Anda di halaman 1dari 7

Asas Flash/Speedlight

Salam. Tak tahulah topik nie sesuai yang mana satu... art photography atau camera digital punya topic. Decide sendiri info macam nie. Nak kongsi bersama kepada mereka yang newbies atau belum betul-betul faham nak guna flash/speedlight secara asasnya.

Saya memandang ini dari aspek seni cahaya yang mana hasil daripada asas ini memberi impak terhadap gambar yang anda ambil dengan flash/speedlight.

Bermula dengan model Nikon Speedlight SB-600, yang rata-rata dah tahu model nie, kalau canon brand pun sama je... masih dipanggil flash.

Asas pertama yang saya nak share disini ialah pilihan diantara Bounce TTL dengan diffuser atau tanpa diffuser.

Apa itu BOUNCE ? ayat mudah, flash yg dinyalakankan dalam kedudukan 90 darjah (tegak/lurus) pada body camera. Bounce boleh dibuat ke arah mana jua darjahnya asalkan boleh dipantulkan semula. Bounce asas adalah bounce ke atas seperti dinding rumah atau syiling rumah pada medium yang berwarna cerah terutamanya warna putih.

Apa itu DIFFUSER ? ayat mudah, medium yang boleh mengawal/menambah/mengurangkan bentuk sebaran cahaya yang keluar daripada Flash/Speedlight.

lihat contoh dibawah apabila BOUNCE dibuat tanpa diffuser dan bersama diffuser pada kedudukan 90 darjah ke atas syiling.

Persoalannya disini, bagaimana cara melihat kedua-dua hasil gambar ini dari aspek seni ? Ingat.. saya bercakap tentang hasi output dari cara guna flash. Bukan cara pakai flash

1. konsep photography anda dapat memberi pilihan kepada jawapannya. Jika anda memilih sesuatu yang lebih keras, impak mungkin tanpa diffuser adalah gambar yg baik (bagi saya)

2. Namun bagi anda yang memilih hasil yang lebih perfect light, lebih kemas, sekata, lembut dan seimbang mungki menggunakan diffuser adalah gambar yang dipilih

3. Editing ambil peranan dalam pilihan kedua-dua ini Lihat contoh selepas di hitam putih kan secara asas. Yang mana memberi impak yang lebih menonjol... adalah dimata and sendiri

jadi ketika anda bermain dengan flash/speedlight... pilih sendiri output/hasil yang anda inginkan. Ini adalah terlalu asas untuk memahami bounce dan diffuser. Tetapi tanpa pengetahuan asas ini anda boleh keliru sehingga kecewa dengan hasil foto sendiri.

Selamat mencuba. Nak tanya ape-ape, bubuh kat topik nie, kita share sama-sama. Saya cuba ajar dari apa yang asas pada flash/speedlight dari pengalaman dan pembacaan.

Anda mungkin juga menyukai