Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH
MOHAMAD HELMI BIN MOHD IMRAN
(10DIP13F1055)
DI

BC COMPUTERS TECHNOLOGY
17, Lorong Murni 6, Taman Desa Murni,
13800 Sungai Dua, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Buku laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Teknologi Maklumat &


Komunikasi Politeknik Seberang Perai sebagai memenuhi sebahagian dari
syarat Penganugerahan Sijil / Diploma Kejuruteraan Politeknik Kementerian
Pendidikan Malaysia

POLITEKNIK SEBERANG PERAI


DISEMBER 2015

DEDIKASI
Assalamualaikum WBT
Disini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan laporan akhir latihan
industri ini. Khususnya buat ayahanda Mohd Imran Bin Abdullah serta bonda
tersayang Yusliza Binti Othman, rakan seperjuangan saya yang banyak membantu
saya memberi sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan laporan ini.
Kemudian, terima kasih kepada pensyarah Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
yang banyak membantu saya dalam hal yang berkaitan latihan industri ini. Terima
kasih diatas pergorbanan pensyarah yang membantu saya sepanjang menjalani
latihan industri.
Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada Mr. Ang Beng Chuan selaku
Pengurus di kedai BC COMPUTERS TECHNOLOGY kerana memberi peluang dan
menerima saya sebagai pelajar latihan industri di syarikat ini. Dan buat staf-staf serta
kerani BC COMPUTERS TECHNOLOGY juga, terima kasih diatas tunjuk ajar
kalian. Sesungguhnya, menjadi pelajar industri adalah suatu pengalaman yang
menyeronokkan.

TERIMA KASIH SEMUA

PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
izin-Nya, dengan ini saya Mohamad Helmi Bin Mohd Imran
(10DIP13F1055) siswa Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang yang
mengikuti kursus Diploma Teknologi Maklumat Pengaturcaraan
(DIP) telah berjaya menamatkan sesi Latihan Industri di sebuah
kedai BC COMPUTERS TECHNOLOGY selama dua puluh minggu
yang bermula dari 30 November 2015 sehingga 15 April 2016
seperti

yang

telah

disyaratkan

lulus

latihan

industri

untuk

penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik.


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
dan

setinggi

penghargaan

kepada

seluruh

kakitangan

BC

COMPUTERS TECHNOLOGY terutamanya kepada Mrs. Ang Beng


Chuan selaku pengurus kedai yang sudi menerima saya sebagai
pelajar praktikal disini.
Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada seluruh kakitangan
BC COMPUTERS TECHNOLOGY yang telah banyak memberi tunjuk
ajar, bimbingan dan berkongsi ilmu mengenai selok belok kerja dan
tugas yang harus saya lakukan sepanjang saya menjalani latihan
industri di kedai tersebut. Tanpa bantuan mereka sudah pasti saya
tidak dapat menjalani latihan industri ini dengan jayanya seperti ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pihak Politeknik terutamanya kepada para pensyarah di
Unit Perhubungan Dan Latihan Industri kerana telah memberi
kelonggaran kepada saya untuk mencari sendiri tempat untuk
melakukan latihan industri. Begitu juga dengan nasihat dan tunjuk
ajar dengan mengadakan sesi taklimat untuk menjalani Latihan
Industri dan kaedah penyediaan untuk menyiapkan sebuah buku

laporan Latihan Industri yang lengkap dan memenuhi kriteria yang


ditetapkan.
Sekalung budi ditujukan kepada semua pensyarah di Jabatan
Teknologi Maklumat & Komunikasi, Politeknik Seberang Perai
khususnya kepada pensyarah akademik latihan industri saya
iaitu Pn

Farrah

Waheda

Binti

Abdullah

kerana

telah banyak

memberikan sokongan, bantuan, semangat dan nasihat kepada


saya dan rakan-rakan sekelas sebelum kami menjalani latihan
industri. Tidak lupa juga kepada semua pegawai latihan industri
kerana telah menguruskan tempat latihan kami. Akhir sekali, jutaan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang membantu
saya sehingga terhasilnya laporan ini. Semoga Allah sahaja yang
dapat membalasnya.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai