Anda di halaman 1dari 33

Tajuk : + Huruf Hijaiyah Tunggal (Iqra 1)

+ Huruf Bersambung (Iqra 2)


+ Membaca Huruf Pelbagai Baris :
i. Kasrah (Iqra 3)
ii. Dhommah (Iqra 3)
iii. Tanwin (Iqra 4)
Tahun : 1 Gamma
Kaedah : Talaqqi Musyafahah
Teknik : a. Teknik A
i. Guru memperkenalkan huruf hijaiyah tunggal/ bersambung
berbaris fathah / kasrah / dhommah / tanwin melalui kad
imbasan.
ii. Guru menyebut satu persatu bunyi huruf tersebut dengan jelas
diikuti dengan sebutan murid.
iii. Guru membunyikan huruf-huruf tersebut menggunakan
nyanyian agar lebih jelas perbezaan bunyi huruf.
b. Teknik B
i. Guru menayangkan huruf hijaiyah tunggal/bersambung berbaris
fathah / kasrah / dhommah / tanwin menggunakan slide yang
berasingan dengan paparan grafik yang menarik ditambah
dengan ikon beranimasi.
ii. Apabila guru menekan butang simbol speaker, ada suara yang
akan kedengaran membunyikan huruf tersebut.
iii. Murid-murid mengikut suara bacaan tersebut secara beramai-
ramai.
iv. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan untuk
segmen kuiz.
v. Guru menguji seorang demi seorang untuk menyebut bunyi
1.0 APLIKASI KAEDAH DAN TEKNIK TILAWAH QURAN

huruf hijaiyah tunggal/bersambung. Untuk memastikan samada
betul atau tidak sebutan mereka, suara tadi akan dimainkan
semula. Kumpulan yang mempunyai markah tertinggi adalah
juara.
c. Teknik C
i. Bagi murid-murid yang aktif, guru sebagai pemudah cara dan
hanya memberikan contoh sahaja.
ii. Murid yang cerdas boleh membantu rakan yang masih lemah.

Kekuatan : a. Teknik A
i. Murid dapat mendengar cara sebutan huruf yang betul dan
jelas daripada guru.
ii. Murid bersemangat apabila dikehendaki menyanyi beramai-
ramai.
b. Teknik B
i. Murid sangat teruja melihat paparan power point yang menarik
ii. Setiap darpada murid-murid bersungguh-sungguh sewaktu
ingin menyebut huruf yang terpapar semasa kuiz dijalankan.
c. Teknik C
i. Murid aktif dapat membaca Iqra seterusnya dengan cepat
tanpa menunggu rakan lain.
ii. Murid yang lemah mendapat lebih masa bimbingan dengan
bantuan murid cerdas.

Kelemahan :
i. Murid yang lemah ingatan mudah terlupa akan bunyi huruf yang
telah dipelajari.
ii. Mereka memerlukan masa yang panjang untuk mengingat
bentuk dan bunyi huruf dengan tepat.
iii. Murid mudah keliru dengan huruf yang mempunyai persamaan
rupa bentuk.



Tajuk : + Membaca Bacaan Panjang :
i. Mad Asli (Iqra 2)
ii. Mad Silah (Iqra 3)
iii. Mad Aridh Lissukun (Iqra 5)
Tahun : 1 Gamma
Kaedah : Talaqqi Musyafahah, Tasmik
Teknik : a. Teknik A
i. Guru membawa murid ke makmal komputer untuk masing-
masing mendengar bacaan kalimah mad dengan betul.
ii. Guru mengumpulkan murid di ruang utama untuk menerangkan
cara penggunaan perisian bacaan Iqra.
iii. Selepas sesi itu, murid-murid pergi ke komputer masing-
masing. Kalimah dipilih dan suara bacaan diperdengarkan.
Murid mengikut secara individu.
iv. Guru sentiasa memantau aktiviti murid agar tiada yang
membuat aktiviti lain.
b. Teknik B
i. Guru menerangkan panjang mad secara berperingkat
mengikut minggu.
ii. Guru mencadangkan kiraan harakat huruf menggunakan
kiraan jari tangan bagi mengelakkan kesilapan kadae panjang.
iii. Guru mentasmik murid secara individu. Sebarang kesalahan
akan ditegur secara langsung.
iv. Di akhir pembelajaran mad, kuiz dijalankan. Guru membaca
potongan kalimah, murid-murid meneka bilangan harakat.
Kekuatan : a. Teknik A
i. Murid dapat mendengar cara sebutan huruf yang betul dan
jelas daripada komputer.
ii. Murid lebih fokus kerana mereka memakai headphone.
b. Teknik B
i. Murid tidak keliru kerana hukum mad diajar mengikut minggu.
ii. Setiap daripada murid-murid bersungguh-sungguh sewaktu
ingin menjawab semasa kuiz dijalankan.

Kelemahan : i. Murid masih keliru bilangan harakat yang perlu dibaca bagi
setiap hukum mad.
ii. Jika murid tidak dapat menguasai huku Mad Asli dengan betul,
ini akan membawa kepada kegagalan mereka menguasai
hukum mad yang lain.


Tajuk : + Membaca Bacaan Bertajwid :
i. Mim Sakinah (Iqra 4)
ii. Nun Sakinah (Iqra 4)
iii. Qalqalah (Iqra 4)
iv. Alif Lam Qamariah (Iqra 5)
+ Sifat dan Makhraj Huruf (Iqra 4)
Tahun : 1 Gamma
Kaedah : Talaqqi Musyafahah
Teknik : a. Teknik A
i. Guru mula memperkenalkan huruf dan baris kerana sebelum
ini, murid hanya tahu membunyikan tanpa mengenal huruf dan
baris.
ii. Dengan menggunakan slide power point, huruf diperkenalkan
mengikut hukum tajwid yang dipelajari.
iii. Bagi memudahkan murid mengingat, singkatan huruf
digunakan bagi mewakili setiap hukum. Contohnya bagi huruf
Qalqalah disingkatkan sebagai
b. Teknik B
i. Guru menerangkan cara bacaan dengan menggunakan tajwid
dan makhraj yang betul.
ii. Murid mengikut bacaan guru secara perlahan-lahan. Selepas
itu, murid membaca secara beramai-ramai mengikut alunan
yang dibaca oleh guru.
iii. Guru perlu menyemak pembacaan murid-murid secara individu
untuk memastikan ketepatan bacaan.
Kekuatan : a. Teknik A
i. Murid dapat melihat dengan jelas huruf-huruf yang terlibat
untuk setiap hukum tajwid yang dipelajari.
ii. Murid mudah mengingat apabila singkatan huruf tajwid
dicadangkan oleh guru.
b. Teknik B
i. Murid dapat memahami dengan jelas cara bacaan bertajwid
yang diperdengarkan oleh guru.
ii. Minat murid bertambah apabila dikehendaki membaca ayat
dengan alunan.

Kelemahan : iii. Ada murid yang masih tidak peka dengan hukum tajwid. Ini
menyebabkan bacaan mereka seringkali tersalah.
iv. Apabila membaca secara beramai-ramai, ada murid yang
lemah ketinggalan.









Tajuk : + Hafazan Surah al-Kafirun
+ Hafazan Surah al-Kautsar
Tahun : 2 Alpha, 2 Gamma
Kaedah : Tikrar / Mulazamah
Teknik : a. Teknik A
i. Guru menceritakan tentang perihal orang-orang kafir Makkah
yang menentang dakwah nabi Muhammad s.a.w.
ii. Guru memperdengarkan bacaan surah melalui paparan LCD.
iii. Murid mengikut bacaan guru satu persatu.
iv. Seorang murid dipanggil untuk membaca dengan diikuti murid-
murid lain.
v. Murid dikehendaki berpasangan dengan rakan untuk
menghafaz bersama-sama satu demi satu ayat surah al-
Kafirun.
b. Teknik B
i. Guru memperdengarkan bacaan tarannum qari terkenal.
ii. Murid mengikuti bacaan tersebut satu persatu.
iii. Guru membaca dan murid mengikut bacaan itu.
iv. Murid dikehendaki membaca ayat satu persatu mengikut giliran
tempat duduk di kelas. Sementara yang lain mengikut.
v. Murid dikehendaki menghafaz satu ayat demi satu ayat dalam
tempoh yang ditetapkan.

Kekuatan : a. Teknik A
i. Murid tampak berminat mendengar kisah perjuangan nabi
Muhammad s.a.w.
ii. Murid mudah menghafaz apabila mengetahui latar belakang
surah tersebut.
b. Teknik B
i. Murid berasa seronok membaca surah mengikut alunan
tarannum yang diperdengarkan.
ii. Murid lebih bermotivasi untuk menghafaz ayat menggunakan
alunan tarannum.

Kelemahan : i. Murid yang masih di tahap Iqra mengalami kesukaran semasa
proses menghafaz kerana tidak mampu membaca teks ayat
secara sendiri. Mereka hanya bergantung kepada bunyi bacaan
oleh audio, guru dan rakan-rakan lain.
ii. Murid yang kurang fokus dan lemah ingatan mengalami
kesukaran menghafaz.


Tajuk : + Surah al-Baqarah (Ayat : 1-286)
+ Surah ali-Imran (Ayat : 1-45)
Tahun : 2 Alpha, 2 Gamma
Kaedah : Tadarus, Tasmik
Teknik : a. Teknik A
i. Murid-murid membuat halaqah besar. Sesi bacaan Al-Quran
dimulakan dengan memilih seorang untuk membaca sepotong
ayat. Kemudian diikuti dengan murid lain.
ii. Rakan lain mendengar. Guru menegur bacaan murid yang
mempunyai kesalahan dan membetulkan.
b. Teknik B
i. Guru memanggil seorang murid yang sudah lancar membaca
untuk ke hadapan. Murid tersebut membaca dan bacaan
tersebut diikuti oleh murid lain.
ii. Ini diikuti dengan giliran murid cerdas yang lain.
Kekuatan : a. Teknik A
i. Murid akan membaca ayat Al-Quran dengan berhati-hati bagi
mengelakkan kesalahan dalam bacaan.
ii. Murid lain dapat mencontohi bacaan rakan yang baik sambil
memerhatikan kesalahan agar tidak mengulangi perkara yang
sama.
b. Teknik B
i. Murid yang lemah dapat mencontohi bacaan murid yang cerdas
dan cuba memperbaiki bacaan sendiri.
Kelemahan : i. Terdapat murid yang membaca dengan suara yang perlahan
sehingga tidak dapat didengari oleh guru. Ini menyukarkan guru
untuk mengenalpasti jika terdapat kesalahan bacaan.
ii. Murid yang telah membaca mula membuat bising sewaktu
rakan lain membaca Al-Quran.
iii. Murid cerdas gemuruh apabila membaca di hadapan. Ini
menyebabkan mereka seringkali membuat kesalahan semasa
membaca potongan ayat.

Tajuk : + Surah an-Nisa (Ayat 24 - 186)
+ Surah al-Maidah (Ayat 1 - 120)
+ Surah al-Aaraf (Ayat 1- 67)
Tahun : 3 Alpha, 3 Beta, 3 Gamma
Kaedah : Tasmik
Teknik : a. Teknik A
i. Guru memperdengarkan bacaan tarannum untuk silibus ayat
pada minggu tersebut.
ii. Murid diingatkan untuk memerhatikan tajwid dan makhraj huruf
pada bacaan yang didengari.
iii. Selepas mendengar, seorang demi seorang akan pergi kepada
guru untuk memperdengarkan bacaan dengan betul dan
bertajwid.
iv. Guru memperbetulkan bacaan yang salah secara terus.
v. Guru juga turut bertanya hukum tajwid bagi sesetengah
potongan ayat yang dibaca.


b. Teknik B
i. Guru memperdengarkan bacaan tarannum untuk silibus ayat
pada minggu tersebut.
ii. Murid diingatkan untuk memerhatikan tajwid dan makhraj huruf
pada bacaan yang didengari.
iii. Guru memilih calon-calon murid turus dan mentasmik mereka.
Selepas puas hati dengan bacaan mereka, guru mengarahkan
beberapa orang murid membaca surah sambil ditasmik oleh
murid turus. Sebarang kesilapan bacaan akan diperbetulkan
oleh murid turus tersebut sambil dipantau oleh guru.

Kekuatan : a. Teknik A
i. Murid tertarik dengan bacaan taranum yang diperdengarkan.
ii. Murid lebih fokus mendengar bacaan sambil memerhati tajwid
yang betul.
b. Teknik B
i. Murid turus membantu guru menumpukan perhatian kepada
murid-murid yang lemah.
ii. Murid mudah menerima pengajaran daripada rakan sebaya
kerana mereka lebih rapat berbanding dengan guru.

Kelemahan : i. Tanpa bantuan murid turus, guru tidak cukup masa untuk
menyemak murid-murid di bawah tanggungjawabnya.
ii. Peratusan murid turus yang betul-betul menguasai bacaan
dengan betul adalah kecil berbanding mereka yang masih
lemah dalam bacaan Al-Quran.





Tajuk : + Surah at-Taubah (Ayat : 94 - 129)
+ Surah Yunus (Ayat 1 - 109)
+ Surah Hud (Ayat 1 - 123)
+ Surah Yusuf (Ayat 1 - 111 )
+ Surah ar-Rad (Ayat 1 - 43)
+ Surah Ibrahim (Ayat 1 - 52)
+ Surah al-Hijr (Ayat 1 - 79)
+ Surah an-Nahl (Ayat 1 - 128)
+ Surah al-Isra (Ayat 1 - 111)
Tahun : 4 Gamma
Kaedah : Tasmik
Teknik : a. Teknik A
i. Guru memperdengarkan bacaan tarannum daripada seorang
Qari cilik terkenal untuk silibus ayat pada minggu tersebut
dengan menggunakan laptop.
ii. Murid dikehendaki memerhati cara bacaan Qari dengan teliti.
iii. Guru memanggil seorang demi seorang untuk ditasmik.
iv. Sebarang kesalahan bacaan yang berlaku akan diperbetulkan
oleh guru.
b. Teknik B
i. Halaqah kecil dibentuk. Setiap murid dikehendaki membaca
satu ayat mengikut giliran.
ii. Ketua halaqah akan membaca terlebih dahulu kemudian diikuti
murid lain. Tugas ketua adalah memerhati bacaan rakan lain
sambil membetulkan jika terdapat kesilapan dalam bacaan.
iii. Guru sebagai pembimbing akan memantau aktiviti ini.
c. Teknik C
i. Murid dibahagi secara berpasangan. Salah seorang mesti lebih
baik bacaannya.
ii. Murid yang lebih baik bacaannya akan membimbing rakannya
dengan menyemak bacaan sewaktu dia membaca.
iii. Guru sentiasa memantau aktiviti ini sambil mentasmik murid
yang lemah dalam bacaan.
Kekuatan : a. Teknik A
i. Murid lebih bermotivasi apabila melihat contoh bacaan Qari cilik
yang jauh lebih baik kualiti bacaannya berbanding mereka. Ini
dapat menaikkan semangat mereka untuk membaca dengan
lebih baik selepas ini.
b. Teknik B
ii. Memupuk sikap bertanggungjawab dan berani dalam diri
seorang murid untuk menegur kesalahan rakannya sendiri.
c. Teknik C
i. Murid tiada masa bersembang kerana masing-masing
dikehendaki membaca sambil disemak oleh rakan.
Kelemahan : i. Masalah akan berlaku apabila murid yang dianggap cerdas itu
memberi tunjuk ajar yang salah kepada rakannya.
ii. Sekiranya ketua halaqah tidak berani menegur, bacaan
rakannya akan berterusan salah.











Tajuk : + Surah al-Mukminun (Ayat 1 - 118)
+ Surah an-Nur (Ayat 1 - 64)
+ Surah al-Furqan (Ayat 1 - 77)
+ Surah as-Syuara (Ayat 1 - 227)
+ Surah an-Naml (Ayat 1 - 93)
+ Surah al-Qasas (Ayat 1 - 88)
+ Surah al-Ankabut (Ayat 1 - 69)
+ Surah ar-Rum (Ayat 1 - 60)
+ Surah Luqman (Ayat 1 - 34)
+ Surah as-Sajadah (Ayat 1 - 30)
+ Surah al-Ahzab (Ayat 1 - 73)
+ Surah as-Saba (Ayat 1 - 31)

Tahun : 5 Gamma
Kaedah : Tadarus
Teknik : a. Teknik A
i. Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan.
Murid turus dilantik sebagai ketua kumpulan tadarus.
ii. Setiap kumpulan ditentukan silibus bacaan.
iii. Setiap masa guru memantau aktiviti tadarus ini.
b. Teknik B
i. Guru menulis beberapa ayat dalam manilakad dan dilekat di
papan putih.
ii. Guru membaca sambil menunjukkan huruf dan baris yang
terlibat. Guru juga menerangkan hukum tajwid yang terdapat
dala ayat tersebut.
iii. Sesekali guru akan bertanya murid tentang bunyi bacaan
kalimah tertentu.
iv. Selepas selesai, guru menyemak bacaan secara individu.
c. Teknik C
i. Guru memperdengarkan murid dengan bacaan ayat Al-Quran
yang terkandung dalam surah tertentu.
ii. Beberapa sampul diberi kepada setiap murid. Di dalamnya
terdapat nombor ayat yang perlu dibaca. Terdapat juga soalan
mengenai hukum tajwid. Murid perlu mengeluarkan satu contoh
hukum tajwid seperti yang dikehendaki oleh soalan.
iii. Murid membaca secara kuat, sementara itu guru dan murid lain
menyemak.

Kekuatan : a. Teknik A
i. Tadarus dapat membantu guru memperbetulkan bacaan murid
yang lemah.
b. Teknik B
i. Perhatian murid dapat diperolehi apabila semua murid
bertumpu ke arah guru semasa guru menunjukkan teks ayat di
hadapan kelas.
c. Teknik C
i. Aktiviti cabutan ayat ini menarik perhatian murid untuk
membaca Al-Quran dengan penuh minat.

Kelemahan : i. Teguran guru kepada bacaan murid yang lemah akan
mengurangkan masa yang diperlukan oleh guru untuk
menyemak bacaan murid lain.








Tajuk : + Surah at-Thur (Ayat 1 - 45)
+ Surah an-Najm (Ayat 1 - 62)
+ Surah al-Qamar (Ayat 1 - 55)
+ Surah ar-Rahman (Ayat 1 - 78)
+ Surah al-Waqiah (Ayat 1 - 96)
+ Surah al-Hadid (Ayat 1 - 29)
+ Juzu 28
+ Juzu 29
+ Juzu 30
Tahun : 6 Alpha
Kaedah : Tasmik, Pertandingan
Teknik : a. Teknik A
i. Guru memperdengarkan bacaan Al-Quran melalui laptop.
ii. Murid dikehendaki menyemak Al-Quran masing-masing
sementara bacaan dimainkan.
iii. Guru menghendaki murid membaca surah yang sama secara
bergilir.
iv. Guru menegur apabila terdapat kesalahan dalam pembacaan
mereka.
b. Teknik B
i. Guru mengadakan pertandingan membaca Al-Quran
ii. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
iii. Mereka diberi masa 15 minit untuk memilih rakan yang terbaik
bacaan Al-Qurannya untuk mewakili kumpulan masing-masing.
iv. Semasa pertandingan dijalankan, setiap murid dikehendaki
menyemak Al-Quran masing-masing bagi memerhatikan
bacaan rakan yang bertanding
c. Teknik C
i. Guru membahagikan murid berpasangan.
ii. Salah seorang mempunyai bacaan yang lebih baik menyemak
bacaan rakannya.
iii. Sementara guru secara berkala akan memanggil murid yang
lemah untuk disemak bacaannya.
Kekuatan : a. Teknik A
i. Murid tertarik dengan bacaan Al-Quran oleh Qari terkenal. Ini
menambah fokus mereka semasa merujuk Al-Quran.
b. Teknik B
i. Murid teruja untuk menjadikan kumpulan mereka menang. Jadi,
semasa sesi latihan seboleh mungkin mereka akan pastikan
tiada kesalahan yang dilakukan semasa bacaan. Ini dipastikan
melalui proses semakan bacaan oleh semua anggota kumpulan
terhadap wakil pembaca Al-Quran Mereka.
c. Teknik C
i. Murid lebih tenang membaca apabila disemak oleh rakannya
sendiri.
Kelemahan : i. Terdapat segelintir murid yang gemar bersembang apabila
duduk berdekatan dengan rakan.













2.1 Pendahuluan
Al-Quran adalah mukjizat teragung yang telah dianugerahkan kepada junjungan nabi
Muhammad s.a.w sebagai panduan umat Islam sepanjang zaman. Al-Quran menurut
bahasa membawa pengertian bacaan atau himpunan. Manakala dari segi istilah Al-
Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. Ditulis
dalam mushaf, dipindahkan dari satu generasi ke generasi secara tawatir dan akan
mendapat pahala apabila membacanya. Oleh kerana ia menjadi rujukan sepanjang
zaman, Al-Quran mesti dipelihara isi kandungannya agar tidak hilang ditelan zaman.
Oleh yang demikian, langkah pengumpulan dan pembukuan dilaksanakan agar umat
akan datang masih mewarisi mukjizat teragung ini tanpa sebarang kecacatan.
2.2 Pengumpulan Al-Quran pada zaman Rasulullah
Sewaktu hayat nabi, Al-Quran sudah mula ditulis oleh para sahabat. Mereka menulis
pada pelepah tamar, tulang-tulang unta dan biri-biri yang telah kering, kulit-kulit
binatang, kulit-kulit atau daun kayu dan sebagainya. Penulisan ini sebenarnya
menguatkan hafazan ayat Al-Quran para sahabat.
2.3 Pengumpulan Al-Quran pada zaman Abu Bakar as-Siddiq
Pada zaman Abu Bakar as-Siddiq, telah berlaku perang Yamamah (ar-Riddah) yang
mengorbankan seramai 70 orang para penghafaz Al-Quran. Akibat daripada
kebimbangan ini, Saidina Abu Bakar telah mengarahkan Zaid Bin. Tsabit mengetuai
kumpulan mengumpulkan Al-Quran dengan dibantu oleh Ali bin Abi Talib, Ubai bin
Kaab dan Uthman bi. Affan.
Sumber tulisan Al-Quran adalah terdiri daripada simpanan Rasulullah sendiri.
Kepingan-kepingan yang tertulis padanya Al-Quran diteliti satu persatu. Untuk
memastikan kesahihan ayat, para huffaz dipanggil untuk melakukan semakan.
2.0 PENGUMPULAN DAN PEMBUKUAN MASHAF AL-QURAN
PADA ZAMAN SAIDINA UTHMAN B. AFFAN
Setelah Abu Bakar meninggal dunia, mushaf Al-Quran disimpan oleh Saidina Umar.
Selepas kewafatannya ia kemudian disimpan oleh puterinya iaitu Hafsah binti Umar.
2.4 Pengumpulan Al-Quran zaman Uthman b. Affan
Pengumpulan al-Quran pada zaman ini merupakan pengumpulan peringkat ketiga.
Usaha pengumpulan dan penulisan pada peringkat ini menjadi suatu yang serius sekali
berikutan isu-isu yang berlaku pada zaman tersebut. Faktor-faktor yang mendorong
kepada pengumpulan semula al-Quran pada tahap ketiga ialah :
i. Wujudnya Mushaf Peribadi Para Sahabat
ii. Perbezaan Qiraat Yang Membawa Kepada Pertikaian Umat Islam
2.4.1 Wujudnya Mushaf Peribadi Para Sahabat
Selain Mushaf Abu Bakar, terdapat juga di kalangan para sahabat lain yang menulis
Al-Quran sebagai rujukan dan simpanan. Antara mushaf-mushaf yang masyhur ialah
mushaf Abdullah bin Masud, mushaf Ubai bin Kaab, mushaf Abu Musa al-Asyari dan
lain-lain lagi.
Sesetangah mushaf ditulis adalah untuk tujuan peribadi. Ada yang ditambah dengan
catatan sendiri tentang maksud dan peringatan mengenai sesuatu ayat. Terdapat juga
mushaf yang tidak lengkap susunan ayat-ayat atau surah-surahnya. Hal ini berlaku
kerana tidak semua sahabat dapat mengikuti perkembangan penurunan ayat-ayat Al-
Quran dan ada yang tidak sempat memperolehinya secara terus daripada Rasulullah
s.a.w atau para sahabat yang lain.
2.4.2 Perbezaan Qiraat Yang Membawa Pertikaian Umat Islam
Pada waktu ini, empayar Islam telah berkembang luas. Tentera Islam berjaya
menakluki beberapa buah negara di sekitarnya. Ramai penduduknya yang ditawan
memeluk Islam. Oleh yang demikian para sahabat telah dihantar ke negara-negara
tersebut untuk mengajar Al-Quran.
Permasalahan berlaku apabila masing-masing menggunakan wajah Qiraat yang
berbeza untuk diajarkan kepada penduduk sekeliling. Mereka hanya mengajar qiraat
yang mereka tahu sahaja. Disamping itu mereka tidak mengajar qiraat yang tujuh
kepada penduduk tempatan. Tambahan pula mereka tidak mempunyai satu mushaf
umum untuk dijadikan rujukan sekiranya mereka menghadapi masalah. Ekoran
daripada itu, maka berlakulah perbezaan bacaan atau sebutan di kalangan penduduk
pelbagai wilayah tersebut sehingga menyebabkan mereka saling berselisih faham dan
menyalahkan bacaan pihak lain.
Perbezaan-perbezaan tersebut semakin ketara setelah terjadi peperangan Armenia
dan Azarbaijan. Sebahagian qiraat-qiraat tersebut bercampur dengan kesalahan. Para
sahabat prihatin terhadap masalah ini kerana khuatir jika perbezaan ini menimbulkan
penyimpangan dan perubahan. Mereka bersepakat menyalin lembaran-lembaran
pertama yang ada pada Abu Bakar dan menyatukan umat Islam pada lembaran itu
dengan bacaan yang tetap pada satu huruf.
2.5 Al-Quran Rasm Uthmani
Uthman melaksanakan kesepakatan bistari itu sekitar akhir tahun kedua puluh empat
dan awal tahun kedua puluh lima Hijriah. Proses penyalinan Al-Quran dibantu oleh
beberapa sahabat pilihan yang berkepakaran dalam bidang Al-Quran antaranya Zaid b
Thabit, Zaid b Al-Ash dan Abdurrahman ibn Al-Haris.
Akhirnya terhasillah sebuah naskhah mushaf Uthmani dan ianya disalin sebanyak 5
kali dan ini menjadikan jumlahnya 6 naskhah menurut pendapat yang muktamad. di
hantar naskhah tersebut ke beberapa daerah Islam bersama seorang Qari yang
mewakili Qiraat-qiraat tertentu. Uthman telah mengeluarkan perintah agar selainnya
dibakar dan hanya bertumpu kepadanya.
Abu Amr Ad-Dani menyatakan jumlah naskh Mushaf Uthmani itu ada enam. Ianya
dikirimkan ke Mekah, Syam, Basrah, Kufah, Iraq dan satu lagi di Madinah.
Manakala Jalaluddin As-Suyuti pula menyatakan jumlah naskhah Mushaf Uthmani yang
dikirim itu ada lima iaitu untuk Mekah, Syam, Basrah, Kufah, Iraq, Madinah. Dan beliau
menambah, ada satu lagi mushaf sebagai simpanan Khalifah Uthman yang dinamakan
Al-Mushaf Al-Imam. Di namakan sebagai Mushaf Imam kerana mushaf tersebut
adalah mushaf pertama yang ditulis. Daripada Mushaf Imam itulah dibuat salinan
mushaf-mushaf yang lain.
Mushaf tersebut bukan sahaja dikirim dan dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di
wilayah-wilayah tersebut, bahkan dihantar seorang imam (qari) yang adil dan mutaqin di
dalam bacaan al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan. Mereka terdiri daripada:
Abdullah bin As-Saib r.a. dihantar ke Mekah
Al-Mughirah bin Abi Syahab r.a. dihantar ke Syam
Abdul Rahman Abdullah bin Habib A-Sulaimi r.a. dihantar ke Kufah
Amar bin Qais r.a. dihantar ke Basrah
Zaid bin Thabit r.a. di Madinah.
Mushaf Uthmani yang berasal daripada beberapa naskhah itu telah berkembang
percetakannya dengan pesat. Naskhah-naskhah Al-Quran yang dicetak kemudian ini
degelar dengan Al-Quran Mushaf Uthmani atau Al-Quran Rasm Uthmani sebagai
memperingati jasa beliau yang amat agung itu.
Antara ciri utama Mushaf Uthmani ialah ia ditulis bersesuaian dengan perbezaan
bacaan Tujuh Qiraat. Ia juga meliputi ciri-ciri al-Quran yang dibaca oleh Rasululah
s.a.w di hadapan Malaikat Jibril a.s.pada tahun terakhir hayat baginda.

2.6 Kaedah-kaedah Rasm Uthmani
Mushaf-mushaf Uthmani memilikki kaedah-kaedah penulisan tertentu. Para pakar di
bidang ini meringkaskan kaedah-kaedah tersebut ke dalam enam kaedah dasar:
1. Kaedah Pembuangan Atau Pengurangan (Hazaf)
2. Kaedah Ziyadah Atau Tambahan.
3. Kaedah Penggantian Atau Pertukaran (Ibdal.)
4. Kaedah Berangkai (Al-Wasl) atau berpisah.(Al-Fasl)
5. Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang mempunyai qiraat berbeza.
6. Kaedah penulisan huruf hamzah.

i. Kaedah Pembuangan Atau Pengurangan (Hazaf)
Hazaf bermaksud membuang atau menggugurkan huruf-huruf hijaiah tertentu
dalam struktur kalimah tertentu Al-Quran. Huruf-huruf tersebut ialah
alif,wau,ya,lam nun dan huruf-huruf alif, wau dan ya pada kata permulaan
(fawatih) surah tertentu Al-Quran.

a. Hazaf alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut:
i. Alif pada kalimah basmalah samada lengkap atau tidak
) O - . *
^}E;OO-
1gOO-
) O - . *
E_..O^_E`
.E_EcON`4
+O^^) }g`
=}E^OUc
4 ) ^ ^ O + ) O
*.- ^}E;OO-
1gOO-

ii. Alif Al-Takrif yang didahului huruf lam untuk takid atau jar
Ep) 4E e^14
E7N +EE4Ug
- - ~ g O ) : 4 - O
~L4O4lN`


iii. Kalimah-kalimah di awalnya hamzah Qata yang berfungsi sebagai
pertanyaan dan disusuli selepasnya hamzah wasal atau Qata contohnya;

7 4 - . ^ * 4 } = 4 ~ ;
7+47 gO)
4pOUu4-O
(Yunus 51)
~ 7 4 - . . + O g ]
7 W ; O>4N
*.- ]+O4^>
(Yunus 59)
4 7 4 - 4 O - ^ E 4
_O>4N gO)O:NO OjO
_.O^-
(Al-Baqarah 17)

iv. Alif fiel Amr yang didahului huruf wau atau fa contohnya;
O * 4 U O E - W - u
@O-g]~.- p)
+L7
]OUu>
(Al-Anbiyaa 007)
4 c * 4
O4CO^-
/-- EL
OgOg
(Yusuf 082)

W-O7~ 4L^w)l
`O4C u 4*u4
C 4 O O * 4
4g1.E^-
(Al-Muminun 113)

v. Alif ya kata seruan (ya al-nida) contohnya
C 4 ^ g O
+EE4-
W-+:;N-
N7+4O Og~-.-
7U
(Al-Baqarah 021)
~ 4 C 4 ^ * 4 1 E N
_u)^
)j*.E;-) W
(Al-Baqarah 033)

~ C 4 g l 4 1 g O E
4g~-.-
W-O4O -O>4N
)_O^
(Az-Zumar 053)

vi. Alif kalimah aiyuha pada tiga tempat
C G O 4
]ONLg`u^-
u7+UE
]O)U^>
(An-Nur 031)
W-O7~4
C 4 ^ C G O 4
NOgOOO- 7vu1-
4L El+4O
(Az-Zukhruf 049)
q^NO^E4Ec 7
C G O 4 - 1 E E p

vii. Alif domir marfuk yang bersambung dengan domir maful contohnya;
^O)4 4L^~4O
N7) 4O4l^-
_ O 1 ^ L 4 :
(Al-Baqarah 050)
4 ` 4 4 U ^ ; 4 E O +
4Oug]=- 4`4
/4l[4C N.
(Ya-Sin 069)
) ^ ^ . e = 4 ^ 4 _ } O
w7.4=e)
(Al-Waqia 035)

viii. Alif kata bilangan dua (muthanna) contohnya;
p-~-.-4
C 4 > g 1 4 4 g _ E
:Lg`
E-O4*
(An-Nisaa 016)
W-EO7~ up)
- E O E p
p4O=O
p-EC@ONC p
7~E}@O^C7
(Ta-Ha 063)
O E ^ g C
p4LE-O+ }g`
C))OO _O)
]O4NOg
gOCL"4`4
(Al-Qasas 032)

ii. Kaedah ziyadah atau tambahan.
Ziyadah bermaksud menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah
tertentu Al-Quran. Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada semua
keadaan pada bacaan. Huruf-huruf tambahan tersebut ialah alif, wau dan ya.
a. Ziyadah huruf wau pada ;
i. Kalimah pada
c E q O j C 7 1 E - O 4 - ^ E O - 4
ii. Begitu juga pada kalimah-kalimah berikut dalam surah-surah di
bawah ;
4 q 7 O - W - O 4 ~ g
gO^u4 _Ou
(Al-Araf 145)

*u4l)
(Al-Anfal 075)
4 q e - O u 4
O}_UE_
(At-Talaq 004)
- E ^ ^ + q 7 g
g4+Oclg4q` 4
74^Oc:g47
(Al-i-'Imran 119)
4 q ^ j l E - N
]O)U^^-
(Al-Baqarah 005)
7+OO7 OOE=
` ) g } ; q ^ j 7
(Al-Qamar 043)

b. Ziyadah ya pada kalimah-kalimah dan surah-surah berikut;
) ` ) g e E _ N
4p)-C^-
(Al-Anbiyaa 034)
4 ` g } ; 7 4 - ^ 4 . < ^
^O-- ;E)Ol=O
4-4O;C4
jOOgE+-
(Ta-Ha 130)
) O;O4 u }g`
4 O 4 - . < ^ E _ O
(Ash-Shura 051)
) C O j 7 N
NpO+-^E^-
(Al-Qalam 006)

Begitu juga pada kalimah (mala) pada surah berikut
_O) ]O4NOg
4 ` 4 " L C O g
(Hud 097)

iii. Kaedah Penggantian atau pertukaran (ibdal.)
ia bererti pertukaran huruf-huruf tertentu dengan huruf-huruf tertentu pada
kalimah-kalimah tertentu Al-Quran. Pertukaran tersebut berlaku dalam lima
keadaan berikut iaitu;
a. Pertukaran huruf alif kepada wau
b. Pertukaran alif kepada ya
c. Pertukaran nun kepada alif
d. Pertukaran ta simpul kepada ta terbuka
e. Pertukaran thulathi wau kepada alif.
i. Pertukaran huruf wau kepada alif berlaku pada lapan kalimah-
berikut , , , , " , ", " , "
ii. Pertukaran tersebut tidak berlaku pada tempat-tempat tertentu di
dalam Al-Quran. Contohnya ayat 35 surah Al-Anfal ditulis dengan
alif pada kalimah " " .

iv. Kaedah Berangkai (Al-Wasl) atau berpisah.(Al-Fasl)
berangkai ialah penggabungan penulisan sesuatu lafaz dengan lafaz lain yang
lazimnya dipisahkan manakala pemisahan bermaksud pemisahan penulisan
dengan lafaz yang lain yang lazimnya ditulis secara berangkai. Contohnya
penggabungan penulisan lafaz an dengan lan pada ayat 3 surah Al-Qiyamah
dan pada ayat 48 surah Al-Kahf dan pemisahan penulisan lafaz anna dengan
ma pada surah luqman ayat 30 dan Al-Haj ayat 62.

v. Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang mempunyai qiraat berbeza.
Dalam kaedah ini bila memungkinkan sesuatu kalimah yang mempunyai wajah-
wajah qiraat tertentu ditulis dalam bentuk tulisan yang sama maka pola
penulisannya sama dalam setiap mushaf Othmani. Contohnya kalimah maliki
dalam surah fatihah. Jika tidak memungkinkan kalimah tersebut ditulis dalam
pola yang sama maka ditulis dalam mushaf Uthmani dalam bentuk Rasm
mushaf yang berbeza. Contohnya kalimah pada ayat 132 surah baqarah
pada sebahagian mushaf ditulis "" dan pada sebahagian mushaf lain ditulis
dan dibaca " "
vi. Kaedah penulisan huruf hamzah.
kaedah penulisan huruf hamzah menurut Rasm Uthmani tidak begitu ketara
kecuali hamzah-hamzah di awal kalimah. Contohnya hamzah wasal dibuang
bentuknya apabila hamzah wasal terletak pada fiel selepas Istifham pada tujuh
tempat iaitu;
~ ` + C O ' > N g L E - . *
-4;_4N ( )
(Al-Baqarah 080)
C - U 7 E - ^ 4 O ^ U = g
- ` + C O E
(Al-Maryam 87)
O4O4^ O>4N *.-
OE gO)
OEL_
(Saba 8)
; C > O - ^ l 4 4 E g N 4 > O
4-gL4:^-
(Saffat 153)
` + C O ' ^ 4 _ c C u O @ C C u
;eEN-Ee Ngu+4N NO=-
(Sad 63)
c - 4 ' E O u = u 7 L e = ` g } =
4-).E^-
(Sad 75)
v7.-4OEc )_^1U4
c - 4 ^ E O = _ u
Og^4-O +O
(Al-Munafiqun 6)
2.7 Kaedah Penulisan Rasm Uthmani Sebagai Kaedah Penulisan Yang Istimewa.
Mengikut penelitian dan pengkajian ulama Al-Quran sebenarnya Rasm Uthmani
banyak keistimewaan yang tidak terdapat pada Rasm lain. Antaranya:

a. Dapat mengetahui baris asal sesuatu huruf.
Contohnya ditambah huruf ya selepas huruf hamzah untuk menunjukkan
hamzah sebelumnya berbaris kasrah, ditambah huruf wau selepas huruf
hamzah menunjukkan baris huruf hamzah ialah dhommah, pula
Keistimewaan pada huruf-huruf ziyadah.

ditambah alif selepas hamzah untuk menunjukkan bahawa hamzah berbaris
fathah.
b. Menggambarkan sesuatu makna.
Contohnya ziyadah huruf ya pada kalimah untuk memperteguhkan lagi
mengenai kebesaran dan kekuasaan Allah yang mencipta langit atau cakarwala
dengan begitu kukuh dan sempurna.


a. Panduan mengetahui kata asal/akar sesuatu kalimah.
Contohnya kalimah (jamak ) dan seumpamanya dituliskan dengan
huruf wau menggantikan huruf alif disebabkan wau merupakan sebahagian
daripada huruf dalam struktur asal kalimah tersebut. Begitu juga kalimah
ditulis dengan huruf ya menggantikan huruf alif disebabkan huruf ya adalah
huruf asal daripada kalimah tersebut.


a. Petunjuk dua atau lebih wajah Qiraat.
Contohnya kalimah dibaca dengan tiga
wajah (

) .
b. Mempunyai maksud tertentu yang khusus.
Contohnya dihazaf wau pada kalimah " " untuk memperkukuhkan
kenyataan bahawa doa seoarng hamba sangat mudah dan cepat sampai kepada
Allah.


a. Kalimah-kalimah Al-Quran yang dibaca sama ada yang ditulis secara terpisah dan
ada yang berangkai. Ia juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Dari segi makna
terdapat perbezaan contohnya dengan apabila ditulis terpisah
bermakna tetapi jika bersambung bermakna "

Keistimewaan huruf-huruf Ibdal

Keistimewaan hazaf

Keistimewaan wasl (berangkai) dan fasl (berpisah).

Melalui beberapa contoh di atas Rasm Uthmani mempunyai keunikan tersendiri
sehinggakan sukar diperkatakan. Hanya pengkaji-pengkaji yang mendalaminya akan
dapat mentafsirkan sebahagian daripada keunikannya.
Berdasarkan realiti dan apa yang dikaji oleh ulama maka sebahagian besar di
kalangan mereka berpendapat bahawa Rasm Uthmani adalah kaedah penulisan yang
wajib dan dipelihara dan diamalkan.












Pengenalan
Al- Quran adalah kalam Allah yang juga merupakan mukjizat teragung yang telah
dikurniakan oleh Allah kepada junjungan Rasulullah s.a.w. Ia menjadi panduan hidup
umat sepanjang zaman. Justeru, ilmu Al-Quran telah menjadi sesuatu yang wajib
dipelajari oleh setiap muslim di dunia ini. Tanpa mengetahui sesuatu tentang mukjizat
teragung ini, seolah-olah hidup ini tanpa arah dan pedoman.
Ilmu tentang Al-Quran ini dipanggil sebagai Pendidikan Al-Quran. Ia merupakan
salah satu bidang yang terdapat di dalam Pendidikan Islam. Pendidikan Al-Quran
mempunyai bilangan masa yang paling banyak berbanding bidang lain. Ini
menunjukkan betapa pentingnya ilmu Al-Quran itu kepada murid-murid.
Pendidikan Al-Quran penting kepada murid-murid kerana ia merupakan landasan
bagi umat Islam memahami kandungan Al-Quran itu sendiri seterusnya mengamalkan
segala suruhan yang terkandung di dalamnya serta menjauhkan diri daripada larangan
Allah. Melalui Al-Quran Allah menyampaikan khabar gembira, peringatan, sejarah umat
lampau dan peraturan hidup.
Oleh itu, para guru mestilah memahami intipati yang terdapat di dalam
Pendidikan Al-Quran agar ilmu yang ingin disampaikan kepada murid dapat difahami
dan dihayati sepanjang perjalanan hidup mereka. Keupayaan dan kebolehan murid
untuk membaca dan menghafaz Al-Quran dengan baik perlu mendapat pujian dan
dorongan daripada guru dan ibubapa. Bukan mudah untuk menguasai Al-Quran di usia
mereka ini, namun pada waktu inilah yang paling sesuai untuk ibubapa dan guru
menerapkan ilmu Al-Quran dalam dada mereka.
Justeru guru-guru perlu berganding tenaga dan usaha menyusun strategi
bagaimana cara memartabatkan lagi Pendidikan Al-Quran di sekolah seterusnya di
kalangan masyarakat dan negara. Al-Quran merupakan warisan junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w kepada umatnya. Jika kita tidak berpegang padanya atau terus
meninggalkannya, maka sesatlah kita tanpa bimbingan.


Rumusan dan Penutup
Pemeliharaan Al-Quran telah dilakukan sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w diikuti
pada zaman Abu Bakar as-Siddiq seterusnya pada zaman Uthman bin Affan. Proses
pengumpulan dan penulisan Al-Quran pada zaman Uthman memberi impak yang besar
dalam sejarah Islam. Tanpa langkah bijak para sahabat pada zaman tersebut, umat
Islam pasti berpecah dan berkelahi sesama mereka.
Usaha ini perlu dihargai dan diingati. Justeru penghargaan tersebut perlu ditunjukkan
melalui penguasaan umat terhadap ilmu Al-Quran kini. Umat Islam perlu sentiasa
menambah pengetahuan mengenai Al-Quran dan kandungannya kerana di dalamnya
mengandungi pelbagai ilmu yang amat luas. Sehingga kini tiada siapa yang dapat
menandingi kitab Al-Quran dari segi bahasa, isi kandungan dan sebagainya.
Sesungguhnya turunnya Al-Quran itu merupakan rahmat kepada manusia. Melaluinya
manusia menemui penyelesai masalah hidup dan jawapan kepada segala
permasalahan. Sehingga kini juga, manusia masih mengkaji kehebatan Al-Quran
bahkan orang bukan Islam turut tidak ketinggalan untuk menyelidikinya. Maka, tidak
hairanlah dengan pengkajian ini, orang-orang bukan Islam tersebut tertarik dengan Al-
Quran seterusnya ia menjadi penyebab untuknya memasuki Islam.
Betapa hebatnya mukjizat Al-Quran kepada manusia sejagat. Justeru tidak rugi
mempelajari ilmu-ilmu berkaitan dengannya. Pendidikan Al-Quran perlu diperkasakan
lagi. Kaedah pengajaran perlu dipelbagaikan agar ilmu ini sering ditagih tidak
dipandang remeh oleh murid-murid dan masyarakat.







Bibliografi

1. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Pendidikan Al-Quran Minor j-QAF
Modul 2. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah :
Panduan Kursus Pendidikan Islam Tahun 2. Putrajaya: Bahagian Pembangunan
Kurikulum.

3. Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Pendidikan Islam Major j-QAF Modul
1/3. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Draf Kurikulum Standard Sekolah
Rendah : Modul Teras Asas Pendidikan Islam Tahun 2. Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum.

Anda mungkin juga menyukai