Anda di halaman 1dari 2

Kaedah Oral Aural ( Dengar tutur ) Kaedah oral-aural atau kaedah dengar tutur ini menggunakan dialog untuk

dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan. Latih tubi dan dialog dijalankan dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul.Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Latih tubi boleh dijalankan dengan menggunakan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal dan disediakan dengan sistematik. Sistem tatabahasa yang diberi kepada murid diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Setelah menguasai bacaan, murid diberi latihan dengan aktiviti menulis secara terkawal sebelum memulakan penulisan bebas. Objektif pengajaran bahasa mengikut kaedah ini lebih mengutamakan

kemahiran mendengar dan bertutur. Oleh itu murid ditekankan kepada aspek mendengar dan kemudiannya bertutur dengan menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi perhatian kepada intonasi yang betul. Kelebihan kaedah Oral-Aural 1. 2. 3. 4. 5. Murid akan mendengar dengan teliti apa yang disampaikan Murid boleh bertutur dengan sebutan dan intonasi yang betul Murid memberi perhatian sepenuhnya kerana khusuk mendengar cerita dan soalan yang dikemukakan Murid akan lebih berani dan berkayakinan mengutarakan jawapan dan soalan yang diajukan Murid dapat berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif terhadap topik yang dipelajari Kelemahan kaedah Oral-Aural 1. 2. Ejaan bagi setiap perkataan sukar dan tidak dapat dicam oleh murid yang lemah Makna sukar difahami bagi murid yang tridak memberikan perhatian

3. 4. 5.

Kelas pembelajaran tidak dapat dikawal jika sesuatu cerita atau topik yang disampaikan tidak menarik Murid yang tidak memahami topik pelajaran akan menjadi bosan Murid yang sederhana dan lemah tidak dapat mengeluarkan idea dan pendapat kerana sukar mamahami maksud cerita dan perkara yang disampaikan Kaedah Oral-AuralCiri-ciri : 1.Kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis. - Membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalambahasa. - Mendengar dan bertutur diberi keutamaan. Kemahiran-kemahiran inikemudiannya dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan dan tulisan. 2. Latih tubi dialog dijalankan dengan cara memberikan perhatian kepada intonasi yang betu - Guru boleh menggunakan pita rakaman untuk menekankan kepada intonansi yangbetul. Murid boleh bertutur dengan sebutan dan intonasi yang betul

3. Alat pandang dengar digunakan dengan meluas. - Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal dan disediakan dengan sistematik - Murid akan mendengar dengan teliti apa yang disampaikan 4. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunyadalam konteks yang bermakna. - Setelah menguasai bacaan, murid diberi latihan dengan aktiviti menulis secaraterkawal sebelum memulakan penulisan bebas. 5. Menekankan aspek mendengar dan kemudiannya bertutur dengan menggunakan dialoguntuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. - Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi perhatian kepadaintonasi yang betul.

Anda mungkin juga menyukai