Anda di halaman 1dari 12

ABDUL RAHMAN AL GHAFIQI

Putera Andalus

Al Ghafiqi adalah bayangan Musa Bin Nusair dan Tariq Bin Ziyad yang terkenal
dengan semangat dan cita-cita yang tinggi [Ahli Sejarah]
Al Samah Bin Malik al Khaulaani menawarkan jawatan penting di Andalus kepada Al
Ghafiqi namun dijawab Al Ghafiqi,

Wahai Gabenor, saya ini rakyat biasa. Saya datang ke negeri ini untuk berada di
barisan hadapan tentera Islam. Saya telah mewakafkan diri saya ini untuk mencari
keredhaan Allah. Saya hunuskan pedang saya ini untuk menegakkan kalimah Allah
di muka bumi. Dengan izin Allah engkau akan mendapati saya sentiasa bersamamu
selagi engkau berada di atas kebenaran. Saya adalah orang yang paling
mentaatimu , selagi engkay mentaati Allah dan RasulNya, kecuali dalam soal yang
membabitkan kuasa dan kedudukan.

Al Samah berhasrat mahu meluaskan empayar Islam dengan meletakkan Perancis


di bawah naungan Islam. Ini kelak akan membuka laluan untuk menakhluk negerinegeri Balkan dan seterusnya Kota Konstantinople lantas merealisasikan janji
Rasulullah saw.

Peperangan getir berlaku di Kota Narbonne, Perancis. Ini dikhabarkan oleh orientalis
Perancis, Renault ;

Ketika kemenangan hampir-hampir memihak kepada tentera Islam, Duke Aquitania


memerintahkan seluruh rakyat dan hamba dalam negerinya untuk turut sama
berperang. Dia juga menghantar utusan ke segenap penjuru Eropah memberitahu
seluruh raja dan pemerintah di Eropah akan ancaman yang mereka hadapi. Negeri
mereka hampir jatuh ke tangan musuh dan anak isteri mereka bakal menjadi
tawanan umat Islam.

Akhirnya seluruh Eropah menyahut seruan ini dan turut sama menghantar barisan
tentera mereka yang terkuat dan teramai dalam sejarah Eropah. Jumlah tentera

yang sebegitu besar ini belum pernah disaksikan oleh dunia. Malah gerakan tentera
ini menyebabkan debu yang berterbangan ke udara menutup cahaya matahari di
kota Rhone.

Apabila kedua-dua pihak berhadapan antara satu sama lain mereka kelihatan
ibarat gunung bertemu gunung. Akhirnya berlakulah
satu peperangan sengit
yang tiada tandingannya dalam sejarah manusia.

Di medan inilah, Al Samah gugur. Lantas Al Ghafiqi mengetuai pengunduran tentera


Islam dan mereka berjaya kembali ke Bumi Andalus. Inilah kekalahan pertama dan
terbesar umat Islam semenjak mereka menjejakkan kaki di bumi Eropah.

Berita kekalahan sampai kepada Khalifah di Bumi Damsyik. Al Ghafiqi dilantik oleh
Khalifah sebagai pentadbir seluruh bumi Andalus dan jajahan-jajahan Perancis yang
ditakhluknya. Khalifah kemudiannya memberi kebenaran kepada Abdul
Rahman untuk bertindak menurut kehendaknya. Kebenaran sebegini tidak
memeranjatkan kerana al-Ghafiqi adalah seorang yang tegas, bertakwa dan
bijak.

Semenjak dilantik mentadbir bumi Andalus Abdul Rahman berusaha keras untuk
mengembalikan keyakinan diri para tentera Islam dan menyemai jiwa mereka
supaya sentiasa merasa bangga, berkemampuan dan yakin. Di samping itu,
beliau juga berusaha untuk mencapai matlamat agung yang dicita-citakan oleh
para panglima agung Islam di Andalus semenjak zaman Musa bin Nusair1
hinggalah ke zaman al-Samah bin Malik al-Khaulaani. Kesemua para pahlawan
agung ini bercita-cita besar untuk mara ke Perancis kemudian ke Itali dan Jerman
sebagai langkah awal untuk menakluk bumi Konstantinopal. Seterusnya menjadikan
Laut Mediteranean ibarat sebuah Lasik dalam sebuah negara Islam dan diberi nama
Laut Sham bagi menggantikan nama lamanya Laut Rom.

Namun demikian, Abdul Rahman al-Ghafiqi amat yakin persiapan untuk


menghadapi peperangan yang agung bermula dengan pemurnian jiwa. Beliau amat
yakin tiada satu bangsa pun yang dapat merealisasikan impian mereka jika
benteng mereka sendiri rapuh dan diancam dari dalam. Oleh kerana itu, beliau
menjelajah ke seluruh bumi Andalus dari satu bandar ke satu bandar, mengarahkan
pengiringnya supaya mengisytiharkan:

Sesiapa sahaja yang dizalimi oleh mana-mana pemerintah atau hakim atau oleh
sesiapa sahaja, hendaklah membuat aduan kepada gabenor. Dalam usahanya ini,
beliau tidak membezakan antara orang Islam dan ahli zimmi.

Beliau seterusnya meneliti setiap aduan satu persatu dan mengembalikan hak yang
dirampas kepada orang yang lemah tanpa memihak kepada mereka yang
berkuasa. Beliau kemudiannya menghukum orang yang zalim bagi pihak mereka
yang dizalimi.

Masalah gereja-gereja yang telah dirampas dan yang baru dibina juga diteliti.
Gereja- gereja ini dikembalikan semula kepada pemiliknya menurut perjanjian yang
sah manakala gereja-gereja yang ada kaitan dengan rasuah akan dimusnahkan.

Setelah itu beliau meninjau pula setiap pegawainya seorang demi seorang. Manamana pegawai yang didapati tidak amanah dan menyeleweng akan dipecat dan
tempatnya digantikan dengan pegawai yang diyakini kebijaksanaan dan
kelayakannya.

Setiap kali beliau mengunjungi sesebuah kawasan, beliau mengajak orang


ramai mendirikan sembahyang berjemaah. Beliau kemudiannya menyampaikan
ucapan. Dalam ucapan ini beliau menaikkan semangat jihad dan merangsang
mereka untuk mati syahid. Beliau turut mengajak mereka supaya sentiasa mencari
keredaan dan ganjaran Allah. Abdul Rahman benar-benar mengotakan segala
kata-katanya dan merealisasikan segala impiannya. Semenjak awal
pemerintahannya lagi, beliau sudah bersiap siaga dan memperlengkapkan segala
keperluan perang. Dia memperbaiki semua benteng pertahanan dan membina kotakota.

Abdul Rahman juga turut membina jambatan dan empangan. Empangan dan
jambatan yang paling besar pernah dibina olehnya ialah Empangan Qurtuba di ibu
negara Andalus. Empangan ini dibina di sungai Qurtuba bagi memudahkan
orang ramai dan tentera menyeberanginya. Di samping itu, empangan juga dibina
bagi memelihara negara dan rakyat daripada ancaman banjir. Empangan ini
dianggap sebagai salah sebuah binaan ajaib di dunia. Panjang empangan ini ialah
800 depa, tingginya 60 depa dan lebarnya 19 depa. Empangan ini masih wujud dan

digunakan oleh penduduk Sepanyol hingga ke hari ini.

Abdul Rahman al-Ghafiqi biasanya akan membuat perjumpaaan dengan semua


panglima tentera dan pemimpin masyarakat di setiap kawasan yang dikunjunginya.
Beliau memberi sepenuh tumpuan kepada setiap apa yang mereka katakan. Beliau
menulis setiap cadangan dan mencatatkan setiap nasihat. Dalam perjumpaan
tersebut beliau mengambil sikap lebih banyak mendengar daripada bercakap.
Selain bertemu dengan tokoh-tokoh umat Islam beliau turut membuat pertemuan
dengan tokoh-tokoh ahli zimmi. Kebanyakan soalannya berkisar tentang
keadaan negeri yang di luar pengetahuannya. Termasuklah berkenaan
pemerintah dan ketua tentera yang sentiasa menjadi tumpuannya.

Suatu hari, beliau menjemput seorang tokoh ahli zimmi yang merupakan penduduk
asal Perancis. Perbualan mereka menyentuh banyak aspek. Beliau kemudiannya
menimbulkan satu persoalan: Mengapa raja kamu, Charles Martel tidak cuba
menyerang kami atau tidak cuba membantu pemerintah-pemerintah wilayah untuk
menyerang kami?!

Dengan tenang ahli zimmi itu menjawab: Wahai gabenor, oleh kerana engkau telah
tunaikan segala janjimu kepada kami, kini menjadi tanggungjawab saya pula
untuk memberikan jawapan yang jujur kepada soalan engkau itu. Pemimpin kamu,
Musa bin Nusair telah mengukuhkan cengkamannya di Sepanyol, kemudian dia
mula mengalihkan tumpuan untuk menakluk Pergunungan Pyrennes yang
memisahkan antara Andalus dan negeri kami yang indah.

Ahli zimmi menyambung: Apabila mengetahui hasrat tersebut, pemerintah wilayah


dan paderi mengadu kepada raja kami: Tuanku, telah sekian lama kami dan anak
cucu kami menanggung kesedihan?! Semenjak sekian lama kami dengar mengenai
umat Islam. Kami bimbang mereka akan menyerang kami dari arah timur tetapi kini
mereka mara ke arah kami dari arah barat. Mereka telah menakluk seluruh
Sepanyol dan memiliki seluruh kelengkapan yang ada di sana. Selepas itu mereka
berjaya pula menakluk gunung yang memisahkan kami dengan mereka. Sedangkan
bilangan mereka kecil dan senjata mereka sedikit. Kebanyakan mereka tidak
mempunyai perisai untuk mempertahankan diri daripada hayunan pedang.
Mereka juga tidak mempunyai kuda untuk digunakan di medan perang.

Raja mereka melepaskan pandangannya jauh-jauh lalu berkata: Saya telah

teliti sedalam-dalamnya masalah yang kamu fikirkan itu dan saya telah berfikir
panjang. Saya berpendapat kita tidak boleh menyekat serangan mereka kali ini.
Mereka kini ibarat air bah yang menelan apa sahaja yang menghalang arusnya.
Malah arus ini akan menghanyutkan segala-galanya.

Saya melihat mereka ini adalah manusia yang mempunyai pegangan


dan keikhlasan. Dengan dua perkara ini mereka tidak memerlukan jumlah yang
ramai atau senjata yang cukup. Mereka mempunyai keyakinan dan kejujuran yang
sudah cukup untuk menggantikan perisai dan kuda. Kita akan tunggu hingga
mereka mula mengaut kekayaan. Apabila mereka mula memiliki rumah dan istana.
Apabila mereka mula bersaing memiliki amah dan khadam. Apabila mereka mula
berlumba untuk berebut kuasa. Ketika itu kita akan berjaya kalahkan mereka
dengan cara yang amat yang sangat mudah tanpa perlu bersusah payah.

Abdul Rahman al-Ghafiqi tertunduk hiba mendengar kata-kata itu. Dia mengeluh
panjang lalu bangun: Marilah kita sembahyang kerana waktu sudah hampir tiba.

Selama dua tahun Abdul Rahman al-Ghafiqi membuat persiapan untuk melancarkan
serangan besar-besaran. Beliau membentuk pasukan-pasukan tentera dan
melatih para tentera. Beliau juga berusaha menaikkan semangat dan
menghidupkan hati para tentera. Beliau turut memohon bantuan daripada
gebenor di Afrika yang kemudiannya telah menghantar bantuan tentera yang
terdiri daripada mereka yang cintakan jihad dan bercita-cita besar untuk mati
syahid. Setelah itu beliau menghantar utusan kepada Uthman bin Abu Nusah,
pemerintah di barisan hadapan tentera Islam supaya melancarkan serangan secara
berterusan ke atas musuh sementara menunggu kedatangannya bersama angkatan
tenteranya.

Malangnya, Uthman bukanlah seorang yang berjiwa tinggi. Apabila dia melakukan
suatu perkara yang hebat dia akan mencanangkannya ke seluruh manusia dan
menyembunyikan jasa yang dimainkan oleh orang lain. Tambahan pula, dalam salah
satu peperangan yang dimenanginya menentang Perancis, dia telah berjaya
menawan anak perempuan Duke Aquitania yang bernama Minin. Seorang gadis
yang jelita dan berasal daripada keluarga diraja yang dihormati. Kejelitaan gadis ini
memikat hati Uthman hingga seluruh hatinya terpaut pada gadis ini. Gadis ini
mendapat layanan istimewa lebih daripada seorang isteri.

Gadis ini berjaya mempengaruhi Uthman supaya berdamai dengan bapanya


dan membuat perjanjian yang menjamin bahawa wilayahnya yang terletak
bersempadan dengan Andalus akan selamat daripada sebarang serangan tentera
Islam. Apabila arahan Abdul Rahman al-Ghafiqi supaya dia melancarkan serangan
ke atas wilayah bapa mertuanya, Duke Aquitania sampai ke tangannya, dia
terduduk. Gelisah tidak tahu apa yang patut dilakukannya.

Namun dengan segera dia mengutus surat kepada al-Ghafiqi meminta supaya
beliau menarik semula arahannya. Katanya beliau tidak dapat melanggar
perjanjian yang ditandatanganinya dengan Duke Aquitania sebelum tamat
tempohnya. Alasan Uthman ini menimbulkan kemarahan Abdul Rahman al-Ghafiqi.
Beliau membalas:

Sebarang perjanjian yang ditandatangani dengan Frank tanpa pengetahuan


gabenor adalah tidak diterima pakai dan tidak terpakai pada tentera Islam. Engkau
perlu laksanakan segala arahan saya tanpa berlengah-lengah atau bertangguh.
Setelah gagal memujuk gabenor membatalkan hasratnya Uthman bin Abu Nusah
menghantar utusan kepada bapa mertuanya memberitahu perkara yang
berlaku. Uthman meminta bapa mertuanya supaya bersiap sedia. Walau
bagaimanapun, pengintip Abdul Rahman al-Ghafiqi telah mengintip setiap gerakan
Uthman bin Abu Nusah. Hubungan Uthman dengan musuh ini telah disampaikan
kepada gabenor.

Al-Ghafiqi mengambil langkah segera dengan membentuk sebuah pasukan


khas terdiri daripada tentera yang gagah perkasa. Pasukan ini diketuai oleh
seorang yang berpengalaman lama dalam jihad. Al-Ghafiqi mengarahkan
mereka supaya menangkap Uthman bin Abu Nusah, hidup atau mati. Pasukan ini
kemudiannya menyelinap masuk ke markas tentera Uthman bin Abu Nusah dan
hampir berjaya menangkapnya. Walau bagaimanapun, Uthman menyedari
serangan tersebut dan berjaya melarikan diri. Dia melarikan diri ke kawasan gunung
dengan diiringi oleh para pengikutnya bersama-sama isteri jelitanya, Minin
yang tidak pernah berpisah dengannya dan sentiasa di sampingnya.

Pasukan yang dihantar oleh al-Ghafiqi tadi terus mengejar dan akhirnya
berjaya mengepung Uthman. Uthman berjuang bermati-matian mempertahankan
diri dan isterinya hingga akhirnya dia gugur ke bumi. Terbujur kaku dengan
kecederaan yang tidak terhingga. Pasukan tentera ini memenggal kepalanya dan
kemudian menghantarnya berserta isterinya kepada Abdul Rahman al-Ghafiqi.

Isteri Uthman dihadapkan ke hadapan Abdul Rahman. Sebaik sahaja melihat


kejelitaan wanita ini, beliau memejamkan mata dan mengalihkan
mukanya.mKemudian beliau menghantar wanita ini sebagai hadiah kepada
istana khalifah. Wanita Perancis ini terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di istana
khalifah Umayyah di Damsyik. aA

Berita yang menyayat hati tentang menantunya, Uthman bin Abu Nusah akhirnya
sampai ke pengetahuan Duke Aquitania. Lebih menyayatkan hatinya ialah berita
tentang nasib anaknya, Minin. Dia memahami kini gendang perang telahpun dipalu.
Dia turut yakin Singa Islam, Abdul Rahman al-Ghafiqi akan menyerang negerinya
pada bila-bila masa.

Oleh itu, dia membuat persiapan untuk mempertahankan habis-habisan setiap inci
buminya. Dia bersedia untuk mengorbankan jiwa dan segala harta yang
dimilikinya. Dia tidak mahu diheret ke istana Khalifah seperti yang berlaku kepada
anaknya. Dia tidak manu kepalanya menjadi bahan tontonan di seluruh
Damsyik seperti yang berlaku kepada Luzarique, raja Sepanyol sebelum ini.
Ternyata sangkaan Duke tidak dihampakan oleh Abdul Rahman al-Ghafiqi. Bersamasama angkatan tenteranya, Abdul Rahman al-Ghafiqi mara dari arah Utara Andalus
ibarat angin taufan yang melanda. Ibarat bah yang besar melanda Selatan Perancis
melalui puncak Pyrennes.

Angkatan tenteranya berjumlah 100 ribu orang mujahid. Semuanya mara dengan
berbekalkan semangat waja dan tekad yang tinggi menggunung. Matlamat mereka
kini ialah Kota Arles yang terletak di tebing Sungai Rhone. Kota ini ada perhitungan
tersendiri dengan tentera Islam. Kota Arles suatu ketika dahulu pernah memeterai
perjanjian dengan umat Islam apabila mereka bersetuju untuk membayar jizyah.

Ketika al-Samah bin Malik al-Khaulaani gugur syahid di medan Toulouse hingga
menyebabkan tentera Islam tersungkur kalah, penduduk Arles mengkhianati
perjanjian dan enggan membayar jizyah. Ketika Abdul Rahman al-Ghafiqi tiba di
pingir kota, beliau mendapati Eudes, Duke Aquitania telahpun membuat persiapan
rapi untuk mempertahankan kota ini. Eudes telah mengumpulkan tenteratenteranya di sekeliling kota dan bersiap sedia untuk menyekat kemaraan
tentera Islam.

Tidak berapa lama kemudian, pertembungan dua pihak pun bermula.

Berlakulah pertempuran yang hebat. Abdul Rahman al-Ghafiqi melancarkan


serangan daripada pasukan- pasukan tentera yang berani mati, malah
kecintaan mereka kepada mati lebih daripada kecintaan musuh kepada hidup.
Akhirnya mereka berjaya memporak-perandakan kekuatan musuh dan
menggugatkan pertahanan mereka. Seluruh kota kini terlibat dalam pertempuran
ini. Musuh berjaya ditundukkan dan ramai yang terkorban. Harta perang yang
diperolehi tidak terhitung banyaknya.

Duke Eudes pula berjaya melarikan diri bersama tentera-tenteranya yang masih
hidup. Mereka segera mengumpulkan semula kekuatan untuk bertemu semula
dengan tentera Islam. Bagi Eudes, peperangan di Arles adalah suatu permulaan
bukan suatu kesudahan.

Selepas beroleh kemenangan di Arles, Abdul Rahman al-Ghafiqi bersama angkatan


tenteranya menyeberangi Sungai Garonnes dan mara menjelajah ke seluruh
kawasan Aquitania. Seluruh perkampungan dan kota yang dilalui jatuh satu persatu
ke tangan mereka ibarat daun kering yang gugur ke bumi ditiup angin di musim
luruh. Harta perolehan perang yang diperolehi oleh tentera Islam semakin
bertimbun. Mereka sendiri tidak pernah melihat atau mendengar harta yang
sebanyak ini.

Duke Eudes bertekad untuk menyekat kemaraan tentera ini sekali lagi. Jadi
berlakulah pertempuran yang amat sengit antara kedua-dua belah pihak. Namun
akhirnya tentera Islam berjaya memberikan kekalahan perit kepada musuh. Tentera
Islam berjaya memusnahkan dan memporak-perandakan kekuatan musuh. Akhirnya
ramai musuh yang berjaya dibunuh atau ditawan atau melarikan diri.

Tentera Islam kemudiannya mara ke Kota Bordeaux, bandar terbesar di Perancis


ketika itu dan ibu kota bagi Aquitania. Berlaku pertempuran yang tidak kurang
sengitnya dengan peperangan sebelum ini. Pihak yang menyerang dan
bertahan masing-masing menunjukkan kehebatan masing-masing yang sungguh
mengkagumkan. Namun akhirnya nasib kota besar ini sama seperti kota-kota lain,
jatuh juga ke tangan tentera Islam dan pemerintahnya turut terkorban bersamasama tenteranya.

Umat Islam sekali lagi memperolehi harta perolehan perang. Kali ini, jumlahnya jauh
lebih besar berbanding sebelum ini. Kejatuhan Kota Bordeaux ke tangan umat Islam

menjadi petanda kepada kejatuhan kota-kota lain yang sama besar dan sama
penting. Terutama kota Lyon, Besancon4 dan Sens. Kota Sens ini tidak sampai 100
batu dari kota Paris.

Seluruh Eropah gempar dengan kejatuhan separuh daripada Perancis Selatan


ke tangan Abdul Rahman al-Ghafiqi dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Rakyat
Perancis mula membuka mata melihat bahaya yang bakal dihadapi. Seruan
bergema di seluruh Perancis mengarahkan seluruh rakyatnya baik yang kuat
mahupun yang lemah supaya menyekat bahaya yang sedang mara dari timur ini.
Seluruh rakyat Perancis dikerah supaya menyekat kemaraan ini biarpun dengan
dada mereka sekalipun. Mereka dikerah supaya menggunakan tubuh mereka
sebagai benteng jika mereka tidak memiliki sebarang senjata. Akhirnya seluruh
Eropah menyahut seruan ini. Seluruh rakyat bersatu di bawah Charles Martel
dengan bersenjatakan kayu, batu, duri atau senjata.

Di ketika yang sama, tentera Islam telah sampai ke Kola Tours iaitu kota Perancis
yang paling padat penduduknya, paling kukuh dan paling bersejarah. Apa yang
lebih menarik ialah kota ini dianggap penting berbanding kota-kota lain kerana kota
ini memiliki gereja yang indah, besar dan memiliki bahan bersejarah serta suci.

Umat Islam melancarkan serangan bertalu-talu ke atas musuh dengan semangat


yang tinggi dan rela mengorbankan segala nyawa dan tenaga mereka untuk
memperoleh kemenangan. Akhirnya kota ini jatuh ke tangan umat Islam dan berita
kejatuhan ini sampai ke pengetahuan Charles Martel yang tidak mampu melakukan
apa-apa.

Pada akhir bulan Shaban tahun ke-104 H, Abdul Rahman al-Ghafiqi bersama
tenteranya yang gagah perkasa mara menuju ke Kota Poitiers. Di sinilah mereka
bertemu dengan angkatan tentera Eropah yang dipimpin oleh Charles Martel.
Berlakulah pertempuran sengit yang membuka lembaran baru bukan sahaja dalam
sejarah umat Islam atau Eropah malah sejarah manusia seluruhnya. Peperangan ini
dikenali sebagai peperangan Balat al- Shuhada.

Walaupun ketika itu, tentera Islam berada di kemuncak kemenangan yang


amat membanggakan. Namun bebanan yang ditanggung kini semakin berat akibat
harta perolehan perang yang mencurah-curah ibarat hujan, bertimbun di tangan
tentera Islam.

Abdul Rahman al-Ghafiqi melihat segala kejayaan melimpah ruah ini dengan penuh
kebimbangan dan takut. Abdul Rahman bimbang harta ini bakal menggugat
kekuatan umat Islam. Beliau bimbang harta ini akan mengganggu hati mereka
ketika bertemu musuh. Hati mereka mungkin berbelah bahagi jika sesuatu
keburukan menimpa mereka. Mereka mungkin melihat musuh dengan sebelah mata
sementara mata satu lagi sibuk melihat harta milik mereka.

Oleh itu, beliau berhasrat untuk mengarahkan tenteranya membuang sahaja segala
harta yang bertimbun ini tetapi beliau takut tindakan itu tidak dapat diterima oleh
mereka. Mereka mungkin tidak bersedia untuk menyerahkan segala kekayaan ini.
Jadi hanya satu sahaja pilihan yang terbaik iaitu mengumpulkan semua harta ini
dalam satu khemah khas. Khemah ini ditempatkan di bahagian belakang markas
sebelum sesuatu peperangan meletus.

Selama bebarapa hari, kedua-dua belah pihak angkatan ini saling berhadapan
dengan penuh tenang. Dalam diam-diam, masing-masing memerhati antara satu
sama lain ibarat dua banjaran saling berhadapan. Masing-masing merasa dengan
kekuatan lawan dan mengambil pelbagai perhitungan sebelum memulakan
serangan.

Keadaan ini berlangsung beberapa lama. Akhirnya melihat kepada semangat


tenteranya yang berkobar-kobar untuk mara, Abdul Rahman al-Ghafiqi mengambil
keputusan untuk memulakan dahulu serangan dengan bergantung sepenuhnya
kepada kelebihan yang dimiliki oleh tenteranya dan keyakinannya bahawa
kemenangan akan memihak kepadanya. Abdul Rahman al-Ghafiqi bersama tentera
berkudanya lancarkan serangan ke barisan musuh ibarat singa yang mengganas.
Perancis pula membalas serangan ini dengan semangat yang ibarat gunung.

Hari pertama dalam peperangan ini tidak memihak kepada mana-mana pihak.
Hanya kegelapan malam sahaja yang mampu menghentikan peperangan hari itu.
Hari berikutnya, peperangan kembali meletus. Umat Tslam melancarkan
serangan hebat ke atas tentera Eropah. Namun mereka masih gagal untuk
mencapai matlamat mereka.

Peperangan kini berlanjutan selama tujuh hari dan masa terasa bergerak

terlalu lambat. Pada hari kelapan, umat Islam melancarkan serangan besar-besaran
ke atas musuh. Mereka berjaya membuka ruang yang besar di pihak musuh,
seolah-olah mereka dapat melihat kemenangan melalui ruang ini ibarat cahaya
mentari yang mencelah kegelapan subuh.

Namun dalam masa yang sama, sekumpulan pasukan musuh telah


melancarkan serangan hendap ke atas khemah harta perolehan perang milik
tentera Islam. Apabila melihat harta mereka diserang dan hampir jatuh ke tangan
musuh, kebanyakan tentera Islam mula berundur ke belakang untuk
menyelamatkan harta masing-masing. Tindakan ini menyebabkan barisan serangan
mereka porak-peranda dan kekuatan mereka mula goyah.

Panglima agung tentera ini, kini terpaksa bertindak pantas untuk


mengerahkan kembali tentera yang berundur ini sambil terpaksa menahan
serangan musuh dan menutup ruang yang terbuka. Dalam keadaan ini, pahlawan
Islam yang agung, Abdul Rahman al- Ghafiqi terpaksa memacu kudanya ke hadapan
dan belakang. Ketika itulah beliau terkena panahan musuh yang menyebabkannya
rebah ke bumi ibarat helang yang gugur dari puncak gunung. Rebah syahid di
medan peperangan. Apabila melihat malapetaka ini, umat Islam mula diserang rasa
takut dan goyah. Ditambah pula dengan serangan hebat oleh musuh. Kegelapan
malam sahaja yang mampu menyelamatkan mereka.

Menjelang pagi, Charles Martel mendapati seluruh tentera Islam telahpun berundur
daripada Poitiers. Walau bagaimanapun, Charles tidak berani untuk mengejar
mereka. Sedangkan, jika dia mengejar, dia boleh memusnahkan mereka. Charles
sebenarnya takut pengunduran ini hanyalah sebahagian daripada taktik perang
yang terancang. Jadi, Charles mengambil keputusan untuk kekal sahaja dan berpuas
hati dengan kemenangan besar yang telah diperolehinya.

Peperangan Balat al-Shuhada ini merupakan hari penting dalam sejarah. Pada hari
tersebut, umat Islam gagal mencapai impian besar yang dicitakan selama ini. Malah
mereka kehilangan seorang pahlawan agung. Tragedi Uhud berulang kembali. Inilah
sunnah Allah di alam semesta ini dan sunnah ini tidak mungkin dapat diubah.

Berita kekalahan di Balat al-Shuhada ini amat menyayat hati umat Islam di setiap
tempat. Tragedi yang menimpa mereka ini amat menggemparkan mereka. Seluruh
kota, kampung dan setiap rumah berkabung kesedihan menerima berita ini. Malah

luka yang amat pedih ini masih terasa hingga kini. Luka ini tidak akan sembuh
selamanya.

Sebenarnya, luka yang begitu mendalam ini bukan sahaja menggores hati umat
Islam. Malah luka ini turut dikongsi bersamah para cendekiawan Eropah. Bagi
mereka, kemenangan datuk nenek moyang mereka mengalahkan umat Islam di
Poitiers merupakan satu bencana yang merugikan seluruh bangsa manusia. Suatu
kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Eropah. Suatu bencana yang
memalapkan suatu tamadun.

Jika anda ingin melihat pandangan mereka mengenai malapetaka di Balat alShuhada ini, silalah dengar apa yang dikatakan akan oleh Henry De Shamboone,
pengarah majalah Rivi Barlmintier berbahasa Perancis. Dia pernah menyebut:

Jika Charles Martel tidak mencapai kemenangan ke atas umat Islam, sudah tentu
negara kita tidak terjerumus ke dalam zaman kegelapan di kurun pertengahan. Jika
Charles tidak menang, sudah tentu kita tidak akan merasai kedahsyatan zaman itu.
Sudah tentu tidak akan berlaku peperangan saudara yang disebabkan oleh fanatik
agama kemazhaban. Benar, jika tidak kerana kemenangan barbarian ke atas umat
Islam di Poitiers itu, sudah tentu Sepanyol masih menikmati keadilan Islam. Sudah
tentu Sepanyol akan selamat daripada Mahkamah Taftish1. Sudah tentu perjalanan
tamadun manusia tidak akan terbantut selama lapan kurun. Walau apa sekalipun
perasaan kita terhadap kemenangan ini, kita sebenarnya masih terhutang budi
kepada umat Islam yang telah banyak berjasa kepada tamadun ilmu, teknologi dan
industri kita. Kita perlu mengakui bahawa mereka adalah contoh manusia yang
unggul. Dalam masa yang sama kita adalah contoh manusia barbarian. Apa yang
kita dakwa hari ini bahawa zaman telah kembali berulang adalah suatu
pembohongan. Termasuklah juga dakwaan kita bahawa umat Islam di zaman ini
sama seperti keadaan kita di zaman pertengahan.

Maraji Dr. Abdul Rahman Rafat al-Basha, 37 Kisah Kehidupan Tabiin, Pustaka
Salam

Anda mungkin juga menyukai