahnya dibuat kedai kain Alangkah bisa ular tedung Bolehkah di tangkap buat main? [Lelaki] Tinggi tinggi rumah Chek Long, Dibawahnya dijual air pokok, Gua tak takut ular tedung, Kerana gua ular senduk. Api-api sepanjang pantai Nibung terlentang di Tanjung Tuju, Niat di hati jikalau sampai Niat cantik tentu tertumbuh Orang kaya bersuka-suka Membuang wang tiada berhingga Kesian miskin apakah daya Tiada makan tiada belanja

*Pantun ini dilagukan dalam Dondang Sayang

Anda mungkin juga menyukai