Hypotension Release 2

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 12

Urutan Terapi Qun: Hypotension

URUTAN TEKANAN DARAH RENDAH


(HYPOTENSION)
Disediakan oleh Qun Hisham
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN......................................................................................................... 2
2. PENYAKIT SAMPINGAN ....................................................................................... 2
3. TANDA-TANDA GEJALA HYPOTENSION ........................................................ 3
4. SEBAB-SEBAB BP RENDAH TIMBUL PELBAGAI GEJALA ....................... 3
5. AMALAN KESIHATAN ........................................................................................... 4
6. KAEDAH ASAS URUTAN ..................................................................................... 5
7. TITIK HYPOTENSION ............................................................................................ 7
8. URUTAN BERDASARKAN DETIKAN NADI ................................................... 11
9. SENAMAN YOGA ................................................................................................. 12

Web: urutanqun.blogspot.com

FB: www.facebook.com/UrutanQun

Urutan Terapi Qun: Hypotension

1. PENGENALAN
Biasanya tekanan darah (BP) dianggap rendah (hypotension) apabila tekanan sistolik
90 mmHg atau lebih rendah dan tekanan diastolik 60 mmHg atau lebih rendah. Ia
menjadi berbahaya sekiranya menganggu pelbagai organ-organ seperti otak, jantung,
buah pinggang dan lain-lain.
Untuk mengesahkan anda adalah dikalangan penghidap hypotension, anda hendaklah
mendapatkan pemeriksaan doktor kerana mungkin terdapat salah anggapan jika anda
cuba menilai penyakit anda sendiri. Misalnya, individu yang menghidap masalah tiroid,
mungkin bacaan tekanan darah menjadi rendah. Jadi mungkin anda bukan penghidap
hypotension sebenar, anda haruslah menangani masalah tiriod anda terlebih dahulu.
Begitu juga masalah kesihatan lain dengan kesilapan pemberian ubat atau ubat yang
tidak sesuai mungkin menyebabkan gangguan kepada tekanan darah.
Tekanan darah rendah juga boleh berlaku sekiranya terdapat kehilangan darah (melalui
pendarahan luaran atau pendarahan dalaman)

2. PENYAKIT SAMPINGAN

Dalam banyak kes tertentu, tekanan darah rendah mungkin terdapat masalah atau
situasi lain dan diantaranya menyebabkan tekanan darah anda menjadi rendah, iaitu;.

Penyakit jantung

Masalah tiroid

Penyakit Addison

Kencing manis dan hipoglisemia

Dehidrasi

Alahan teruk

Jangkitan teruk

Anemia

Kehamilan

Web: urutanqun.blogspot.com

FB: www.facebook.com/UrutanQun

Urutan Terapi Qun: Hypotension


3. TANDA-TANDA GEJALA HYPOTENSION

Loya

Keletihan

Pening

Pengsan

Dahaga yang berlebihan

Debaran jantung berterusan

Penglihatan kabur, dsb.

4. SEBAB-SEBAB BP RENDAH TIMBUL PELBAGAI GEJALA


Mengapa berasa pening, kurang tumpuan dan kemurungan?
Hypotension boleh menyebabkan peredaran darah tidak mencukupi kepada sel-sel
otak, sehingga tidak dapat memberikan oksigen dan nutrien yang diperlukan untuk
memberi tenaga kepada sel-sel otak. Kekurangan tenaga ini menyebabkan pening,
kurang tumpuan dan menyebabkan kemurungan.

Mengapa menyebabkan keletihan?


Oleh kerana tekanan darah rendah, peredaran darah menjadi lebih rendah daripada
biasa dan dengan itu organ-organ badan tidak boleh boleh mendapatkan oksigen dan
nutrien yang mencukupi untuk tenaga bekerja, seterusnya mendatangkan keletihan.

Mengapa kabur penglihatan?


Mata menerima oksigen dan nutrien yang rendah, kerana peredaran darah tidak
mencukupi. Kekurangan nutrien akan menyebabkan kekurangan tenaga kepada mata
untuk melihat.

Mengapa ritma jantung tidak konsisten?


Otak menerima isyarat daripada organ-organ badan mengenai kekurangan tenaga,
kerana peredaran darah yang rendah. Otak memberi isyarat mengarahkan jantung
untuk mengepam lebih cepat untuk memenuhi peredaran darah diperlukan. Oleh itu,
menjadikan degupan jantung tidak teratur dan bergetar laju.

Web: urutanqun.blogspot.com

FB: www.facebook.com/UrutanQun

Urutan Terapi Qun: Hypotension


Mengapa anggota badan pucat sejuk?
Anggota badan pucat adalah disebabkan oleh peredaran darah yang rendah ke hujung
kaki. Badan perlu membakar nutrien untuk menjaga suhu badan. Peredaran darah yang
rendah mengurangkan bekalan nutrien ke hujung kaki. Dengan itu anggota badan
menjadi lebih sejuk kerana kekurangan nutrien untuk membakar.

5. AMALAN KESIHATAN
Secara umum, anda boleh meningkatkan tekanan darah anda ke arah tahap yang
normal atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan gejala akibat tekanan darah
rendah dengan cara berikut;

Mengambil garam lebih dalam diet pemakanan anda untuk meningkatkan


pengambilan sodium (sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu);

Minum lebih banyak air untuk menambah oksigen dan mengelakkan dehidrasi;

Menghadkan pengambilan alkohol dan kafein terutama pada waktu malam.

Pengambilan makanan herba seperti kunyit, kayu manis, halia, ginkgo dan
bawang putih.

Pengambilan makanan protein yang mencukupi seperti ayam.

Makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.

Bangun dari tidur atau bangun dari kerusi dengan perlahan-lahan;

Mengelak keluar rumah jika diluar panas melampau;

Menjadi seorang yang aktif secara fizikal

Senaman Yoga

Mendapatkan terapi urutan.

Web: urutanqun.blogspot.com

FB: www.facebook.com/UrutanQun

Urutan Terapi Qun: Hypotension


6. KAEDAH ASAS URUTAN
Paling asas teknik urutan terbahagi kepada tiga teknik mudah iaitu menekan tanpa
gerakan, menekan dengan gerakan dan urutan secara lurutan mengikut jaluran titik
ransangan atau meridian. Urutan boleh dilakukan dimana-mana dan bila-bila masa
tanpa had.
PERINGATAN! Wanita hamil tidak dibenarkan sama sekali diurut tanpa pengetahuan
atau kepakaran berkenaan Titik Meridian kerana diantaranya boleh membahayakan
ibu hamil dan kandungannya.

Teknik Menekan Tanpa Gerakan

Urutan Menekan
(Sumber gambar diambil dan diubahsuai dari halaman http://www.acucn.com dan http://exploreim.ucla.edu/)

Teknik menekan tanpa gerakan dilakukan dengan tempoh sekurang-kurangnya 1 minit


pada setiap titik ransangan. Dimulai dengan 20 saat pertama dengan tekanan perlahan
(kekuatan jari). Kemudian 20 saat berikutnya dengan tekanan lebih kuat (kekuatan
pergelangan tangan atau mengikut kemampuan pesakit). Diikuti dengan 20 saat
terakhir, hendaklah ditekan secara perlahan semula. Kemudian urutan diakhiri dengan
mengusap atau menggosok pada permukaan titik ransangan berkenaan. Sewaktu
menekan dilakukan, jari terapis pada titik berkenaan hendaklah tidak beralih atau
terangkat dari titik itu. Urutan boleh dilakukan berulang kali tetapi tidak digalakkan
melebihi 7x berturut-turut.

Web: urutanqun.blogspot.com

FB: www.facebook.com/UrutanQun

Urutan Terapi Qun: Hypotension


Sepanjang urutan hendaklah diiringi dengan senaman ritma pernafasan dalam
berulang-ulang. Ritma pernafasan dalam disini bermaksud, pesakit menarik nafas
perlahan dan mendalam (seolah-olah dialirkan ke bawah pusat), kemudian melepaskan
nafas secara halus dan perlahan-lahan. Pesakit perlulah memberi perhatian kepada
ritma pernafasan ketika urutan berlangsung.

Teknik Menekan Dengan Gerakan


Kaedahnya sama dengan teknik menekan sahaja, cuma dibezakan dengan iringan
gerakan menenyeh secara lembut. Namun sewaktu gerakan dilakukan, jari terapis pada
titik berkenaan tetap tidak beralih atau terangkat dari permukaan badan.

Teknik Urutan Secara Lurutan

Urutan Lurutan
(Sumber gambar diambil dan diubahsuai dari halaman http://www.acucn.com dan www.balancedbodies.com.au)

Manakala urutan secara lurutan hendaklah dilurut disepanjang jaluran titik ransangan
sekurang-kurangnya diulang sebanyak 3x. Bagaimanapun teknik lurutan kerap kali
digabungkan dengan tenik menekan. Arah lurutan tidak ditetapkan, boleh dilakukan
mengikut jaluran anak panah (ke arah hujung anggota tangan) seperti dalam
gambarajah atau juga sebaliknya (ke arah jantung) mengikut keselesaan pesakit.

Web: urutanqun.blogspot.com

FB: www.facebook.com/UrutanQun

Urutan Terapi Qun: Hypotension


7. TITIK HYPOTENSION
Tujuan urutan titik-titik meridian ini adalah untuk meningkatkan sistem imun badan dan
mengurangkan simptom-simpton yang berlaku disebabkan oleh tekanan darah rendah.
Jika pembaca mempunyai kemahiran mengurut, digalakkan mengurut seluruh badan
sebagai nilai tambah. Sepanjang tempoh urutan seluruh badan, titik-titik dibawah perlu
diberikan penumpuan lebih khusus. Namun sekiranya pembaca dikalangan pesakit
atau bukan mahir (urutan), cukup memadai dengan fokus pada titik dibawah sahaja.
Jika untuk mengurut diri sendiri, carilah titik yang boleh dicapai sahaja dan tidak semua
titik perlu diurut (mengikut keserasian).
GV20 Titik terletak ditengah kepala.
Bertujuan

untuk

mengurangkan

masalah perasaan beban, pening di


1

kepala ataupun susah bangun pagi.


Urut titik ini sebelum tidur.

GB12Titik kombinasi pada titik di


atas.

Terletak

tempurung

pada

lekukan

di

belakang

Menenangkan

emosi,

kepala

telinga.
2

CV17
kesejukan,

kemurungan

dan

meningkatkan sistem imun tubuh dan


mengawal kalenjar thymus.
3
CV12 Titik terletak pada 4 jari atas
pusat. Bertujuan untuk melancarkan
penghadaman

dan

melegakan

FB: www.facebook.com/UrutanQun

tekanan emosi

Web: urutanqun.blogspot.com

Urutan Terapi Qun: Hypotension


KD14 Titik ini terletak pada 3 jari
bawah pusat. Kemudian beranjak
sejarak

satu

jari

bersebelahan.

Bertujuan untuk menambah selera


makan.

CV6 Jarak 2 jari dari pusat


CV4 Jarak 3 ibu jari dari pusat.
CV6

Bertujuan untuk merawat masalah

CV4

pembuangan air kencing.

PC4 Kedudukan titik ini ialah berada


5 ibu jari dari pergelangan tangan.
Untuk mengurangkan rasa gementar
dan

masalah

kurang

darah.

PC4

menangani

LU9

LU9 Mengurangkan rasa marah

PC7

PC7 Mengawal haba dalam darah.


Telapak Tangan

Web: urutanqun.blogspot.com

FB: www.facebook.com/UrutanQun

Urutan Terapi Qun: Hypotension


SJ4 Di tengah pergelangan tangan
SJ4

untuk menangani gejala sejuk dan


meransang tenaga dalaman.

H9 Titik pada bucu kuku jari kelinking


7

H9

untuk membantu melegakan simptom


tekanan darah rendah.
Meramas-ramas setiap hujung jari
juga

digalakkan

untuk

mengawal

tekanan darah rendah ataupun tinggi.


ST36
Titik ini terletak pada 4 jari dari
bawah kepala lutut, dan 1 ibu jari dari
sisi tulang betis.
8

SP6 Titik ini terletak 4 jari dari tengah


(puncak) buku lali dan bersebelahan
tulang betis. Titik ini akan melegakan
gejala

sejuk,

ketahanan

badan,

merawat lemah tubuh dan haid tidak


9

teratur.
AMARAN: Titik ini adalah dilarang
untuk mengurut wanita hamil kerana
akan berlaku rangsangan yang boleh
menyebabkan kontraksi pramatang
dalam rahim.

Web: urutanqun.blogspot.com

FB: www.facebook.com/UrutanQun

Urutan Terapi Qun: Hypotension


KD3
KD6
KD3
KD6

10

SP3
Sia rujuk kepada Urutan Berdasarkan
Detikan Nadi (Jantung).

SP3
6

AMARAN: Bahagian di persekitaran


titik ini adalah sensitif dan sangat
berhati-hati kepada wanita hamil
kerana boleh menyebabkan kontraksi
pramatang dalam rahim.
LR3
Sia rujuk kepada Urutan Berdasarkan
Detikan Nadi (Jantung).

11

BL14
BL17
GV4
BL14

12

BL23
Mengawal haba dalam badan serta

BL17

mengurangkan keletihan dan lemah


badan.
Sia rujuk kepada Urutan Berdasarkan

BL23
GV4

Web: urutanqun.blogspot.com

Detikan Nadi (Jantung).

FB: www.facebook.com/UrutanQun

10

Urutan Terapi Qun: Hypotension


8. URUTAN BERDASARKAN DETIKAN NADI
GEJALA
TITIK MERIDIAN
HYPOTENSION DENGAN BACAAN JANTUNG RENDAH
Tubuh - Seram sejuk badan, air kencing yang banyak, mudah ST 36
SP 3
berpeluh.
KD 3
CV 4
Emosi - mudah bosan.
CV 6
Lidah - pucat dengan lapisan coat putih.
GV 4
UB 23
Nadi - lemah dan perlahan.
Tubuh - Keletihan, kurang selera makan, pening, muka ST 36
SP 6
pucat, suara lemah, najis mudah keluar (rasa longgar),
KD 3
berpeluh walaupun tidak melakukan senaman .
LU 9
Emosi kurang keinginan bercakap
Lidah - pucat
Nadi sangat lemah hampir tiada

HYPOTENSION DENGAN BACAAN JANTUNG TINGGI


Tubuh berasa haba di tangan, kaki dan dada. Berpeluh SP 6
KD 6
malam dan masalah Hot Flashes
CV 4
PC 7
Emosi Rasa bimbang
Lidah - merah dengan sedikit/tanpa apa-apa lapisan coat.
Nadi halus tetapi laju
Tubuh - Kekurangaan darah, pening, berdebar-debar, ST 36
SP 6
insomnia, kulit/rambut kering, daya ingatan yang lemah,
LR 3
pucat, mudah letih dan haid yang sedikit atau tempoh UB 17
pendek.
Lidah - pucat, nipis dan kering
Nadi halus dan tidak konsisten
* Lokasi titik-titik meridian di atas hendaklah merujuk kepada Bab 7: Titik
Hypotension.

Web: urutanqun.blogspot.com

FB: www.facebook.com/UrutanQun

11

Urutan Terapi Qun: Hypotension


9. SENAMAN YOGA
Senaman adalah aktiviti paling ideal untuk pesakit hypotension untuk dipraktiskan
secara harian. Sebelum memulakan senaman yoga, pesakit hendaklah warming-up
atau membuat senaman regangan yang ringan terlebih dahulu untuk melonggarkan
sendi dan otot.

Berikut adalah link yang menunjukkan bentuk senaman Yoga yang boleh dipraktiskan
untuk pesakit hypotension;

Ardha Matsyendrasana
https://youtu.be/FGPYc661z6U

Child Pose
https://youtu.be/V22xxybieHk

Paschimotasana
https://youtu.be/wcwFaBeJNjY

Bhastrika Pranayam
https://youtu.be/Cfn51nd2P38

SUMBER GAMBAR
Sumber

gambar

yang

dipaparkan

telah

diambil

dan

diubah

suai

dari

http://www.acucn.com/ (Acupuncture of China).


Urutan Qun menggunakan titik-titik ransangan dengan teknik tersendiri. Namun
sebagai panduan umum, memadai mengikut panduan yang diberikan dalam bahagian
Kaedah Asas urutan.

Web: urutanqun.blogspot.com

FB: www.facebook.com/UrutanQun

12

Anda mungkin juga menyukai