Anda di halaman 1dari 5

PERAKUAN PELAJAR

“Saya akui Laporan Akhir Latihan Industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan.”

Disediakan oleh :

………………………………...

Tarikh :

Nama Pelajar : ERNIE STEFENIE PAYUNG ANAK LAURRENCE

No. Pendaftaran : K851EBAK008


PENGHARGAAN

Bersyukur saya kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya,

dengan ini saya Ernie Stefenie Payung Anak Laurrence (K851EBAK008) pelajar Kolej

Vokasional Sibu yang mengikuti kursus Diploma Perakaunan (DIP) telah berjaya

menamatkan sesi Latihan Industri di Pelita Towerview Sdn Bhd dengan jayanya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi

penghargaan kepada seluruh kakitangan Pelita Towerview Sdn Bhd terutamanya

kepada Mdm Teng selaku pemangku pengurus besar yang sudi menerima saya

sebagai pelajar praktikal disini.

Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada seluruh kakitangan Pelita

Towerview yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan dan berkongsi ilmu

mengenai selok belok kerja dan tugas yang harus saya lakukan sepanjang saya

menjalani latihan industri di syarikat tersebut. Tanpa bantuan mereka sudah pasti saya

tidak dapat menjalani latihan industri ini dengan jayanya seperti ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kolej

terutamanya kepada para pensyarah di Unit Perhubungan Dan Latihan Industri kerana

telah memberi kelonggaran kepada saya untuk mencari sendiri tempat untuk

melakukan latihan industri. Begitu juga dengan nasihat dan tunjuk ajar dengan

mengadakan sesi taklimat untuk menjalani Latihan Industri dan kaedah penyediaan

untuk menyiapkan sebuah buku laporan Latihan Industri yang lengkap dan memenuhi

kriteria yang ditetapkan.


Sekalung budi ditujukan kepada semua pensyarah di Jabatan Perakaunan, Kolej

Vokasional Sibu, khususnya kepada pensyarah latihan industri saya iaitu Cik Jennifer

dan Puan Fauziah kerana telah banyak memberikan sokongan, bantuan, semangat dan

nasihat kepada saya dan rakan-rakan sekelas sebelum kami menjalani latihan industri.

Tidak lupa juga, kepada keluarga tercinta ibu ayah, dan juga adik beradik tanpa

sokongan mereka, saya tidak mungkin berjaya dalam menjalankan Latihan Industri ini.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima

kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung

dalam penghasilan buku laporan saya ini.

Sekian, terima kasih.


SENARAI RAJAH

SENARAI JADUAL

SENARAI LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai