Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
62250 PUTRAJAYA

CORE ABILITIES
KERTAS PENERANGAN
PROGRAM / PROGRAM NCS - CORE ABILITIES ( Z-009-1 )
TAHAP / LEVEL L1 (SATU)

NO. DAN TAJUK


MODUL/MODULE NO 01 -WORKPLACE SAFETY
AND TITLE

KEBOLEHAN / ABILITIES 03.05 : DEMONSTRATE SAFETY SKILLS

OBJEKTIF PENCAPAIAN
AKHIRAN / TERMINAL AT THE END OF THIS MODULE, TRAINEES WILL BE ABLE
PERFORMANCE TO DEMONSTRATE SAFETY SKILLS
OBJECTIVE

NO. KOD Z-009-1 / M01 / P(1/3) Muka : 1 drp : 5

TAJUK : AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHA 514)

TUJUAN :

Supaya pelatih-pelatih dapat memahami secara asas peruntukan Akta 514 (OSHA)
dan Akta 139 (Jentera dan Kilang).
NO. KOD Z-009 / M01 / P(1) Muka : 2 drp : 5

1. PENERANGAN:
Akta-akta yang berkaitan dalam Kertas Penerangan ini ialah Akta (514) 1994 -
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Akta (139) 1967 - Akta
Jentera dan Kilang.
i. ACT (514) 1994 -Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan : Suatu
Akta untuk membuat peruntukan lanjut bagi memastikan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja, bagi
melindungi orang lain terhadap risiko kepada keselamatan atau
kesihatan berkaitan dengan aktiviti orang-orang yang sedang bekerja.
ii. ACT (139) 1967 - Akta Jentera dan Kilang 1967: Suatu Akta yang
diperuntukkan untuk mengawal pengilang bertanggungjawab dalam
perkara yang berkaitan keselamatan, kesihatan dan kebajikan serta
pemeriksaan terhadap jentera/mesin dan yang berkaitan dengannya.

2. KEWAJIPAN PEKERJA, PEGAWAI KESELAMATAN DAN


KESIHATAN (SHO) DAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN
KESIHATAN

2.1 TUJUAN
Tajuk ini menerangkan kewajipan pekerja, khasnya memahami fungsi dan
peranan Jawatankuasa Kesetamatan dan Kesihatan serta Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan (SHO). [ Rujuk kepada ACT514. Part VI. Section
24(1 )]

a) Kewajipan am pekerja yang sedang bekerja.

Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja :-

i. Untuk memberikan perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan


kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau
peninggalannya semasa bekerja.
ii. Untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam
menunaikan apa-apa kewajipan atau kehendak yang dikenakan ke atas
majikan atau orang lain itu melalui Akta ini atau mana-mana peraturan
yang dibuat di bawahnya.
NO. KOD Z-009 / M01 / P(1) Muka : 3 drp : 5
iii. Untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa
kelengkapan atau pakaian perlindungan yang di adakan oleh majikan bagi
maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatannya.
iv. Untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikannya atau mana-
mana orang lain melalui atau di bawah Akta ini atau mana-mana
peraturan yang dibuat di bawahnya.
v. Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan
suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau
kedua-duanya.

b) Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan di tempat kerja

i. Tiap-tiap majikan hendaklah menubuhkan Jawatankuasa


Keselamatan Dan Kesihatan di tempat kerja mengikut seksyen ini jika

[ Rujuk kepada ACT 514, Part VII, Section 30(1) ] :


• terdapat empat puluh orang atau lebih diambil kerja di tempat
kerja; atau
• Ketua Pengarah mengarahkan penubuhan jawatankuasa
sedemikian di tempat kerja.

ii. Keanggotaan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang


ditubuhkan di bawah Seksyen 30(1) Bahagian VII Akta 514,
pemilihan atau perlantikan orang-orang ke jawatankuasa Itu, kuasa
anggota-anggota Jawatankuasa itu dan apa-apa perkara lain yang
berhubungan dengan penubuhan atau prosedur jawatankuasa itu
hendaklah sebagaimana yang ditetapkan

iii. Tiap-tiap majikan hendaklah berunding dengan jawatankuasa


keselamatan dan kesihatan itu dengan tujuan untuk membuat dan
penyenggarakan perkiraan yang akan membolehkannya dan pekerja-
pekerjanya bekerjasama dengan berkesan dalam menggalakkan dan
membangunkan langkah-langkah untuk memastikan keselamatan dan
NO. KOD Z-009 / M01 / P(1) Muka : 4 drp : 5

kesihatan pekerja-pekerja di tempat kerja, dan dalam mengukur


keberkesanan langkah-langkah itu.

iv. Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah


melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

c) Fungsi Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang ditubuhkan dl tempat


kerja menurut Seksyen 30 Akta 514 :

i. Hendaklah sentiasa mengkaji semula langkah-langkah yang diambil


untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang-orang di
tempat kerja;

ii. Hendaklah menyiasat apa-apa perkara ditempat kerja :-

 yang dianggap oleh anggota jawatankuasa itu atau orang yang


diambil kerja di tempat kerja itu adalah tidak selamat atau
merupakan risiko kesihatan; dan

 yang telah dibawa kepada perhatian majikan;

iii. Hendaklah cuba menyelesaikan apa-apa perkara yang dlsebut


dalam perenggan (ii) di atas dan, jika ia tidak berupaya berbuat
demikian, hendaklah meminta Ketua Pengarah supaya menjalankan
suatu pemeriksaan tempat kerja itu bagi maksud Itu; dan

iv. Hendaklah mempunyai apa-apa fungsi lain yang boleh ditetapkan


oleh majikan
NO. KOD Z-009 / M01 / P(1) Muka : 5 drp : 5

SOALAN :

1. Berikan 3 kewajipan am pekerja di tempat kerja?

a. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
b. ___________________________________________________________
___________________________________________________________
c. ___________________________________________________________
___________________________________________________________

2. Huraikan secara ringkas Akta (514) -Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

3. Huraikan secara ringkas Akta (139) 1967 - Akta Kilang dan Jentera 1967.

_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

REFERENCE( S):

1. Occupational Safety and Health ACT 1S94 (ACT514)-ILBS


2. Factories and Machinery ACT 1967 (ACT139) - ILBS
3. Safety-Health and Working Conditions - Training Manual - Malaysian Society
for Industrial Safety

Anda mungkin juga menyukai