Anda di halaman 1dari 2

Latar Belakang Teori Psikoanalisis

Sistem pertama dalam psikoterapi dan dikaitkan dengan nama Freud.


Hampir semua terapi yang digunakan dalam kaunseling sedikit sebanyak
berlandaskan sesetengah teori psikodinamik Freud, misalnya motivasi tidak
sedar, peringkat perkembangan psikoseksual, penggerak agresif, perkaitan
tingkah laku kanak-kanak dengan masa kini, termasuk ciri dan kegunaan
mekanisme helah bela diri.

Pandangan Terhadap Manusia


Pandangan Freud terhadap manusia ialah manusia itu hanya mementingkan diri.
Andaian-andaian yang dibuat ialah :
i.
ii.

Tingkah laku manusia ditentukan oleh kuasa-kuasa tak sedar.


Dorongan-dorongan kejantinaan ialah penentu-penentu utama bagi tingkah

iii.

laku.
Tingkah laku orang dewasa banyak dipengaruhi oleh perkembangan

iv.

peringkat awal kanak-kanak.


Masalah-masalah akan timbul kerana wujudnya konflik dalam diri individu
yang disebabkan oleh sejarah lampau yang menyebabkan helah bela diri.

Menurut Sigmund Freud, perilaku manusia ditentukan oleh kekuatan tidak


rasional yang tidak disedari dari dorongan biologi dan dorongan naluri
psikoseksual tertentu pada masa enam tahun pertama dalam kehidupannya.
Pandangan ini menunjukkan bahawa aliran teori Freud tentang sifat manusia
pada dasarnya adalah deterministik.
Punca Masalah

Tidak mempunyai keseimbangan antara kendiri dan pengalaman

Matlamat Kaunselor

Menjadikan klien sedar akan bahan tak sedar dan menstrukturkan semula
sahsiah supaya dapat menyeimbangkan tenaga.

Membentuk kembali struktur ciri-ciri individu dengan membuat kesedaran yg


tak disedari di dalam diri klien

Fokus pada keupayaan klien mengalami kembali pengalaman masa kanakkanak

Membuat tafsiran terhadap simbol-simbol yang terdapat pada isi mimpi.

Membantu klien agar tidak lagi bersifat membela diri/defensive bagi setiap
tingkah lakunya.

Menjadi sebagai cermin yang akan membantu klien melihat diri dan
masalahnya dengan jelas.

Anda mungkin juga menyukai