Anda di halaman 1dari 5

7 Jenis Mata Yang Dicintai Allah

Mata adalah anugerah yang tidak


ternilai dengan wang ringgit. Dengan
mata juga dapat kita melihat dan
menyukuri nikmat yang diberikan
olehNya kepada kita. Tetapi sejauh
manakah rasa syukur kita dalam
menghargai mata yang diberikan ini.
Sebagaimana yang telah kita sedia
maklum apakah 2 jenis mata yang tidak
disentuh api neraka iaitu mata yang
takutkan neraka Allah swt dan mata
yang berjaga malam semata-mata
mengharapkan keredhaan Allah swt.
Sekarang mari pula kita lihat 7 mata
yang bagaimanakah agar kita lebih
dicintai Allah :
1- Mata mereka yang sentiasa berusaha ke
arah melaksanakan perintah jihad pada jalan
Allah.
Mata mereka atau orang yang sentiasa
melaksanakan perintah jihad pada jalan Allah.
2- Mata yang menitis air matanya kerana
takutkan kebesaran Allah
Mata yang menitis air mata kerana takutkan

kebesaran Allah
3- Mata yang sentiasa bertahan atau
bersabar daripada memandang perkara yang
haram.
Bab menahan mata daripada memandang perkara
yang haram seperti memandang aurat wanita yang
mahram. Perkara ini agar sukar untuk kita amalkan
atau kita praktikkan dalam dunia IT global ini,
tetapi jika kita mempunyai hati yang tekad dan
kuat cuba menjaga pandangan mata itu adalah
yang terbaik.
4- Mata yang memerhati kejadian Allah
Banyakkan memerhati dan merenungkan akan
ciptaa Allah ini untuk menginsafi diri. Lihatlah
kejadian langit. Tidakkah kita terfikir bergitu unik
dan takjub dengan ciptaan Allah ini. Cuba kita cari
atau berfikir sejenak. Dimanakah letaknya "tiang
langit". Dapatkah kita sebagai manusia biasa ini
menciptakan rumah yang tidak bertiang. Tentu
mustahil kan!.
Maka mata yang digunakan untuk tujuan
memerhati kejadian seperti inilah yang sangatsangat disukai oleh Allah. Tidaklah perlu
mempunyai sepasang mata yang cantik, tetapi apa
yang penting adalah cara kita mensyukuri
anugerah mata ini dan menggunakan nikmat mata
ini dengan sebaik-baiknya.

5- Mata yang memandang kitab Allah iaitu alQuran (membaca,mengambil pengajaran dan
mengamal dalam kehidupan)
Untuk dapat mata jenis ini agar lebih dicintai Allah
pula, kita hendaklah memperbanyakkan membaca
al-Quran seharian. Membaca al-Quran ini
pula,bukanlah sekadar membaca al-Quran tetapi
apa yang penting adalah kita harus dan mesti cuba
untuk mengambil pengajaran apa yang terkandung
dalam al-Quran dan cuba untuk mengamalkan pula
dalam kehidupan seharian.
Dalam untuk membaca al-Quran ini pula, kita
perlukan strategik agar kita sentiasa bermotivasi
dan sentiasa cuba untuk membaca dengan sebaik
mungkin dengan bertaranum serta menjaga tartiltartil bacaan seni al-Quran. Bacalah al-Quran ,
kerana al-Quran adalah bukti kekuasaan dan bukti
mukjizat Rasullulah saw yang masih ada sehingga
ke hari ini. Sayangilah al-Quran dan cium al-Quran
selepas habis baca al-Quran moga di sana nanti alQuran menjadi syafaat kepada para pembacanya.
Banyakkanlah membaca al-Quran tidak kira
dimana jua kita berada samada di dalam
bas,sekolah,di dalam kereta dan sebagainya.
Motivasi mselim3 untuk baca selalu al-Quran
adalah amalkan bacaan surah-surah tertentu dan
cuma hafalkan. Jika kita membaca surat khabar

atau majalah hiburan tidak pernah penat atau


bosan, tapi cuba baca al-Quran 2 minit saja dah
bosan. Ini adalah dugaanNya untuk kita melakukan
amalan yang baik. Amalan yang tidak baik itu
sentiasa sahaja seronok dan tidak pernah rasa
bosan atau jemu ini kerana hati kita telah
ditanamkan denganbenih syaitan agar membenci
amalan yang baik-baik dan suka kepada perkara
yang tidak berfaedah dan sia-sia.
Jadi bersedialah untuk berubah kearah kebaikan
moga kita menjadi insan yang dicintai oleh Allah
swt.
6- Mata yang memandang mereka yang
miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih
sayang.
Mata yang memandang orang miskin dengan
penuh kerahmatan dan kasih sayang bukan pula
kita memandang orang miskin dengan pandangan
yang hina dina. Siapalah kita untuk menghukum
seseorang manusia yang miskin itu hina atau
mulia.
Allah menciptakan kita sesama manusia itu adalah
sama apa yang membezakan seseorang hamba itu
dengan Allah adalah tidak lain hanyalah iman dan
takwa. Maka jika anda maupun mselim3
pandanglah orang miskin dengan pandangan kasih
dan ikhsan. Manalah tahu, suatu hari nanti nasib

kita seperti orang miskin itu siapa tahu, semua itu


tidak mustahil. Mungkin hari ini kita senang kaya
dan mewah tapi siapa tahu esok-esok nanti kita
akan miskin. Kekayaan itu bukanlah perkara yang
perlu dibangga-banggakan.
Tapi percayalah bahawa kekayaan itu adalah satu
amanah yang mesti kita pikul dan kita laksanakan
sebaik mungkin. Orang kaya lazimnya perlu
membayar cukai harta atau zakat wang simpanan
atau zakat perniagaan. Bukankah itu semua adalah
amanah. Apa yang nyata hidup ini adalah amanah
yang mesti tidak kita kena tunaikan kewajiban
atasnya. Apa yang penting kaya hati adalah lebih
baik daripada kaya harta. Untuk ingatan ini
kekadang mselim3 suka ambil ingatlah 5 perkara
sebelum datang 5 perkara untuk renungan bersama .
7- Mata yang berjaga malam di jalan Allah.
Mata ketegori ini adalah mereka yang rajin dalam
berjaga malam semata-mata mengharapkan
keredhaan Allah. Solat malam yang dipenuhi
dengan solat-solat sunat, seperti solat
tahajud,solat sunat tasbih,solat sunat mutlak dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai