Anda di halaman 1dari 3

Dijemput para tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sbentar

lagi
____________________________________________________________________________________
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Yang Dihormati Tuan Haji Rosli bin ( .PPD Daerah Barat
Daya),
Yang Berusaha Encik Abdul Razak bin ,Yang Dipertua PIBG,
Yang Berbahagia Encik Azlin bin Jambut, Guru Besar SK Telok Kumbar,
Yang Diraikan Puan Mariamah binti Awang, Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong-penolong kanan, dif-dif jemputan,
Seterusnya barisan guru serta hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Malam yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih sempena
persaraan Puan Mariamah binti Awang, Penolong Kanan Pentadbiran SK Telok
Kumbar
_____________________________________________________________________________________
Hadirin yang dimuliakan,
1.
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh Ustaz Akmal bin ..
(bacaan doa)
________________________________________________________________________________
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz
Akmal atas bacaan doa itu tadi.

(***kalau ikut tentatif***)


2.
Majlis dengan ini menjemput para tetamu untuk menikmati juadah yang telah
disediakan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

3.
Majlis menjemput Tuan Haji Rosli bin .. untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.
_____________________________________________________________________________________
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Rosli atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.
4.
Majlis seterus menjemput dan mempersilakan Encik Azlin bin Jambut, Tuan
Guru Besar bagi menyampaikan ucapan, dengan segala hormat dipersilakan.
___________________________________________________________________________________
Terima kasih diucapkan kepada Encik Azlin atas ucapan sebentar tadi.

5.
Seterusnya dijemput Puan Salihah binti .. mewakili pihak guru dan
warga sekolah untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
___________________________________________________________________________________
Terima kasih diucapkan kepada Puan Salihah atas ucapan sebentar tadi.
Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
dilakukan oleh Puan Mariamah binti Awang.

Para Hadirin yang kami muliakan,


6.
Marilah sama-sama kita hayati bacaan sajak yang akan disampaikan oleh
Puan Syarifah Nor Azizah binti .. sempena persaraan Yang Diraikan Puan
Mariamah binti Awang.
Terima kasih Puan Syarifah untuk memperdengarkan bacaan sajak sebentar tadi.

7.
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada
Yang Diraikan Puan Mariamah binti Awang. Sebelum itu, eloklah sekiranya saya
membacakan biodata diri Puan MAriamah. ****BACA BIODATA
__________________________________________________________________________________
8. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Puan Mariamah
menyampaikan ucapan.
__________________________________________________________________________________
Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan
Mariamah atas ucapan itu tadi.
Hadirin sekalian,
9.
Marilah sama-sama kita menyaksikan tayangan multimedia sempena dengan
persaraan Puan Mariamah.
___________________________________________________________________________________
10.
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata
sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini. Dijemput
(***Ketua2 panitia***)
___________________________________________________________________________________
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata
sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak. Kita telah pun berada di hujung acara.
Untuk Puan Mariamah
Guru umpama bintang cemerlang
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Walau bersara jasa dikenang
Budi baikmu tetap disanjung.

Dengan itu, berakhirlah sudah majlis kita. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih
atas kesudian para tetamu menghadiri majlis pada hari ini. Andai ada tersalah kata,
tersilap bicara, harap dimaafkan. Sekian wabillahi taufiq walhidayah
assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai