Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih pengacara majlis, Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan

rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Kawan-kawan Di sebuah taman yang diberi nama Taman Seribu Bunga, terdapat pelbagai jenis bunga yang cantik dan berwarna-warni. Bunga-bunga ini hidup subur dan segar-bugar. Bunga-bunga ini memiliki keistimewaan yang tersendiri. Pada suatu hari, bunga Ros berkata dengan megahnya. Antara bunga yang banyak di sini, sayalah yang paling harum sekali. Bunga Raya pula berkata, Sayalah bunga yang paling cantik. Bunga Raya tersenyum manis. Bunga Raya jiran Bunga Ros. Bunga-bunga ini adalah sahabat baik dan tidak pernah bergaduh. Beberapa hari kemudian, Sang Petani datang ke taman itu untuk menanam sejenis bunga iaitu Bunga Tahi Ayam. Kehadiran Bunga Tahi Ayam tidak disukai oleh Bunga Ros dan Bunga Raya kerana berbau busuk. Setiap hari Bunga Tahi Ayam dicaci dan dihina oleh mereka. Bunga Ros dan Bunga Raya menghasut semua bunga yang ada di taman itu supaya tidak berkawan dengan Bungan Tahi Ayam yang berbau busuk. Bunga Ros berkata, Sejak awak ada di taman ini, habis satu taman ini berbau busuk. Betul kata awak, Bunga Ros. Bau badan Bunga Tahi ayam membuatkan saya tidak boleh tidur, kata Bunga Raya. Bunga Tahi Ayam berasa amat sedih dan malu. Dia hanya menundukkan kepalanya ke tanah. Semua bunga-bunga di taman mentertawakannya. Bunga Tahi Ayam bertambah sedih dan menangis apabila mereka menolak-nolak tubuh bunga Tahi Ayam. Namun, pada suatu pagi, Bunga Tahi Ayam menegur adik Bunga Ros. Alangkah gembiranya dia apabila senyuman dan sapaannya berbalas. Lama-kelamaan , mereka berkawan baik.

Hal ini menyebabkan Bunga Ros menjadi marah. Dia memberi amaran kepada Bunga Tahi Ayam agar tidak berkawan dengan dengan adiknya. Tetapi adiknya berdegil dan tetap mahu berkawan dengan Bunga Tahi Ayam. Adik Bunga Ros menyukai Bunga Tahi Ayam kerana sikapnya yang mengambil berat dan selalu bercerita tentang hal-hal yang menarik. Bunga Raya mengambil kesempatan untuk menghasut Bunga Ros agar membenci Bunga Tahi Ayam. Bunga Tahi Ayam tetap bersabar dan tidak bersangka buruk kepada bunga-bunga lain yang telah berbuat jahat kepadanya. Tiba-tiba, tanpa disangka, Bunga Ros telah jatuh sakit. Dia tidak bermaya. Bunga Raya tidak mahu berkawan dengannya lagi kerana Bunga Ros tidak cantik dan berbau harum lagi. Bunga Raya semakin menjauhi Bunga Ros. Bunga Ros sakit kerana kekurangan air. Tenaganya juga berkurangan . Keadaannya semakin teruk. Badannya mula layu. Bunga Raya memberitahu bunga-bunga yang lain yang bunga Ros tidak harum lagi dan berbau busuk. Bunga Ros berasa sedih mendengar kata-kata kawan baiknya itu. Dia cuba meminta bantuan Bunga Raya tetapi bunga Raya tidak mahu menolongnya. Kawan-kawan Bunga Tahi Ayam berasa kasihan dan susah hati melihat keadaan Bunga Ros yang sakit itu. Dia berdoa agar Bunga Ros cepat sembuh. Bunga Tahi Ayam memberi semangat kepada Bunga Ros agar supaya kuat dan tabah menerima dugaan. Kebaikan Bunga Tahi Ayam menyebabkan bunga Ros sedar akan keikhlasannya. Bunga Ros meminta maaf kepada Bunga Tahi Ayam yang baik hati itu. Bunga Ros sangat bersyukur kerana Bunga Tahi Ayam sudi memaaf kannya serta berkawan dengan dirinya yang tidak cantik lagi.

Apabila hujan turun dengan lebatnya, kesihatan Bunga Ros bertambah baik. Dia berasa segar. Bunga Ros sangat gembira kerana dia kembali cantik dan harum. Bunga Ros berasa sangat marah kepada Bunga Raya kerana hendak berkawan dengannya setelah ia sembuh. Dia tidak mahu berkawan dengan bunga Raya. Bunga Raya sangat menyesal dengan sikapnya yang suka menghina kawan-kawannya.. Tiada siapa yang mahu berkawan dengan Bunga Raya. Semua bunga-bunga di taman menghormati Bunga Tahi Ayam yang baik hati dan tidak sombong. Mereka suka berkawan dengannya tidak kisah walaupun Bunga Tahi Ayam berbau busuk. Kawan-kawan Semasa kita bergaul, kita haruslah menghormati orang lain. Janganlah kita menganiaya orang kerana kelak kita akan menerima padahnya. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai