Anda di halaman 1dari 4

BAB 8

KOMEN DAN CADANGAN

8.1

KEPADA PIHAK ORGANISASI

Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) telah mengambil pelbagai


langkah dan inisiatif yang sistematik bagi membolehkan proses latihan industri
pelajar berjalan dengan sempurna dan lancar. Cadangan dan saranan ini juga
ditujukan kepada tempat saya menjalani latihan industri iaitu BC COMPUTERS
TECHNOLOGY. Namun, mungkin terdapat sedikit kelemahan dan kekurangan yang
terlepas pandang dalam beberapa aspek yang bakal saya utarakan nanti. Terdahulu
saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat perkara-perkara yang menyinggung
perasaan mana-mana pihak yang terlibat, terutama sekali kepada pihak BC
COMPUTERS TECHNOLOGY. Antara cadangan saya kepada BC COMPUTERS
TECHNOLOGY ialah:
1. Mewujudkan satu rangka kerja atau jadual tugasan bagi semua kakitangan
dan pelajar praktikal supaya segala tugasan yang perlu dilakukan dapat
diselaraskan mengikut masa dan bilangan tenaga kerja yang dilakukan.
2. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara menyeluruh mengenai proses
kerja yang bakal dilaksanakan oleh pelatih.
3. Mewujudkan satu garis panduan terhadap setiap langkah atau prosedur kerja
yang dilakukan oleh pelatih supaya sebarang kesilapan dan kelewatan dapat
dielakkan.
4. Menambah bilangan pekerja kerana terdapat banyak kerja dan tenaga kerja
kurang. Jadi disebabkan hal itu, ada kerani yang menanggung kerja yang
banyak.
5. Sentiasa tegas dengan masa kerja. Contohnya, sentiasa datang tepat pada
masa dan tidak membuang masa kerja dengan melakukan perkara yang tidak
berkaitan dengan peladang.

8.2

KEPADA PIHAK POLITEKNIK

Kursus Latihan Industri telah memberi kesan yang amat positif kepada
pelajar untuk meningkatkan mutu hasil kerja. Pelajar dapat pendedahan kepada
situasi sebenar proses pengoperasian, pembangunan dan pengurusan di tempat kerja.
Pelajar juga dapat menimba pengalaman dalam mempelajari pelbagai teknik seperti
menyelesaikan masalah, menyumbang buah fikiran, bekerja secara kumpulan,
mendisiplinkan diri dan sebagainya. Selain daripada itu, ia juga mampu melahirkan
graduan yang cemerlang dan sentiasa berfikiran terbuka, berinovasi, bijak
berkomunikasi serta berdaya saing. Tetapi bagi pendapat saya masih ada beberapa
kelemahan terhadap latihan industri. Oleh itu, saya ingin mengemukakan beberapa
cadangan untuk menambah lagi kemantapan latihan industri. Antara cadangan saya
ialah:
1

Pihak PSP disyorkan supaya mengumpul maklumat mengenai tempat-tempat


yang kebiasaannya menjadi pilihan pelajar untuk menjalani latihan industri
agar dapat dipastikan bahawa premis berkenaan betul-betul akan memberi

manfaat yang berguna kepada pelajar kelak.


Pihak penyelaras latihan industri PSP sepatutnya perlu lebih kerap membuat
lawatan ke organisasi tempat pelajar menjalani latihan industri. Keadaan ini
bagi membolehkan pihak terlibat mengikuti perkembangan semasa pelajar
disamping mengetahui segala kesulitan yang dihadapi.

Mengadakan ceramah Latihan Industri lebih berkesan dan terperinci sebelum


pelajar menjalani Latihan Industri.

Sentiasa menghubungi pihak firma untuk mengetahui perkembangan dan


keadaan serta tingkah laku pelajar. Sekiranya dalam masa tersebut pelajar
didapati membuat perkara yang melanggari peraturan maka tindakan disiplin
yang tegas perlu dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai