Anda di halaman 1dari 4

HNF3012

FALSAFAH ILMU

NAMA

NOOR ZUZIHARIATI BT ZULKIFLI

NO MATRIK

D20141066970

KUMPULAN

TAJUK KULIAH

ONTOLOGI DAN EPISTEMOLOGI ILMU

NAMA PENSYARAH

DR. MUHAMMAD ATIULLAH BIN OTHMAN

1.0 Pengenalan
Pada 21 November 2015 satu program seminar ilmu telah di adakan bertempat di Masjid
Al-Mursyidin, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Seminar ilmu tersebut bertajuk
Epistemologi Ilmu. Seminar ini bermula pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 4.00
petang. Seminar ini adalah anjuran kerjasama dari Jabatan Pengajian Kemasyarakatan
dan kewarganegaraan Fakulti Sains dan Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris
dan Pusat Islam, UPSI. Penceramah jemputan bgi program ini adalah Prof. Dr. Mohd
Hazim Shah Bin Abdul Murad yang dijemput khas dari Universiti Malaya (UM). Seminar
ini melibatkan pelajar UPSI. Sesi pendaftaran bermula pada jam 2.00 petang bertempat di
bahagian luar masjud.
Penceramah menyampaikan maklumat dengan menggunakkan slide power point.
Slide dipaparkan bagi memudahkan pelajar mendapat maklumat dan lebih memahami
ilmu yang hendak disampaikan.

2.0 Refleksi Laporan

Melalui kuliah ini, saya dapat memperolehi banyak ilmu pengetahuan yang baru
mengenai epistemologi. Dari apa yang saya pelajari melalui kuliah ini ialah, epistemologi
merupakan salah satu cabang falsafah yang membincangkan tentang hakikat ilmu, asal
mula ilmu, ilmu sebagai proses ataupun usaha yang sistematik dan berkaedah, batasbatas, sifat, metode-metode (kaedah) dan kesahihan ilmu. Melalui kuliah ini, saya dapat
mengetahui dari mana datangnya idea mengenai sesuatu ilmu itu, bagaimana kaedah

mahupun proses dalam mempelajari ilmu boleh wujud dan saya dapat mengetahui
kepentingan epistemologi dalam kehidupan seharian seseorang individu yang bergelar
pelajar. Seperti yang kita tahu, pengetahuan biasa boleh diperolehi daripada akal yang
sihat seperti pengalaman. Manakala ilmu pengetahuan dipeolehi analisis dengan langkahlangkah yang sistematik (kaedah) dan menggunakan pemikiran yang logik.
Epistemologi ilmu mengajar saya sekiranya seseorang individu tersebut ingin
membuktikan kebenaran sesuatu pengetahuan, maka cara, sikap, dan sarana yang
digunakan perlu juga benar.
Selain daripada itu, melaui epistemologi ilmu ini, kita dapat dasar seseorang
mendapatkan ilmunya secara yakin, iaitu melalui panca indera, akal yang sihat dan
agama. Sebagai contoh, ilmu yang kita perolehi melalui panca indera yang satu tidak
dapat digantikan dengan panca indera yang lain. Misalnya, warna merah yang dilihat oleh
mata, tidak dapar dicuim oleh telinga. Contoh yang lain mengenai ilmu yang diperolehi
oleh akal yang sihat dikatan lebih tinggi daripada apa yang diperolehi oleh panca indera.
Dengan akal yang sihat, sesorang individu dapat mempercayai adanya negara lain
walaupun tidak pernah mengunjunginya. Dan akhir sekali, hakikat ilmu yag diperolehi
melalui agama. Hakikat ilmu melalui agama melebihi hakikat ilmu yang dicapai oleh
panca indera dan akal yang sihat kerana hakikat ilmu yang dicapai oleh ilmu agama dapat
memberi pemahaman kepada manusia suatu alam selepas mati. Melalui agama, seseorang
itu dapat memahami bahawa ilmu yang diperolehi oleh agama akan mengahasilkan tiga
hal iaitu sesuatu yang pasti, sesuatu yang tidak mungkin dan sesuatu yang mungkin.
Epistemologi ilmu juga mengajar saya erti kebenaran dalam ilmu pengetahuan.
Kebenaran adalah suatu nilai utama dalam kehidupan manusia. Ianya selras dengan
fungsi ilmu pengetahuan yang ingin mencari kebenaran. Selain daripada itu, apa
rasionalnya kita mempelajari epistemologi ilmu ini. Melalui kuliah ini saya dapat
mengetahui pentingnya epistemologi dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, dalam
pertimbangan startegi. Dimana bagaiman akita mahu membuat atau membina strategi
dalam kehidupan kita untuk mencapai matlamat hidup. Kita harus membuat strategi
dengan mengambil kira dari semua segi. Kita harus mengimbangkan semua segi bagi
membuat satu strategi yang berkesan agar dapat mencapai matlamat dalam kehidupan

seharian kita. Pentingnya mempelajari ilmu epistemologi ialah dari segi pertimbangan
kebudayaan. Ilmu pengetahuan merupakan salah satu unsur kebudayaan. Pengetahuan
memainkan peranan yang amat penting. Melalui pengetahuan, seseorang individu itu
dapat mengolah dan membuat perkara yang berada di sekelilingnya. Ia juga dapat
mengenali pemasalahan yang dihadapi, menganalisis, mentafsirkan pengalamanpengalaman yang dihadapi dan menilai situasi serta mengambil keputusan untuk
bertindak. Akhir sekali mengenai pentingnya ilmu epistemologi terhadap pertimbangan
dalam pendidikan. Epistemologi harus dipelajari kerana manfaatya untuk bidang
pendidikan.

Pendidikan

sebagai

satu

usaha

untuk

membantu

para

pendidik

mengembangkan pandangan mereka dari segi hidup, sikap dan ketrampilan diri serta
pengurusan pengetahuan.
Melalui kuliah ini juga saya mempelajari mengenai epistemologi Islam dan
hubungannya dengan konsep kebenaran. Hubungan antara kebenaran dan epistemologi
Islam ialah dimana kebenaran dilihat pada hakikatnya bersifat objektif, sejagat dan
terpakai kepada seluruh umat manusia keran secara ontologi dan aksiologinya ia
bersumber dari Tuhan yang disampaikan melalui wahyu. Ia adalah kebenaran tertinggi di
mana semua taraf dan nilai kebenaran lain berada dibawah kebenran ini. Nilai kebenaran
agama duduknya yang paling atas kerana kewujudannya dilihat oleh integriti
keperibadian diri. Seleruh tingkat pengalaman pada puncak kesedaran agama yang
terkandung di dalamnya tujuan hidup manusia dan makna kehidupan sebenar.
Secara kesimpulannya, kuliah ini menghuraikan epistemologi sebagai salah satu
cabang falsafah ilmu yang penting. Ia membicarakan tentang asal usul ilmu, sumbersumber ilmu dan kesahihannya. Melalui epistemologi kita dapat mengetahui dengan jelas
dari mana kita mandapatkan sesuatu ilmu dan cara memperolehinya.

Anda mungkin juga menyukai