Anda di halaman 1dari 2

Muhammad Farhan bin Zulkifli

Tajuk : Kesan kemasukan warga asing ke Malaysia

Warganegara asing dilihat sebagai satu kelompok manusia yang datang ke


sesebuah negara lain pula untuk mencari rezeki. Rakyat dari Indonesia,
Myammar, Vietnam, dan Bangladesh dilihat sebagai golongan utama yang
datang ke Malaysia. Ada pihak yang menentang kehadiran warganegara asing ini
tetapi ada juga yang menerima kedatangan mereka dengan tangan terbuka
berdasarkan laporan media massa kita. Jadi, kita semua harus sedar bahawa
kehadiran orang luar ini membawa pelbagai impak kepada masyarakat dan
negara kita.

Impak yang mudah difahami apabila warganegara asing berleluasa di negara ini
ialah kes jenayah akan meningkat secara mendadak. Kajian sudah membuktikan
ada kes jenayah seperti rompak dan ragut serta perkosaan dilakukan oleh orang
asing terutama mereka yang kesempitan wang itu. Tindakan drastik sebegini
juga dilakukan setelah warga asing ini ditipu oleh pihak-pihak tertentu yang
menjanjikan pekerjaan sebaik sahaja sampai di negara ini. Sesungguhnya,
kehadiran orang asing ini akan menjadikan negara ini tidak selamat kerana kes
jenayah terhadap rakyat tempatan terus berlaku secara berleluasa itu.

Selain itu, penyakit berbahaya boleh merebak melalui kehadiran jutaan


warganegara asing di negara ini. Masyarakat dunia sudah mengetahui bahawa
ada penyakit seperti SARS, H1N1, dan penyakit kelamin yang disebarkan oleh
orang luar. Kadar kematian akibat penyakit sebegini begitu tinggi lalu boleh
mewujudkan wabak penyakit pula yang memerlukan kerjasama negara serantau
untuk mengekang penularannya kelak. Maka, semakin banyak warganegara
asing datang ke negara ini semakin tinggilah risiko berlakunya wabak penyakit
pada suatu masa nanti.

Tambahan pula, jumlah populasi negara akan menjadi lebih banyak apabila
jumlah warga asing ini ditambah semuanya. Masalah ini boleh berlaku kerana
ada warga asing itu datang secara haram lalu jumlah sebenar penduduk warga
asing ini sukar untuk ditentukan oleh pihak berkuasa. Penduduk yang ramai boleh
menyukarkan pihak berkuasa untuk merancang kemudahan awam kerana
kepadatan penduduk sukar ditentukan itu. Jelaslah, kerajaan sukar untuk
merancang projek kemudahan awam kerana jumlah penduduk tempatan dan
asing tidak dapat ditentukan dengan tepat.

Namun, warga asing ini juga boleh menjadikan kos buruh di Malaysia lebih murah
berbanding negara jiran. Kebanyakan warga asing ini datang ke Malaysia untuk
bekerja dengan kadar upah yang rendah tetapi masih sanggup bekerja dengan
tekun. Situasi ini menjadikan kos untuk melakukan sesuatu projek seperti projek
pembinaan di negara ini akan menjadi lebih murah apabila banyak menggaji
pekerja dari negara asing itu. Oleh itu, kadar buruh di negara ini akan
mempunyai daya saing yang bersesuaian dengan keadaan pasaran kerja
serantau itu.

Malah, ekonomi negara akan menjadi lebih rancak pertumbuhannya apabila


warga asing ini banyak di Malaysia. Negara akan mempunyai ekonomi yang
mapan kerana pertumbuhan ekonominya tinggi sepanjang tahun yang
disebabkan oleh aktiviti perniagaan yang berterusan tanpa gangguan itu.
Perkembangan ekonomi yang sihat ini turut membawa kestabilan politik dan
sosial kepada rakyat Malaysia lalu menjadikan kualiti kehidupan lebih baik
berbanding negara jiran. Lantaran itu, kemasukan warga asing ini perlulah
diterima kerana kehadiran mereka akan memacu ekonomi negara menjadi lebih
baik pada masa hadapan.

Kesimpulannya, semua kesan tadi harus dikaji dan diterima oleh masyarakat kita
secara terbuka. Semua pihak terutama masyarakat umum perlulah melihat
warga asing ini sebagai satu keperluan yang harus dipenuhi dalam kehidupan
zaman moden ini. Cuma, kedatangan warga asing ini hendaklah dipantau dengan
cara yang lebih efektif dan efisien supaya semua kesan negatif tidak akan
berlaku lagi. Peribahasa lain padang lain belalang seolah-olah mengingatkan kita
dan warga asing ini supaya meghormati budaya serta peraturan sesuatu tempat
yang baru itu agar tidak berlaku sebarang masalah pada kemudian hari.

Anda mungkin juga menyukai