Anda di halaman 1dari 2

Ucapan Wakil Pelajar Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Amanjaya, Tuan Hj Radzi bin Mahmood, Yang dihormati guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi kesempatan berucap pada pagi ini. Sepertimana yang kita tahu, hari ini pada tanggal 16 Mei setiap tahun kita akan menyambut Hari Guru. Guru adalah insan yang banyak berjasa kepada kita. Rakan-rakan sekalian, Seluruh masyarakat pendidik hari ini menyambut hari guru. Kita sebagai pelajar sewajarnya sama-sama meraikan semua guru kita sebagai tanda penghargaan kita di atas segala pengorbanan yang mereka curahkan. Kita sangat bertuah kerana mendapat guru-guru yang sangat berdedikasi dan penuh tanggungjawab dalam menjalankan tugas mereka. Guru umpama lilin yang membakar diri dalam menerangi kehidupan kita. Guru-guru kita sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit bagi memastikan kejayaan kita sebagai pelajar. Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, Sempena dengan perayaan Hari Guru pada hari ini, saya sebagai wakil pelajar Sekolah Kebangsaan Amanjaya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru di sekolah ini. Kami juga ingin memohon ribuan kemaafan di atas segala kesalahan yang kami lakukan. Kami pelajar-pelajar sekolah ini berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi memastikan peningkatan kecemerlangan akedamik dan pencapaian sekolah. Berilah tunjuk ajar kepada kami tanpa jemu. Bimbinglah kami menjadi insan yang berguna.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, Sampai di sini dahulu ucapan saya pada pagi ini. Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat hari guru. Terima kasih cikgu. Dengarkanlah dua rangkap pantun dari saya, Pakai baju warna biru, Pulang sekolah pukul satu, Murid sentiasa hormatkan guru, Kerana guru pembekal ilmu. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budimu guru di kenang juga. SELAMAT HARI GURU

Anda mungkin juga menyukai