Anda di halaman 1dari 4

Anda ialah Pengerusi Kelab Kesenian.

Anda akan menyampaikan ucapan dalam satu Majlis Ramah Mesra sempena pengambilan ahli baharu. Tulis ucapan anda selengkapnya. Rangka karangan; 1 Ucapan selamat, terima kasih 2 Kelab ditubuh tahun 2004 hasil usaha Cikgu Mahani dan Cikgu Kamarul 3 Tujuan untuk merapatkan remaja dengan seni warisan bangsa 4 Mesyuarat pertama pada 5 Januari 2004 5 Aktiviti yang diadakan ialah pameran kebudayaan, pertunjukan kesenian, pesta tanglung dan malam kebudayaan 6 Kegiatan dirancang untuk melatih anggota berdisiplin, bekerjasama, berdikari dan sebagainya 7 Bakat dapat dicungkil dan daya kreativiti dapat ditingkatkan 8 Usaha ini dapat membanteras gejala vandalisme 9 Saranan menyertai kelab kepada yang belum terlibat 10 Harapan terus maju dan berganding bahu Contoh Karangan Yang Berusaha Encik Adam bin Majid, Guru Besar, yang dihormati guru-guru, serta rakan-rakan sekalian.Terima kasih atas kesudian hadir dalam Majlis Ramah Mesra ini sempena pengambilan ahli kelab baru. Penubuhan kelab ini pada tahun 2004 adalah hasil usaha Cikgu Mahani dan Cikgu Kamarul.Mereka bercita-cita tinggi untuk melahirkan remaja yang kreatif. Penubuhan kelab ini diharap dapat merapatkan remaja dengan kesenian warisan bangsa. Kelab ini telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada 5 Januari 2004. Dalam mesyuarat tersebut, anggota-anggota jawatankuasa telah dilantik. Saya dan semua anggota jawatankuasa telah merangka beberapa kegiatan.Antara kegiatan termasuklah menganjurkan pameran kebudayaan bersempena dengan Majlis Anugerah Cemerlang, pertunjukan kesenian sempena Hari Guru , Pesta Tanglung dan Malam Kebudayaan 2004. Hadirian sekalian, Kegiatan tersebut dirancang dengan tujuan untuk melatih anggota kelab agar bekerjasama, berdisiplin, berdikari, yakin diri dan sebagainya.Sehubungan dengan itu, diharapkan agar suatu ketika nanti akan lahirlah anggota masyarakat yang berwawasan dan menghargai warisan bangsa. Selain itu, bakat semulajadi ahli kelab dapat dicungkil dan daya kreativiti mereka dapat ditingkatkan. Kelab ini juga dapat membantu usaha membanteras gejala vandalisme kerana masa lapang mereka telah diisi dengan kegiatan yang berfaedah. Saya menyeru kepada yang belum menyertai mana-mana kelab agar menyertai kelab kesenian ini. Mudah-mudahan kita dapat menjadi orang yang lebih berjaya dalam aspek jasmani dan rohani. Akhir sekali, sebelum saya mengundurkan diri, saya berharap agar kelab ini terus maju dan semua anggotanya sentiasa berganding bahu menjayakan setiap kegiatan yang disusun. Sekian, terima kasih.

Anda akan berpindah sekolah kerana bapa anda ditukarkan di Jabatan lain di Johor.Anda dikehendaki menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan yang dirancang oleh guru dan rakan-rakan anda. Tulis teks ucapan anda selengkapnya Rangka karangan; 1 Ucap selamat dan terima kasih 2 Maklum berpindah ke Johor 3 Berat hati berpindah mengikut bapa 4 Masyarakat Terengganu peramah dan suka menolong 5 Semangat kejiranan menambat hati 6 Guru yang baik hati dan menyuntik minda dengan ilmu 7 Harapan agar hubungan terus terjalin 8 Akan terus mengirim surat 9 Mohon ampun dan maaf 10 Terima kasih ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------Contoh Karangan Selamat sejahtera diucapkan kepada Cikgu Hamat, Yang Berusaha Puan Halimah, Guru Kelas 6 Melur, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk berucap pada majlis yang bersejarah ini. Sebenarnya saya tidak menyangka bahawa rakan-rakan akan mengadakan majlis perpisahan untuk saya. Terima kasih untuk kalian yang sudi mengadakan majlis untuk saya. Guru-guru dan rakan-rakan yang budiman, Saya akan berpindah ke Johor pada minggu hadapan. Hari ini ialah hari terakhir saya di sekolah ini.Saya berasa berat hati untuk meninggalkan rakan-rakan namun, saya terpaksa mengikut keluarga saya yang akan bertukar ke Johor. Ayah saya telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke jabatan lain di Johor Bahru. Selama saya di sini, banyak yang telah saya pelajari tentang masyarakat di negeri Terengganu. Mereka peramah dan suka menolong. Mereka juga sangat mementingkan kekeluargaan dan kejiranan. Itulah yang membuatkan hati saya tertambat di sini. Rakan-rakan pula banyak membantu saya dalam pelajaran dan kehidupan. Begitu juga dengan guru-guru yang baik hati dan tidak jemu-jemu menyuntik minda kami dengan ilmu yang berguna. Jasa para guru dan rakan akan tetap terpahat di hati saya. Rakan-rakan yang dikasihi, Walaupun saya akan berpindah dan mungkin tidak akan berjumpa lagi dengan teman-teman di sini, tetapi saya berharap agar hubungan kita tetap terjalin. Janganlah hendaknya rakan-rakan sekelas melupai saya setelah saya jauh di mata. Saya juga akan mengirim surat setelah berada di sana nanti. Akhir sekali, ampun dan maaf saya pohonkan kepada guru-guru dan rakanrakan jika terdapat salah, silap dan keterlanjuran kata selama saya di sini. Sekian, terima kasih.

Andaikan anda seorang Pegawai Jabatan Bekalan Air. Anda dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang pentingnya air kepada penduduk kampung. Tulis teks ceramah anda selengkapnya. Rangka karangan; 1 Ucap selamat 2 Terima kasih atas undangan untuk menyampaikan ceramah. 3 Bumi terdiri daripada 70 peratus air dan 30 peratus daratan 4 Kita mestilah berjimat ketika menggunakan air 5 Gunakan air hujan untuk aktiviti seharian 6 Pertambahan penduduk menyebabkan peningkatan penggunaan air 7 Kebocoran pili juga menyebabkan pembaziran air 8 Laporkan kebocoran kepada Jabatan Bekalan Air 9 Berjimatlah menggunakan air 10 Jadilah warganegara yang bertanggungjawab. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------Contoh Karangan. Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Encik Ramli, pegawai-pegawai, penduduk kampung serta anak-anak sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera. Terlebih dahulu jutaan terima kasih saya ucapkan atas kesudian mengundang saya menyampaikan ceramah tentang pentingnya air dalam kehidupan kita seharian. Hadirin yang dihormati, Walaupun kita beranggapan 70 peratus daripada bumi ini diliputi air dan 30 peratus sahaja yang terdiri daripada daratan, kita sebenarnya lupa bahawa daripada sejumlah air yang sebegitu banyak, hanya 2.5 peratus adalah air tawar yang dapat diminum dan digunakan manakala selebihnya ialah air masin. Oleh sebab itu, kita mestilah berjimat ketika menggunakan air. Jangan mandi terlalu lama kerana ini melibatkan pembaziran air yang banyak.Selain itu, kita juga dinasihatkan agar menggunakan mesin basuh hanya apabila membasuh banyak pakaian. Bagi menyiram pokok, mencuci longkang dan kereta pula, gunakanlah air hujan yang ditadah di dalam tempayan atau bekas plastik besar. Ada banyak faktor mengapa kita harus berjimat ketika menggunakan air, misalnya pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan permintaan air meningkat secara mendadak dan kemungkinan besar empangan akan cepat surut terutamanya ketika musim kemarau panjang. Mungkin pada waktu itulah kita akan mulai terngadah kerana kekurangan air. Secara puratanya kita banyak menggunakan air untuk kegiatan harian seperti mandi, mengepam tandas, mencuci pakaian, pinggan mangkuk, kenderaan dan sebagainya termasuklah permaidani, jika dibandingkan dengan air yang kita gunakan untuk minum, iaitu hanya 2 hingga 5 liter sehari. Selain itu, pili bocor atau pili yang tidak diputar ketat turut menyebabkan pembaziran air. Sekiranya dibiarkan menitis sehari suntuk, kita telah membuang antara 70 hingga 80 liter air. Bayangkanlah berapa banyak pembaziran air akibat sikap manusia yang tidak prihatin. Oleh itu, apabila berlaku kebocoran air, teruslah membuat laporan ke Jabatan Bekalan Air yang terdekat. Air amat penting, jadi berjimatlah ketika menggunakan air walau di manamana sahaja. Jadilah warga yang bertanggungjawab. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai