Anda di halaman 1dari 2

KATA ALU-ALUAN PENGARAH PELAJARAN TERENGGANU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tahniah kepada anak-anak pelajar generasi berilmu kerana berupaya


berkolaborasi
sebagai satu pasukan dalam menghasilkan majalah
SULAIMANIANS yang mencerminkan wajah sekolah ini buat tatapan semua.
Kesempurnaan dalam semua aspek perlu dititikberatkan kerana majalah ini
akan menjadi medium rujukan terhadap segala perkembangan yang berlaku
serta peristiwa suka duka yang terlakar di bumi SMK Sultan Sulaiman.
Dunia pendidikan pada alaf ini semakin kompleks dan bersifat global. Malah
ilmu menjadi prasyarat kepada pembentukan mana-mana tamadun yang
pernah terbina di dunia. Menyedari hakikat pentingnya ilmu pengetahuan
sebagai penyuluh yang menerangi kegelapan, maka kerajaan telah
menjadikan pendidikan sebagai salah satu daripada Enam Bidang
Keberhasilan Negara (NKRA) bertujuan untuk memastikan anak-anak bangsa
mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Generasi
muda
negara
kita
pada
hari
ini
perlu
berilmu,
berfikiran
kreatif,berinovatif,bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada
antara bangsa yang penuh dengan cabaran.
Sekolah merupakan tapak semaian dalam menghasilkan modal insan
cemerlang dan berketrampilan. Dalam usaha untuk menterjemahkan hasrat
dan objektif pendidikan, setiap pendidik tidak dapat lari daripada
menghadapi pelbagai kemelut dan cabaran dalam dunia pendidikan.Justeru,
para pendidik menggariskan sasaran khusus yang dapat diukur melalui
Indeks Prestasi Utama (KPI). Saya percaya para pendidik telah pun bangkit
dengan memperkemas segala prosedur, sumber dan tenaga dalam
organisasi bagi mencapai sasaran KPI dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Akhir kata, semoga usaha murni semua pihak dapat merealisasikan hasrat
meningkatkan mutu pendidikan negara.

Sekian, terima kasih.

KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia-Nya diberi
ruang dan kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata
dalam ruangan ini. Syabas dan tahniah juga saya rakamkan kepada semua
pihak yang telah menunjukkan komitmen yang jitu bagi menjayakan
penerbitan majalah SULAIMANIANS edisi ke- 15 pada tahun 2011.
Penerbitan majalah sekolah merupakan aktiviti yang diusahakan oleh pelajar
dengan
bimbingan
daripada
guru-guru
dengan
tujuan
untuk
mendokumentasikan seluruh kegiatan sekolah sepanjang tahun. Majalah
sekolah merupakan satu dokumen yang berharga pada masa mendatang
untuk melihat dan mengungkap kembali kemajuan-kemajuan serta
perkembangan yang telah dicapai oleh sekolah.
Integrasi ilmu yang bertunjangkan keagamaan dan keperluan hakiki semasa
perlu diperkasa dan diperkukuh bagi menjamin jati diri pelajar terus unggul
bagi menghadapi arus globalisasi perdana yang kian mencabar. Bagi
manjayakan matlamat tersebut, semua pihak perlu bekerjasama sebagai
satu pasukan bagi merealisasikan visi dan misi kecemerlangan dan
keterbilangan.
Saya percaya kejayaan sekolah ini bukan hanya bergantung kepada pihak
tertentu sahaja sebaliknya kerjasama semua pihak amat penting bagi
merealisasikan impian dan harapan menjadikan sekolah ini cemerlang dan
berupaya melahirkan pelajar yang berdaya saing.
Akhir kata, saya mendoakan SMK Sultan Sulaiman agar terus berjaya dalam
semua lapangan dan mampu meletakkan diri gah di persada pendidikan
negara.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai