Anda di halaman 1dari 1

Kaedah Oral Aural ( Dengar tutur ) Kaedah oral-aural atau kaedah dengar tutur ini menggunakan dialog untuk

k dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog dianggap realistik dan ia dilatih tubi secara berulang kali.Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik

dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul.Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar itu.

Alat pandang dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah disusun rapi. Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu adalah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga kepada gunanya. Tujuan Kaedah Oral-aural ( Dengar-Tutur )

Objektif

pengajaran bahasa mengikut kaedah ini adalah untuk membolehkan pelajar keempat-empat kemahiran bahasa, iaitu : mendengar,

memperkembangkan

bertutur,membaca dan menulis. Tetapi

dalam hal ini , mendengar dan bertutur diberi

keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan dan tulisan. Kaedah ini juga membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.

Anda mungkin juga menyukai