Kemesraan Ala Nabi Muhammad
Kemesraan Ala Nabi Muhammad
Kemesraan adalah cara mengekalkan keharmonian rumah tangga. Junjungan kita Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri beliau. Beberapa hadis selanjutnya disampaikan selain daripada hadis Shahih Bukhari dan Muslim.
Dari Aisyah RA berkata, Sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) & isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah.
Dari Aisyah RA beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tesebut)." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)
Dari Aisyah RA, beliau berkata, "Saya biasa menyikat rambut Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, ketika itu saya sedang haid". (Hadis Riwayat Ahmad)
Dari Aisyah RA, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pada hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah." (Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir)
Dari Aisyah RA, dia berkata: "Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya."
(Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur)
MEMBELAI ISTERI
"Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya. (Hadis Riwayat Ahmad)
MENCIUM ISTERI
Dari Aisyah RA, bahawa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang dan beliau tidak mengulangi wuduknya." (Hadis Riwayat Abdurrazaq) Dari Hafshah RA, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa."
Dari Aisyah RA, beliau berkata: "Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa meletakkan kepalanya di atas pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca AlQuran. (Hadis Riwayat Abdurrazaq)
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima).
Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)
MEMBERIKAN HADIAH
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, ia berkata, "Ketika Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menikah dengan Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya, Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan. Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanya kepadamu." Dia (Ummu Kaltsum) berkata, Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang di sabdakan Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam & hadiah tersebut di kembalikan kepada Baginda, lalu Baginda memberikanya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah." (Hadis Riwayat Ahmad)
Host by:
asulhani@ubp-tanjung.com