Anda di halaman 1dari 8

DEMAM DENGGI

Denggi adalah penyakit bermusim yang bukan sahaja melanda di negara kita bahkan di negara-negara Tropika yang lain. Kewujudan deman denggi ini dikesan sekitar tahun 1970an di mana pada masa tersebut hanya beberapa negara sahaja yang dilanda wabak ini dan jumlah ini meningkat ke hampir 40% jumlah penduduk dunia yang menghidap penyakit ini sekarang. Malaysia adalah diantara negara yang menjadi serangan wabak denggi ini secara agresif dimana beberapa kes demam denggi berdarah dicatatkan setiap tahun dan ini membimbangkan ramai pihak terutamanya pihak Kerajaan yang telah bertungkus lumus menjalankan aktiviti-aktiviti melalui pihakpihak yang terlibat seperti Pihak Berkuasa Tempatan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan bagi menangani masalah wabak denggi ini. Terdapat 4 jenis virus denggi yang dikesan iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4. Penghasilan virus ini telah disebarkan oleh 2 jenis nyamuk iaitu: Nyamuk Aedes Aegypti Nyamuk jenis ini kerap didapati berterbangan dikawasan rumah dan ia bertelur dan membiak secara agresif didalam bekas buatan yang terdapat didalam mahupun diluar rumah. Nyamuk Aedes Albopictus Nyamuk jenis ini pula adalah penyebar virus denggi yang paling banyak berlaku di kawasan bandar di negara kita ini. Ia membiak dengan agresif dikawasan luar rumah terutamanya didaun atau pasu bunga, kawasan kotor, pokok, kawasan semak serta kawasan tumbuh-tumbuhan yang lain. Penghasilan wabak denggi ini ke manusia adalah disebabkan oleh gigitan nyamuk aedes betina yang seterusnya menyalurkan virus kedalam darah manusia. kesan daripada gigitan nyamuk ini akan menghasilkan 2 jenis wabak denggi iaitu: Demam Denggi Biasa Tanda-tanda demam ini bergantung kepada umur mangsa. Demam ini akan menghasilkan tompokan ruam serta kesan demam yang kuat pada kanak-kanak atau bayi manakala bagi dewasa pula kesan demam yang kuat berlaku secara mendadak dan berlangsung selama seminggu, selain daripada itu kemunculan ruam serta sakit pada otot, sendi dan mata akan berlaku pada hari ke 3 demam. kesan bintik merah dibawah kulit juga akan terhasil. Demam Denggi Berdarah Kesan kepada demam ini merangkumi beberapa faktor seperti: 1. Pendarahan pada hidung, gusi serta tompokan ruan yang banyak dikawasan bawah kulit, pendarahan pada najis, kencing berdarah

berlebihan.http://bernama548.blogspot.com/2011/07/demam-denggi.html

DENGGI: MUSUH YANG SERING DIPANDANG RINGAN FAKTA SATU Denggi adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh arbovirus, tergolong dalam famili flaviviridae. Terdapat 4 jenis iaitu DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Virus ini dibawa oleh nyamuk betina Aedes. Menurut data epidemiologi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, kes denggi menunjukkan peningkatan iaitu daripada 44.3 kes / 100 000 populasi (pada 1999) kepada 181 kes / 100 000 populasi (pada tahun 2007). Kadar kematian yang disebabkan oleh Denggi di kalangan orang dewasa juga menunjukkan peningkatan. 70% 80% kes Denggi berlaku di kawasan bandar (urban area). Mengapa kita perlu tahu tentang fakta di atas? Ini adalah supaya kita boleh menilai berapa tinggi risiko dan kemungkinan untuk kita mendapat penyakit ini. Contohnya, sekiranya kita tinggal di kawasan bandar, kita mempunyai kemungkinan (probability) yang lebih tinggi untuk mendapat Denggi. Kita perlu lebih berjaga-jaga dan memandang serius sebarang simptom denggi agar kita boleh memberi rawatan sewajarnya sebelum terlambat. FAKTA DUA Satu perkara yang amat penting untuk difahami mengenai Denggi ialah faktor masa. Prognosis (sequlae / outcome) seseorang pesakit yang telah dijangkiti virus Denggi amat bergantung kepada secepat mana pesakit itu dibawa berjumpa doktor dan mendapat rawatan di hospital. Sekiranya rawatan diberi awal, kemungkinan seseorang pesakit itu untuk mati akibat komplikasi denggi adalah rendah. Dalam jangkitan denggi, terdapat 3 fasa yang akan dilalui oleh pesakit. 1. Fasa demam (Febrile phase) Pesakit akan mengalami demam sekitar 3 4 hari. Suhu boleh mencapai 40C. Fasa ini biasanya akan menyebabkan pesakit datang untuk berjumpa dengan doktor. 2. Fasa kritikal (critical phase) Selalunya terjadi pada hari ke-4 dan ke atas. Demam akan beransur hilang. Fasa ini dipanggil kritikal kerana pada waktu inilah komplikasi denggi akan terjadi. Pada waktu yang kritikal ini, adalah penting untuk pesakit berada di hospital agar rawatan sewajarnya dapat diberikan andainya komplikasi denggi berlaku. 3. Fasa penyembuhan Selalunya pada hari ke-7 dan ke atas. Fasa ini adalah fasa di mana pesakit mula sembuh. Mengapa kita perlu tahu fakta di atas? Ada sesetengah pesakit lebih suka merawat demam mereka sendiri di rumah tanpa merujuk doktor. Ini menyebabkan denggi tidak dapat dikesan lebih awal. Lebih-lebih lagi, apabila pesakit tinggal di kawasan

berlebihan.http://bernama548.blogspot.com/2011/07/demam-denggi.html

endemis (endemic area). Apabila pesakit mengalami komplikasi seperti pendarahan dalaman, ia mungkin terlalu lewat untuk diselamatkan. Seperkara lagi, sesetengah pesakit rasa mereka sudah pulih apabila demam mereka mula berkurangan. Denggi adalah berbeza. Seandainya pesakit mengidap Denggi, fasa ketika demam hilang adalah fasa yang sangat kritikal dan perlu kepada pemerhatian doktor di hospital. FAKTA TIGA Simptom-simptom Denggi mempunyai spektrum yang luas. Bermula dengan demam yang tinggi suhunya, sehinggalah ia melibatkan organ-organ lain dalam badan seperti hati, paru-paru dan buah pinggang (sekiranya pesakit mengalami komplikasi akibat Denggi) dan berakhir dengan kematian. Simptom-simptom yang perlu diberi perhatian ialah apabila pesakit mengalami demam yang suhunya mencecah 39C ke atas. Demam yang berpanjangan (3 hari ke atas). Demam ini berlaku bersama beberapa simptom lain seperti lemah dan sengal tubuh badan, sakit pada bahagian sendi dan timbul bintik-bintik merah pada kulit. Sekiranya pesakit mempunyai simptom-simptom di atas dan kawasan rumah pesakit adalah kawasan wabak Denggi, sila rujuk klinik terdekat secepat mungkin. Mengapa kita perlu tahu fakta di atas? Simptom demam Denggi adalah simptom yang umum dan tidak spesifik. Terdapat jangkitan-jangkitan lain yang mempunyai simptom yang sama. Tetapi, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor untuk memastikan pesakit tidak mempunyai jangkitan Denggi. Justeru, bertindak awal adalah sangat penting. FAKTA EMPAT Nyamuk Aedes betina adalah vektor (pembawa) virus ini. Selalunya membiak dalam air jernih yang bertakung lama (3 hari dan ke atas). Seperti yang dinyatakan dalam fakta di atas, kebanyakan kes berlaku di kawasan bandar. Tempat-tempat yang perlu diberi perhatian lebih ialah tayar-tayar buruk yang ditinggalkan dan pasu-pasu bunga atau bekas-bekas yang menakung air hujan. Kalau pembaca tengok dalam air yang bertakung lama begini, cuba suluhkan lampu, pembaca akan nampak jentik-jentik yang bergerak secara zig-zag. Jentik-jentik ini menjadi aktif apabila disuluh cahaya. Mengapa kita perlu tahu fakta di atas? Tugas mengenalpasti dan merawat adalah bidang tugas doktor tetapi mencegah pembiakan nyamuk dan mencegak jangkitan adalah tanggungjawab semua. Ingat, mencegah itu adalah sentiasa lebih baik daripada merawat. Kalau saya ingin panjangkan artikel ini, tentunya saya pilih untuk menulis lebih panjang dalam fakta ini. Pencegahan Ini adalah tugas yang mesti dipandang berat dan diberi perhatian lebih oleh pembaca.

berlebihan.http://bernama548.blogspot.com/2011/07/demam-denggi.html

Luangkan masa 10 minit setiap hari untuk memastikan tidak ada takungan-takungan air yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk Aedes. Kalau saudara biarkan, nyamuk bukan sahaja boleh menjangkiti saudara, bahkan jiran-jiran yang berdekatan. Takkan nak tunggu ahli keluarga kita menemui ajal akibat denggi, baru kita nak ambil tindakan serius? ataupun mungkin kita yang menjadi mangsa. Tentunya ia sudah terlalu lewat untuk mencegah apabila jasad tidak lagi bernyawa. Mudah-mudahan sedikit coretan ini mampu menyumbang kepada kesedaran dalam menangani wabak Denggi. Saya galakkan pembaca mencari lebih banyak maklumat mengenai Denggi dan ia mudah didapati di mana-mana. Selamat membaca! Allahu alam. Naim Yaakob PEMBINA Bangi Pelajar Perubatan PPUKM Sumber : http://pembinabangi.com/2010/05/denggi-musuh-yang-sering-dipandang-ringan/

berlebihan.http://bernama548.blogspot.com/2011/07/demam-denggi.html

APA ITU DENGGI?

Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang penyakit ini. Penyakit denggi merupakan penyakit berjangkit yang berbahaya dan boleh membawa maut kerana sehingga hari ini belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini. Denggi boleh terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat daripada gigitan nyamuk aedes. Penyakit ini biasanya berlangsung selama sepuluh hari dan kadangkala mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar. Penyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis serotype virus yang telah dikenalpasti iaitu den 1, den 2, den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh merangsang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu, kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit. Nyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak dua hingga empat miligram darah iaitu 1.5 kali berat badannya. Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu: 1. Aedes aegypti. Ciri-ciri nyamuk ini ialah tanda putih-perak bentuk kecapi di kepala. Nyamuk aedes aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah. 2. Aedes albopictus. Ciri-ciri nyamuk ini pula ialah terdapat garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. Nyamuk albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan tempat air bertakung. Jarak terbang kedua-dua jenis nyamuk ini biasanya tidak melebihi 350 meter. Cara jangkitan: Manusia dijangkiti kuman virus denggi melalui gigitan nyamuk. Virus denggi ini hidup dan berkembang biak di dalam air liur nyamuk. Ia memerlukan masa pengeraman selama lapan hingga sepuluh hari untuk

berlebihan.http://bernama548.blogspot.com/2011/07/demam-denggi.html

berkembang biak dan terkumpul di dalam air liur nyamuk. Nyamuk yang telah dijangkiti akan terus membawa virus denggi sepanjang hidupnya. Apabila nyamuk aedes betina menggigit manusia atau haiwan ia akan memasukkan sekali virus denggi yang ada terdapat dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia. Apabila nyamuk aedes betina menghisap darah manusia yang mengandungi virus denggi ia akan melengkapi kitaran hidup virus tersebut dan menyebarkan kepada orang lain. Penularan virus denggi boleh juga terjadi apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu dan nyamuk itu dengan segera menggigit orang lain pula. Ini akan menyebabkan virus yang terdapat dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman. Cara ini dipanggil penularan mekanikal. Selain itu, jangkitan virus denggi boleh juga berlaku melalui penularan transovari di mana ia merupakan suatu proses penularan agen penyakit daripada serangga betina melalui telur, jentik-jentik hingga kepada serangga dewasa generasi berikutnya. Penularan transovari sangat penting bagi virus denggi kerana proses ini membolehkan virus tersebut berkekalan di persekitaran. Melalui proses penularan ini nyamuk bukan sahaja berperanan sebagai agen pembawa tetapi juga sebagai perumah kepada agen penyakit. Tempat pembiakan: Nyamuk aedes membiak di dalam takungan air jernih sama ada di dalam dan luar rumah tetapi tidak boleh membiak di dalam air yang kotor. Bahagian dalam rumah ia dapat membiak di piring alas pasu bunga, tadahan air seperti kolah mandi, tempayan atau baldi dan perangkap semut. Manakala di luar rumah seperti di dalam tayar buruk, saluran air hujan, tin-tin kosong, kawasan pembinaan, cawan getah, lubang pokok, tungguk buluh, ketiak daun seperti, daun pandan dan nanas. Terdapat dua jenis penyakit denggi iaitu: i) Demam denggi klasikal. Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan demam patah tulang atau breakbone fever. ii) Demam denggi berdarah. Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai demam berdarah Filipina.

berlebihan.http://bernama548.blogspot.com/2011/07/demam-denggi.html

Tanda-tanda atau gejala: 1. Demam denggi klasikal Tanda-tanda demam denggi ini bergantung kepada usia pesakit tersebut. Bagi bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Manakala orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ketiga hingga keempat. Bintikbintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Dan hasil daripada ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun. 2. Demam denggi berdarah Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal utama seperti demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Perdarahan yang berlaku adalah seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis(najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan. Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai dua hingga empat sentimeter di bawah tulang rusuk kanan. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS). Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit deman denggi ialah: Rawatan demam denggi klasikal: Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu mengurangkan demam(suhu badan) dan mengelakkan dari perdarahan berlaku. Rawatan demam denggi berdarah: Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak. Demam yang sangat panas juga meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik. Selain itu, pesakit akan diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Dan masa yang paling genting ialah pada hari ketiga hingga hari ketujuh. Maka pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ini menggambarkan darjah kehilangan plasma. Sumber : http://cvtampang.tripod.com/id59.html

berlebihan.http://bernama548.blogspot.com/2011/07/demam-denggi.html

berlebihan.http://bernama548.blogspot.com/2011/07/demam-denggi.html

Anda mungkin juga menyukai