Anda di halaman 1dari 2

HUKUM KOSINUS, atau dikenali juga sebagai peraturan kosinus, dalam

trigonometri adalah peraturan yang memberikan hubungan dalam suatu segitiga, iaitu antara panjang sisi-sisi segitiga dan kosinus dari salah satu sudut dalam segitiga tersebut. Perhatikan gambar segitiga di kanan. Peraturan kosinus menyatakan bahawa:

dengan adalah sudut yang dibentuk oleh sisi a dan sisi b, dan c adalah sisi yang berhadapan dengan sudut . Peraturan yang sama untuk sisi a dan b:

Dengan kata lain, apabila panjang dua sisi sebuah segitiga dan sudut yang diapit oleh kedua sisi tersebut diketahui, maka kita dapat menentukan panjang sisi yang lagi satu. Sebaliknya, jika panjang dari tiga sisi diketahui, kita dapat menentukan besar sudut dalam segitiga tersebut. Dengan mengubah sedikit peraturan kosinus tadi, kita peroleh:

Hukum Kosinus Pertama

Hukum Kosinus Kedua

Dalam trigonometri, ialah pernyataan tentang segitiga yang berubah-ubah. Jika sisi segitiga ialah a, b dan c dan sudut yang berhadapan dengan sisi iaitu A, B and C, maka, hukum sinus menyatakan

HUKUM SINUS

Rumus ini berguna untuk mengetahui panjang sisi yang lain dari segitiga tersebut jika 2 sudut dan 1 sisinya diketahui, masalah umum dalam teknik segitiga. Hukum ini dapat juga digunakan apabila 2 sisi dan 1 sudut diketahui; dalam kes ini, rumus ini dapat memberikan 2 nilai penting untuk sudut yang dinyatakan. Apabila hal ini terjadi, lazimnya hanya 1 hasil akan menyebabkan seluruh sudut kurang daripada 180; dalam kes lain, ada 2 penyelesaian sahih pada segitiga.

Dalam bidang matematik (geometri), TEOREM PYTHAGORAS ialah teorem yang mengaitkan ketiga-tiga sisi dalam segi tiga bersudut tepat. Menurut teorem ini, kuasa dua bagi bagi hipotenus (garisan sendeng) segi tiga bersusut tepat adalah sama dengan hasil tambah kuasa dua bagi dua sisi lain.

Katakan bahawa c ialah panjang hipotenus, manakala a dan b pula ialah panjang dua sisi yang berbaki, persamaan berikut boleh dibuat:

dan c dapat dirumuskan sebagai:

Anda mungkin juga menyukai