Anda di halaman 1dari 1

Sabtu, 10 Oktober, 2009

CONTOH- CONTOH KARANGAN


BAHASA MELAYU GCE O LEVEL
SOALAN :
Masalah merokok di kalangan remaja sudah
berada pada satu tahap yang membimbangkan. Nyatakan punca-punca berlakunya
masalah ini dan cara-cara yang berkesan
untuk mengatasinya.


Jawapan :

Remaja merujuk kepada golongan yang berusia


dalam lingkungan belasan tahun. Dalam usia yang
muda dan memberontak ini, mereka mengalami
perubahan dari segi zikal dan mental. Perubahan
demi perubahan ini menyebabkan ada di kalangan
remaja yang terpengaruh untuk berjinak-jinak
dengan tabiat merokok. Oleh yang demikian, kadar
perokok remaja semakin meningkat. Realitinya,
remaja pada masa ini semakin berani merokok di
mana-mana sahaja tanpa segan silu.
Mengikut kajian yang dijalankan, kelemahan
penguatkuasaan undang-undang merupakan faktor
utama yang menyebabkan gejala merokok di kalangan remaja meningkat. Hal ini berlaku kerana pihak
berkuasa tidak tegas dalam melaksanakan undangundang yang sedia ada. Oleh sebab pihak berkuasa
bersikap melepaskan batuk di tangga, golongan
remaja berani untuk membeli dan merokok di
tempat-tempat awam.
Remaja mudah terpengaruh dengan ledakan iklan
daripada media massa. Kajian
mendapati bahawa remaja
dan golongan mudamudi merupakan penonton tertinggi siaran
media. Oleh sebab itu,
iklan rokok dan poster
konsert yang ditaja oleh
pihak pengusaha rokok
mudah meresap ke dalam
jiwa remaja yang mendahagakan keseronokan.
Remaja memang mudah
mempelajari apa-apa
sahaja yang ditontoni
mereka. Oleh hal yang
demikian, kebanyakan
remaja memberanikan diri
membeli dan memegang rokok kerana pengaruh
media massa.
Di samping itu, kawan merupakan insan yang
paling rapat dan memainkan peranan yang penting
dalam pergaulan remaja. Walau bagaimanapun, ada
antara remaja yang cuba merokok selepas dicabar atau
diajak oleh kawan-kawan. Hal ini tidak mustahil
kerana hubungan antara kawan yang rapat bagai isi
dengan kuku sedikit sebanyak merangsang kepercayaan remaja terhadap kata-kata kawan mereka. Oleh
sebab menjadi pak turut kawan, kebanyakan
mereka sama-sama ponteng sekolah dan membeli
rokok untuk merasai keseronokan merokok tanpa
menyedari bahaya rokok. Selepas terjebak dan
ketagihan rokok, remaja tidak dapat mengelakkan
diri daripada tabiat buruk ini lagi.

Ibu bapa yang


kurang memberikan
kasih sayang dan
tidak prihatin akan
perubahan sikap
anak-anak juga
merupakan faktor
remaja merokok. Hal
ini demikian kerana
ibu bapa pada zaman
moden ini terlalu sibuk
mengejar kebendaan dan kemewahan sehingga
mengabaikan tanggungjawab mereka. Sikap ibu bapa
ini bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing. Mereka sanggup mengabaikan kasih
sayang dengan memberi wang kepada anak-anak
mereka sebagai gantian kasih sayang. Anak-anak yang
belum berkiran matang pula menyalahgunakan
wang tersebut tanpa kawalan ibu bapa. Hal ini
menyebabkan remaja dapat membeli rokok dengan
mudah.
Gejala merokok sebenarnya dapat diatasi sehingga
akar umbi. Ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak
masa untuk memantau tingkah laku anak-anak
mereka. Jika anak-anak mereka didapati merokok,
maka ibu bapa perlu memberi pendidikan moral dan
agama agar anak-anak mereka insaf akan kesalahan
yang dilakukan oleh mereka.
Pihak sekolah juga perlu mengenakan tindakan
yang tegas terhadap pelajar
yang merokok dengan
memberi kaunseling atau
tindakan disiplin yang
sepadan dengan kesalahan pelajar agar mereka
sedar bahawa merokok
bukanlah perkara yang
harus dilakukan semasa
berada di bangku
sekolah.
Kerajaan pada masa
yang sama, perlu mempergiatkan kempen anti
merokok melalui sekolah
atau media massa agar
remaja dapat menjauhi
gejala merokok yang mampu membawa maut.
Di samping itu, remaja haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka sebelum ini
kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna. Pada masa yang sama, golongan
remaja mesti sedar akan pentingnya menjaga
kesihatan. Jika golongan remaja berkiran lebih
matang, mereka pasti dapat meningkatkan tahap
kesihatan diri dengan menjauhi tabiat merokok.
Sebagai kesimpulan, semua pihak harus memberi
kerjasama yang sepenuhnya untuk membanteras
gejala merokok di kalangan remaja. Dengan adanya
langkah-langkah yang tersebut di atas, adalah diharap
agar kadar perokok di kalangan remaja akan dapat
dikurangkan.

Bahasa Kitani

PERAMBAHAN BRUNEI
(ehsan daripada Dewan Bahasa dan
Pustaka Brunei)
Basar (h)awa
Maksud besar keinginan tanpa
perhitungan.
Contoh Ayat Dia selalu mengingatkan
adiknya supaya jangan terlalu basar (h)awa
untuk membuat sesuatu.
Bau cina
Maksud baru (biasanya merujuk kepada
pakaian).
Contoh Ayat Bajunya itu masih bau
cina.
Bau harum
Maksud sering datang lewat (dalam
sesuatu majlis).
Contoh Ayat Dia yang bau harum itu
menjadi buah mulut orang kampung.

DIALEK MELAYU BRUNEI


(ehsan daripada Dewan Bahasa dan
Pustaka Brunei)
Atil; beratil-atilan
Maksud saling mengusik (secara
main-main).
Abiskita
Maksud kamu semua (ditujukan kepada
orang-orang yang lebih tua atau dewasa
yang baru dikenali).
Ali-ali
Maksud 1 tidak sama dengan yang lain;
berbeza.
Maksud 2 terasing; tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai