Anda di halaman 1dari 11

PEMBENTUKAN KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

Dasar Pendidikan Negara Malaysia dibentuk berdasarkan Laporan Razak (1956) yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran (1957) dan Laporan Rahman Talib (1960) yang termaktub dalam Akta Pelajaran (1961). Ia bertujuan untuk mencapai perpaduan rakyat melalui sistem pendidikan kebangsaan dengan pelaksanaan sukatan pelajaran yang sama.

PEMBENTUKAN KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH (KBSR)

Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat persekolahan. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara. Hasil daripada kajian dan cadangancadangan mengenai sistem pendidikan diumumkan melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). KBSR terbentuk berdasarkan cadangancadangan dalam laporan tersebut.

KELEMAHAN KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH (KLSR)

Jawatankuasa Kabinet telah mengenal pasti beberapa kelemahan pada Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak kemerdekaan negara. Isi kandungan sukatan pelajaran dalam KLSR kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah. Sukatan pelajarannya mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan membosankan murid.

KELEMAHAN KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH (KLSR)

Guru dan murid selalu terdesak untuk menghabiskan sukatan pelajaran terutamanya apabila peperiksaan hampir tiba. Pengajaran dan pembelajaran selaluny berdasarkan buku teks. Ini mengehadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.

PERAKUAN DALAM LAPORAN 1979 OLEH JAWATANKUASA


Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberi penegasan kepada pendidikan dalam bidang 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. (Perakuan 2a)

PERAKUAN DALAM LAPORAN 1979 OLEH JAWATANKUASA


Untuk mencapai matlamat pendidikan bagi perkembangan individu yang menyeluruh, maka perubahan-perubahan dalam kurikulum yang disarankan di bawah ini hendaklah dilakukan:
Kurikulum sekolah rendah itu hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekelilingnya dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid-murid.

(Perakuan 57a)

FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN KBSR

Dasar Pendidikan Negara


Dasar Pendidikan Negara yang terbentuk berasaskan Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960). Jawatankuasa Kabinet (1974) mengkaji semula dasar pendidikan yang sedia ada. Laporan jawatankuasa tersebut yang mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR).

FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN KBSR

Cita-cita & Ideologi Negara


Pembentukan KBSR yang berkait rapat dengan hasrat negara untuk mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum berpandukan Rukun Negara. Kurikulum perlu mempunyai unsur-unsur yang mampu membentuk peribadi dan perwatakan pelajar ke arah perpaduan negara. Kurikulum yang seragam telah menjadi pertimbangan asas dalam pembentukan KBSR.

FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN KBSR

Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah


Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah amat menitikberatkan faktor kehendak individu. Pelaksanaan KBSR perlu berlandaskan ideologi yang memberikan pendidikan secara menyeluruh demi perkembangan murid-murid yang seimbang. Murid-murid dapat memperoleh pengetahuan yang sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan diri mereka, membentuk akhlak yang mulia, memelihara kesihatan tubuh dan memupuk segala minat dan bakat murid-murid.

FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN KBSR

Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah


Penguasaan Bahasa Melayu yang memuaskan, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan & bahasa rasmi negara. Menguasai kemahiran bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar di sekolah rendah. Menguasai asas-asas kemahiran mengira. Berupaya memahami, membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Mempunyai pengetahuan dan peka terhadap manusia & alam sekitar.

FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN KBSR

Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah


Membina sikap berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohanian berlandaskan Rukun Negara serta menjadikannya asas amalan hidup. Bergaul, menghargai hak orang lain dan mempunyai semangat kerjasama & toleransi. Mengembangkan bakat, daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan serta meningkatkan kebolehan diri. Meminati, memahami, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional.

Anda mungkin juga menyukai