Anda di halaman 1dari 3

telah berkongsi satu idea menarik bagi memantapakan penulisan karangan Bahasa Inggeris

murid-murid yang lemah dalam penguasaan tatabahasa. Ikuti teknik yang disarankan dan
sesuaikan dengan keadaan anak-anak murid anda!
Teknik Salin Karangan BerVisi Memantapkan Penulisan Pelajar
Teknik ini AMAT BERKESAN!
Saya yang menciptanya.
Tapi Allah yang memberi ilham kpd saya
Jadi saya amat berbesar hati sekiranya sesiapa pun nak gunakan teknik ni di sekolah atau
pusat tuisyen atau home tuition
Gunalah
Asalkan anak2 kita lebih bijak menulis sama ada BM atau BI!
p/s: Kalau anda dah dengar tentang Teknik ni, gunakanlah. Cubalah dgn anak2.Jangan
biarkan sahaja. Sharelah dengan rakan2. Sebarkan kebaikan. In shaa Allah ada pahala yang
menanti....
Berbalik kepada persoalan/tajuk blog post yang ni .......Tak cukup sekadar nak menyalin esei
orang lain kalau nak pandai Penulisan BI
Pertama sekali, itu MYTH terbesar selama ini. Kita ingat kita suruh anak salin contoh essay
je, dia akan jadi Pandai?
Eikkkkkkkk! It's not like that at all!
Kalau setakat 'menyalin contoh essays' dah boleh jadi Pandai dalam Penulisan BI, pastinya
dah RAMAI pelajar yang pandai!
Tapi HAKIKATNYA masih ramai yang nak dapat 50% dalam essay mereka pun susah!
Kenapa?
Hah, di sini saya akan kongsikan RAHSIANYA. Saya akan kongsikan Teknik Menyalin Essays
yang BERKESAN.
Bukan setakat menyalin sahaja, tetapi ada STEPS/LANGKAH2 lain yang perlu dibuat.

STEP 1 :

Sediakan writing pad atau test pad atau buku karangan yang besar tu. Kalau takde jugak, buku
apa pun boleh. Asalkan besar. Buku tulis sekolah yang biasa tu TAKKAN JADI sebab itu
menunjukkan cita2 kecik. Biar buku besar, jadi cita2 pun besar. Di sini lah BEZAnya Teknik
saya dengan Teknik menyalin karangan yang biasa tu. Bagi saya, GIMIK tu penting. Biar
buku nak salin tu BESAR, selari dengan hati kita yang BESAR nak tengok anak jadi pandai

BI dan kesannya akan membuatkan semangat anak kita BESAR untuk berjaya. Bagi saya
juga, saya cari DIARI LAMA2 kat kedai alatulis yang mereka dah tak boleh jual. Dah tak
laku. So saya beli murah2 daripada tokey kedai. Dapatlah dalam RM4/5 untuk diari lama
yang tebal lebih 300 m/s saiz F4. Saya namakan buku saya itu Big Blue Book (BBB) sebab
kebetulan cover-nya berwarna biru.

STEP 2 :

Beli buku Contoh Karangan/Essays untuk Tahun 4 5 6. Katalah takde duit nak beli buku ni,
jangan delay niat nak gunakan teknik saya nak ajarkan ni. Guna buku apa pun boleh, buku
aktiviti pun boleh, yang jenis ada Cadangan Jawapan bagi setiap soalan/aktiviti yang
diberikan. Cari buku yang ada soalan Section C (kalau UPSR) dan tengok contoh jawapan.
Mulakan dari situ.

STEP 3 :

Minta anak salin sahaja word by word dari contoh karangan tu. OK, now di sini satu lagi
perbezaan teknik saya dengan teknik orang lain. Di sini saya minta anak murid saya untuk
salin AYAT DEMI AYAT, bukan words demi words. Maksudnya baca satu ayat, cuba
masukkan dalam Memori Jangka Pendek dan salin ke dalam BBB tanpa melihat lagi pada
ayat dalam karangan. Ulang sebut kuat2 setiap ayat sehingga siap salin. Pendeknya kemahiran
belajar cara Visual, Auditori dan Kinestetik (VAKs) telah dilakukan serentak dalam teknik ini.
Anak sepatutnya mengambil masa dalam 15 minit sahaja untuk salin karangan pendek seperti
dalam contoh di atas. Jika lebih lama daripada itu bermakna anak kita mengelat!

STEP 4 :

Now it gets more interesting. Pastikan anda dah belikan highlighter untuk anak. Pilihlah salah
satu warna untuk highlight-kan VERBS yang ada dalam contoh essay yang baru sahaja disalin
tadi. Kalau saya, saya suka warna OREN sebab warnanya terang dan jelas. Pada tahap ini,
anak tidak boleh bertanya kepada anda yang mana satu verbs atau nak dapatkan kepastian
sama ada sesuatu word itu verb ataupun tidak. Anda kena keras hati. Minta dia buat sendiri.

STEP 5 :

Jangan tanda dulu jawapan anak. Now minta dia tuliskan semula apa yang dia tahu, dalam
bentuk NOTA, tentang Apakah itu Verbs dan apakah JENIS2 Verbs. Barulah betul2 menguji
pemahaman anak tentang asas grammar yang digunakan dalam karangan yang dia baru sahaja
salin membuta tuli sebentar tadi. Now akan mula buat dia berfikir./ Sebagai contoh, gambar di
atas, anak saya membuat notanya di bawah essay yang disalin. Not bad sebab hampir separuh
jawapan yang saya nak, ada dalam notanya.

STEP 6 :

Now baru tanda essay yang telah disalin. Kuncinya anda sendiri MESTI tahu yang manakah
verbs dan yang mana bukan. Jika anda tak pasti, mudah sahaja, guna Cambridge Online
Dictionary. Ini dictionary favourite saya. Memang terbaik! Nak perbezaan ejaan dan bunyi
UK dan US English ada, nak contoh ayat ada, dan nak penerangan lanjut tentang sesuatu
perkataan pun ada! Jika anak anda telah warnakan verb yang betul, tanda BETUL dan jika
tertinggal, anda bulatkan sahaja verb tersebut dengan menggunakan pen merah.

STEP 7 :

Terangkan kepada anak KENAPA dia salah dan kenapa dia tertinggal beberapa verbs. Caranya
adalah dengan mengajarnya tentang jenis2 verbs yang betul. Again, anda kena tahu apakah itu
verbs dan jenis2 verbs. Selepas diajar, anak akan menjadi lebih confident, jadi baru boleh
minta anak ulang STEP 1 hingga STEP 4 bagi essay yang baru. Contohnya seperti di bawah
ini.
Dalam Essay #2 ini anak saya telah pelajari daripada kesilapan dalam Essay #1
tetapi masih ada yang tertinggal dan tersilap. Tidak mengapa. Jangan marah dia.
Sebab dia BELUM TAHU. Sebab dia masih belum jelas apa itu verbs. Explain lagi.
Bantu dia lagi. Akan ada keadaan di mana ada JENIS VERBS yang BARU, yang
dalam Essay #2 ni baru muncul, seperti Root Verb selepas Infinitive 'To'. Maka
ambil kesempatan ini untuk ajar dia ilmu baru. Ilmu bukan semuanya dapat
diturunkan sekaligus atau pada satu masa sahaja. Jika begitu, pembelajaran tidak
berlaku secara semulajadi. Hanya apabila proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku secara semulajadi, maka kesan pembelajaran akan dapat
dimaksimumkan.
Kesilapan membezakan VERBS dengan ADJECTIVES itu perkara yang normal juga.
Hanya kerana anak kita tidak jelas dengan Parts of Speech. Jadi keran ingatkan
dia lagi dan lagi dan lagi.
Seterusnya, kita dah boleh sambung dengan Essay #3. Anda akan dapati bahawa
ilmu anak semakin meningkat dalam usaha mengenalpasti verbs. Di samping itu,
dia juga nampak semakin confident dengan dirinya kerana jauh di sudut hatinya
dia mula berasa PANDAI. Dia mula merasakan betapa mudahnya BI ni.
Nah, itu baru sahaja 3 kali salinan. Bayangkan jika 100x, atau 300x atau 10,000x!
Agak2 anak kita akan PANDAI atau masih tidak pandai seperti teknik salin
SAHAJA, macam yang kita minta mereka buat sebelum2 ini?
Anda tahu jawapannya.
Jadi, jom buat!

Anda mungkin juga menyukai