Anda di halaman 1dari 10

SGDV2073

PERKEMBANGAN MORAL DARI ASPEK PSIKOLOGI

CONTENGAN JALANAN
1.0

PENGENALAN

Secara umumnya, novel Contengan Jalanan karya Hlovate mempunyai dua kisah berbeza yang
saling berkaitan antara satu sama lain. Kedua-dua kisah menceritakan tentang perubahan yang
berlaku terhadap watak utama dalam novel ini. Penulis menggunakan petikan kata-kata The
man that decided to change on the 12th dies on the 11th sebagai penggerak kepada jalan cerita
novel ini. Kisah pertama adalah berkisar mengenai Fend sebagai watak utama, manakala kisah
kedua pula mengangkat K2 (dibaca sebagai K square) sebagai watak utama. Kedua-dua watak ini
merupakan sahabat baik semenjak dari kecil lagi. Kedua-dua kisah berkisar mengenai Fend dan
K2 yang mengalami perubahan besar dalam diri masing-masing yang mana berjaya membentuk
mereka menjadi seorang muslim yang meletakkan Allah s.w.t dalam hidup mereka.
2.0

SINOPSIS

2.1

Kisah I

Kisah pertama menceritakan mengenai Fend atau nama sebenarnya Afendy yang merupakan
seorang pelajar jurusan fotografi di Universiti Limkokwing. Fend meletakkan hidupnya kepada
lima benda yang paling bermakna baginya, iaitu DSLR Nikon (kamera), Fender- Stratacoustic &
Dreadnought (gitar), Dell (laptop), HTC (handphone), dan iPod. Selain itu, hidupnya turut
ditemani dengan sketchbook dan Pilot Shaker (pensel). Fend merupakan ahli bagi kumpulan
muzik atau band yang diberi nama Creepy Hues yang turut dianggotai oleh K2, Erdi, Azad dan
Paan. Pertemuan secara kebetulan beberapa kali dengan seorang gadis bernama Lia menjadi
titik tolak kepada perubahan demi perubahan dalam diri Fend. Pada pertemuan seterusnya, Lia
menyerahkan sekeping CD kepada Fend yang mengandungi filem pendek bertajuk The Eleveth
Hour. Lia berharap agar Fend mendapat menfaat dan merasai apa yang dialaminya yang
mendorong dirinya untuk berubah daripada masa silamnya.
Filem pendek itu telah membuatkan Fend mula berfikir apakah erti hidup yang sebenar. Hal ini
mendorong Fend mencari buku tentang erti hidup dan akhirnya membeli sebuah buku berjudul
24 Jam Kehidupan Seorang Muslim dan juga tafsir al-Quran. Chad, sepupu Fend mengajak
Fend mengembara ke Sydney, Australia dalam bulan Ramadan dengan alasan ingin merasai
1

SGDV2073
PERKEMBANGAN MORAL DARI ASPEK PSIKOLOGI

semangat Badar pada zaman Rasulullah s.a.w.. Kata-kata yang diucapkan oleh Chad iaitu,
Jangan sampai hajat tak sampai sebelum mati telah mengingatkan Fend dengan kata-kata Lia
yang turut digunakan dalam filem pendek tersebut yang berbunyi, The man that decided to
change in 12th hour dies on the 11th. Kata-kata ini menguatkan lagi perasaan Fend untuk
menyingkap maksud di sebaliknya. Di Sydney, Chad mencadangkan supaya mereka menumpang
menginap di sebuah masjid. Di sana, mereka telah berkenalan dengan Tok Abdul Qadir, Imam
Zakariyya dan Bapak Tono. Pada mulanya Fend berasa kurang selesa dengan keadaan ini. Hal ini
kerana apabila berada di masjid, tentunya dia tak dapat melakukan rutinnya seperti bermain gitar
dan mendengar lagu. Semua aktiviti yang biasa dilakukannya tidak sesuai untuk dijalankan di
dalam masjid. Akhirnya, sementara menunggu masuk waktu solat, Fend mengambil keputusan
untuk membaca buku yang dibelinya sebelum ini.
Kurang daripada 24 jam, Fend menyedari bahawa dia telah mempelajari pelbagai benda baru
sepanjang mereka berada di masjid tersebut. Pertama kali juga Fend melihat begitu ramai umat
Islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa datang berbuka puasa dan berjemaah di masjid itu.
Fend dan Chad juga sempat berkenalan dengan Akmal, pelajar Malaysia yang sedang menuntut
di University of New South Wales. Hari demi hari, pelbagai ilmu agama yang diperolehi Fend dan
Chad daripada imam masjid di situ dan juga daripada para jemaah yang lain. Jika sebelum ini
solat lima waktu tidak cukup, tidak mengaji al-Quran, kini solat bukan sahaja penuh, malah
setiap waktu juga dilakukan secara berjemaah. Ditambah juga dengan berjemaah solat sunat
terawih bersama-sama. Selain dapat memperbaiki bacaan al-Quran, Fend dan Chad juga dapat
mempelajari ilmu hadis. Di samping itu, Fend dan Chad turut membantu membersihkan kawasan
masjid dan bersama-sama menyediakan hidangan berbuka puasa yang dibawa oleh para jemaah
yang terdiri daripada pelbagai bangsa dari pelbagai negara.
Selain itu, mereka turut bersiar-siar di sekitar Sydney sambil melawat tempat-tempat menarik
dan menghayati keindahan ciptaan Allah seperti The Blue Mountains yang merupakan banjaran
gunung yang juga terdiri daripada gunung The Three Sisters. Setelah seminggu berlalu, Fend
mula menyedari bahawa sambutan Ramadan di Sydney lebih menyeronokkan dan amat berbeza
jika dibandingkan dengan di Malaysia. Fend bersyukur kerana dia sempat sampai ke sana
sebelum mati dan dia sempat berubah di samping mengenali siapa Allah dan dia telah mendapat
jawapan tentang erti hidup yang dicarinya selama ini.
2

SGDV2073
PERKEMBANGAN MORAL DARI ASPEK PSIKOLOGI

Pada malam raya di kampung, Fend dan Chad berbual-bual sambil mengenang kembali
pengalaman mereka di Australia. Fend berterima kasih kepada Chad kerana telah mengajaknya
ke Australia dan memahami erti hidup sebagai seorang muslim yang sebenar. Namun, umur
Chad tidak panjang. Selepas zuhur pada hari raya pertama, Chad telah terlibat dalam kemalangan
yang meragut nyawanya. Kehilangan Chad, memberi tamparan yang hebat buat Fend. Fend
kembali terkenangkan perbualannya dengan Chad sebelum ini. Dia sedar Chad tidak pergi pada
jam yang kesebelas. Chad sempat mencari erti hidup. Fend menerima pemergian Chad kerana
sedar semuanya sudah ketentuan Allah s.w.t.. Hari yang lainnya, Fend menyerahkan CD The
Eleventh Hour kepada K2 dengan harapan agar K2 dapat merasai apa yang dirasakannya.
2.2

Kisah II

Kisah kedua pula memfokuskan kepada K2 (disebut sebagai K square) atau nama sebenarnya Ku
Kamaruzzaman yang merupakan pelajar jurusan seni lukis dan rekacipta di Universiti
Limkokwing. Dia juga merupakan salah seorang ahli Creepy Hues dan sangat meminati muzik.
Dia sentiasa mahu mempelajari pelbagai jenis alat muzik termasuklah sape dan cello. Prinsip
yang dipegang oleh K2 ialah Theres no such thing as wrong in arts. K2 dan ahli-ahli Creepy
Hues yang lain selalu menghabiskan masa bersama-sama di studio, sama ada menyiapkan
tugasan masing-masing mahupun mengadakan jamming.
Kematian Chad pada hari raya pertama turut memberi kesan mendalam terhadap K2. Dia dan
Chad adalah rakan sekampung dan juga telah bersahabat sejak kecil. Sejak kematian Chad, K2
sedar Fend telah jauh berubah. Walaupun sebelum ini dia sudah merasakan perubahan Fend iaitu
semenjak Fend terjumpa dengan seorang gadis bernama Lia, tapi ketika itu perubahan masih
belum ketara. Tetapi apabila difikirkan semula, K2 tidak pasti sebenarnya perubahan itu kerana
pemergian Chad, atau kerana perjalanan Fend dan Chad ke Australia pada bulan Ramadhan lalu.
Fend bukan sahaja suka menyendiri, malah enggan masuk ke studio. Azad, Paan dan Erdi turut
menyedari perubahan Fend. Namun, mereka akur kerana meletakkan perubahan itu disebabkan
oleh pemergian Chad. Pada hari berikutnya, K2 merenung bekas CD yang diberikan oleh Fend.
Fend begitu bersungguh-sungguh meminta K2 menontonnya. Ketika itu juga K2 dapat melihat
senyuman Fend pertama kali selepas ketiadaan Chad. Namun, setelah menonton CD The
Eleventh Hour itu, tiada yang terkesan pada diri K 2. Setelah diberitahu, Fend kecewa dan

SGDV2073
PERKEMBANGAN MORAL DARI ASPEK PSIKOLOGI

terkilan kerana K2 tidak dapat merasai perasaan yang sama ketika dia mula-mula menonton filem
tersebut. Fend mengingatkan dirinya bahawa hati manusia di tangan Allah.
Fend berusaha untuk berkongsi apa yang dirasakannya kepada K2 dengan mengajak K2 ke
Sydney, Australia selama 5 hari. Sesampainya di sana, Fend membawa K 2 ke masjid, tempat dia
bersama Chad dahulu. K2 terkejut apabila Fend menceritakan bahawa dia dan Chad sebelum ini
telah bermastautin di masjid itu sepanjang bulan Ramadan yang lalu. Oleh itu, Fend mahu
berkongsi pengalaman itu bersama K2 pula. K2 mula tidak selesa dengan keadaan tersebut. Dia
berasa aneh melihat Fend begitu mesra dan mengenali semua orang di masjid itu. K 2 masih
belum dapat mencerna apa yang berlaku dan hanya mengikut saja ke mana Fend pergi. Malam
itu, Fend menceritakan kembali bagaimana dia dan Chad boleh sampai ke masjid itu dan apa
yang mereka lakukan sepanjang mereka berdua tumpang menginap di situ.
Pada hari ketiga, K2 berbual-bual dengan seorang jemaah dari Indonesia bernama Bapak Tono.
Bapak Tono sudah lama berhijrah dari Jakarta ke Australia untuk mencari rezeki. Menurut Bapak
Tono, kota Jakarta penuh dengan hidup. Erti hidup yang berbeza. Sejujurnya K 2 tidak dapat
memahami apa yang ingin disampaikan oleh Fend kepadanya. Fend mengatakan bahawa dia
mahu berkongsi apa yang dia rasakan sewaktu Chad membawanya ke Sydney dahulu. Setelah
sampai di stesen shuttle Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Fend menghadiahkan K2
senaskah tafsir al-Quran dan sketchbook yang digunakannya sepanjang di Sydney pada hari tu.
Selepas pulang dari Sydney, K2 merasakan ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Namun,
dia masih menjalankan rutin hariannya seperti biasa.
K2 telah mengambil keputusan untuk ke Indonesia dan mencari erti hidup seperti yang pernah
diberitahu oleh Bapak Tono ketika dia berada di Sydney dahulu. Di sana K 2 berkenalan dengan
seorang pemuda bernama Indra. Indra merupakan pelajar jurusan muzik. Indra membawa K2
berjalan-jalan di sekitar Jakarta. Sesekali kenangan zaman kanak-kanak dan zaman sekolah
menjengah ke fikirannya. K2 juga membuka helaian sketchbook pemberian Fend satu persatu,
hari demi hari. Indra membawa K2 mencari erti hidup yang dimahukan. K 2 merasai sendiri duduk
di atas bumbung gerabak keratapi ketika keretapi sedang dalam perjalanan. Suatu hari, ketika
sedang duduk di kaki lima sebuah kafe, Indra sempat bertanyakan tentang erti hidup yang dicari.
Namun, K2 tidak pasti dengan apa yang dicari sebenarnya. Indra banyak menasihatkannya
tentang makna kehidupan. Indra juga ada bercakap tentang Tuhan.
4

SGDV2073
PERKEMBANGAN MORAL DARI ASPEK PSIKOLOGI

Perkenalan dengan Indra sedikit sebanyak telah membuka hati dan pemikiran K 2. Hari itu, K2
masuk ke dewan solat masjid berdekatan untuk menunaikan solat jamak Zuhur-Asar. Tak pernah
terbayang yang dia sujud pada hari itu kerana seorang Kristian. Dia tidak pernah tahu Indra
adalah Kristian selama mereka berkenalan. Terbit perasaan malu dalam diri K 2 kerana telah
memperlekehkan tanggungjawab solat. Ayat-ayat yang ditulis oleh Fend di dalam sketchbook
tersebut telah membukakan hati K2. Akhirnya K2 dapat memahami apa yang ingin disampaikan
oleh Fend walaupun tidak sepenuhnya. Perjalanannya ke Indonesia telah membawa perubahan
terhadap dirinya sekembalinya ke Malaysia. Jika dulu prinsipnya adalah Theres no such thing as
wrong in arts, dia menyedari sekarang bahawa tiada benda yang salah dalam seni selagi
segalanya tidak melanggar hukum Islam. Theres no such thing as wrong in arts provided that
Islam is a given. Kalau langgar hukum Islam, seni itu tetap salah.
3.0

WATAK DAN PERWATAKAN

3.1

WATAK UTAMA
1. Fend
Fend atau nama sebenarnya, Affendy ialah seorang pelajar jurusan forografi yang juga ahli
Creepy Hues. Masa lapangnya banyak dihabiskan dengan melepak bersama ahli-ahli Creepy
Hues yang lain di studio. Fend merupakan sahabat kepada K 2 dan sepupu kepada Chad.Fend
juga merupakan seorang yang lembut hatinya kerana dia mudah menerima pandangan orang
lain. Dia juga dilihat sangat bersedih apabila sepupunya, Chad meninggal dunia akibat
dilanggar oleh lori kuari haram. Selain itu, dia juga mempunyai perasaan ingin tahu yang
tinggi apabila dia terus memikirkan maksud sebenar di sebalik petikan The man that
decided to change in 12th hour dies on the 11th selepas bertemu dengan seorang gadis
bernama Lia.
2. K2
Nama sebenarnya adalah Ku Kamaruzaman, pelajar jurusan seni lukis dan rekacipta. K 2
merupakan Drummer Creepy Hues yang turut dianggotai oleh Fend, Erdi, Azad dan Paan.
Mereka sering menghabiskan masa bersama-sama di studio. K2 juga adalah sahabat
sekampung dari kecil Fend dan Chad. Dia sangat meminati muzik dan gemar mempelajari
5

SGDV2073
PERKEMBANGAN MORAL DARI ASPEK PSIKOLOGI

pelbagai jenis alat muzik. K2 mempunyai pegangannya sendiri dalam hidup. Dia sebolehbolehnya tidak mahu disamakan dengan orang lain dan dia berusaha membentuk identitinya
sendiri. K2 tidak dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh Fend melalui CD
pemberiannya itu. Selepas kematian Chad, K2 berusaha untuk mengembalikan Fend yang
dikenalinya selama ini. K2 dapat merasakan perubahan yang berlaku kepada sahabatnya itu.
Dia kemudiannya merantau ke Jakarta untuk mencari erti hidup yang diperkatakan oleh
Bapak Tono. Pemergiannya ke Jakarta mendorong kepada perubahan kepada dirinya dan
akhirnya dia dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh Fend kepadanya.
3.2

WATAK SAMPINGAN

Terdapat beberapa watak sampingan dalam novel ini, iaitu ahli-ahli Creepy Hues yang dianggotai
oleh Erdi, Azad dan Paan. Mereka merupakan sahabat kepada Fend dan K2. Selain itu,
terdapat juga Chad atau nama sebenarnya, Arsyad yang merupakan sepupu kepada Fend dan
rakan sekampung K2. Chad merantau ke Sydney bersama Fend ketika bulan Ramadhan untuk
merasai pengalaman di tempat orang. Chad meninggal dunia pada hari raya pertama akibat
dilanggar lori kuari haram di kampung. Satu lagi watak sampingan dalam novel ini ialah Lia,
seorang gadis yang membawa kepada titik tolak perubahan yang berlaku dalam diri Fend. Lia
pernah meminati muzik bergenre underground pada satu masa dahulu. Di samping itu, terdapat
juga watak Indra iaitu pemuda Kristian yang ditemui oleh K 2 semasa dia ke Jakarta. Mereka
berkongsi minat yang sama dalam bidang muzik. Perkenalan dengan Indra sedikit sebanyak telah
membuka mata dan fikiran K2 tentang erti hidup yang dicarinya selama ini.
4.0

NILAI-NILAI MORAL
1. Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya
berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
Contohnya, Fend dan K akhirnya menemui erti hidup yang dicari, iaitu dengan kembali
kepada ajaran agama Islam. Sebelum ini, mereka masing-masing tidak mengambil berat soal
tentang solat lima waktu dan hanya mengerjakannya apabila mereka mahu. Kedua-dua

SGDV2073
PERKEMBANGAN MORAL DARI ASPEK PSIKOLOGI

mereka merasakan bahawa hidup mereka tidak lengkap sebelum mereka benar-benar
menyedari sebahagian hidup mereka yang hilang itu adalah kepercayaan kepada Tuhan.
Selain itu, nilai kepercayaan kepada Tuhan turut ditunjukkan melalui watak Indra yang mana
Indra meyakinkan bahawa Tuhan itu wujud. Indra dilihat sangat mempercayai kewujudan
Tuhan walaupun dia beragama Kristian berbanding K 2 yang beragama Islam. Hal ini dapat
dibuktikan dengan kata-kata Indra kepada K2, iaitu Tiada kuasa Tuhan, tiada soalan, tiada
jawapan dan Tiada Tuhan, tiada kau tiada aku. Kata-kata ini menunjukkan betapa Indra
mempercayai kewujudan Tuhan.
2. Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
Contohnya, K membantu seorang lelaki tua di bawah jambatan ketika sedang berteduh
daripada hujan semasa di Jakarta. K2 dengan sukarela menawarkan bantuan kepada lelaki tua
itu untuk memujuk anak kecil yang berada di atas ribaannya. Selain itu, terdapat juga babak
apabila terdapat seorang kanak-kanak yang meminta izin untuk tumpang berteduh berdekatan
K, K2 sendiri keliru dengan permintaan kanak-kanak itu kerana dia menganggap bahawa
tempat tersebut merupakan tempat awam dan tidak memerlukan sebarang kebenaran daripada
sesiapapun untuk berteduh di situ. kanak-kanak tersebut menunjukkan sikap berhemah tinggi
apabila bersama orang lain.
3. Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
Contohnya, Fend berusaha untuk meyakinkan K supaya mencari erti hidup yang sebenar
dengan menyerahkan CD The Eleventh kepada K, namun dia akur apabila K tidak mampu
memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan melalui filem tersebut walaupun
terdapat sedikit kekecewaan pada dirinya. Dia menyerahkan segala-galanya kepada Allah
kerana dia sendiri tahu bahawa dia tidak berkuasa memegang hati K2. Dia tidak
mempersoalkan mengapa K2 tidak dapat menerima maksud di sebalik filem tersebut.

SGDV2073
PERKEMBANGAN MORAL DARI ASPEK PSIKOLOGI

4. Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan
berasaskan pertimbangan yang wajar.
Contohnya, K membuat keputusan untuk menyambung pelajaran dalam bidang seni lukis di
Limkokwing Universiti berbanding muzik, walaupun dia sangat meminati muzik sejak dari
zaman sekolah lagi. Ketika menimbangkan keputusan yang bakal diambil, dia memikirkan
yang dia masih berpeluang untuk belajar muzik di mana-mana di samping dapat mengasah
bakat dalam seni lukis dan reka bentuk jika dia memilih untuk ke Limkokwing. Manakala
jika dia menerima tawaran ke ICOM, difikirkan bahawa bakatnya dalam seni lukis tidak
dapat diasah secara profesional, namun dia mampu untuk meluaskan bakat dalam bidang
muzik. Selepas membuat pertimbangan sewajarnya, K2 tekad memilih menyambung
pengajian dalam bidang seni lukis.
5. Kasih sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang
ikhlas.
Contohnya, Fend sangat merasai pemergian Chad. Selepas peristiwa tersebut, Fend selalu
terkenangkan Chad. Terdapat satu peristiwa yang mana menunjukkan Fend begitu
menyayangi Chad. Fend menulis serangkap kata-kata sebelum mengikat gulungan kertas
tersebut untuk dilepaskan bersama belon helium yang berbunyi,
Dearest Chad,
Aku rindu kau.
Aku sayang kau.
Ada rezeki kita masuk syurga, kita jumpa kat sana, bro.
Selain itu, Fend berusaha menyedarkan K tentang erti hidup yang sebenar. Hal ini kerana dia
begitu mementingkan persahabatan mereka. Dia begitu menyayangi K2 dan tidak mahu K2
terus hanyut dalam dunianya.

SGDV2073
PERKEMBANGAN MORAL DARI ASPEK PSIKOLOGI

Di samping itu, nilai kasih sayang turut ditunjukkan melalui watak K 2 yang begitu merasai
perubahan yang berlaku kepada Fend. Dia berusaha untuk mengembalikan Fend yang dulu
sehingga sanggup mengikut Fend ke Sydney. Dia sangat bingung dengan perubahan yang
berlaku ke atas Fend. Sejujurnya, dia turut merasai kehilangan Chad. Namun selepas melihat
perubahan Fend, dia bimbang akan kehilangan sahabat buat kali kedua. Fend yang
dikenalinya sekarang sudah berhenti bermain gitar dan dia dapat merasakan bahawa Fend
semakin jauh dengan dirinya. Peristiwa ini menunjukkan betapa K2 menyayangi Fend.
5.0

PERKEMBANGAN PSIKOLOGI

Menurut Kamarulzaman Kamaruddin (2011), individu yang berada di peringkat awal dewasa,
iaitu yang berumur antara 20-34 tahun cenderung untuk merancang kerjaya mereka. Hal ini dapat
dikaitkan dengan watak K2 yang sangat komited dalam pengajiannya namun dalam masa yang
sama dia tidak mengetepikan minatnya dalam bidang muzik. K 2 pernah ditawarkan untuk
menyambung pengajian dalam bidang muzik di International College of Music, Malaysia.
Namun atas alasan yang diketahui oleh dirinya sendiri, dia telah memilih untuk menyambung
pengajian dalam jurusan seni lukis di Limkokwing. Golongan pada usia ini dilihat lebih selesa
bergaul dengan kumpulan sosial yang mempunyai sistem etika dan nilai-nilai yang sama. Hal ini
dapat dilihat pada ahli-ahli Creepy Hues yang berkongsi minat yang sama, iaitu muzik.
Walaupun masing-masing menyambung pengajian dalam bidang yang berbeza, namun minat
menyatukan mereka. Contoh lain juga dapat dilihat ketika perkenalan antara K2 dan Indra di
Jakarta ketika Indra dan rakan-rakannya mengadakan jam session atau jamming, iaitu satu
aktiviti di mana sekumpulan pemuzik bermain muzik tanpa persediaan dan susunan yang
selengkapnya. Indra mempelawa K2 untuk turut serta dan K2 menerima pelawaan Indra tersebut.
Mereka diperkenalkan melalui muzik. K2 selesa berkawan dengan Indra walaupun mereka baru
berjumpa.

SGDV2073
PERKEMBANGAN MORAL DARI ASPEK PSIKOLOGI

6.0

PENGAJARAN

Terdapat beberapa pengajaran dalam novel ini. Antaranya ialah:


1. Setiap manusia mampu untuk berubah ke arah kebaikan. Contohnya dapat dilihat
pada Lia, Fend, Chad dan K2. Masing-masing berjaya berubah ke arah kebaikan. Bezanya
hanya pada masa dan tempat sahaja.
2. Perubahan perlu dilakukan sebelum terlambat. Contohnya Chad yang berjaya
berubah sebelum dia meninggal dunia.
3. Berusaha dan menyerahkan takdir kepada Allah swt. Fend berusaha untuk
menyedarkan K2 tentang erti hidup. Selepas gagal untuk menyedarkan K2, dia
menyerahkan takdir kepada Allah swt kerana dia yakin bahawa Allah mampu memberi
hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
4. Menyebarkan kebaikan kepada orang sekeliling. Lia memberikan sekeping CD yang
akhirnya mengubah Fend. Fend pula berusaha untuk menyedarkan K2 melalui CD
tersebut berserta sketchbook yang mengandungi lukisan dan terjemahan ayat al-Quran
dan pada akhir cerita, K2 pula menyerahkan sketchbook pemberian Fend kepada
sahabatnya, Yani.
5. Belajar menerima pandangan orang lain. Adakalanya pandangan orang lain dapat
membantu kita untuk berfikir dengan lebih baik. Contohnya, K2 menerima pandangan
Indra berhubung kewujudan Tuhan walaupun mereka menganuti agama yang berbeza.
Kata-kata Indra akhirnya mendorong kepada perubahan K2.
7.0

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya dapat dilihat bahawa novel ini menceritakan perjalanan mencari Tuhan
oleh dua individu, iaitu Fend dan K2. Setiap perjalanan perubahan mereka membawa kepada
pengalaman baru yang tidak pernah mereka alami di samping pelbagai nilai-nilai moral yang
diterapkan sepanjang pengembaraan mereka. Kita sebagai manusia seharusnya sedar sebab
utama kita dihidupkan di dunia dan sentiasa mengingati Tuhan dan tanggungjawab yang telah
diamanahkan kepada kita sepanjang kita hidup di dunia ini. Perubahan ke arah kebaikan perlu
dilakukan sebelum terlambat.

10

Anda mungkin juga menyukai