Anda di halaman 1dari 6

BAB TIGA: METODOLOGI KAJIAN

3.1

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang dirangka adalah meilbatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk, kaedah pengumpulan data, penentukan populasi dan pemilihan sampel, ujian rintis dan kaedah penganalisisan data.

3.2

PENGOPERASIAN KONSEP

Konsep-konsep yang digunakan dalam kajian ini adalah meliputi perkara-perkara berikut:

i.

Persepsi: merupakan tanggapan responden terhadap amalan, budi bahasa, cara hidup dan penerimaan komuniti lain terhadap diri mereka.

ii.

Penyesuaian: kesediaan dan kebolehan responden untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan cara pemikiran, pandangan, amalan dan kehidupan harian komuniti lain.

iii.

Interaksi: kekerapan responden untuk mengekalkan jalinan perhubungan mereka dengan komuniti lain.

iv.

Hubungan kerja: jalinan perhubungan responden dengan komuniti lain semasa menjalankan tugas.

20

v.

Pengetahuan: sejauh mana responden mengetahui adat resam, budaya, kesenian, pantang larang, bahasa, kerjasama, perpaduan dan kemajuan sosioekonomi komuniti lain serta sistem pentadbiran Kerajaan wilayah lain.

3.3

SKOP KAJIAN

Kajian ini mempunyai skop dan limitasi seperti berikut:

i.

KOPPSSS yang dipilih ialah program-program yang dilaksanakan pada tahun 2008;

ii.

Populasi kajian adalah meliputi peserta-peserta KOPPSSS bagi tahun 2008; dan

iii.

Keberkesanan KOPPSSS dilihat ke atas sikap (penyesuaian diri), kemahiran (mengeratkan interaksi dan hubungan kerja) dan

pengetahuan (budaya dan sistem pentadbiran kerajaan negeri). Manakala, terdapat tiga impak yang telah dikenalpasti. Pertama, merujuk kepada peningkatan tahap pemahaman peserta mengenai persekitaran kehidupan baru supaya dapat menyesuaikan diri dan lebih sensitif dengan masyarakat setempat. Kedua, menilai kebolehan peserta untuk mengeratkan interaksi dan hubungan kerja dengan masyarakat

setempat semasa menjalankan tugas. Ketiga, menilai tahap pemantapan pengetahuan mengenai budaya dan sistem pentadbiran kerajaan negeri masyarakat setempat supaya dapat diaplikasikan dalam kerja.

21

3.4

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan bukan eksperimental iaitu post-then-pre design (Klatt & Taylor-Powell, 2005). Dalam reka bentuk ini, penilaian dilakukan setelah responden selesai mengikuti stimulasi (dalam kajian ini, stimulasi merujuk kepada KOPPSSS). Responden akan diberi dua soalan bagi setiap item. Soalan pertama adalah soalan pasca-ujian (post-test questions) yang bertujuan menilai kebolehan responden selepas menjalani latihan. Soalan kedua pula berbentuk soalan pra-ujian (pre-test questions) iaitu untuk mengukur tahap kebolehan responden sebelum mengikuti latihan.

Hasil perbandingan pasca-ujian dan pra-ujian akan menentukan keberkesanan KOPPSSS ke atas responden. Reka bentuk ini dipilih kerana ia dianggap antara yang paling sesuai untuk menilai perubahan dalam pengetahuan, kesedaran, kemahiran, sikap, keyakinan dan tingkahlaku responden (Rockwell and Kohn, 1989; Davis, 2003). Secara grafik, reka bentuk kajian dapat digambarkan dalam gambarajah berikut:

Rajah 3: Reka Bentuk Kajian Post-then-Pre

Stimulasi/ Treatment (ujian)

Soalan pasca-ujian (Post-test)

Soalan pra-ujian (Pre-test)

Ukuran Perbandingan

22

Kajian-kajian lalu menunjukkan bahawa pemilihan reka bentuk post-then-pre membawa kelebihan-kelebihan seperti ... it takes less time, is less intrusive and for self-reported change, avoids pretest sensitivity and response shift bias that result from pretest overestimation or underestimation (Klatt & Taylor-Powell, 2005). Oleh itu, reka bentuk ini dipilih kerana ia dianggap paling sesuai untuk menilai secara kendiri perubahan dalam pengetahuan, kesedaran, kemahiran, sikap, keyakinan dan tingkahlaku responden jika dibandingkan dengan reka bentuk pre-and-post (Rockwell & Kohn, 1988; Davis, 2003).

3.5

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan data primer yang diperolehi menerusi kajian lapangan. Kajian lapangan dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik, focus group dan temuramah. Borang soal selidik dan focus group digunakan untuk mendapatkan data daripada peserta KOPPSSS. Manakala, kaedah temuramah akan dilakukan ke atas ketua jabatan yang terpilih untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam.

3.6

POPULASI DAN PERSAMPELAN

Kajian ini adalah merupakan kajian populasi yang melibatkan keseluruhan peserta yang menghadiri KOPPSSS pada tahun 2008. Responden yang dipilih adalah terdiri daripada para pegawai dari Semenanjung yang bertukar ke Sabah, Sarawak dan Labuan; pegawai dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang bertugas di Semenanjung; serta pegawai dari Sabah ke Sarawak dan sebaliknya.

Berdasarkan data JPNIN, seramai 375 peserta terlibat mengikuti KOPPSSS bagi tempoh tahun 2008 (sila rujuk Lampiran A). Manakala penyertaan ketua jabatan yang

23

terpilih sebagai responden ditetapkan seramai 25 orang bagi menyokong lagi maklumat yang diperolehi mengenai keberkesanan KOPPSSS daripada peserta.

3.7

ANALISIS DATA

Kajian ini mengaplikasikan analisis data secara kuantitatif dan kualitatif. Bagi data yang diperolehi dari borang soal selidik, ia dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 12.0 dengan teknik-teknik statistik berbentuk deskriptif dan inferensi. Teknik statistik deskriptif digunakan untuk meneliti taburan demografi responden yang mengikuti KOPPSSS. Analisis ini dapat membantu dalam memerihal profil peserta seperti umur, bangsa, kawasan penempatan kursus dan sebagainya melalui teknik taburan frekuensi dan peratusan.

Bagi mengkaji keberkesanan program, teknik statistik inferensi digunakan. Dalam analisis ini, ujian-t sampel berpasangan (paired-samples t-test, ujian Analysis of Variance (ANOVA), korelasi Pearson dan regresi diaplikasi untuk menguji hipotesishipotesis kajian.

3.8

UJIAN KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN INSTRUMEN KAJIAN

Bagi menentukan kesahan muka (face validity) instrumen kajian, borang soal selidik ini telah dibentangkan untuk penelitian Jawatankuasa Teknikal Kajian INTAN dan juga pihak JPNIN. Komen dan pandangan daripada ahli-ahli jawatankuasa ini telah diambilkira untuk tujuan penambahbaikan pembinaan item-item bagi mengukur sesuatu angkubah yang digunakan. Selain itu, satu kajian rintis (pilot study) telah dilakukan pada 21 Mei 2008 yang melibatkan 12 orang responden yang terdiri daripada peserta KOPPSSS tahun 2007 bagi tujuan menjalankan ujian

kebolehpercayaan (reliability test).

24

Mengikut Hair (2003), tahap penerimaan kebolehpercayaan sesuatu instrumen kajian menunjukkan responden telah menjawab soalan atau pernyataan dalam keadaan konsisten. Beliau telah memberi garispanduan mengenai nilai Cronbach Alpha yang menerangkan kekuatan hubungan seperti di dalam Jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Pekali Saiz Cronbachs Alpha (Peraturan Umum) Alpha Coefficient Range < 0.6 0.6 < 0.7 0.7 < 0.8 0.8 < 0.9 0.9 Kekuatan Hubungan Lemah Sederhana Baik Sangat Baik Terbaik

Terdapat empat pembolehubah yang digunakan dalam kajian ini iaitu perspektif; interaksi serta hubungan kerja; aplikasi pengetahuan dan prestasi perkhidmatan. Hasil ujian Cronbach Alpha yang dijalankan ke atas 154 responden yang mengikuti KOPPSSS adalah seperti di dalam Jadual 2 di bawah: Jadual 2: Keputusan Ujian Kebolehpercayaan Pembolehubah Perspektif Interaksi serta Hubungan Kerja Aplikasi Pengetahuan Prestasi perkhidmatan Cronbach Alpha Kajian Sebenar (n=154) 0.835 0.890 0.704 0.808

Daripada keputusan tersebut, setelah ujian kebolehpercayaan ke atas data dibuat, pembolehubah bagi perspektif; interaksi serta hubungan kerja; dan prestasi perkhidmatan melepasi tahap kebolehpercayaan yang sangat baik. Manakala pembolehubah bagi aspek aplikasi pengetahuan melepasi tahap kebolehkepercayaan yang baik.

25