Anda di halaman 1dari 105

Pembinaan Bangsa Jepun Melalui Pendidikan

PENDIDIKAN SEMASA AKHIR ZAMAN EDO DAN AWAL ZAMAN MEIJI


1 Pendidikan Ketika Akhir Zaman Kshogunan Tokugawa

(Edo)
Apabila mencari asal usul pendidikan kebangsaan moden di Jepun, pengaruh pendidikan Barat boleh dikatakan begitu ketara. Kepantasan pengaruh ajaran Barat dilaksanakan di negara Jepun selepas pembukaan bandar-bandar pelabuhan dan sentimen kebangkitan tamadun baru dan pencahayaan baru (Bunmeikaika) ketika awal era Meiji memang tidak dinafikan. Ini dilihat seumpama terlalu banyak pembangunan pendidikan moden semata-mata kesan dari pengaruh Barat dan bebas sepenuhnya dari pandangan pendidikan tradisi Jepun.

Apabila kajian mendalam dilakukan, sebenarnya kandungan pemodenan pendidikan di bukan hanya tertakluk kepada satu aspek sahaja dan sama sepertimana yang terdapat di Barat. Proses sejarah yang panjang melalui zaman Edo menghasilkan gaya hidup dan pemikiran yang meninggalkan kesan, yang menjadi asas pengaruh kepada pembangunan institusi pendidikan moden. Ditambah, tahap pendidikan dan budaya kebangsaan yang tinggi dicapai oleh Jepun ketika zaman Edo membuktikan sumber penting usaha keras untuk mencapai modenisasi yang pesat.

Ini merupakan keistimewaan penting dibuktikan tinggalan pendidik. Satu lagi sifat khusus masyarakat feudal ketika zaman Edo merupakan pembahagian tradisi kasta kepada samurai, petani, petukang dan pedagang terutamanya penetapan yang ketat membezakan antara samurai dan lain-lain kasta. Fakta ini mewarnai keseluruhan kehidupan sosial dan kebudayaan ketika zaman Edo. Di dalam bidang pendidikan, sekolah-sekolah pengkhususan telah dibangunkan untuk setiap kasta sekolah-sekolah induk (hanko or hangaku) untuk samurai dan sekolah-sekolah kuil (terakoya) untuk golongan kebanyakan telah diwujudkan. Sehingga akhir zaman Edo, sistem pendidikan berkembar telah pun bermula.

(l) Pendidikan di dalam Keluarga-keluarga


Samurai
Keluarga-keluarga samurai ketika zaman Edo bukan sahaja menggunakan pendidikan untuk menstabilkan kedudukan mereka tetapi juga menjadi alasan memanjangkan usaha pembelajaran mereka terutamanya melalui pengajaran pengajian kesusateraan secara bersistem. Pada awalnya pembesar-pembesar wilayah (daimyo), di dalam melaksanakan pemanjangan kutipan dan pengaruh sendiri, untuk mengekalkan kawalan kerajaan wilayah mereka, cendikiawancendikiawan Konfucius dan pakar-pakar ketenteraan (heigakusha) diarah menlaksanakan kuliah-kuliah di mana ketua-ketua tentera diwajibkan hadir.
Pembesar-pembesar wilayah menggalakkan pembelajaran dikalangan tentera kelas bawah dan mengesa mereka menyempurnakan penyuburan ilmu disamping amalan ilmu pertahanan diri.

Pembelajaran pada waktu ini berdasarkan dasar keshogunan yang mengaitkan ajaran Konfucius.
Keluarga-keluarga samurai asalnya mengabdikan diri mereka kepada pihak sami di kuil-kuil Buddha untuk mendapatkan pendidikan. Tetapi ketika zaman Edo, golongan samurai mula mengupah cendikiawan Konfucius bertindak sebagai penasihat di sekolah-sekolah induk yang ditubuhkan di bandar istana. Ketika zaman awal Edo hanya beberapa wilayah sahaja yang mempunyai sekolah tetapi mulai pertengahan zaman Edo jumlah sekolah induk bertambah dengan pesat dan dikatakan terdapat lebih kurang 270 buah sekolah ini di akhir zaman Edo.

Shoheizaka Gakumonjo atau juga dikenali dengan Shoheiko, di bawah arahan terus shogun di Edo menjadi institusi tertinggi kerusi pembelajaran pada masa tersebut dan menjadi contoh sekolah-sekolah induk di wilayah-wilayah.
Institusi asal adalah pusat latihan kuil Konfucius (koshibyo) yang telah dibina di Ueno, Edo oleh cendikiawan Konfucius dari sekolah Chu Hsi, Hayashi Razan (1583-1657), dibawah pentadbiran kerajaan shogun. Kemudian dipindahkan ke Yushima, di mana Athenaeum telah dibina dikenali sebagai Kuil Yushima. Awalnya organisasi ini dikendali secara separa swasta dan separa kerajaan di bawah perlindungan keshogunan. Ianya tidak lama sebelum kerajaan mengiktiraf keperluan kawalan terus oleh kerajaan terhadap kemudahan pendidikan dan pada 1797 sekolah ini diletakkan dibawah penyeliaan terus pihak berkuasa pusat.

Sekolah yang berkembang bermula masa tersebut bukan hanya menjadi tempat pendidikan nukleus Shogun tetapi juga sebagai pusat pembelajaran tertinggi dalam negara waktu itu, dimana kedudukannnya berkekalan sehingga kejatuhan kuasa Shogun dan pembangunan pembelajaran Barat. Ketika era Edo, sekolah ini beraksi sebagai model sekolah-sekolah feudal lain. Banyak kerajaan-kerajaan feudal membangunkan sekolah mereka menggunakan model ini dan juga menghantar golongan muda yang cerdik ke sekolah tersebut untuk dilatih. Ramai daripada mereka yang menamatkan pembelajaran di Shoheizaka Gakumonjo dilantik sebagai pengajar ilmu Konfucius di sekolah-sekolah feudal.

Disamping menikmati reputasi tertinggi kesarjanaan di Jepun Shoheizaka Gakumonjo juga memberi tempat untuk melatih pengajar yang diandaikan mengajar di sekolah-sekolah feudal.
Tambahan Shoheizaka Gakumonjo yang berteras pendidikan China, terdapat juga lain-lain institutsi kerajaan termasuklah National Learning-oriented Wagaku Kodanjo yang berteras pembelajaran kebangsaan dan Igakukan yang memberi tumpuan kepada pembelajaran perubatan tradisi China. Ketika penghujung era Edo pelbagai pusat pembelajaran Barat juga telah diwujudkan oleh pihak-pihak swasta.

Kuasa berpusat kerajaan menetapkan pengwujudan universiti kebangsaan disubsidi oleh kerajaan dipanggil Universiti Imperial sebagai institusi yang boleh memperkenalkan sains dan teknologi Barat dan tempat bakal pegawai-pegawai kerajaan dilatih.

Universiti Imperial pertama ditubuhkan di Tokyo pada 1878 dengan mengandungi Fakulti Undang-undang, Fakulti Saster, Fakulti Sains dan Fakulti Perubatan. Pada 1886 Fakulti Kejuruteraan ditambah.
Universiti Kyoto menjadi universiti imperial kedua ditubuhkan pada 1898 dengan peringkat awal sebagai kolej sains dan kejuruteraan serta beberapa tahun kemudian ditambah dengan Fakulti Undang-undang, Sains Perubatan, dan Sastera.

Ini menjadi simbol sasaran dasar kerajaan terhadap pendidikan tinggi di Jepun samada membangunkan bakal penjawat awam, latihan teknologi dan sains perubatan. Kemanusiaan hanya diajar di Fakulti Sastera dan hanya memberatkan pengajaran klasik, dan bersifat ketimuran menekankan falsafah dan sejarah China dan Jepun.

Banyak sekolah yang berasal dari institusi swasta untuk pengajian China (kangakujuku) diletakkan dibawah pengawsan feudal dan diperbesarkan membentuk sekolah-sekolah feudal. Kandungan pembelajaran dikembangkan berperingkat selain pengajian China, pembelajaran kebangsaan dan lain-lain matapelajaran diperkenalkan ketika akhir pemerintahan Edo termasuklah pengajian Barat dan perubatan. Pada waktu yang sama kecenderungan matapelajaran ketenteraan mejadi semakin ketara dan di kebanyakan sekolah feudal terdapat hubungan yang istimewa antara pengajian kesusasteraan dan seni pertahanan.

Dengan keakraban kepada shogun, sekolah feudal menyediakan pendidikan yang komprehensif untuk kelas samurai. Pengajaran betumpu kepada Klasik China. Ini bermaksud pengajian doktrin Konfucius dan sejarah dan kesusasteraan China. Kelas awalan menggunakan Karakter China Utama (Senjimon) untuk latihan kaligrafi fan Sejarah Ringkas Jepun (Sanjikyo) unutk latihan membaca.

Lain-lain buku teks pendidikan awal yang kerap digunakan adalah buku Kesetiaan dan Ketaatan (Kokyo), Buku Adab (Shogaku), dan Kumpulan Kata-kata Chu Hsi.
Lain-lain empat buku (Shisho): 1) Pembelajaran Tinggi (Daigaku), 2) Doktrin Maksud (Chuyo), 3) Confucian Analects (Rongo), dan 4) Sayings of Mencius (Moshi); dan the Five Canons (Gokyo): 1) Book of Changes (Ekikyo); 2) Book of Odes (Shikyo); 3) Book of Annals (Shokyo), 4) Spring and Autumn (Shunju), and 5) Record of Rites (Raiki).

Hayashi Nobuatsu (1644-1732), adalah cucu kepada Hayashi Razan dan juga merupakan sarjana Konfucius dari Sekolah Chu His dilantik sebagai Rektor Shoheizaka Gakumonjo (Daigakunokami). Dari masa ke semasa dengan kejayaan ketua keluarga Hayashi dilantik turun temurun mengetuai sekolah tersebut sehingga kejatuhan pemerintahan Shogun. Menjadikan Shoheizaka Gahumonjo sebagai jentera mewarwarkan Konfucius aliran Chu Hsi.

Pada waktu yang sama pelbagai aliran Konfucius membangun semasa awal zaman Edo dan hanya sejumlah kecil menajdi ahli selain Chu Hsi. Namun begitu pada 1790 ajaran Konfucius selain aliran Chu Hsi adalah dilarang menjadikan aliran Chu Hsi satu-satunya ajaran rasmi ortodoks yang diperakui.

Antara sekolah-sekolah feudal adalah Meirindo di Nagoya dan Nisshinkan di Aizu mempunyai sejarah yang panjang dan dikenali di seluruh Jepun.

Lain-lain sekolah yang terkenal adalah Kojokan di Yonezawa, Kodokan di Saga, Gakushukan di Wakayama, Meirinkan di Hagi,Yokendo di Sendai, Jishukan di Kumamoto, Zoshikan di Kagoshima, Meirindo di Kanazawa dan Kodokan di Mito.
Samurai dari kumpulan daimyo dikehendaki menghadiri sekolah-sekolah ini dan ketika akhir Edo di mana orang kebanyakan juga dibenarkan belajar di sekolah-sekolah ini.

Sistem gred dan matapelajaran berkaitan pembelajaran Barat ditambah. Pada ketika ini dapat dilihat bermulanya era pendidikan moden di Jepun. Selepas pemansuhan sistem feudal pada 1871, sekolah feudal telah ditamatkan, namun begitu mereka telah menyediakan asas kepada sekolah menengah dan peringkat tinggi dibangunkan melalui pembaharuan pendidikan. Tambahan ramai lelaki yang menerima pendidikan mereka di sekolah feudal memainkan peranan dalam organisasi moden Jepun.

(2) Pendidikan Orang Kebanyakan


Dalam masyarakat feudal, orang kebanyakan telah dididik dengan nilai yang sesuai dengan kasta mereka dan dilatih kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan harian sesuai dengan kedudukan mereka.
Pertimbangan penting kepada orang kebanyakan adalah latihan melalui apperentis (kedua-dua jantina) selain aktiviti harian kumpulan seperti aktiviti kumpulan pemuda.(wakamonogumi). Pusat pembelajaran populaar dipanggil kyoyujo dibangunkan unutk kelas bawahan, di kalangan tempat ini terdapat shingakukosha dan juga hotokusha milik Ninomiya Sontoku (1787-1856) yang juga memainkan peranan yang penting. Namun begitu, untuk pendidikan rasmi bagi membaca dan menulis, orang kebanyakan msih bergantung kepada sekolah terakoya.

Sekolah terakoya bermula sejak akhir zaman pertengahan, dan sekolah ini dianggap telah membangun sebagai kemudahan pendidikan diasaskan di kuil-kuil Buddha.
Hanya ketika pertengahana zaman Edo, jumlah sekolah terakoya ini meningkat dan ketika akhir zaman Edo sekolah ini menjadi semakin biasa di bandar-bandar besar Edo dan Osaka serta di bandar-bandar kecil yang lain. Sekolah terakoya juga boleh ditemui di kawasan kampungkampung luar bandar yang di kawasan pesisir pantai dan kawasan pergunungan yang jumlahnya semua mencecah puluhan ribu. Disebabkan jumlah sekolah terakoya yang banyak, selepas Arahan Sistem Pendidikan (Gakusei) diperkenalkan pada 1872, ini membolehkan tempoh begitu mudah untuk membuka sekolah rendah di seluruh Jepun.

Pengajar di sekolah terakoya dikenali sebagai shisho atau tenarai dan ramai daripada mereka adalah pentadbir dan juga guru. Apabila mengambil keseluruhan bangsa, kebanyakan guru-guru ini adalah orang kebanyakan , tetapi ramai juga samurai (pahlawan) dan sami Buddha juga terlibat di sekolah ini, dan terdapat juga sebahagian sekolah terakoya ini ditadbir oleh sami Shinto dan doktor perubatan. Sekolah terakoya ini dibezakan dengan sekolah feudal dari segi tahap pendidikan yang diterima di mana di sekolah feudal pendidikannya lebih berkaliber tinggi, berbanding sekolah terakoya hanya menekankan kepada perkara-perkara praktikal dan pendidikan awalan yang penting kepada kehidupan harian orang kebanyakan.

Kebanyakan pengajaran di sekolah terakoya adalah membaca dan menulis. Manakala mengira melalui kaedah aritmetik (abakus) adalah amat penting bagi mereka yang berada dalam kelas pedagang, iilmu ini kebiasaannya diajar di rumah dan adakalanya juga diajar di sekolah-sekolah yang khas. Namun begitu ketika hujung zaman Edo, jumlah sekolah terakoya juga menawarkan pelajaran kira-kira bersama dengan pengajaran membaca dan menulis meningkat dan menjadikan sekolah terakoya ini sebagai tapak pembentukan sekolah-sekolah rendah moden di Jepun.

Kurikulum bermula dengan kaligrafi di mana pelajar-pelajar melakukannya dengan meniru contoh disediakan oleh pengajar. Model contoh ini disebut tehon. Apabila sampai tahap menamatkan pelajaran ini, pelajar-pelajar seterusnya beralih kepada buku teks dikenali sebagai buku salinan (oraimono atau oraihon) yang telah dikumpulkan karyawan-karyawan lama Jepun.

Buku salinan ini merujuk kembali kepada zaman Heian (794-1192) dan menjadi rujukan utama ketika Zaman Pertengahan bagi tujuan mengajar golongan samurai (pahlawan).

Pada zaman awal buku ini mengandungi gaya tulisan klasik China, tetapi sedikit demi sedikit tulisannya dicampur dengan tulisan Jepun (kana-majiri) supaya mudah dibaca oleh orang kebanyakan.

Kana-majiri adalah bentuk tulisan yang menggabungkan kaligrafi China dengan tulisan asal Jepun.

Kebanyakan buku salinan di zaman Edo mengandungi cerita-cerita ketaatan terhadap isirumah (teikin orai), yang diturunkan dari Zaman Pertengahan. Banyak juga saranan berkenaan perbualan harian yang mana kandungan utamanya digunakan di sekolah terakoya bagi memenuhi keperluan langsung dalam kehidupan harian orang ramai.

Buku salinan kedua yang biasa adalah fokus kepada pelajaran geografi. Ini timbul apabila lingkungan kehidupan orang kebanyakan semakin luas disebabkan pertumbuhan dan jumlah penduduk mencecah puluhan ribu.

(3) Pendidikan Anak Perempuan


Masyarakat Edo berteras kepada hubungan antara tuan dan penyokong di kalangan kelas samurai dan hubungan ini dipanjangkan kepada organisasi di dalam keluarga individu: hubungan antara ibubapa dan anak; antara suami dan isteri; antara tuan dan pembantu yang mana semuanya berfungsi dalam gaya yang serupa. Disebabkan alasan ini pendidikan anak-anak gadis, samada kepada golongan samurai atau orang kebanyakan, telah digambarkan terhadap konsep hubungan kemanusiaan dapat dibezakan dengan anak lelaki.

Pada zaman Edo keperluan pendidikan untuk anak perempuan tidak begitu penting bagi pendidikan peringkat tinggi sepertimana anak-anak lelaki. Penyesuaian kedudukan mereka dalam tempoh hayat, anak perempuan dilatih dalm hal ehwal rumahtangga dan etika di rumah mereka. Kebiasaannya mereka dihantar ke rumah lain sebagai pembantu rumah dengan harapan menimba pengetahuan cara hidup di luar rumah sendiri agar dapat membina sahsiah diri yang lebih baik.
Keperluan persekolahan yang membina kebijaksanaan bersistematik adalah tidak diiktiraf.

Sejumlah kecil anak-anak perempuan dari keluarga samurai mempelajari kesusasteraan lama dan seni sebagai tambahan kepada kaligrafi dan membaca, tetapi secara umum pendidikan anak-anak perempuan di dalam masyarakat feudal berteraskan ke arah menjadikan mereka sebagai isteri-isteri dan ibu-ibu yang lebih baik. Buku teks yang digunakan untuk pendidikan adab anak-anak perempuan telah wujud ketika zaman Edo. Kebiasaannya perkataan wanita (onna) akan timbul sebagai tajuk buku, contohnya : the Great Learning for Women (Onna Daigaku), the Confucian Analects for Women (Onna Rongo) and the Book of Filial Piety for Women (Jokun Kokyo).

Amalan memisahkan buku teks khusus untuk anak perempuan berterusan selepas Pembaharuan Meiji.

Pada penghujung zaman pemerintahan keshogunan, jumlah anak perempuan yang menghadiri sekolah terakoya meningkat dari tahun ke tahun dan terdapat sejumlah institusi swasta yang mengkhusus mengajar anak-anak perempuan telah ditubuhkan. Dalam institusi ini, kurikulum khas ditawarkan memberatkan tentang kedudukan wanita etika serta perkara seperti: upacara teh, gubahan bunga dan lain-lain adat isitadat bagi kaum wanita. Malahan ketika zaman Edo sudah terdapat latihan untuk anakanak perempuan di luar rumah mereka sendiri. Konsep tradisi bahawa anak-anak perempuan dibezakan dari anak-anak lelaki yang menunjukkan keperluan kecil mendidik mereka mempengaruhi pembangunan pendidikan moden: pada awal tahun sistem moden diperkenalkan nisbah kemasukan anak perempuan kepada anak lelaki di sekolah dasar adalah rendah walaupun telah disebut di dalam Arahan Sistem Pendidikan yang mewajibkan kedua-duanya hadir ke sekolah.

(4) Sekolah Tempatan


Walaupun sekolah feudal untuk samurai dan sekolah terakoya untuk orang kebanyakan sebagai wakil institusi pendidikan di zaman Edo, terdapat juga lain-lain jenis sekolah yang wujud. Antara satunya sekolah yang menarik perhatian adalah sekolah tempatan (gogaku atau goko). Sebahagian sekolah tempatan ini dibina oleh pembesar wilayah sebagai pemanjangan kepada sekolah feudal bersaiz kecil di lokasi-lokasi yang sesuai di kawasan pentadbiran pembesar. Terdapat juga penyokong pembesar berpangkat tinggi menubuhkan sekolah tempatan di kawasan mereka menjadikan sekolah feudal sebagai contoh. Sebahagian sekolah tempatan ini digunakan untuk mendidik samurai (pahlawan) sebahagiannya pula dicampur untuk golongan samurai dan orang kebanyakan dan sebahagianya pula lebih kepada sasaran golongan kebanyakan. Ianya umpama sekolah terakoya kecuali sekolah ini dibawah pemantauan terus dari pembesar wilayah. Sekolah ini juga boleh dianggap sebagai pengasas sekolah dasar pada masa kini.

(5) Pembangunan Sekolah Swasta


Sekolah jenis lain yang wujud adalah lebih bebas dari sekolah feudal dan sekolah terakoya iaitu sekolah swasta (shijuku). Ianya biasanya diwujudkan di rumah-rumah persendirian pengajar unutk tujuan mengajar subjek akademik dan jua penyempurnaan artistik. Asal usul sekolah swasta ini kembali ke zaman lampau sekolah rahsia dan ketika zaman pertengahan di mana hubungan akrab antara guru dan pelajarnya dan objek arahan mengandungi pemindahan bahan-bahan rahsia berkaitan ajaran-ajaran tertentu. Namun begitu apabila masa berlalu, sekolah-sekolah swasta ini lebih bersifat terbuka dan mencapai kedudukan dalam pembangunan dalam pendidikan moden.

Ketika akhir zaman Edo, pelbagai jenis institusi pendidikan swasta dibangunkan mengkhusus samada pengajian China, kaligrafi, penggunaan aritmetik, pembelajaran kebangsaan (Kokugaku) serta pembelajaran Barat. Lain-lain sekolah swasta menawarkan kursus-kursus yang digabungkan kandungannya. Oleh kerana kerajaan pusat menggalakkan pengajian akademik berpusat kepada Klasik China terutamanya Konfuciusnisme sejumlah ahli sarjana Konfucius menubuhkan sekolah pengajian China dikenali sebagai kangakujuku dan berkembang sepanjang tempoh zaman Edo.

Walaupun kangakujuku merosot selepas Pembaharuan Meiji, kedudukan asas ajaran Konfucius masih berkekalan disebabkan kandungan pendidikannya berterusan sebagai tradisi yang kukuh mempengaruhi konsep dan bahan pendidikan moden Jepun. Sekolah swasta bagi tujuan pembelajaran kebangsaan dikenali sebagai kokugakujuku, juga berkembang dan ketika akhir pemerintahan keshogunan dilihat berhubung lebih rapat dengan ideologi Pemulihan Maharaja. Terdapat banyak sekolah yang mengajar ilmu pembelajaran kebangsaan dan pengajian China. Dengan pengenalan tamadun Barat ke Jepun pada pertengahan kurun ke 19, sekolah swasta lain telah diuruskan untuk pembelajaran Barat (yogakujuku).

Sekolah swasta yang beroperasi ketika akhir pemerintahan keshogunan tidak berada dibawah kawalan shogun mahupun pihak berkuasa feudal tetapi beroperasi sebagai entiti yang bebas. Sekolah swasta berbeza dengan kedua-dua sekolah feudal dan sekolah terakoya kerana saiznya kecil, membenarkan kemasukan pelajar dari pelbagai latarbelakang kedudukan; kemudahan pendidikan umum disediakan oleh sekolah swasta untuk golongan samurai dan orang kebanyakan.

Mereka ini menjadi peneraju sekolah swasta moden.

(6) Pembelajaran Barat dan Pembangunan


Sekolah Pembelajaran Barat
Pembangunan dan pemanjangan pembelajaran Barat terjadi begitu pantas ketika pertengahan dekad kurun ke 19 dan memberi pengaruh kepada pemodenan pendidikan di Jepun. Hasil sampingan dari fenomena ini adalah pembentukan sejumlah sekolah awam dan swasta mengabdikan kepada pelaksanaan pembelajaran Barat.
Kebanyakan sekolah ini menjadi institutsi peringkat menengah dan pendidikan tinggi selepas pengisytiharan Arahan Sistem Pendidikan.

Sejak awal zaman Edo pemerintah keshogunan telah memutuskan semua hubungan dengan Bara kecuali perniagaan dalam skala kecil dengan Belanda di pelabuhan dagang di Nagasaki di mana pembelajaran Barat bermula dan menemui laluannya ke Jepun melalui Bahasa Belanda.

Dengan pembukaan bandar-bandar pelabuhan pada 1858, menjadikan hubungan langsung bermula terbina dengan pelbagai negara-negara Barat. Tekanan dari pihak luar menyebabkan keperluan kepada maklumat dalam bahasa asing mengambilkira pertahanan negara dan diplomasi.

Pembelajaran Barat yang bermula dari Ilmu Belanda (Rangaku) dan ketika penghujung zaman keshogunan memasuki pula pengajian lain termasuk pengajian Inggeris, Peranchis dan Jerman. Mengatasi yang lainnya pembelajaran Inggeris menjadi begitu penting. Fokus pembelajaran Barat beralih dari sains perubatan kepada teknologi dan informasi yang berkaitan dengan keselamatan negara seperti pelayaran, pengukuran, pembinaan kapal dan persenjataan.

Situasi tegang timbul ketika tahun-tahun akhir keshogunan kerajaan mengukuhkan penyelidikan dalam pembelajaran Barat. Pusat penyelidikan astronomi dan takwim Tenmongata yang ditubuhkan pada 1684 yang mana kemudian melaksanakan kajiukur, kartografi dan penterjemahan bahasa Barat serta menjadi pusat rujukan hal ehwal luar negara dan diplomasi, merupakan organ utama kerajaan untuk pembelajaran Barat.

1862 - Institusi ini ditukar nama kepada Yoshoshirabesho dan 1863 ditukar nama kepada Kaiseijo. Antara individu yang menyertai sekolah ini dan terus aktif selpas Pemulihan Meiji antaranya Nishi Amane, Tsuda Mamichi, Murakami Hidetoshi, Kato Hiroyuki, Mitsukuri Rinsho, Kanda Takahira and Yanagawa Shunsan. Kebanyakan pelajar sekolah ini asalnya mengkhusus kepada Ilmu Belanda tetapi selepas pembukaan banyak pelabuhan di Jepun, Pembelajaran Inggeris menjadi lebih terkehadapan. Walaupun Kaiseijo lenyap dengan kejatuhan pemerintahan keshogunan ianya telah dipulihkan oleh kerajaan baru Meiji dan menjadi sebahagian daripada Universiti Tokyo.

Perbandingan kemudahan pembelajaran ketika hujung zaman Edo adalah Pusat Latihan Tentera Laut (Kaigun Denshujo) di Nagasaki. Ianya wujud selepas ketibaan armada tentera laut Amerika Syarikat dipimpin oleh Conmmodore Matthew C. Perry (1794-1858) pada 1853, Shogun melalui hakim di Nagasaki menerima hadiah sebuah kapal perang daripada kerajaan Belanda pada tahun 1855. Di dalam peristiwa ini kakitangan telah dilantik untuk meggerakkan Institut Latihan Tentera Laut bagi tujuan mengajar ilmu pelayaran, pembinaan kapal dan persenjataan.

Kurikulumnya termasuklah matematik Barat, astronomi, geografi serta tidak ketinggalan bahasa Belanda, ilmu pelayaran, pembinaan kapal, persenjataan, kajiukur dan mekanik enjin.

Pakar teknologi dan pegawai tentera laut Belanda dilantik menggerakkan institut ini. Kumpulan pertama pelajar diterima pada 1855 dan kumpulan kedua dua tahun kemudian, tetapi operasinya digantung pada 1859.

Walaupun institut ini singkat usianya tetapi memainkan peranan penting pada zaman tersebut. Pelajarnya datang dari pelbagai daerah feudal dan juga dari kerajaan pusat Shogun.
Ramai graduan dari pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji. institut ini penting menjadi selepas

Antara pusat pembelajaran Barat yang penting adalah Institut Pelayaran Kapal Perang (Gunkan Sorenjo) ditubuhkan pada 1857 oleh Shogun Tokugawa di dalam Pusat Latihan Ketenteraan (Kobusho) di Tsukiji, Edo. Institusi perubatan yang ditaja Shogun menekankan kepada amalan perubatan tradisi China, pembelajaran perubatan Barat dibangunkan utamanya oleh sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh swasta.

Institut perubatan Barat pertama kerajaan bermula dari pusat imunisasi ditubuhkan pada 1858 di Kanda Otamagaike, Edo oleh Ito Genboku (1801-1871) dan lain-lain sarjana Perubatan Belanda (Ranpo Igaku).

Pusat ini disebut Shutokan diletakkan dibawah kawalan terus kerajaan pusat pada 1860 dan dinamakan semula dengan nama Shutojo. Seterusnya institut ini dinamakan semula Institut Perubatan Barat (Seiyo Igakujo) pada 1861.
Pada 1863 dinamakan semula sebagai Igakujo, dan berterusan sehingga akhir zaman pemerintahan keshogunan sebagai pusat pengajian perubatan Barat. Berikutan Pemulihan Meiji, institut ini dibangunkan semula oleh kerajaan baru Meiji dengan Kaiseijo ini membentuk asas universiti moden pertama di Jepun.

Nagasaki juga menjadi pusat pengajian perubatan Barat. Arahan dalam perubatan Barat telah bermula dibawah arahan pakar bedah Belanda, Pompe v. Meerdervoort(1829-1908), yang telah sampai di Jepun pada 1857 dengan kumpulan jurulatih Belanda yang dijemput untuk mengajar di Institut Latihan Tentera Laut. Pengajar Pompe dalam pengajian perubaatan di institut ini membentuk asas kepada Institut Amalan Perubatan (Igaku Denshujo) dan tambahan kepada pengajian perubatan, kursus berkaitan kimia, fizik dan fisiologi dalam bahasa Belanda.

Pada 1861, permohonan beliau kepada pemerintah Shogun supaya pusat rawatan gaya Barat dipanggil Yojojo dan pusat kajian perubatan dipanggil Igakujo telah diwujudkan yang mana berkembang dengan kemasukan besar-besaran pelajar dari pelbagai kerajaan feudal. Pada 1864, Institut Ujikaji Penyelidikan Fizik dan Kimia (Bunseki Kyurijo) telah ditubuhkan. Pada 1865, hospital, pusat penyelidikan perubatan dan institut penyelidikan fizik dan kimia bergabung membentuk Seitokukan, yang mana di abwah kawalan kerajaan prefektur Nagasaki dan dikuti Pemulihan Meiji, institut ini dinamakan semula dengan nama Sekolah Perubatan Prefektur Nagasaki (Nagasakifu Igakko).

Seterusnya pada tahun 1871, institut ini telah diletakkan dibawah pentadbiran Jabatan Pelajaran dan dinamakan semula sebgai Sekolah Perubatan Nagasaki (Nagasaki Igakko).
Ketika zaman Edo, Nagasaki menjadi gerbang untuk budaya Barat (melalui Belanda) memasuki Jepun dan sejumlah sarjana tamadun Barat memulakan pengajian mereka di sini. Institut Bahasa Inggeris (Eigo Denshujo) dibuka pada 1858 dan Institut Bahasa (Gogakujo) menawarkan kursus bahasa Asing seperti bahasa Inggeris, Peranchis, Rusia dan China dari 1863 (dan kemudian matematik Barat ditambah di dalam kurikulum).

Kemudiannya institut ini direka semula sebagai Seibikan dan guru-guru asing dilantik sebagai kakitangan termasuklah Guido F. Verbeck (18301898). Ramai tokoh-tokoh terkenal yang aktif ketika pasca Pemulihan Meiji belajar di institut ini. Selepas pemulihan institut ini diletakkan dibawah pentadbiran kerajaan Prefektur nagasaki dan namanya ditukar kepada Kounkan. Pada 1872 institut ini diambilalih oleh Jabatan Pelajaran.
Ketika akhir zaman pemerintahan keshogunan Tokugawa dan awal tempoh Pemulihan Meiji banyak kerjaaan feudal mengambil inisiatif sendiri membangunkan kemudahan masing-masing unutk pembelajaran Barat.

Di dalam sesetengah matlamat motif keangsian di mana pembelajaran ini disebabkan harapan mempelajari teknologi dan strategi ketenteraan Barat. Banyak sekolah swasta unutk pembelajaran Barat juga dibangunkan pada tempoh ini. Sekolah swasta terpenting Perubatan Belanda adalah Shosendo dari Ito Genboku di Edo dan Tekijuku dari Ogata Koan (1810-1863) di Osaka.

Matlamat asal sekolah-sekolah swasta ini adalah bertujuan mengajar perubatan Belanda, tetapi sekolah ini juga menggunakan bahasa pengantar bahasa Belanda.
Terdapat juga sekolah-sekolah swasta yang mengkhusus kepada pembelajaran sains dan teknologi Barat seperti Kondo Makoto Kogyokujuku.

Dalam tempoh yang singkat ketika penghujung zaman Edo, institusi-institusi untuk pembelajaran Barat dibangunkan pertamanya oleh pemerintah Tokugawa di tempat yang mempunyai kawalan langsung keshogunan seperti di Edo dan Nagasaki. Keduanya ianya ditubuhkan oleh pembesarpembesar feudal wilayah yang kaya dalam kawasan pentadbiran mereka. Ketiga sejumlah besar sekolah swasta pembelajaran Barat menjadi satu turutan. unutk

Ini menunjukkan bahawa pembentukan sistem pendidikan moden Jepun telah bermula ketika zaman keshogunan Tokugawa dan ini telah menyediakan laluan yang besar kepada pembaharuan selepas Pemulihan Meiji.

2. Dasar Pendidikan Kerajaan Baru Meiji.


Kerajaan baru Meiji menemui janji pemulihan maharaja berhadapan dengan tugasan yang rumit. institutsi Pembaharuan dan tidakbalas memainkan peranan dalam usaha membangunkan dasar kebangsaan dan pemodenan bangsa yang mana boleh disesuaikan kepada keadaan dunia luar.

Dasar asas kerajaan baru menunjukkan secara jelas dalam Sumpah Maharaja terhadap Lima Perkara (Gokajo no Goseimon) yang disytiharkan oleh Maharaja Meiji pada 6,April, 1868. Setiap satu dari Lima Perkara dalam Sumpah Maharaja mempunyai kepentingan mendokong pendidikan, dan dalam Perkara 5 disebut 5, Pengetahuan haruslah digali dari seluruh dunia untuk membolehkan kebajikan Empayar boleh digalakkan jelas memperincikan sasaran pemodenan pendidikan kebangsaan melalui pengenalan tamadun moden Barat.

Perkara 3 menyatakan Setiap kelas manusia harus dibenarkan memenuhi kehendak diri mereka supaya tidak wujud ketidakpuashatian. Di dalam kenyataan ini menekankan harapan meluaskan asa dasar pendidikan mengatasi elit tradisi. Kerajaan baru Meiji mengharapkan membangunkan pendidikan untuk semua orang berdasarkan kepada konsep Ketamadunan dan Pencerahan supaya dapat mencipta bangsa moden yang kuat. Akhirnya kerajaan baru Meiji membangunkan dasar pendidikan dengan andaian kawalan secara langsung ke atas pendidikan keseluruhan rakyatdan menggalakkan persekolahan di kalangan rakyat umum.

Bagi memulakan dasar baru ini, kerajaan Meiji merancang mewujudkan institusi-institutsi pegajian tinggi sebagai maksud memperkenalkan budaya Barat dan menyediakan pelajar sebagai bakal pemimpin. Pada waktu yang sama, sekolah dasar dijadualkan untuk dibuka di prefektur dibawah kawalan kerajaan untuk anak-anak kesemua kelas penduduk. Tetapi sehingga pembubaran sistem feudal apabila keseluruhan pendidikan diletakkan dibawal kawalan langsung kerajaan baru Meiji, adalah mustahil mencapai fungsian dasar pendidikan ke seluruh negara atau membina sistem pendidikan moden.

Sementara, peningkatan jumlah pertelingkahan elemen-elemen antara kumpulan konservatif dan reformis mencipta kemungkinan kekeliruan untuk pendidikan baru masa hadapan. Pada 1871 berikutan Pemansuhan Kerajaan Feudal dan Pembentukan Prefektur (Haihan Chiken), kerajaan baru Meiji menubuhkan Jabatan Pelajaran dan meletakkannya memegang tanggungjawab mentadbir keseluruhan aktiviti pendidikan rakyat. Arahan Sistem Pendidikan berkembang buat kali pertama dalam pembentukan sistem pendidikan moden.

2 Dasar Pendidikan Kerajaan Baru Meiji


(1) Rancangan Kerajaan Baru Meiji Menubuhkan Institusi Pendidikan Tinggi Kerajaan baru Meiji merancang membangunkan institusi pendidikan tinggi sebagai contoh utama menetapkan latihan pemimpin bagi memenuhi permintaan era baru dan kesegeraan tugas menyerap seni dan sains Barat.

Institusi ini juga diandaikan menyediakan sebagai organ ketua kerajaan untuk pentadbiran pendidikan.

Tetapi ketika awal Pemulihan Meiji terdapat tiga kumpulan sarjana berbeza bersaing mendapatkan pengiktirafan sebagai kumpulan pendesak utama: - mengkhusus kepada Pembelajaran kebangsaan, Pengajian China dan Pembelajaran Barat. Kebangkitan konflik disebabkan perbezaan pendekatan yang digunakan oleh sewtiap kumpulan. Kerajaan baru merancang pembentukan institusi pendidikan tinggi di Koyoto dilancarkan dengan pemulihan Kolej Bangsawan (Gakushuin) pada April, 1868. Dalam tempoh yang singkat institut ini dinamakan semula sebagai Daigakuryodai dan dalam tahun yang sama ianya ditamat, dan tempatnya digantikan dengan Institut Pembelajaran Kebangsaan (Kogakusho) dan institut Pengajian China (Kangakusho) telah diwujudkan.

Kedua-dua institut ini telah dimansuhkan tahun berikutnya untuk memberi laluan rancangan menubuhkan sekolah utama (daigakko) di Kyoto, tetapi rancangan ini berkubur tanpa sebarang keputusan yang diharapkan. Sebelum perubahan ini, waktu yang singkat selepas penubuhan Kolej Bangsawan, terdapat beberapa rancangan berwawasan telah dibentangkan kepada kerajaan baru Meiji oleh tiga orang yang kemudian dikenali sebagai sarjana Pembelajaran Kebangsaan, yang telah dilantik dengan peranan merancang institusi pendidikan baru di Kyoto sejak awal penubuhan Kolej Bangsawan. Rancangan mereka mencadangkan penubuhan Gakushasei, yang mengikut contoh Daigakuryo, institusi pendidikan tinggi purba bangsa, dengan pengecualian bahawa dalam rancangan ini penekanan utamanya terhadap Pembelajaran Kebangsaan.

Rancangan ini bagaimanapun diketepikan oleh kerajaan dan tidak pernah dijadikan kenyataan. Dengan perpindahan pusat pentadbiran kerajaan ke Tokyo, telah menjadikan Tokyo pusat perancangan penubuhan institusi-institusi pendidikan tinggi. Sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh pemerintah keshogunan Tokugawa seperti Shoheizaka Gakumonjo, Kaiseijo dan Igakujo, telah dipulihkan oleh kerajaan baru Meiji pada tahun 1868.

(2) Pembentukan Sekolah Utama dan Universiti


Shoheizaka Gakumonjo yang dibangunkan oleh Keshogunan Tokugawa telah dipulihkan oleh kerajaan baru Meiji pada 17 Ogos, 1868, dan dinamakan sebagai Shohei Gakko. Peraturan kemasukan ke sekolah ini telah dikeluarkan pada Februari 1869, memberi kuasa kepada pembukaan sekolah ini pada bulan yang sama.

Pada 23 Julai, 1869, Sekolah Utama (Daigakko) telah dibangunkan menguruskan Shohei Gakko, Kaisei Gakko dan Sekolah Perubatan (Igakko) kepada satu institusi.

Berikutan penubuhan Sekolah Utama ini, Shohei Gakko telah dijadikan Kolej Pusat Sekolah Utamal (Daigakko Honko), yang mana menjadi institusi pendidikan dan pembelajaran tinggi bangsa.
Pada 15 Ogos 1869 fungsi baru Kolej Pusat ditambah sebagai organ pusat pentadbiran pendidikan. Kaiseijo, telah dijadikan institusi rasmi utama untuk pembelajaran Barat ketika zaman Edo, telah dipulihkan oleh kerajaan baru Meiji pada Oktober 1868 dengan nama barunya Kaisei Gakko. Ketika zaman Edo, kakitangan institusi ini terdiri dari guru-guru Jepun dengan satu pengecualian kepada Koenraad W. Gratama (1831-1888), yang merupakan guru Belanda. Tetapi selepas Pemulihan Meiji, kerajaan baru Meiji mengaji beberapa orang guru warga asing mengajar bahasa Inggeris, Peranchis, dan Jerman di Kaisei Gakko.

Institusi ini menjadi sebahagian Sekolah Utama. Juga pada Ogos, 1868, kerajaan baru Meiji membangunkan semula Igakujo yang mana telah ditubuhkan dan dibangunkan oleh pemerintah keshogunan dan dinamakan Sekolah Perubatan. Pada waktu yang sama kerajaan memindahkan Hospital Tentera di Yokohama ke Tokyo dan digandingkan kepada Sekolah Perubatan. Sekolah ini kemudiannya dijadikan salah satu cabang kepada Sekolah Utama.

Dengan pembukaan Sekolah Utama telah menyebabkan kebangkitan konflik yang masih tidak dapat didamaikan di Kolej Pusat antara pendokong Pembelajaran Kebangsaan dan mereka yang mendokong pengajian China yang menjejaskan pembelajaran di Kolej tersebut.

Pada 18 Januari 1870, Sekolah Utama dinamakan semula sebagai Universiti (Daigaku), manakala ianya masih mengekalkan status rasmi sebagai institusi pendidikan tinggi juga sebagai organ pusat pentadbiran pendidikan.
Bekas Kolej Pusat, Sekolah Utama dijadikan Kolej Pusat Universiti (Daigaku Honko), dan Kaisei Gakko serta Sekolah Perubatan meneruskan penyekutuan mereka di bawah nama baru sebagai Kolej Selatan, Universiti (Daigaku Nanko) dan Kolej Timur, Universiti (Daigaku Toko). Kerajaan telah membuang sebahagian besar guru dan pelajar dari Kolej Pusat, di mana mereka yang dipengaruhi oleh ideologi pembelajaran Kebangsaan dan China tenggelam.

Pada pihak yang lain, pembelajaran Barat, tidak diganggu oleh mana-mana konflik telah berkembang di Kolej Selatan dan Timur. Di bawah kemungkinan sebegini, kerajaan mula menimbangkan menubuhkan suatu bentuk pengurusan universiti yang berbeza dalam terma prinsip Barat: Peraturan Universiti (Daigaku Kisoku) telah dirangka oleh Universiti dan pada 20 Mac 1870, Peraturan ini telah dihantar kepada Lembaga Utama (Dajokan), kerajaan kemudian organ tertinggi untuk kelulusan. Dalam Universiti yang sedia wujud, pembelajaran kursus telah dipecahkan kepada pembelajaran Kebangsaan, China dan Barat, tetapi Peraturan baru mencadangkan menggantikan kursus-kursus ini kepada kursus-kursus teologi dan moral, undangundang, sains, perubatan dan kesusasteraan.

Universiti bagi pengajian sarjana Kebangsaan dan China telah terbantut disebabkan perancangan ini, telah bergabung menentang rancangan ini. Usaha mereka telah berjaya dan kerajaan menggantung sementara rancangan mewujudkan universiti baru. Namun begitu pada 8 Ogos 1870 kerajaan menutup Kolej Pusat, Universiti (kecuali fungsinya sebagai organ pusat bagi pentadbiran pendidikan diteruskan) dan meninggalkan Kolej Selatan dan Kolej Timur yang berorientasi Barat.
Ujikaji dilakukan menggunakan pengantara gaya Barat dan pentadbiran sekolah di kedua-dua kolej ini untuk beberapa tahun berikutnya meninggalkan legasi yang tidak ternilai apabila banyak institusi pendidikan tinggi kekal telah ditubuhkan.

Berdasarkan Peraturan Kolej Selatan, Universiti (Daigaku Nanko Kisoku) di Kolej Selatan, Universiti telah dibangunkan pada tahun 1870, umur kemasukan mestilah lebih lima belas tahun dan dua kursus - Kursus Biasa dan Kursus Luar Biasa telah dibentuk.
Pelajar-pelajar Kursus Biasa akan diajar oleh guru-guru asing dan pelajar Kursus Luar Biasa diajar oleh guru-guru Jepun. Bagi Kolej Timur, Universiti, Peraturan Kolej Timur, Universiti diwujudkan pada 1870 dan Kolej ini ditetapkan dengan Kursus Biasa dan Luar Biasa.

Pelajar bagi Kursus Biasa dikehendaki mempelajari bahasa-bahasa Barat manakala pelajar Kursus Luar Biasa mempelajari buku rujukan Barat yang telah diterjemahkan kepada bahasa Jepun. Tempoh pengajian Kursus Biasa adalah lima tahun dan Kursus Luar Biasa adalah tiga tahun; kedua-dua kursus ini dipecahkan kepada jabatan persedian dan jabatan utama.

Ketika zaman Edo, guru-guru Jepun yang mengajar di igakujo menggunakan bahsa Belanda sebagai bahasa pengantar, tetapi segera selepas Pemulihan Meiji Sekolah Perubatan menggunapakai pembelajaran perubatan Inggeris dan menjemput guru-guru Inggeris untuk mngajar.

Kemudiannya dengan pengiktirafan kecanggihan sains perubatan Jerman, kerajaan Meiji telah mempelawa doktor-doktor perubatan Jerman dan menghantar pelajar ke Jerman. Mengambilkira tugas melatih pemimpin, pembangunan penting adalah sistem perlepasan pelajar dari feudal (koshinsei). Kerajaan baru menggunakan sistem ini membawa pelajar yang berkebolehan dari feudal terpilih ke Kolej Selatan, Universiti. Usia pelajar-pelajar adalah di antara enambelas hingga dua puluh tahun dan yuran penganjian mereka ditanggung oleh kerajaan feudal masingmasing.

Feudal yang besar boleh menghantar tiga orang pelajar setahun, pertengahan dua dan kecil seorang. Pada tahun 1871, 219 pelajar dihantar masuk menjalani pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris, 74 pelajar untuk Peranchis,17 pelajar untuk Jerman. Pada November 1871, sebagai kepututsan pembubaran kerajaan feudal sistem ini juga telah dimansuhkan. Walaupun sistem ini hanya dapat digunakan dalam tempoh yang singkat, ianya telah menyumbang kepada latihan ramai pemimpin kebangsaan.

(3) Peraturan Universiti dan Peraturan Sekolah Menengah dan Dasar


Peraturan Universiti dan Peraturan Sekolah Menengah dan Dasar (Chushogaku Kisoku), keduaduanya dirangka oleh Universiti telah dihantar kepada Lembaga Utama pada 20 Mac, 1870 untuk kelulusan.

Disebabkan Lembaga Utama telah menggantung pengisytiharan, Peraturan ini akhirnya tidak pernah digunapakai. Malahan Lembaga Utama pada waktu yang sama, mengharapkan bahawa Peraturan ini boleh disalin oleh kerajaan-kerajaan oleh prefektur dan feudal dan membekalkan contoh kepada pembaharuan pendidikan masing-masing.

Peraturan ini petunjuk pertamanya adalah rancangan bersepadu, yang dianggap mempengaruhi dasardasar pendidikan kebanyakan prefektur dan feudal pada masa itu.
Peraturan Sekolah Menengah dan Dasar disediakan supaya sekolah-sekolah ini menjadi pintu masuk ke universiti berbanding sebagai institusi untuk rakyat umum. Oleh itu mereka in I berbeza dari segi semangat peraturan yang dibangunkan kemudiannya oleh kerajaan. Kemasukan ke sekolah dasar telah ditetapkan pada usia lapan tahun dan ditamatkan pada usia limabelas tahun.

Kurikulum utama dibentuk atas matapelajaran umum: membaca, kaligrafi, aritmetik, bahasa asing dan geografi. Pelajar memasuki sekolah-sekolah menengah dari sekolah dasar pada usia enambelas dan meneruskan pengajian selama tujuh tahun.
Sekolah-sekolah menengah menawarkan matapelajaran khusus serupa seperti di universiti dan menawarkan sebagai mekanisme untuk memilih pelajar yang berupaya ke universiti.

Peraturan yang dilembagakan ini merupakan percubaan pertama rancangan sekolah kebangsaan berdsarkan model-model Barat.

(4) Perancangan kepada Penubuhan Sekolah Dasar unutk Rakyat Umum


Peraturan Sekolah Menengah dan Dasar mensasarkan bahawa sekolah-sekolah ini akan menyediakan latihan permulaan kepada mereka yang matlamatnya memasuki universiti dan kemudian menjadi elit nasional.

Pada waktu yang sama, terdapat perancangan untuk lain jenis sekolah dasar yang lain yang boleh menyediakan sebagai instrumen bagi pendidikan am kepada rakyat biasa sepertimana yang dicadangkan di dalam Arahan Pentadbiran Prefektur (Fuken Shisei Junjo) diisytiharkan pada 17 Mac 1869 oleh Lembaga Pentadbiran (Gyoseikan).
Kerajaan baru Meiji begitu perihatin terhadap keperluan institusi sedemikian dan kepentingannya menjamin asas kukuh untuk bangsa moden.

Kurikulum sekolah-sekolah ini mengandungi subjeksubjek utamanya yang perlu kepada kehidupan harian seperti membaca, menulis dan mengira. Sekolah-sekolah ini menjadi cermin pengenalan kepada sekolah terakoya dengan pengecualian kepada ajaran moral dan sivik telah dimasukkan. Penting juga ialah pengiktirafan dari bahagian kerajaan atas keperluan menyediakan pendidikan tanpa mengambil kira kedudukan sosial pelajar dab membolehkan pelajar mencapai aspirasi mereka. Peraturan ini merupakan petunjuk pertama hasrat kerajaan menubuhkan sekolah-sekolah dasar unutk rakyat umum.

(5) Penyebaran Doktrin Besar oleh Kerajaan


Kerajaan baru Meiji cuba menggalakkan nasionalisme dan patriotisme dan meletakkan asas mereka kepda ajaran Shinto dan pemujaan kepada Maharaja.

Pada Jun, 1868, segera selepas Pemulihan Meiji, kerajaan menubuhkan Lembaga Shinto (Jingikan) di dalam Lembaga Utama dan pada Ogos 1869 menaiktaraf Lembaga ini kepada kedudukan lebih tinggi berbanding Lembaga Utama.
Pada peristiwa ini perlantikan Mubaligh-mubaligh (Senkyoshi) bagi tujuan menyebarkan kesucian Doktrin Besar.

Tambahan Arahan Diraja bagi Penyebaran Doktrin Besar (Taikyo Senpu no Mikotonori) telah dikeluarkan pada Februari, 1870. Doktrin Besar berasaskan prinsip Shinto telah dibangunakan sebagai agama sivil negara, kemudiannya kerajaan melancarkan gerakan penerapan nasionalisme dan patriotisme. Gerakan ini dipandu utamanya oleh sarjana Pembelajaran Kebangsaan, di mana telah berfungsi sebagai asas ideologi utama untuk Pemulihan Maharaja (Osei Fukko).

Lembaga Shinto telah dituruntaraf kepada status Jabatan pada September, 1871 dan digantikan oleh Jabatan Pengarahan Doktrin (Kyobusho) pada April, 1872. Bersama dengan penubuhan pejabat ini bagi menggalakkan aktiviti untuk penyebaran Doktrin Besar, terdapat pemindahan kepda Bahagian Hal Ehwal Upacara (Shikiburyo) di Jabatan Isirumah Maharaja (Kunaisho) bertanggungjawab ke atas prestasi amalan awam. Di mana prestasi amalan Shinto dan pelaksanaan aktiviti penyebaran diasingkan.

Pada Mei, 1872, Jabatan Pengarahan Doktrin melantik pengajar (Kyodoshoku), mengambil mereka dari kalangan pendita Buddha dan Shinto.

Pada ketika ini Jabatan juga mengadaptasi asas pengarahan doktrin: l) Galakan pengabdian sentimen semangat dan patriotik. 2) pengesahan alasan kesyurgaan dan moral manusia dan 3) Pengkeramatan Maharaja dan pematuhan ketat terhadap hasrat Maharaja.
Selepas kandungan arahan Doktrin Besar disusun, institusi bagi tujuan melatih pengajar diketuai oleh Institut Pengajaran Besar (Taikyoin) telah diwujudkan melalui usaha kerjasama dari pemimpinpemimpin Buddha.

Aktiviti-aktiviti pemujaan negara bagaimanapun harus bersaing dengan kejayaan yang sukar dengan kebangkitan minat terhadap pandangan-pandangan Barat di kalangan orang awam.
Ini merupakan latarbelakang kepada dasar kerajaan menyematkan nasionalisme berasaskan pemujaan kepada Maharaja. Walaupun Doktrin Besar ini digalakkan oleh kerajaan ketika beberapa tahun pertama zaman Meiji, gelombang baru Ketamadunan dan Pencerahan dari Barat mula berkembang hingga menyebabkan kerajaan baru Meiji mengiktiraf ianya sebagai penyusunan semula negara.

Pada tahun 1872, gerakan penyebaran Doktrin Besar ini sampai ke puncaknya dan mula menurun dengan cepat tanpa mencapai kedudukan kuasa yang dihajatkan. Gerakan ini namun begitu menunjukkan kesan dari pandangan sejarah di mana ianya memperlembagakan prototaip terhadap nasionalisme melampau yang mendominsi falsafah dan dasar pendidikan enam tahun kemudian.

(6) Pengenalan Tamadun Barat dan Penghantaran Pelajar ke Luar Negara


Dua faktor yang memainkan peranan penting dalam pengenalan kepada tamadun Barat ke Jepun adalah perlantikan guru-guru asing ke Jepun dan penghantaran pelajar-pelajar Jepun ke luar negara untuk belajar dan melakukan penyelidikan.

Keperluan kepada pembelajaran asing adalah bertujuan menyalin ketamadunan Barat sesegera mungkin telah dikenalpasti pada mas yang lebih awal.
Pandangan Ketamadunan dan Pencerahan mempunyai asas kerajaan baru Meiji mengambil tindakan pandangan lebih positif terhadap rombongan pemeriksaan luar negara dan laluan antara Jepun dan Barat menjadi pertimbangan.

Penghantaran pelajar-pelajar ke luar negara telah bermula ketika akhir zaman Edo.
Fukuzawa Yukichi (1835-1901) menyertai rombongan Jepun ke Amerika Syarikat pada tahun 1860 dan ke Eropah pada tahun 1862 walaupun beliau tidak pergi sebagai pelajar. Pada 1862, bagaimanapun kerajaan Shogun menghantar limabelas pelajar termasuk Nishi Amane dan Tsuda Mamichi ke Belanda sebagai program pengajian luar negara yang diiktiraf kerajaan.

Kemudian enam pelajar dihantar ke Rusia pada 1865 dan duabelas orang pelajar dihantar dibawah pengawasan Nakamura Masanao dan Kawaji Taro pergi ke England pada 1866. Kumpulan keempat dan kelima telah dihantar ke Peranchis pada 1867. Pelbagai pembesar feudal juga menghantar pelajar ke luar negara ketika zaman akhir pemerintahan keshogunan. Contohnya, Choshu menghantar Ito Hirobumi dan Yamao Yozo ke England dan Satsuma mengahantar Mori Arinori dan lain-lain lagi ke England dan Amerika Syarikat.

Selepas Pemulihan Meiji, mereka yang berhasrat ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran semakin bertambah.
Kerajaan pertamanya menyediakan amalan kepada mereka yang meninggalkan negara dengan permit perjalanan. Kemudiannya penginstitusian amalan menyiasat setiap pejalan yang berhasrat ke luar negara dan pada 11,Februari, 1871,Arahan berkenaan Pengajian di Luar Negara (Kaigai Ryugaku Kisoku) telah dikuatkuasakan oleh Lembaga Besar.

Arahan ini menjadikan Universiti bertanggungjawab terhadap program menghantar pelajarnya ke luar negara. Tambahan kepada sejumlah pelajar dihantar ke luar negara dari Kolej Selatan dan Kolej Timur, Universiti pada tahun 1871 adalah sekumpulanj lima anak gadis termasuklah Tsuda Umeko melakukan perjalanan untuk menyambung pengajian ke AMerika Syarikat . Keberangkatan mereka ini mendapat perhatian kerajaan.

(7) Ketamadunan dan Pencerahan dan Sekolah untuk pembelajaran Barat


Berdasarkan Pemulihan Meiji, konsep Ketamadunan dan Pencerahan mendapat kemahsyuran dan kemudiannya merebak percubaan menerapkan dengan pemikiran dan teknologi sains Barat sebagaimana gaya hidup, adab dan amalan orang Barat. Malahan ada segelintir orang yang keterlaluan melupakan adat tradisi Ketimuran Jepun.

Namun ia tidak berpanjangan sebelum tindakbalas secara melulu mengambil tempat ketika awal tahun pemerintahan Meiji dimana boleh dianggap pertembungan antara golongan yang mengekalkan tradisi tempatan dan golongan penggalak Ketamadunan dan Pencerahan Barat.

Di sekolah-sekolah kursus pembelajaran Barat telah disediakan dengan buku-buku teks Barat diterjemah ke bahasa Jepun.

Kedua-dua institusi kerajaan dan swasta bagi pembelajaran Barat dan bahasa-bahasanya berkembang dan ramai pengajar dari luar telah diberi upah dan dibayar dengan kadar yang begitu tinggi. Tambahan, minat individu terhadap idea-idea Barat begitu ketara. Begitu banyak jumlah kerja asli dan terjemahan telah diterbitkan yang memperkenalkan gaya hidup dan pemikiran di luar negara dan oleh sarjana-sarjana kontemporari Kebaratan pemimpinpemimpin tempatan dalam gerakan Ketamadunan dan Pencerahan.

Juga banyak majalah-majalah dan suratkhabar mula mewarwarkan tema Ketamadunan dan Pencerahan.
Pusat pembelajaran Fukuzawa Yukichi (Keiogijuku) dan lain-lain lagi sekolah swasta pada zaman tersebut berorientasikan kepada pembelajaran Barat dan memainkan peranan penting dalam memahsyurkan gerakan melaksanakan Ketamdunan dan Pencerahan. Matlamat utama gerakan Ketamadunan dan Pencerahan adalah membawa masuk teknologi moden dari Barat dan penerapan pemikiran saintifik.

Ini juga meningkatnya penerbitan bahan terjemahan juga bahan adaptasi sains semulajadi tulisan tempatan Jepun. Ini menyediakan buku panduan popular kepada undang-undang fenomena semulajadi kepada pencerahan rakyat umum. Lain-lain aspek penting Ketamadunan dan Pencerahan ialah penerbitan buku teks berkaitan adat budaya dan geografi Barat.
Tulisan-tulisan berkaitan hasil kerja etika dan moral Barat dan tulisan ekonomi politik juga diterbitkan.

Tambahan kepada sekolah-sekolah pembelajaran Barat dibangunkan oleh kerajaan baru Meiji, banyak prefektur dan pembesar wilayah menubuhkan sekolah yang serupa.
Sebagai contoh, beberapa sekolah pembelajaran Barat telah dibuka di Kyoto dengan tenaga pengajar dari Jerman, Amerika Syarikat dan Peranchis, lain kawasan yang mempunyai sekolah pembelajaran Barat ada di Tokyo, Yokohama, Nagoya dan Kumamoto. Dari tahun 1871 peningkatan dapat dilihat sejumlah sekolah pembelajaran Barat yang dibangunkan oleh pihak swasta.

Bagaimanapun tumpuan berlaku di Tokyo pemusatan sekolah-sekolah swasta bagi pembelajaran Barat. Perbezaan kandungan dan saiz sekolah dari yang ramai hinggalah yang kecil. Sebahagian sekolah swasta ini juga mengambil tenaga pengajar orang asing dan menyediakan kaedah pengajaran yang lebih baik berbanding sekolah yang ditubuhkan oleh prefektur dan pembesar feudal.

Kogyokujuku, antara sekolah pembelajaran Barat swasta ditubuhkan pada tempoh ini, mencipta reputasi baik dengan kaedah pengajaran berkaitan teknologi saintifik. Pengasasnya, Kondo Makoto (1831-1886), telah menerima pengajaran dalam Pembelajaran Belanda dan sains ketenteraan sebagai persediaan untuk menjadi Penterjemah (Honyakugata) di Institut Pelayaran Kapal Perang, Shogun Tokugawa pada 1863.

Sekolah swasta telah diasaskan pada masa ini untuk mereka yang berminat kepada asas pelayaran melalui bahasa pengantar dalam bahasa Belanda.

Sekolah ini kemudiannya diluaskan kurikulum pembelajaran menliputi bahasa Inggeris, matematik, pelayaran, kajiukur dan beberapa lagi matapelajaran yang berkaitan. Sekolah ini menamatkan operasinya dengan kejatuhan keshogunan Tokugawa tetapi Kondo membuka semula selepas Pemulihan Meiji pada 1869 dan dinamakan Kogyokujuku.

Pada 1871 sekolah ini dipindahkan ke bekas tapak sekolah Keiogijuku di Shiba Shinsenza dan tahun berikutnya telah mempunyai tenaga pengajar seramai 24 orang dan 121 pelajar.

(8) Penubuhan Sekolah Menengah dan Sekolah Perempuan


Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, Universiti telah merangka Peraturan Universiti dan Peraturan Sekolah Menengah dan Sekolah Dasar pada 1870 dan Peraturan ini digunakan sebagai konsep sekolah menengah telah ditetapkan.

Sekolah menengah ini berbeza dengan sekolahsekolah menengah umum yang diwujudkan selepas pengisytiharan Arahan Sistem Pendidikan di mana ianya menawarkan kurikulum mengkhusus.
Peraturan ini tidak dikeluarkan atau digunapakai kepada rakyat keseluruhan, tetapi banyak prefektur dan pembesr feudal meniru peraturan ini unutk membangunakan sekolah yang dipanggil sekolah menengah.

Sekolah-sekolah ini mewakili langkah pertama di Jepun ke arah sistem pendidikan tiga peringkat..

Sebenarnya di Kyoto, sekolah-sekolah menengah telah dirancang sebelum wujudnya Peraturan Sekolah Menengah dan Sekolah Dasar.
Perancangan ini telah diteruskan pada 1869 di dalam Cadangan unutk Penubuhan Sekolah Menengah dan Sekolah Dasar yang dibentangkan kepada Lembaga Utama oleh kerajaan prefektur Kyoto.

Berdasarkan terma Cadangan tersebut, bandar Kyoto telah dipecah keapda dua presint dengan sekolah menengah untuk setiap presint.

Rancangan seterusnya dipanggil unutk penubuhan sekolah-sekolah dasar di seluruh bandar Kyoto oleh organisasi kejiranan. Ini merupakan asal kepada sistem sekolah daerah unutk sekolah-sekolah dasar dan menengah rendah masa hadapand di Jepun. Ini merupakan pengembangan bahawa sekolahsekolah menengah ini boleh berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan aktiviti sosial dan kebudayaan unutk kawasan setempat. Melalui rancangan ini penubuhan sekolah-sekolah tidak dilaksanakan, tetapi menyediakan bahagian latarbelakang pengalaman yang membina keupayaan masa hadapan Jepun.

Sebagaimana disebut sebelum ini banyak prefektur dan pembesar feudal menubuhkan sekolah-sekolah menengah dalam usaha mereka selepas Peraturan Sekolah Menengah dan Sekolah Dasar.
Tetapi kebiasaanya sekolah-sekolah ini tidak memenuhi syarat dalam Peraturan. Dalam kebanyakan kes rancangan pemodenan mengandungi tidak lebih dari tambahan kepada kursus dalam pembelajaran Barat kepada kurikulum pengajian China sedia ada dalam subjek tradisional.

Keadaan sebenar ketika itu setiap sekolah menengah berbeza antara satu sama lain kerana tiada kurikulum yang tetap.

Namun begitu, sekolah-sekolah menengah mewakili bentuk pendidikan tertinggi di kebanyakan kawasan setempat. Sekolah ini juga menyediakan sebagai pusat unutk pentadbiran pendidikan tempatan dan latihan perguruan. Banyak sekolah perempuan (jogakko) juga diasaskan selepas Pemulihan Meiji. Walaupun sekolah-sekolah perempuan berbeza dalam matlamat mereka , kebanyakannya ditubuhkan ketika Arahan Sistem Pendidikan diisytiharkan adalah tahap dasar.

Dalam hubungan kandungan pengajaran di sekolah perempuan penekanan kepada latihan anak perempuan kepada tradisi zaman Edo hinggalah kepada penekanan pembelajaran Barat.
Pembesar-pembesar feudal seperti Fukuyama, Izushi, Matsue, dan Nagoya dilihat antara yang terkemuka dengan sekolah khas perempuan. Prefektur Kyoto telah menubuhkan Sekolah Inggeris Baru (Shin Eigakko) dengan pelatih pelajar perempuan sekolah seni (nyokoba)pada 1872.

Sekolah ini asalnya adalah merupakan sekolah jahitan dan kraftangan yang juga mengajar bahasa Inggeris. Sepasang suami isteri orang Inggeris diambil untuk mengajar di sekolah ini.

Pada 1874 sekolah ini ditukar nama kepada Sekolah Perempuan Inggeris (Eigogakko) dan dibangunkan sebagai sekolah perempuan tahap menengah. Sekolah perempuan pertama diwujudkan oleh Jabatan Pelajaran adalah Sekolah Perempuan Kerajaan (Kanritsu Jogakko) dibuka pada 1872, yang mana dinamakan sebagai Sekolah Perempuan Tokyo (Tokyo Jogakko) pada tahun yang sama.
Ia menjadi model kepada institusi serupa di era baru Meiji serta menjadi sekolah yang dilengkapi kemudahan terbaik. Perbezaan utama antara sekolah lelaki dan sekolah perempuan di maan sekolah perempuan memberi penekanan kepada kursus kraftangan.

Terdapat juga beberapa sekolah perempuan swasta ditubuhkan oleh mubaligh-mubaligh yang dikenali dengan pendidikan moden mereka.

Sekolah Inggeris swasta telah ditubuhkan di Yokohama oleh Mary E. Kidder (1834-1910) pada tahun 1870. Kemudian sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Perempuan Ferris. Institusi lain yang serupa telah dibuka pada tahun berikutnya di abwah pengarahan tiga mubaligh wanita dan dinamakan dengan Yokohama Kyoritsu Gakuen sempena nama bandar pelabuhan di mana ia ditubuhkan.
Rokuban Jogakko dibuka di Tokyo pada 1870. Kesemua sekolah ini menunjukkan kesan dengan pembangunan pesat mereka selepas ditubuhkan.

Pendidikan Era Meiji hingga Tamat Perang Dunia Kedua


Kebangkitan pengaruh kuasa tentera memacu penggunaan sistem pendidikan di Jepun menyediakan bangsa mereka untuk perperangan. Tentera menghantar guru-guru mereka ke sekolahsekolah. (doktrin tentera maharaja) Selepas tewas Perang Dunia Kedua, Kerajaan Pentadbir Pihak Bersekutu (SCAP) menyusun pembaharuan sistem pendidikan sebagai salah satu matlamat utama mereka, menghapuskan pendidikan berasas ketenteraan dan mendemokratikkan Jepun.

Momentum gerakan golongan pelajar Jepun kepada pembangunan sejagat


Akhir tahun 1960-an ketika tercetus gerakan pelajar di seluruh dunia, Jepun juga tidak terkecuali.

Pelbagai pembaharuan dibuat ketika pasca perang hingga ke hari ini.


Mereka menyasarkan meringankan bebanan peperiksaan kemasukan ke universiti dan kolej, menggalakkan pengantarabangsaan dan teknologi maklumat, kepelbagaian pendidikan dan sokongan kepada pendidikan sepanjang hayat.

Sistem Pendidikan Jepun Masakini

2012/6/13

102

Tahun persekolahan dalam sistem pendidikan Jepun dipecahkan kepada 6-3-3-4: 6 tahun sekolah rendah; 3 tahun sekolah menengah rendah; 3 tahun sekolah menegah atasl; dan 4 tahun pengajian universiti. Namun begitu kerajaan Jepun (Oktober 2005, Daily Yomiuri) menyatakan hasrat melakukan perubahan di dalam Undang-undang Pendidikan (Education Law) membenarkan sekolah menggabungkan bahagian (63)antara sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Tujuan utama untuk membolehkan perkongsian sumber dengan membolehkan guru-guru pakar mengajar di sekolah rendah.

Sistem persekolahan di Jepun berdasarkan kepada Undang-undang Pendidikan Sekolah dikuatkuasakan pada Mac 1947 selepas Perang Dunia Kedua meminjam kepada model persekolahan Amerika Syarikatl 6-3-3 dtambah 4 tahun pengajian di universiti. Banyak elemen-elemen pendidikan Jepun berasaskan model Eropah.

Pengajaran dari siasah pendidikan di Jepun:


Bangsa Jepun merupakan bangsa yang mengutamakan kesempurnaan sepanjang masa : mereka akan memberikan yang terbaik sahaja ataupun mereka akan berdiam diri. ----Maruah diri adalah melebihi segala-galanya. Mengikuti cara bagaimana mereka belajar dari generasi-generasi terdahulu. ----Tradisi harus sentiasa dihormati. Bunyi yang berbeza: Bangsa Jepun harus bercakap Bahasa Jepun.

Anda mungkin juga menyukai