Anda di halaman 1dari 2

Bagi penjagaan ikan arowana ini, khasiat pemakanan ikan adalah penting bagi memastikan ikan mendapat keperluan

nutrient yang betul dan mencukupi. Setiap makanan yang di berikan kepada ikan arowana perlulah di teliti dan di perincikan terlebih dahulu sebelum diberikan kepada ikan. Hal ini penting kerana ikan arowana perlu mendapatkan keperluan nutrient yang cukup untuk memastikan ikan arowana sentiasa sihat dan bersisik cantik. Bagi memastikan ikan arowana mendapat keperluan nutrient melalui pemberian makanan kepada ikan arowana boleh diberi makanan yang segar ataupun berbentuk pallet. PemakananBagi induk ikan, makanan perlu diberi dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang dengan jenis makanan rumusan terapung yang mengandungi protein sebanyak 35 peratus atau makanan jenis hidup seperti cengkerik, anak ikan dan udang gantung. Anak ikan yang telah berenang bebas dalam akuarium pula perlu diberi makan anak-anak ikan jenis lain seperti Gambusia affinis yang bersaiz 1-2 cm. Pemberian makanan yang segar ini seperti cengkerik. Cengkerik kaya dengan kandungan protein dan kitin. Ia sesuai diberi makan kepada arowana kerana kitin membantu tumbesaran dan mencantikkan warna ikan. Cengkerik juga sangat baik digunakan untuk merangsang pembangunan warna arowana khsusnya bagi jenis ini merah dan keemasan arowana superred juga disebabkan oleh kandungan betacarotene yang ada pada serangga ini. Pilih cengkerik muda untuk memberi makan keudahan ini.cengkerik di berikan kepada ikan arowana bukan sahaja sebagai makana semula jadi ikan ini tetapi juga sebagai agent pemindahan nutrient yang di perlukan oleh ikan, seperti contoh jika cengkerik diberikan makanan seperti vitamin B yang ada pada lobak merah ianya akan di pindahkan secara tidak langsung kepada ikan arowana tersebut. Selain pemberian cengkerik, belalang juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Walaupun belalang susah untuk didapatkan, tetapi belalang dipercayai mempunyai khasiat yang mampu merawat penyakit pada peringkat awal secara semula jadi. Walau bagaimanapun, belalang yang ditangap dari sawah atau padang sahaja paling sesuai digunakan untuk makanan arowana kerana ia tidak mengandungi racun. Penggunaan udang juga sesuai diberikan kepada arowana kerana kandungan protein dan kitinnya yang tinggi. Kitin yang terdapat dalam kulit udang juga berkhasiat dan dapat menjadikan warna arowana lebih menarik. Udang yang biasa digunakan ialah udang laut yang telah disejukbekukan. Udang air tawar hidup juga boleh diberikan sebagai makanan ikan. Fungsi makanan ini dapat mempercepat tumbesaran dan menyerlahkan warna asal ikan. Selain itu, pemberian ulat gamdum juga di berikan kepada ikan arowana. Ulat gandum mudah didapati dan terdapat banyak di pasaran kerana telah diternak secara komersial. Ia berasal dari Afika dan boleh diternak di negara kita. Ia sesuai untuk semua tahap umar dan jenis arowana. Terdapat dua jenis ulat gandum di pasaran iaitu ulat gandum kecil dan ulat gandum besar. Ulat ini mengandungi 20% protein, 14% lemak, karbohidar, hormon, dan enzim yang sangat berkhasiat untuk arowana. Ulat gandum ini boleh diternak dengan mudah di dalam kotak plastik dengan diberi perbagai jenis makanan seperti oat, gandum, lobak, dan sengkuang. Selain itu Ulat German atau Superworms juga boleh diberikan untuk

arowana terutama untuk mempercepatkan pertumbuhan ikan itu sendiri kerana banyaknya kandungan lemak pada jenis ulat tersebut. Lipan juga mempunyai khasiat yang lebih kurang sama dengan serangga yang lain. Lipan sangat digemari oleh arowana. Ia sesuai untuk semua jenis arowana yang mempunyai sisik berwarna seperti jenis arowana Asia. Hal ini kerana kandungan kitin yang tinggi di dalam lipan boleh menambahkan intensiti warna sisiknya. Selain daripada pemberian makanan secara segar, pemberian makanan secara pallet juga boleh dilakukan untuk menampung dan memastikan ikan mendapat sumber nutrient yang mencukupi untuk tumbesaran ikan dan juga untuk pertumbuhan sisik yang cantik. Selalunya pallet ini diberikan sebagai makanan tambahan kepada ikan arowana dan bukan sebagai makanan utama.

Anda mungkin juga menyukai