Anda di halaman 1dari 14

3

Handbook ini diterbitkan sebagai sumber rujukan kepada pegawai di


Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), khasnya dalam
memberi khidmat nasihat dan mengendalikan perkara-perkara yang
berkaitan dengan perhubungan perusahaan. Selain daripada itu,
handbook ini juga merupakan panduan asas yang boleh digunapakai
oleh pihak majikan, pekerja, kesatuan sekerja atau pihak-pihak lain
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang tugas
perhubungan perusahaan.
Sebagai sebuah Jabatan yang bertanggungjawab untuk memupuk
dan memelihara perhubungan perusahaan yang harmoni dan positif
di antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka,
maka adalah diharapkan penerbitan handbook ini dapat memupuk
perhubungan perusahaan yang harmoni di tempat pekerjaan dan
dalam Negara amnya selari dengan matlamat Jabatan Mencorakkan
Masa Depan Bersama Keharmonian Perusahaan.
Akhir kata sekalung penghargaan kepada pegawai-pegawai JPPM
yang terlibat dalam penyediaan dan penerbitan handbook ini.
Fong Khei Por J.S.M, A.M.K
Ketua Pengarah
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
PRAKATA
KETUA PENGARAH
PERHUBUNGAN PERUSAHAAN
MALAYSIA
4
KANDUNGAN
Prakata
1. Tujuan
2. Terminologi
3. Latar Belakang
4. Perundingan Kolektif
5. Syarat-Syarat Untuk Mengadakan Perundingan Kolektif
6. Panduan Perundingan Kolektif Yang Berkesan
7. Perjanjian Kolektif
8. Carta Aliran Proses Perjanjian Kolektif
3
5
5
6
6
7
8
9
11
5
1. Tujuan
Buku panduan ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan
mudah dan ringkas kepada para pekerja, majikan dan
kesatuan-kesatuan sekerja mereka mengenai perundingan
kolektif untuk menghasilkan Perjanjian Kolektif.
2. Terminologi
2.1 Kesatuan Sekerja bermaksud sesebuah badan yang
didaftarkan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
Akta Kesatuan Sekerja 1959.
2.2 Tuntutan Pengiktirafan bermaksud tuntutan yang
dikemukakan oleh sesebuah kesatuan sekerja kepada
pihak majikan supaya kesatuan sekerja berkenaan
diberikan pengiktirafan untuk mewakili para pekerja
tertentu untuk merundingkan terma dan syarat-syarat
perkhidmatan bagi menghasilkan perjanjian kolektif.
2.3 Perundingan Kolektif bermaksud proses tawar
menawar yang dijalankan oleh kesatuan sekerja
dan majikan mengenai terma dan syarat perkhidmatan.
2.4 Perjanjian Kolektif bermaksud suatu perjanjian
yang dihasilkan daripada perundingan kolektif yang
mengandungi terma-terma dan syarat perkhidmatan yang
dipersetujui oleh majikan dan kesatuan sekerja.
Perjanjian kolektif yang diberikan pengiktirafan
oleh Mahkamah Perusahaan akan berkuatkuasa dan
mengikat kedua belah bagi tempoh sekurang-kurangnya
tiga tahun.
2.5 Mahkamah Perusahaan yang ditubuhkan menurut
Bahagian VII Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (APP
1967) mempunyai kuasa untuk membuat keputusan
(award) terhadap sesuatu pertikaian perusahaan atau
kes representasi pemulihan kerja.
6
3. Latar Belakang
Kontrak perkhidmatan yang dimeterai di antara majikan dan
pekerja yang mengandungi terma dan syarat-syarat
perkhidmatan adalah terdiri daripada pelbagai bentuk
dokumen seperti surat perlantikan, surat tawaran
perkhidmatan, surat pengesahan jawatan dan sebagainya.
Walau bagaimanapun dari semasa ke semasa para pekerja
mungkin akan bergabung bagi menubuhkan sebuah kesatuan
sekerja untuk dijadikan platform bagi mengadakan perundingan
atau tawar-menawar dengan pihak majikan bagi mendapatkan
terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang Iebih baik, adil
dan saksama.
4. Perundingan Kolektif

4.1 Perundingan kolektif adalah satu proses tawar-menawar
secara kolektif di antara majikan dan kesatuan sekerja
untuk mencapai sebuah perjanjian kolektif.
4.2 Mana-mana pihak iaitu sama ada majikan atau kesatuan
sekerja boleh tanpa membuat pelawaan kepada satu
pihak yang lain secara bertulis untuk mengadakan
perundingan kolektif.
(Sek. 13(1)(a)(b)) APP 1967
Pihak yang menerima pelawaan tersebut hendaklah
memberikan jawapannya dalam tempoh 14 hari.
(Sek. 13(4)) APP 1967
7
5. Syarat-Syarat Untuk Mengadakan Perundingan
Kolektif
5.1 Kesatuan sekerja bagi pekerja mestilah telah didaftarkan
di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang
dikuatkuasakan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan
Sekerja.
5.2 Kesatuan sekerja berkenaan mestilah telah mendapat
pengiktirafan daripada majikan.
5.3 Mana-mana pihak boleh membuat pelawaan untuk
mengadakan perundingan kolektif.
5.4 Pelawaan hendaklah secara bertulis dan disertakan
dengan cadangan perjanjian kolektif.
5.5 Perundingan kolektif mestilah dimulakan dalam tempoh 30
hari dari tarikh setuju untuk menerima pelawaan bagi
mengadakan perundingan kolektif.
(Sek. 13(5)) APP 1967
5.6 Mana-mana pihak boleh mengemukakan terma-terma dan
syarat-syarat yang dicadangkan untuk dibincangkan di
dalam perundingan kolektif kecuali perkara-perkara yang
disifatkan sebagai hak keistimewaan majikan seperti
berikut :
a. Kenaikan pangkat
b. Pertukaran tempat bekerja pekerja
c. Pengambilan pekerja-pekerja
d. Penamatan perkhidmatan pekerja atas sebab
lebihan pekerja atau penyusunan semula
organisasi
8
e. Pemecatan dan pemulihan semula pekerja bekerja
oleh majikan
f. Penetapan dan peruntukan tugas-tugas oleh
majikan kepada pekerja
(Sek. 13(3)) APP 1967
5.7 Walau bagaimanapun, APP 1967 membenarkan kedua
belah pihak untuk membincangkan secara umum perkara-
perkara yang menyentuh hak keistimewaan majikan
seperti di atas.
(Sek. 13(8)) APP 1967
5.8 Sekiranya mana-mana pihak enggan menerima pelawaan
untuk mengadakan perundingan kolektif atau gagal
memulakan perundingan kolektif dalam tempoh 30 hari
dari tarikh persetujuan terhadap pelawaan berkenaan
atau jika perundingan kolektif mengalami kebuntuan,
pihak yang terkilan bolehlah mengemukakan aduan
kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan
Malaysia (KPPPM) untuk mendapatkan bantuan
penyelesaian.
6. Panduan Perundingan Kolektif Yang Berkesan
6.1 Mengemukakan cadangan mengenai terma-terma dan
syarat-syarat perjanjian kolektif yang jelas, lengkap dan
munasabah;
6.2 Mengamalkan prinsip menang-menang;
6.3 Membantu mencari penyelesaian terhadap sesuatu
permasalahan dan bukan memberi masalah;
6.4 Bersikap profesional dan realistik;
9
6.5 Bersikap positif dan sentiasa bertolak-ansur;
6.6 Sentiasa fokus terhadap objektif perundingan;
6.7 Mengelakkan daripada membuat ancaman terhadap pihak
yang lain;
6.8 Memahami situasi pihak yang Iain;
6.9 Menjadi pendengar yang baik dan penyabar;
6.10 Mendapatkan penjelasan dengan meminta pengulangan
semula perkataan atau kenyataan yang tidak jelas;
6.11 Mengemukakan cadangan dengan berbudi bahasa dan
bersopan santun;
6.12 Bijak memberi cadangan alternatif;
6.13 Berfkiran positif, mempunyai perspektif yang betul dan
fokus terhadap isu perundingan; dan
6.14 Memberikan justifkasi bagi setiap cadangan yang
ditolak.
7. Perjanjian Kolektif
7.1 Perjanjian kolektif merupakan sebuah perjanjian bertulis
yang dicapai di antara majikan dan kesatuan sekerja yang
mengandungi terma dan syarat-syarat pekerjaan yang
telah dipersetujui.
7.2 APP 1967 mensyaratkan terma-terma khusus yang mesti
diperuntukkan di dalam sesebuah perjanjian kolektif iaitu:
7.2.1 Menetapkan tempoh kuatkuasa perjanjian kolektif
yang hendaklah tidak kurang daripada tempoh tiga
(3) tahun.
10
7.2.2 Memperuntukkan prosedur-prosedur untuk
pengubahsuaian dan penamatan perjanjian kolektif.
7.3 Penyimpanan (Deposit) perjanjian kolektif untuk
pengiktirafan oleh Mahkamah Perusahaan bagi perjanjian
kolektif yang telah dimeterai kedua pihak yang terlibat,
hendaklah dikemukakan secara bersama kepada
Pendaftar Mahkamah Perusahaan untuk mendapatkan
pengiktirafan Mahkamah Perusahaan. Pengemukaan
perjanjian kolektif berkenaan mestilah dilakukan dalam
tempoh satu bulan dari tarikh perjanjian berkenaan
dimeterai.
7.4 Kesan Perjanjian Kolektif
Sesuatu perjanjian kolektif yang telah diiktiraf oleh
Mahkamah Perusahaan akan terpakai dan mengikat kedua
belah pihak tersebut.
11
9. Carta Aliran Proses Perjanjian Kolektif
Nota : KPPPM - Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia
12
Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh disiarkan
dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat keizinan bertulis daripada penerbit
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.
All Rights Reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a
retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electrical, mechanical,
photocopying, recording or otherwise, without the prior permission in writing of the
Department of Industrial Relations of Malaysia, Ministry of Human Resources.

Anda mungkin juga menyukai