Anda di halaman 1dari 10

Bentuk dan Ruang

BENTUK-BENTUK 3 DIMENSI

bentuk2
cube = kubus cuboid = kuboid square base pyramid = piramid tapak segi empat tepat cone = kon triangular prism = prisma segitiga triangular based pyramid = piramid tapak segi tiga cylinder = silinder sphere = sfera

Perbandingan dan klasifikasi ciri-ciri pepejal 3-dimensi

Bilangan Pepejal Bentuk Permukaan

Bilangan Sisi

Bilangan Bucu

Kubus

12

Kuboid

12

1 Sfera

Kon

silinder

Piramid tapak segiempat sama

Piramid tapak segiempat tepat

Prisma

Kubus Kubus adalah pepejal yang mempunyai enam permukaan segiempat sama, dua belas sisi dan lapan bucu. Kuboid Kuboid adalan pepejal 3 dimensi yang Sfera Sfera ialah pepejal membulat dan titik-titik pada permukaannya adalah sentiasa sama jarak daripada pusatnya. Kon Kon adalah pepejal 3 dimensi dengan tapaknya me,bulat dan bucunya terletak secara menegak dengan tapak pusatnya. Silinder Silinder ialah pepejal geometri dengan permukaan melengkung dan dua muka hujung membulat yang selari. Tingginya adalah jarak serenjang di antara dua tapak. Piramid Piramid ialah pepejal geometri yang mempunyai tapak berbentuk polygon dan muka segi tiga yang sendeng yang bertemu pada satu titik yang dinamakan bucu. Bucu sebuah pyramid tegak adalah secara menegak di atas pusat tapaknya. Prisma Prisma adalah geometri dengan keratin rentas yag seragam. Kedua-dua muka hujung adalah selari dan kongruen. Prisma dinamakan berdasarkan bentuk tapaknya.

PENGHARGAAN Assalamualaikum w.b.t. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianNya masih memberi kami kesempatan untuk meneruskan kehidupan serta kesihatan yang baik sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus pendek (KKP) Literasi Nombor (WAJ 3105). Alhamdulillah, sepuluh jari kami tadahkan tanda memanjatkan kesyukuran kepadaNya kerana sepanjang kami berempat melakukan tugasan ini segalanya telah berjalan dengan lancar dan selamat. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Tn. Hj. Abd. Samat bin Taib yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang melakukan dan menyiapkan tugasan ini. Segala tunjuk ajar dan nasihat beliau telah sedaya upaya kami praktikkan dan aplikasikan dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa bimbingan beliau, sudah pasti tugasan ini tidak akan berjaya dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan dan banyak kesulitan yang kami alami. Banyak perkara baru yang kami dapat melalui bimbingan beliau sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, tidak lupa juga kepada rakan-rakan kami yang sanggup berkongsi maklumat serta meluangkan masa yang bagi membantu dan bekerjasama menjayakan tugasan ini sehingga berjaya. Segala bimbingan rakan-rakan juga telah sedikit sebanyak mengajar kami erti bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain dan paling penting mengajar tentang perlunya berbincang dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Segala idea yang disumbangkan melalui perbincangan telah banyak membantu kami berempat dalam menyiapkan kerja kursus ini. Perkara yang kami rasa paling bermakna sepanjang menyiapkan kerja kursus ini ialah kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai ruang dan bentuk iaitu bentuk-bentuk dan ciri-ciri geometri pepejal 3 dimensi dan yang paling memberi kesan kepada kami ialah tentang tajuk penyelesaian masalah menggunakan Model Polya. Sedikit sebanyak, segala pencarian ilmu yang telah kami lakukan dan bincangkan bersama-sama dalam kumpulan berempat ini diharapkan dapat membantu kami untuk menjadi seorang yang lebih berilmu dan berpengetahuan. Sekian,terima kasih.
1

REFLEKSI OLEH SITI HAJAR BINTI MOHAMAD

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya, berjaya juga saya dan rakanrakan sekumpulan menyiapkan kerja kursus pendek ini. Berkat kerjasama dan sikap saling membantu ahli kumpulan saya, tugasan ini dapat disiapkan pada tarikh yang ditetapkan dengan jayanya. Bantuan daripada pensayarah kami, En. Ahmad Poad bin Mohd Said ternyata amat membantu dalam kami menyelesaikan tugasan ini.Sesungguhnya tugasan yang diberikan kali ini mungkin kelihatan mudah namun jujur saya akui, secara peribadi tugasan ini amat mencabar kerana memerlukan saya

memahami teknik penyelesaian masalah yang diperkenalkan Model Polya serta strategi-strategi menyelesaikan masalah dengan baik. Sebelum menjalankan tugasan ini, saya hanya berpendapat bahawa menyelesaikan masalah matematik hanyalah sekadar menyelesaikan masalah. Sekadar mencari apakah jawapan bagi soalan yang ditanya. Jujur saya katakan, tidak pernah saya terfikir bahawa menyelesaikan masalah mempunyai langkah-langkah dalam menganalisis maklumat dan merancang strategi. Semasa menjalankan tugasan ini pula, saya mula mengetahui dengan lebih lanjut tentang langkah-langkah penyelesaian masalah Model Polya. Tentang bagaimana penyelesaian masalah harus dimulakan dengan pemahaman tentang masalah, merancang strategi tentang masalah, implementasikan strategi yang dirancang dan mengimbas kembali. Saya juga mula belajar menggunakan strategi-strategi yang ternyata memudahkan lagi langkah penyelesaian masalah. Antaranya ialah teka dan semak, menetapkan maklumat dalam carta, jadual atau graf,melihat kepada susunan,mempermudahkan masalah,simulasi atau melakonkan melukis rajah dan menggunakan kaedah songsang. Dan segala maklumat yang saya dapat ini telah saya dan rakan sekumpulan aplikasikan bagi menyiapkan tugasan kami. Apabila berjaya menyiapkan tugasan ini saya dapat simpulkan bahawa tajuk menyelesaikan masalah amat menarik. Saya mula belajar dari bawah bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Saya juga dapat lihat, jalan kerja menyelesaikan masalah saya juga lebih teratur kerana Model Polya memberikan saya cara yang lebih berkesan dan efisien untuk menyelesaikan masalah kerana seperti diketahui umum ianya mempunyai empat fasa penyelesaian. Saya juga dapat simpulkan bahawa untuk menyelesaikan sesuatu masalah matematik, wujud pelbagai cara dan jalan. Jadi kita seharusnya berfikiran lebih kreatif dan tidak hanya menggunakan jalan kira biasa untuk menyelesaikan sesuatu masalah matematik.

REFLEKSI OLEH SITI NURHAFIZAH BINTI MAT SAEI Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek Matematik Asas (MT 2311D1) pada masa yang ditetapkan. Saya rasa amat bersyukur kerana dapat sekumpulan dengan Siti Hajar binti Mohamad dan juga Mohd Amirul Hairin bin Mohd Hanafi. Jutaan terima kasih kepada mereka berdua kerana mereka telah memberikan kerjasama yang cukup membanggakan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Tajuk tugasan Matematik Asas ini ialah Strategi Menyelesaikan Masalah dengan menggunakan model Polya. Pensyarah kami iaitu Encik Ahmad Poad bin Mohd Said telah memberikan maklumat yang cukup lengkap dan tepat kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Dalam tugasan ini, kami telah mencari informasi daripada pelbagai sumber seperti buku-buku yang kami pinjam dari perpustakaan dan juga menggunakan sumber internet. Menurut Model Polya (1973), terdapat empat fasa penyelesaian masalah matematik yang merangkumi pemahaman tentang masalah, merancang strategi tentang masalah, implementasikan strategi yang dirancang dan mengimbas kembali. Dalam setiap fasa penyelesaian masalah, beberapa soalan ditanya atau cadangan untuk membantu para pelajar memahami masalah serta mendapat penyelesaian tentang masalah tersebut. Bagi saya, tugasan ini cukup mencabar kerana ia memerlukan konsentrasi yang begitu tinggi terhadap setiap soalan yang kami cuba selesaikan dalam tugasan ini. Sepanjang menyiapkan tugasan ini juga, pelbagai masalah telah kami hadapi. Terutamanya apabila kami dikehendaki membuat tugasan ini dalam cuti pertengahan semester. Hal ini telah menyebabkan kami sukar untuk berbincang kerana masingmasing tinggal berjauhan. Tapi, Alhamdulillah berkat kerjasama dan kesabaran antara ahli kumpulan kami menjadikan halangan sebagai satu motivasi untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Dalam menyiapkan tugasan ini juga, banyak ilmu dan pengetahuan baru yang telah kami dapat. Hal ini menjadikan kami lebih faham terhadap subjek ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kumpulan kami dalam menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.

RUJUKAN

Mohd. Uzi Dollah. (2006). Pengajaran dan pembelajaran matematik melalui Penyelesaian masalah. Hulu Kelang, Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Musser,Gary L. (2006) . Mathematics for elementary teachers : a contemparory approach. United States of America : John Wiley & Sons,Inc. Randall I. Charles & friends. (2002). Scott foresman-addison Wesley MATH. United States of America : Person Educations, Inc.

http://jabatanmatematikipgkbm.blogspot.com/2011/02/model-penyelesaian-masalahpolya.html http://ahmadfadzli1979.blogspot.com/2010/10/startegi-penyelesaian-masalah-di.html

http://www.oocities.org/gardner02_6/p.ilmiah.htm

Anda mungkin juga menyukai