Anda di halaman 1dari 1

5 cara untuk fokus ketika bekerja

Membahagikan kerja yang hendak dilakukan - Daripada fakta saintifik yang telah dibuat, otak seseorang tidak akan mampu menanggung beban kerja yang terlalu banyak. Untuk menambahkan fokus terhadap kerja yang anda sedang lakukan, bahagikanlah kerja yang anda ingin lakukan kepada segmen-segmen kecil. Anggarkan masa yang perlu diambil untuk menyiapkan sesuatu kerja itu. Elakkan daripada ingin menyiapkan sesuatu kerja sekali gus. Berehat sebentar - Ia adalah bukan tabiat yang buruk sekiranya anda melawat laman seperti facebook, twitter, youtube dan sebagainya. Komunikasi antara kawan atau hiburan adalah cara terbaik merehatkan otak anda yang penat bekerja.Tetapi apa yang penting adalah anda tidak banyak menghabiskan masa di lama-laman seperti itu. Cukuplah untuk merehatkan otak anda sebentar sahaja. Kemudian anda boleh fokus kembali terhadap kerja yang anda lakukan. Dengar muzik yang sesuai - Ada pendapat menyatakan bahawa mendengar muzik yang sesuai ketika melakukan kerja dapat meningkatkan fokus seseorang. Tetapi ini juga mengikut kesesuaian seseorang individu itu juga. Ada juga yang tidak selesa mendengar lagu ketika melakukan kerja. Sekiranya anda memilih untuk mendengar lagu ketika malakukan kerja, anda dinasihatkan untuk mendengar lagu-lagu yang berbentuk rancak. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada mengantuk ketika melakukan kerja apabila mendengar lagu yang berbentuk emosi. Abaikan ganguan orang lain - Musuh utama sekiranya anda ingin fokus terhadap kerja adalah gangguan daripada orang lain. Perkara ini tidak boleh dielak lebih-lebih lagi jika anda melakukan kerja di tempat orang ramai. Anda di nasihatkan untuk berkerja di tempat yang lebih sunyi atau tenang. Masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing. Ini dapat menambahkan lagi fokus terhadap kerja yang anda lakukan. Cintakan kerja yang anda lakukan - Ini juga merupakan perkara asas dalam menentukan fokus anda terhadap sesuatu kerja itu. Sekiranya anda betul-betul sukakan terhadap kerja yang anda lakukan, tiada masalah untuk anda fokus. Ia akan datang dengan sendirinya. Jika anda mungkin tidak berminat terhadap kerja yang anda lakukan, cubalah dahulu untuk meminati kerja itu kerana ia amat penting dalam menentukan fokus anda. Sekiranya tidak berjaya juga untuk meminati kerja yang anda lakukan, mugkin kerja yang anda sedang lakukan tidak bersesuaian.

Anda mungkin juga menyukai