KAEDAH ABJAD
Kaedah ini telah lama diamalkan oleh guru-guru bahasa. Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah huruf atau mengeja. Kaedah ini memberi tumpuan pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja.
Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata ini bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan kaedah mengeja.
Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf /a/ hingga /z/ (huruf kecil dan huruf besar) mengikut susunan.
Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994).
Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Walau bagaimanapun, menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985), kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar boleh didedahkan serentak. Setelah murid menghafal semua nama huruf,pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa.
Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua huruf yang mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan. Daripada suku kata itu, dibentuk perkataan, seterusnya diikuti dengan latih tubi mengeja perkataan.
Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu.
Aktiviti yang berikut perlu dilaksanakan untuk memahami kaedah abjad ini.
MENYEBUT NAMA HURUF ABJAD A HINGGA Z, HURUF BESAR DAN HURUF KECIL
Huruf kecil : Huruf vokal
a o
e u
i e
b h p
c j k q r w x
d l s y
g m n t v z
A O
E U
I E
H J K P Q R W X
F G L M N S T V Y Z
u a e u
o e
o u
ba be
bi bo
bu be
ca ca
ci co
cu ce
da de
di do
du de
fa fe
fi fo
fu fe
ga ge
gi go
gu ge
ja je
ji jo
ju je
ha he
hi ho
hu he
la le
li lo
lu le
ma me
mi mo
mu me
na ne
ni no
nu ne
pa pe
pi po
pu pe
ra re
ri ro
ru re
ta te
ti to
tu te
sa se
si so
su se
wa we
wi wo
wu we
ya ye
yi yo
yu ye
za ze
zi zo
zu ze
SEKIAN