Anda di halaman 1dari 1

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana BUKU LAPORAN LATIHAN INDUSTRI ini telah dapat disiapkan dengan jayanya. Di atas kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua pihak yang telah memberi saya peluang dan ruang dan menyumbangkan diri untuk melibatkan diri secara langsung atau tidak lansung dalam menyiapkan buku laporan ini. Penghargaan ini ingin saya tujukan khas pada: Pertama sekali kepada TELEKOM MALAYSIA BERHAD yang sudi menempatkan saya untuk latihan industri di Property Operation dalam bahagian Mekanikal. Ucapan jutaan terima kasih pada Encik Siong Kuong Ming selaku Assistant General Manager, Encik Adenan bin Haji Piee selaku Pengurus Projek dan ketua di bahagian Mekanikal serta semua kakitangan Property Operation terutamanya dalam bahagian Mekanikal yang telah banyak membantu saya dalam menjalani latihan industri ini. Segala bimbingan dan tunjuk ajar dari pihak tuan amatlah saya hargai dan akan saya jadikan panduan pada masa akan datang. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada pensyarahpensyarah dan kakitangan Unit Latihan Industri Politeknik Kota Kinabalu yang telah banyak memberi panduan bimbingan moral dan tunjuk ajar sepanjang menjalani latihan industri dalam usaha saya menjalani latihan industri dan menyiapkan laporan ini. Di sini saya ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih pada ibu bapa saya sangat kasihi kerana memberi ruang dan memahami situasi saya sepanjang saya menyiapkan laporan ini. Segala sumbangan moral, doa dan kewangan amatlah saya hargai. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sama menjalani latihan industri yang telah banyak membantu membri sumbangan idea dan cadangan- cadangan yang amat membantu diri saya tidak kira semasa menjalani latihan industri mahupun ketika menyiapkan laporan industri ini. Akhir kata dari saya pada semua yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung selama 6 bulan ini ribuan terima kasih saya ucapkan. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai