Anda di halaman 1dari 1

Apakah Spesifikasi Tugas SISC+

Rabu, 09 April 2014 10:38 |


Spesifikasi Tugas SISC+
PPP yang dilantik sebagai SISC+ bertanggungjawab kepada Pegawai Pelajaran Daerah di PPD yang ditempatkan.
Tugas utama SISC+ adalah mempertingkat kualiti PdP guru mata pelajaran di bawah kawalannya ke arah
mempertingkat penguasaan dan pencapaian murid.
Selaku SISC+, pegawai akan memperuntukkan 80% hingga 90% masa berkerja dengan guru di sekolah.
Di antara tanggungjawab utama SISC+ adalah;
Memastikan tahap PdP guru - guru di bawah kawalan mencapai standard yang telah ditetapkan.
Memastikan tahap pelaksanaan dasar dan program KPM dijalankan di sekolah.
Merealisasikan KPI mata pelajaran yang telah ditetapkan.
Meningkatkan tahap profesionalisme, pengetahuan, kemahiran dan sikap diri masing-masing.
Merancang dan menyelaras pelaksanaan latihan untuk guru di daerah masing-masing.

Dalam merealisasikan tanggungjawab di atas, skop tugas SISC+ boleh diperincikan seperti
jadual di bawah.
Coaching and
Mentoring
Membimbing guru meningkatkan teknik pedagogi supaya lebih efektif, kreatif dan
inovatif.
Mencadangkan KPI mata pelajaran kepada sekolah.
Berfungsi sebagai agen perubahan positif dan menjadi pakar rujuk sumber.
Kurikulum
Memberi bimbingan dan kefahaman kepada mengenai dasar dan program
KPM seperti MBMMBI, LINUS, KSSR, KSSM, PBS dan lain-lain.
Menyampaikan maklumat terkini mengenai mata pelajaran dan pelaksanaan
penilaian kurikulum dalam bilik darjah.
Mengenal pasti isu-isu semasa bagi setiap dasar dan program yang berkaitan mata
pelajaran masing-masing.
Membincangkan intervensi yang bersesuaian bagi mata pelajaran yang dibimbing.
Pelaporan
(Reporting)
Melaporkan dapatan penyeliaan dan bimbingan yang telah dilaksanakan kepada
PPD setiap dua minggu.
Menggunakan format pelaporan yang dibekalkan dalam buku panduan.
Jaringan
(Networking)
Melaksanakan perkongsian pintar.
Melaksanakan sesi latihan bersama bagi sekolah-sekolah di bawah kawalan.

Terakhir dikemaskini (Rabu, 09 April 2014 10:43)

Anda mungkin juga menyukai