Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum wbt.

Yang diraikan Tn Hj Zamri bin Hj Zakaria, Pengetua SMK Sri Jaya

GPK HEM, En Baharud-Din bin Zainal Abidin

GPK Kokurikulum, En Mohd Fajuri bin Mohd Amin

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya, saya diberi ruang dan
peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh makna ini.

Hadirin sekelian,

Saya sebagai wakil warga SMK Sri Jaya, ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan
betapa kami sangat berbangga kerana dapat berkhidmat di bawah pentadbiran Hj
Zamri. Beliau adalah seorang pentadbir yang sangat dedikasi dan tidak pernah lokek
memberi tunjuk ajar kepada kami. Sehingga ke saat ini, Hj Zamri masih bekerja keras
melunaskan amanah yang diberikan kepadanya bagi memastikan semuanya berjalan lancar
selepas peninggalannya. Hj Zamri yang kami kenali mempunyai wawasan yang jelas dalam
melestarikan kecemerlangan pendidikan pelajar-pelajar di sekolah ini. Beliau tegas, cekap
dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam pengurusan sekolah.

Hadirin sekelian,

Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada ketuanya. Seperti mana


sebuah kapal diterajui nakhodanya, sepanjang hamp[ir tiga tahun Hj Zamri menerajui
sekolah ini, banyak peningkatan dan kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah. Ia tidak
mudah bagi Hj Zamri dan tidak mudah juga bagi kami, tetapi kami semua dapat
melakukannya dengan bimbingan dan tunjuk ajar Hj Zamri. Sebagai teraju utama, beliau
banyak memainkan peranan demi meningkatkan kecemerlangan sekolah. Kami berharap,
semua usaha ini akan diteruskan oleh pengetua baharu yang akan mengambil alih tampuk
kepimpinan sekolah ini. Kami guru-guru di sini, walau bersama siapa pun kami bernaung
khidmat, kami akan tetap cekal dan tekal melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin bagi
memastikan kesinambungan kecemerlangan sekolah kami.
Tn Hj Zamri yang kami raikan,

Saya mewakili seluruh warga SMK Sri Jaya, ingin mengambil kesempatan ini menyusun jari
sepuluh memohon kemaafan dari puan andai ada antara kami yang tersilap kata, terkhilaf
bicara dan tersalah tingkah laku. Maafkan kami jika ada perlakuan dan tutur bicara kami
yang menyinggung perasaan tuan hj. Segala jasa bakti tuan hj sepanjang berkhidmat di
sekolah ini akan kami kenang selagi hayat di kandung badan.

Sekian, terima kasih.

Wassalam warahmatullah wbt

Anda mungkin juga menyukai