Anda di halaman 1dari 3

n

‫الحمد لله الذي هدانا لهذا وماكنا لنهتدي لول أن هدانا‬


‫ والصلة والسلم على سيد النام بلغ الرسالة‬، ‫الله‬
. ‫ونصح المة وكشف الغمة‬
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah


mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis
Perhimpunan Khas Sempena Persaraan Perdana Menteri
Malaysia Yang Tercinta Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad
peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan
Rahimah Klang 2003 pada ketika ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang


dikehendakki ,
Kami amat bersyukur dalam ruang yang diberi untuk
melahirkan rasa penghargaan dan terima kasih Warga
Kementerian Pendidikan Sempena Persaraan YAB Dato’ Seri
Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia .
Sesungguhnya kami amat terharu dan ingin mengucapkan
syabas kepada Perdana Menteri, terutama atas komitmen
serta sumbangan besar beliau dalam memartabatkan

Doa Majlis Perhimpunan Khas Sempena Persaraan Perdana Menteri 1


Malaysia YAB
Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad
profesion keguruan dan bidang pendidikan negara secara
keseluruhan.

Ya Ghaniyyu . Ya Hamiid , Ya Mubdi’a Ya Mu’iid ,


Dalam kesempatan ini izinkan kami untuk merakamkan rasa
syukur dan terima kasih kami kepada Mu atas nikmat kurnia
Mu kerana menganugerahkan kepada kami seorang
pemimpin yang berjiwa besar dan punyai wawasan yang
jauh demi memajukan bangsa , agama dan negara .
Sesungguhnya YAB Dato’ Seri Dr Mahathir telah memberikan
sumbangan amat besar kepada negara, khususnya terhadap
bidang pendidikan. Beliau banyak menabur bakti dalam
meningkatkan martabat pendidikan negara, bukan saja
ketika menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri
tetapi juga sewaktu memegang jawatan Menteri Pelajaran.

Sesungguhnya, seluruh warga pendidikan sangat terhutang


budi dan berasa bangga dipimpin oleh seorang pemimpin
yang begitu mengambil berat terhadap pendidikan dan
meletakkannya sebagai agenda penting dalam
pembangunan negara .

Ya Allah , Ya Qawiyyu , Ya Matiin ,


Kurniakanlah kami jiwa dan hati yang sentiasa mengenang
jasa orang yang telah berbakti dan berkorban untuk melihat
kemajuan dan kecemerlangan agama , bangsa dan
negaranya sehingga setaraf dengan bangsa-bangsa maju
yang lain di dunia . Anugerahkanlah kami kekuatan untuk
mengekalkan usaha murni dan suci demi kelangsungan dan
kesinambungan kejayaan yang telah dicapai oleh negara
kami setakat ini di bawah pimpinan beliau yang berkualiti
dan berwibawa .

Ya Allah , Ya Wahhaab , Ya Razzaaq ,


Panjangkanlah usia beliau dalam keadaan iman dan Islam ,
semoga dapat menyumbang terus idea , buah fikiran dan
pandangan yang bernas demi kemajuan negara walaupun
tidak memimpin negara . Moga-moga majlis ini akan
Doa Majlis Perhimpunan Khas Sempena Persaraan Perdana Menteri 2
Malaysia YAB
Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad
membolehkan pelajar sebagai generasi pelapis menghargai
sekali gus mencontohi tanggungjawab, komitmen,
kewibawaan dan kegigihan usaha Perdana Menteri
menyumbang ke arah kemajuan negara selama ini. terharu
dan ingin mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri,
terutama atas komitmen serta sumbangan besar beliau
dalam memartabatkan profesion keguruan dan bidang
pendidikan negara secara keseluruhan. bertujuan
menggambarkan perpaduan, sokongan padu serta
penghargaan tinggi dan tanda syukur serta terima kasih
seluruh warga pendidikan.

Ya Allah , Tuhan Yang Menentukan Segala Sesuatu ,


Sesungguhnya yang datang akan pergi , yang patah akan
tumbuh kembali , setiap yang bermula pasti ada akhirnya ,
setiap pertemuan akan ada perpisahan , namun
kurniakanlah kami pemimpin yang berwibawa selepas
persaraan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tercinta
Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad semoga pemimpin baru
yang akan menggantikan belaiu akan dapat memikul
tanggungjawab dan amanah yang berat ini dengan licin dan
selesa .

Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai pertemuan


yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan
kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara
daripada mara bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة وقنا‬


‫عذاب النار والحمد لله رب العالـمين‬

Doa Majlis Perhimpunan Khas Sempena Persaraan Perdana Menteri 3


Malaysia YAB
Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad

Anda mungkin juga menyukai