Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI UMUM

Pada umumnya pengalaman tahun pertama di sekolah adalah sangat-sangat


berharga dan penting dalam pengadaptasian guru dengan budaya sekolah dan
Pengajaran & Pembelajaran (PdP) subjek yang ditugaskan. Program Pembangunan Guru
Baharu adalah satu inisiatif yang saya kira amat bagus dan melambangkan keprihatian
Kementerian Pelajaran Malaysia dan semua pegawai dari peringkat pusat, ke Pejabat
Pendidikan Daerah dan dari sekolah sendiri.

Pementoran amat berkesan bagi saya kerana merasakan adanya figure untuk
saya merujuk apa sahaja kekusutan dan masalah yang saya hadapi selama saya
menyesuaikan diri kerana sememangnya sebagai guru baharu, segalanya adalah baru
bagi saya. Pengalaman semasa Rancangan Orientasi Sekolah dan Praktikum 3 bulan
semasa KPLI adalah sangat terhad dan tidak merangkumi segala yang guru harus
laksanakan secara realitinya di sekolah. Dengan adanya mentor, saya tidak akan merasa
malu untuk bertanya kerana mentor sememangnya sedar akan keterbatasan saya.
Bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan akan memastikan guru berkualiti dapat
dihasilkan dan membendung apa-apa masalah adaptasi yang seringkali dihadapi oleh
guru baharu. Sememangnya mencegah adalah lebih baik dan lebih mudah daripada
merawat.

Sepanjang

fasa

orientasi, saya

merasakan bahawa

saya

telah

mendapat

pengalaman yang sangat berharga dan saya bersedia menjadi guru untuk jangka masa
yang lebih lama. Tugas sebagai guru dirasakan amat sesuai bagi saya yang berjiwa
kebapaan dan mengutamakan keluarga. Pelajar harus dianggap seperti anak sendiri
supaya didikan dapat dialirkan dengan ikhlas dan berkesan.

Selain PdP, saya menyedari tugas guru lebih besar dan banyak dari berada di
dalam kelas. Kita harus sentiasa bersedia memikul pengurusan sekolah secara
bekerjasama kerana kejayaan sesuatau sekolah adalah hasil usahasama semua pihak,
bukan hanya barisan pentadbir, atau sesetengah guru, atau pelajar sahaja. Semua guru
memikul tanggungjawab ini dan harus ikhlas dalam melaksanakan semua tugas yang

tidak terbatas kepada PdP sahaja. Ini juga memberi pendedahan kepada saya tentang
pengurusan organisasi yang cemerlang.

KEKUATAN / KELEMAHAN / KEKANGAN / HALANGAN / ISU BERBANGKIT


Saya merasakan maklumat yang disampaikan tidak selaras dan agak keliru apa sebenarnya yang
harus saya lakukan, Tetapi tidak dinafikan taklimat bersama mentor tempoh hari sangat berguna dan
padat dengan informasi. Cuma mungkin ada sedikit aspek tentang pengurusan maklumat kepada
pihak sekolah perlu diselaraskan dengan lebih baik.
Dari segi kekangan, sebagai guru, banyak tugasan sedia ada selain menyiapkan tugasan PPGB ini.
Jadi guru mungkin agak tertekan dari segi priority kerja kerana semuanya harus dilaksanakan
secepat mungkin. Waktu PdP sudah memenuhi waktu persekolahan/kerja guru jadi masa untuk
membuat tugasan lain agak terhad. Tetapi tidak dinafikan segalanya sangat mampu dilakukan oleh
guru cuma mungkin tekanan akan timbul.

CADANGAN
Saya mengharapkan template laporan disediakan dengan lebih informasi tentang apa yang diingini
oleh pihak pengurusan PPGB kerana saya sendiri sedikit keliru apa yang saya harus tuliskan
diruangan Bidang/Aspek.
Pada keseluruhannya, Program Pembangunan Guru Baharu ini amat bermakna bagi saya kerana
saya mendapat perhatian mentor dan pihak pengurusan sekolah serta PPD dan membantu saya
dalam menyesuaikan diri dengan budaya dan persekitaran sekolah.

Anda mungkin juga menyukai