Anda di halaman 1dari 2

Sejarah Latihan Jeda

Latihan jeda diperkenalkan oleh ahli fisiologi Jerman iaitu Dr. Woldermar Gerscheler dan Hans Reindell pada awal tahun 1930an. Latihan jeda pada asalnya dikenali sebagai latihan daya tahan atau endurance running. Di mana, latihan ini amat mementingkan kepantasan dan daya tahan. Ia juga dikenali sebagai speed endurance. Latihan jeda dianggap sebagai salah satu kaedah yang terbaik pada penghujung musim persediaan umum dan lebih kerap digunakan dalam musim persediaan khusus.

Definisi Latihan Jeda

Latihan jeda adalah satu kaedah latihan yang berulang-alik secara berterusan dan diselang-selikan rehat yang cukup. Tujuan utama latihan ini adalah untuk menambahkan kecekapan sistem tenaga anaerobik supaya menambahkan kebolehan individu dalam prestasi yang lebih hebat. Latihan ini merupakanh latihan yang saintifik dan mengandungi latihan ulangan pada satu jarak yang ditetapkan dengan masa pemulihan di antara latihan dalam bentuk berjalan, berjogging atau aktiviti yang bersesuaian. Jeda juga bermaksud kerja dan rehat iaitu melibatkan pelaksanaan aktiviti dan di antara set aktiviti. Atlet mampu melakukan aktiviti dalam jangka masa yang panjang kerana terdapat masa pemulihan di antara ulangan. Di mana, atlet mampu memproses sistem aerobik semasa membuat masa pemulihan sebelum membuat ulangan yang berikutnya. Atlet yang menjalankan aktiviti berterusan selama 10 minit akan menghadapi masalah kelesuan yang menyebabkan atlet tersebut berhenti untuk meneruskan aktiviti. Manakala atlet yang menjalani latihan jeda,

atlet tersebut mampu mengatasi kelesuan dan dapat meneruskan aktiviti lebih daripada satu jam. Dalam latihan jeda, atlet dapat mengatasi masalah kelesuan dan memperolehi oksigen yang mencukupi. Latihan jeda adalah satu latihan yang dikawal oleh kadar denyutan nadi, iaitu merupakan satu latihan jantung. Aktiviti dan latihan ini diajar dalam bentuk-bentuk yang berlainan, yang pentingnya ialah berlari pantas dalam jarak tertentu beberapa kali atau beberapa ulangan. Latihan ini banyak diaplikasikan dalam olahraga dan sukan permainan seperti berbasikal, bola sepak dan pelbagai permainan lagi.Latihan jeda ini membantu atlet untuk mencapai kecergasan fizikal atau pada satu tahap yang tinggi dalam masa lapan minggu dengan menjalankan latihan jeda selama tiga kali seminggu.

Anda mungkin juga menyukai