Anda di halaman 1dari 1

Bab 8: Kesimpulan

Kesimpulannya, sepanjang latihan industri ini saya mempunyai banyak peluang


mempertingkatkan ilmu serta teknik tentang kejuruteraan awam dengan JKR Kuantan. Saya
dapat merasai pengalaman menguruskan sesuatu projek dengan sendiri di daerah Kuantan.
Projek tersebut adalah mill and pave untuk membaik pulih jalan di FT02 GambangKuantan. Saya dapat mempelajari teknik baik pulih ini secara teknikal sepenuhnya dan
memahaminya dengan lebih mendalam.
Selain itu juga saya dapat melihat perkembangan proses kerja yang berkaitan dengan
pembinaan jalan. Pengalaman menjalani latihan di sini amat bermakna pada saya kerana
dapat menambah baik ilmu bersama pakar jurutera daripada JKR mahupun jurutera daripada
konsesi. Pembelajaran semasa kuliah adalah tidak sama jika dibandingkan dengan
pengalaman latihan industri ini. Ilmu yang pernah dipelajari akan dapat dipraktikkan dan
berkongsi bersama rakan sekelas yang lain.
Tambahan lagi, saya berasa amat berbesar hati kerana dapat menyertai JKR ini
sebagai tempat latihan industri. Saya dapat bekerja dengan mereka yang profesional dan
berpengalaman lama dalam bidang kejuruteraan awam ini. Mereka berkongsi segala
pengalaman kerja dalam pembinaan jalan. Saya jadikan perkongsian itu sebagai nota
tambahan untuk kegunaan saya pada masa depan.
Disamping itu, saya dapat mengetahui teknik untuk berkomunikasi dengan para
pekerja sama ada dari pihak bawahan mahupun atasan yang terlibat dalam JKR ini. Latihan
industri ini turut mendedahkan cara budi bicara sewaktu menguruskan projek. Oleh itu,
adalah sangat baik latihan industri ini dijalankan supaya pelajar memahami segala aspek yang
terkandung dalam bidang yang diikuti iaitu kejuruteraan awam.

54 |Latihan Industri JKR Kuantan

Anda mungkin juga menyukai