Anda di halaman 1dari 17

Qaedah Sulbah

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

Tabiat Dakwah Rasulullah


Kalau apa yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka, dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu" (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu) (At-Taubah: 42)

Pertembungan Dakwah Fasa Awal Dengan Quraisy Mekah


Fitnah Gangguan Kutukan Penyeksaan

Sunnah Pemilihan (Intiqa)


Yang akan kekal bersama Islam hanyalah mereka yang:
Menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah Menyediakan diri untuk menanggung segala bebanan

Sesiapa yang kekal merekalah qaedah sulbah


Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. (Muhammad: 31)

Ia Adalah Sunnah Dakwah


246. tidakkah Engkau ketahui (Wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh Kami berperang (bersamasama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak Diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," mereka berkata: "Mengapa pula Kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang Kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" maka apabila perang itu Diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan orang-orang Yang zalim. 247. dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. mereka menjawab: "Bagaimana Dia mendapat Kuasa memerintah Kami sedang Kami lebih berhak Dengan Kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan Dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". dan (ingatlah), Allah jualah Yang memberikan Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

Ia Adalah Sunnah Dakwah


248. dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut Yang mengandungi (sesuatu Yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa Yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang Yang beriman". 249. kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu Dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu Yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa Yang tidak merasai airnya maka Sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang Yang menceduk satu cedukan Dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. setelah Talut bersama-sama orang-orang Yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang Yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". berkata pula orang-orang Yang yakin Bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan Yang sedikit berjaya menewaskan golongan Yang banyak Dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang Yang sabar".

Ia Adalah Sunnah Dakwah


250. dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian Kami serta menangkanlah Kami terhadap kaum Yang kafir" 251. oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut Dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta Dalam tentera Talut) membunuh Jalut. dan (Sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) Kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa Yang dikehendakiNya. dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) Dengan setengahnya Yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.

Sorotan Ringkas Zaman Rasulullah s.a.w.


Zaman Mekah Siapa?
Muhajirin Awa'il Orang yg masuk Islam ketika itu adalah orang yang mewakafkan diri kepada Allah dan sanggup menanggung azab

Tidak cukup kuat lagi lalu tidak dibenarkan perang


Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat." (An-Nisa: 77)

Sorotan Ringkas Zaman Rasulullah s.a.w.


Awal Hijrah Siapa? Semua Muhajirin dan Ansar awal yang terlibat di dalam Baiah Aqabah II
Dan orang-orang yang terdahulu dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (At-Taubah: 100)

Cukup kuat lalu dibenarkan berperang


Diizinkan berperang bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). (Al-Hajj: 39)
Kebanyakan ulama salaf mengatakan ia adalah ayat pertama tentang jihad. (Ibnu Kathir)

Sorotan Ringkas Zaman Rasulullah s.a.w.


Badar al-Kubra (17 Ramadhan 2 Hijrah) Qaedah sulbah bertambah (terdiri dari pahlawanpahlawan yang kuat) Selepas Badar berlaku sedikit kegoncangan di dalam masyarakat Islam Madinah kerana wujudnya:
Golongan taqlid Golongan munafiq

Tetapi masyarakat masih dipelihara disebabkan wujudnya qaedah sulbah yang ramai

Sorotan Ringkas Zaman Rasulullah s.a.w.


Pentarbiahan berterusan walau keadaan semakin sukar
Al-Anfal: 5-8 Aali Imran: 7-9 Al-Hasyr: 11-13 Al-Ahzab: 9-14 An-Nisa: 71-73 An-Nisa: 77-78 Muhammad: 36-38 Al-Mujadilah: 14-22 Al-Mumtahinah: 1-4 Al-Maidah: 51-53

Sorotan Ringkas Zaman Rasulullah s.a.w.


Fathu Makkah (10 Ramadhan 8 Hijrah) Semua anggota masyarakat muslim di Madinah adalah qaedah sulbah. Bani Thaqif dan Hawazin memeluk Islam Kualiti yang berbeza antara satu dengan yang lain:
10 yang dijamin masuk syurga Tentera Badar Para sahabat yang hadir di Baiah Ridhwan Baki sahabat r.a. Golongan tabien

Sorotan Ringkas Zaman Rasulullah s.a.w.


Perang Hunain (6 Syawal 8 Hijrah) Qaedah Sulbah seramai 10,000 orang dan golongan baru masuk Islam seramai 2,000 orang Sedikit gangguan:
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, Iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. (At-Taubah: 25)
Sebaik-baik sahabat empat orang, sebaik-baik sariyah empat ratus orang, sebaik-baik tentera empat ribu orang. Tidak akan kalah tentera seramai 12,000 orang disebabkan faktor sedikit bilangan. (Riwayat Termizi dan Abu Daud)

Sorotan Ringkas Zaman Rasulullah s.a.w.


Kewafatan Rasulullah (12 Rabiul Awal 10 Hijrah) Berlaku gejala murtad di seluruh tanah Arab kecuali Madinah.
Dua tahun selepas pembukaan Mekah tidak mencukupi untuk mentarbiyyah orang-orang baru. Saidina Abu Bakar memerangi golongan riddah dan nabi palsu selama 11 bulan. Hasilnya seluruh tanah Arab kembali kepangkuan Islam.

Seluruh tanah Arab menjadi qaedah sulbah kepada dakwah Islam di zaman pemerintahan Umar.

Pengajaran
Mehnah di Mekah adalah merupakan suatu persediaan amal yang besar.
Panjangkan masa pembentukan dan tarbiyyah. Pastikan tarbiyyah diri sendiri terjaga. Jangan sampai amal dakwah mengganggu tarbiyyah peribadi.

Pengajaran
Allah mengetahui bagaimana untuk menyediakan generasi dakwah.
Masa yang panjang Mehnah Kesusahan

Matlamat tarbiyyah:
Melahirkan akh dan ukht yang tiada sesuatu dalam dirinya melainkan Syurga.

Pengajaran
Kepentingan qaedah sulbah
Penjaga dan penyambung dakwah dalam segenap peringkat. Pembentukan mereka memakan masa yang lama (Mekah 13 tahun Hudaibiyyah 6H)

Manhaj perjalanan dakwah Islam


Dakwah dimulai dengan pembinaan qaedah sulbah. Tarbiyyah yang mantap, seimbang dan mencukupi. Berhati-hati dari meluaskan medan sebelum qaedah sulbah benar-benar terbentuk.

Anda mungkin juga menyukai