Anda di halaman 1dari 2

Lembaga Tabung Haji(LUTH)

Latar Belakang
Lembaga Tabung Haji merupakan satu Lembaga yang ditubuhkan di bawah Akta 8,
LUTH 1967 dan Akta 168 LUTH (Pindaan 1973). (Hj.Ahmad, 1997) Dalam tahun 1969,
perbadanan tersebut mencantum dengan Pejabat Urusan Hal Ehwa haji di Pulau Pinang dan
dengan itu wujudnya Tabung Haji.
Visi dan Misi Lembaga Tabung Haji adalah berkaitan dengan ekonomi. Visinya ialah
Lembaga Tabung Haji merupakan tonggak kejayaan ekonomi ummah. Manakala, Misinya
ialah pencapaian visinya.
Yayasan Tabung Haji juga diwujudkan untuk menjalankan kegiatan tanggungjawab
sosial korporat dengan menawarkan biasiswa kepada orang miskin atau menbantu semasa
bencana alam.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah merangkumi YB.Datuk Seri Panglima Abdul
Azeez Abdul Rahim , YBhg. Dato Johan Abdullah dan sebagainya.
Tujuan Lembaga Tabung Haji ditubuhkan untuk membolehkan orang Islam
menyimpan wang bagi memenuhi keperluan iman dan perkara-perkara yang berfaedah.
Terpenting sekali, Tabung Haji dapat mejanakan ekonomi tamadun Islam dengan wang
simpanan tersebut melalui perusahaan, perdagangan, perladangan hartanah dan sebagainya.
Selain itu, sebahagian tujuannya adalah untuk kesejahteraan ekonomi warga emas. Menurut
kajian, sebahagian besar daripada tabungan merangkumi tabungan di Tabung Haji.

Statistik

Gambar di atas menunjukkan Statistik Prestasi Kewangan untuk Tabung Haji dari
tahun 2011 hingga 2015 telah menyampaikan peningkatan dari aspek pendapatan dan
keuntungan operasi bersih. Pada tahun 2011, pendapatan Tabung Haji merupakan RM 1,689,
2012, RM 2,146, 2013, RM2,634 ,2014, RM2,979 hingga 2015, RM3,536. (Tabung Haji,
2016)

Peningkatan tersebut menyampaikan mesej bahawa simpanan wang yang sekian

banyak menunjukkan kebangkitan ekonomi. Selain itu, kebangkitan ekonomi dapat


membangunkan tamadun islam dengan tujuannya atau visi dan misinya.
Di samping itu, pembayaran zakat dalam simpanan tabung haji juga dipertingkatkan
dari tahun 2011, RM44 Juta hingga RM59 Juta pada tahun 2015. Zakat merupakan satu
kewajipan orang Islam untuk membawa berkat dan memberi kesan terutamanya kepada
ekonomi. Jadi, sebagai contohnya, peningkatan zakat dapat membina kekuatan ekonomi,
keupayaan untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang antara orang kaya dan
orang miskin.
1) Hj.Ahmad Fauzi Hj.Moral. (1997). Tamadun Islam. Serdang:Penerbit
Universiti; Putra Malaysia.
2) _____(2016). Tabung Haji, dipetik pada 31 Oktober 2016, dari
www.tabunghaji.gov.my.

Anda mungkin juga menyukai