Anda di halaman 1dari 12

Andragogys Transition into the Future: Meta-Analysis of Andragogy and Its

Search for a Measurable Instrument


(Oleh: Bryan Taylor dan Michael Kroth)
______________________________________________________________________________
___________________________

1.0

Pengenalan

Jurnal ini adalah satu meta-analisis kepada teori andragogi dan carian untuk
instrumen yang boleh diukur. Penulis jurnal ini ingin meneroka tiga pekara
dalam bidang andragogi iaitu:
(A) Konsep dan sejarahnya,
(B) Andaian-andaian, dan
(c) kritikan-kritikan utamanya.
Dalam meneliti tiga perkara tersebut, penulis menganggap suatu asas perlu
diwujudkan untuk membina instrumen yang sesuai dalam menyediakan data
yang boleh diukur kepada andaian-andaian yang dikemukakan oleh Malcolm
Knowles. Terdapat idea bahawa orang dewasa belajar dengan cara berbeza
jika

dibandingkan

dengan

pelajar

yang

lebih

muda

dan

ini

telah

didokumentasikan dalam sejarah sejak dulu lagi. Dua model yang muncul
dalam

penyelidikan

pendidikan

untuk

menggambarkan

bagaimana

seseorang individu belajar adalah model andragogi dan pedagogi.


Andragogi

berasal

dari

perkataan

akar

Yunani

agogus

yang

bermaksud "yang terkemuka." "Andra" diterjemahkan sebagai perkataan


orang

dewasa,

yang

menjadikan

andragogi

sebagai

seni

dan

sains

pengajaran untuk orang dewasa manakala "Peda" atau "paid" diutarakan


kepada kanak-kanak, yang menjadikan pedagogi suatu seni dan sains
pengajaran kanak-kanak, yang telah wujud beribu-ribu tahun dahulu.
Andragogi muncul pada tahun 1800 dan kemudiannya berkembang dari
tahun 1960 ke tahun 2000 apabila Malcolm Knowles mula mensintesis
1

konsep itu. Penulisan Knowles tentang andragogi dan pembelajaran orang


dewasa ditransformasikan kepada beberapa profesion. Ia memberikan suatu
nama baharu kepada pendidikan orang dewasa dan menyediakan sesuatu
yang baharu untuk dibincangkan dalam kalangan komuniti.
Walaupun andragogi sangat diiktiraf dan mempunyai panduan kepada
amalan-amalannya, sejak sedekad yang lalu, ia telah mendapat perhatian
para

pengkritik.

Kritikan

umum

andragogi

adalah

bahawa

ia

tidak

mempunyai ciri-ciri asas sains kerana bukti empirikal yang dihasilkan adalah
terhad. Sastera andragogi menunjukkan keperluan untuk mewujudkan
instrumen yang boleh mengukur data dan mengukuhkan lagi teori serta
membolehkan andaian para pengkritik menjadi panduan pembelajaran orang
dewasa di masa hadapan. Menurut penulis Bryan Taylor, sejak andragogi
dikesan tidak mempunyai suatu meta-analisis yang menyeluruh, satu kajian
literatur bersifat integratif telah dijalankan. Melalui meta-analisis ini,
beberapa keputusan perbincangan telah dibentangkan untuk mewujudkan
instrumen yang dicadangkan.

2.0

Perbincangan jurnal

2.1 Sejarah awal pembelajaran Andragogi


Andragogi adalah teori pembelajaran orang dewasa yang menetapkan
asas-asas saintifik aktiviti pelajar dan guru dalam merancang, menyedari,
menilai, dan membetulkan pembelajaran dewasa. Selain itu, Andragogi juga
disebut sebagai pendidikan yang berfokuskan pelajar manakala pedagogi
disebut sebagai pendidikan yang berfokuskan guru. Penulis Bryan Taylor dan
Michael Kroth telah menjelaskan secara terperinci bagaimana kajian dalam
pembinaan instrumen meta-analisis ini telah dijalankan. Kajian ini bermula
dengan membuat rujukan menerusi buku-buku seminar mengenai andragogi
dan pedagogi untuk mengumpul maklumat sejarah dan evolusi kedua-dua
pembelajaran ini.
2

Seterusnya, penulis telah menghuraikan bahawa Andragogi telah


dikesan sekitar tahun 1833, apabila seseorang yang bernama Alexander
Knapp membangunkan istilah apabila cuba menerangkan amalan Plato yang
mengarahkan

pelajar-pelajar

mudanya.

Istilah

ini

lenyap

dan

tidak

dibincangkan sehinggalah sekitar tahun 1921 apabila Eugen Rosenback


memberi syarahannya di sebuah persidangan di Frankfurt. Apabila dilihat
sekitar awal tahun 1920an, ramai orang dewasa mula kembali ke alam
pembelajaran dan seterusnya konsep mengenai Andragogi kian dibangunkan
dan menjadi perhatian ramai.
Menurut penulis lagi, terdapat dua aliran yang dibangunkan di sekitar
awal 1920an yang berkaitan dengan pendidikan orang dewasa. Pertama,
pendidikan orang dewasa ini dilihat dari perspektif psikologi berdasarkan
kepada pendekatan ahli psikologi Edward Thorndike yang berkait rapat
dengan kebolehan orang dewasa untuk belajar. Kedua, pendidkan orang
dewasa juga dilihat dari perspektif sosial berdasarkan kepada pandangan
ahli pendidikan Eduard Lindeman mengenai pembelajaran orang dewasa
secara formal. Thorndike cuba memberitahu para pendidik bagaimana sifat
dan variasi manusia memberi kesan kepada cara belajar seseorang individu.
Hasil karya Lindeman yang bertajuk The Meaning of Adult Education sekitar
tahun 1926 merupakan pemangkin kepada perbincangan pembelajaran
orang dewasa.
Beliau telah menerokai kaedah untuk menjadikan pendidikan orang
dewasa menjadi lebih berkesan. Akan tetapi, Lindeman percaya orang
dewasa belajar menerusi pengalaman. Beliau tidak menggunakan istilah
Andragogi sebaliknya memilih istilah pendidikan orang dewasa. Mengikuti
Lindeman, beberapa para pendidik dalam tempoh 20 tahun akan datang
akan mula mengkaji kaedah yang paling berkesan untuk mendidik pelajar
dewasa yang kembali ke alam pendidikan tinggi. Satu artikel ini dari Jurnal
Pendidikan Dewasa telah memberi tumpuan kepada kaedah serta teknikteknik berkesan untuk mendidik orang dewasa kembali ke kelas akademik di
3

antara tahun 1920-an hingga 1940-an. Beberapa contoh teknik baharu


termasuk

perbincangan

secara

berkumpulan,

penyelesaian

masalah,

penetapan matlamat bersama, temu bual dan bukannya kuiz, serta kontrak
pembelajaran telah diperkenalkan dan dinyatakan sebagai sesuai dengan
pembelajaran orang dewasa.
Pada tahun 1967, Dusan Savicevic menghadiri satu persidangan
Knowles tentang pembelajaran dewasa dan telah mengesahkan bahawa apa
yang dipersembahkan oleh Knowles merupakan amalan Andragogi yang
telah lama dipraktikkan oleh sarjana-sarjana di Eropah. Apabila Knowles
mula menerbitkan artikel bertajuk The Modern Practice of Adult Education:
Andragogy Versus Pedagogy pada tahun 1970, istilah Andragogy mula
digunakan oleh seluruh masyarakat pada ketika itu. Menerusi penggunaan
istilah yang dibangunkan oleh Knowles, bidang pendidikan orang dewasa
diubahsuai untuk menjadi lebih bersepadu dengan mewujudkan perbezaan
di antara prinsip-prinsip pendidikan orang dewasa dengan prinsip-prinsip
pendidikan kanak-kanak.
2.2 Pandangan penulis mengenai makna dewasa
Darkenwald dan Merriam merupakan penulis buku Adult education:
Foundations of practice telah bertindak mengecilkan skop definisi yang
diutarakan oleh Knowles. Mereka percaya bahawa orang dewasa adalah
individu-individu yang telah mengambil alih peranan sosial sebagai seorang
pekerja, masyarakat, atau ibu bapa dan telah meninggalkan peranan mereka
sebagai pelajar sepenuh masa. Definisi ini menggabungkan kedua-dua
peranan sosial dan psikologi dan membezakan orang dewasa daripada
kanak-kanak. Manakala Forrest dan Peterson juga menyatakan orang dewasa
adalah individu-individu yang telah mengambil alih peranan orang dewasa
dalam masyarakat, sama ada mereka adalah ibu berusia 16 tahun atau
pesara berusia 87 tahun.

Mereka percaya umur tidak menentukan bahawa seseorang itu dewasa


atau tidak. Penentuan "dewasa" memberi tumpuan lebih kepada peranan
individu dalam masyarakat dan faktor-faktor sekeliling mereka. Tidak
ketinggalan Knowles yang juga telah mengajukan dua soalan kritikal untuk
menentukan definisi orang dewasa. Pertama adalah definisi dari segi
psikologi. Menurutnya, seseorang individu diklasifikasikan sebagai dewasa
apabila individu itu merasakan dirinya bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap hidupnya sendiri. Keduanya adalah dari segi sosial iaitu individu
yang berkelakuan sebagai seorang dewasa dan melaksanakan peranan
orang

dewasa.

Knowles

percaya

seseorang

yang

dewasa

boleh

melaksanakan peranan sosial yang biasanya ditetapkan oleh budaya dan


masyarakat di sekeliling.
2.3 Andaian-andaian mengenai andragogi
Teori andragogi menegaskan bahawa orang dewasa perlu diajar
berbeza daripada kanak-kanak kerana proses pembelajaran mereka lebih
kompleks. Knowles meringkaskan enam andaian utama mengenai pelajar
dewasa, yang merupakan asas pembelajaran orang dewasa. Knowles
menyenaraikan enam andaian ini dengan tujuan menyampaikan maklumat
bahawa orang dewasa mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding
kanak-kanak. Pengalaman adalah yang paling penting sebagai orang dewasa
kerana ia memberi tumpuan lebih kepada proses daripada isi kandungan
yang diajar.

Berikut merupakan andaian-andaian Knowles yang telah disertakan oleh


penulis dalam jurnal ini:
Andaian

Penerangan

Keperluan untuk
tahu

Orang dewasa perlu mengetahui mengapa sesuatu


pembelajaran perlu dipelajari. Dalam pembelajaran
dewasa, tugas pertama guru adalah untuk membantu
5

pelajar menyedari keperluan untuk tahu.

Pengalaman

Kesediaan untuk
belajar

Orientasi untuk
belajar

Motivasi untuk
belajar

Sebagai seorang yang matang, orang dewasa


dikatakan kaya dengan pengalaman yang menjadi
sumber untuk pembelajaran.
Mereka cenderung untuk kembali ke alam pendidikan
berdasarkan pengalaman jika dibandingkan dengan
kanak-kanak.

Sebagai seorang yang matang, kesediaan individu


untuk
belajar
adalah
berorientasikan
kepada
pembangunan dan peranan sosial mereka. Kesediaan
untuk
belajar
adalah
bergantung
kepada
penghayatan pelajar terhadap sesuatu topik.

Orang dewasa bermotivasi untuk belajar ke tahap di


mana mereka menganggap bahawa pengetahuan
yang
diperoleh
akan
membantu
mereka
melaksanakan tugas atau menyelesaikan masalah
yang mungkin mereka menghadapi dalam kehidupan
sebenar.

Motivasi dalaman adalah kunci sebagai seseorang


yang matang. Walaupun orang dewasa merasakan
tekanan dari luaran, mereka kebanyakannya didorong
oleh motivasi dalaman dan keinginan untuk menjaga
harga diri dan pencapaian matlamat.

Jadual 1: Enam andaian Knowles


2.4 Kritikan terhadap andragogi
Penulis telah mengukuhkan penulisan mereka tentang perlunya
membina suatu instrumen apabila terdapat beberapa kritikan. Beberapa
kaedah dikenalpasti untuk mengukur kesan andragogi secara empirikal dan
6

membolehkan penyelidik untuk mengkaji kesahihan teori ini dan menjawab


kepada beberapa kritikan. Penulis telah menyenaraikan empat halangan
utama yang boleh menjejaskan keupayaan andragogi untuk diuji dan
menghasilkan bukti secara empirikal. Penulis menjelaskan halangan pertama
yang menjadi sebahagian kritikan iaitu sama ada andragogi adalah satu teori
pembelajaran dewasa atau tidak. Ini kerana Davenport menunjukkan bahawa
andragogi telah diklasifikasikan "sebagai teori pendidikan dewasa, teori
pembelajaran

dewasa,

teori

teknologi

pembelajaran

dewasa,

kaedah

pendidikan dewasa, teknik pendidikan dewasa, dan satu set andaian yang
berlainan".
Menurut beliau, pengkaji keliru kerana terdapat pelbagai andaian
mengenai teori ini. Adakah ini hanya prinsip-prinsip amalan yang baik atau
hanya sekadar untuk memerihalkan "apa corak seseorang yang bergelar
adult learner". Kedua, penulis telah menekankan tiada satu makna yang jelas
mengenai apa prosedur yang membentuk amalan andragogi. Terdapat
banyak

pendekatan

walaupun

Knowles

yang

berbeza

menunjukkan

untuk
bahawa

kaedah

pengajaran,

tetapi

cara-cara

untuk

terdapat

melaksanakan penilaian secara kolaboratif yang ditentukan oleh pelajar dan


fasilitator. Ketiga, andragogi menghadapi keadaan di mana "keberkesanan"
sebahagian besarnya ditentukan oleh pencapaian pelajar yang sering diukur
dengan ujian dan gred. Akan tetapi bagi Knowles, ujian dan gred adalah idea
yang tidak sesuai untuk andragogi.
Ini meletakkan penyelidik dalam situasi tidak menentu kerana untuk
menghasilkan

bukti

kesahihan

terhadap

andragogi

adalah

melalui

pengukuran. Halangan keempat adalah sejauh mana andaian "dewasa"


ditentukan. Ciri-ciri yang disenaraikan oleh Knowles sebagai dewasa tidak
selalu ditemui dalam kalangan orang dewasa. Sebagai contoh, sesetengah
orang dewasa amat bergantung kepada guru untuk membimbing mereka
manakala sesetengah kanak-kanak adalah pelajar yang pandai berdikari
seperti orang dewasa. Di samping itu, kanak-kanak dalam keadaan tertentu
7

mungkin mempunyai pelbagai pengalaman dan lebih banyak berbanding apa


yang dimiliki oleh beberapa orang dewasa.
3.0

Kritikan membina dan cadangan penambahbaikan


Penulis Bryan Taylor dan Michael Kroth telah menjelaskan secara teliti

mengenai tujuan dan kepentingan pembinaan instrumen untuk mengukur


data andragogi secara empirikal. Sebagai permulaan, mereka telah menulis
tentang asal usul dan sejarah kemunculan andragogi serta menghuraikan
tentang andaian-andaian dalam andragogi yang membawa kepada kritikan
beberapa pihak. Andaian-andaian Knowles telah diperjelaskan oleh penulis
dalam jurnal ini dan dikaitkan dengan tujuan pembinaan instrumen. Suatu
alat

instrumen

perlu

diwujudkan

supaya

pengkaji

boleh

menilai

pembelajaran andragogi, dan (b) untuk memberi panduan untuk mereka


dalam membuat penetapan pembelajaran bagi orang dewasa secara rasmi
dan tidak rasmi.
Penulis telah meramal jika instrumen untuk analisis telah dicipta, m aka
alat itu akan menyediakan data untuk pengkaji dalam tiga persekitaran yang
berbeza. Pertama, penulis telah menerangkan bahawa instrumen ini akan
memberikan penilaian secara preskriptif untuk menyediakan latihan atau
suasana pengajaran, dengan membenarkan pengkaji untuk menilai apa jenis
pembelajaran orang dewasa yang perlu diaplikasikan. Kedua, instrumen ini
akan membantu menyediakan penilaian formatif, di mana pengkaji boleh
menyelaraskan semula kelas atau sesuatu latihan. Akhirnya, instrumen itu
boleh melaksanakan penilaian sumatif, dengan menyediakan data yang
membantu seorang pengajar atau fasilitator untuk mereka bentuk semula
kelas atau latihan. Bagi pengkritik, instrumen ini akan menjadi asas dalam
pembangunan alat bersifat kuantitatif bidang pendidikan orang dewasa.
Beberapa

kajian

empirikal

berkenaan

andaian

andragogi

telah

dibangunkan dalam bentuk soalan berskala Likert. Instrumen empirikal yang


paling ketara yang terdapat dalam sejarah andragogi telah diutarakan oleh
8

Lucy Guglielmino, yang menciptakan Self-Directed Learning Readiness Scale.


Penulis boleh menambah huraian tentang Guglielmino dan menerangkan
secara terperinci bagaimana kerja Guglielmino memberi tumpuan kepada
salah satu daripada andaian andragogi, terutamanya andaian konsep kendiri.
Instrumen

yang

dicadangkan

oleh

penulis

dalam

artikel

ini

adalah

berdasarkan kepada metodologi yang digunakan untuk membangunkan


instrumen Guglielmino.

4.0

Perbincangan pembelajaran andragogi dari perspektif teori

4.1 Teori Behaviorisme oleh Edward L. Thorndike


E.L.

Thorndike

mengemukakan

merupakan

konsep

ahli

pelaziman

behaviorisme

operan

pertama

(instrumental

yang

conditioning).

Dalam kajian beliau, beliau telah memperkenalkan pembelajaran cuba jaya


dan tiga hukum pembelajaran, iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan
Hukum Kesan. Penulis jurnal ini telah mengemukan teori Thorndike kepada
pembelajaran

orang

dewasa

untuk

menerangkan

kemampuan

dan

keupayaan orang dewasa untuk belajar (Azlina 2002). Andaian Knowles


mengenai kesediaan untuk belajar berkait rapat dengan Hukum Kesediaan
Thorndike atau Law of Readiness yang bermaksud kesediaan (readiness)
yang berlandaskan kepada pendapat bahawa kepuasan seseorang berasal
dari penggunaan unit pengantar (conduction unit).
Unit-unit inilah yang menimbulkan kecenderungan yang mendorong
seseorang

untuk

melakukan

atau

tidak

melakukan

sesuatu.

Pada

implementasinya, belajar akan lebih memberi kesan positif apabila individu


memiliki persediaan untuk melakukannya (Moore 2001). Apabila seseorang
itu bersedia untuk melakukan suatu pembelajaran (kesediaan kognitif), maka
tindakan (kesediaan psikomotor) itu dapat memberi kepuasan (kesediaan
afektif)

kepadanya.

Sekiranya

tidak

dapat

melakukannya,

ia

akan

menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dipaksa melakukannya, ia akan


9

menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna. Rumusannya, hukum


kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu
ada sebelum individu itu bertindak.

4.2 Teori Konstuktivisme oleh Jean Piaget


Penulis

juga

dicadangkan

untuk

menyelitkan

tentang

teori

konstuktivisme yang berkait rapat dengan pembelajaran andragogi. Hal ini


demikian kerana andaian Knowles mengenai pengalaman dapat dikaitkan
dengan konstruktivisme yang pecaya bahawa pelajar membina sendiri
realitinya

atau

menterjemahkannya

berlandaskan

persepsi

tentang

pengalamannya, sehinggga pengetahuan individu adalah sebuah fungsi dari


pengalaman

sebelumnya,

juga

struktur

mentalnya,

yang

kemudian

digunakannya untuk menterjemahkan objek-objek serta kejadian-kejadian


baharu (Santrock 2001). Andaian Knowles mengenai motivasi untuk belajar
mempunyai kaitan rapat dengan andaian lain yang konstuktivisme sosialnya
berkait dengan sifat-sifat pelajar dan berhubungan dengan tahap dan
sumber-sumber motivasi pembelajaran. Menurut Colin, kesinambungan
motivasi belajar secara kuat bergantung kepada kepercayaan pelajar
terhadap potensi belajarnya sendiri. Ini adalah motivasi dalaman (intrinsik)
yang merupakan kunci kepada kematangan seseorang.
Walaupun orang dewasa merasakan tekanan dari luaran, mereka
kebanyakannya didorong oleh motivasi dalaman dan keinginan untuk
mencapai

matlamat

dengan

cemerlang.

Perasaan

kemampuan

dan

kepercayaan terhadap potensi untuk menyelesaikan sesuatu masalah,


muncul dari pengalaman langsung (first hand experience) dalam menguasai
masalah pada masa lalu (Ozuah 2005). Dengan belajar dari pengalaman
dalam menyelesaikan masalah yang mencabar, pelajar akan memperoleh
rasa pecaya diri, serta motivasi untuk menyelesaikan masalah yang lebih
kompleks lagi.
10

5.0

Rumusan

Dalam

mengekalkan

fokus

asas

dalam

pembelajaran

orang

dewasa

(andragogi), ia mesti mengatasi dan menyelesaikan kritikan utamanya


selama 30 tahun yang lalu iaitu dalam mendapatkan data empirikal.
Andragogi menyediakan asas untuk memulakan pembinaan instrumen yang
boleh diuji. Dari sinilah andragogi mula mengalami suatu transisi untuk
kegunaan masa hadapan.

Rujukan
Azlina Abu Bakar. 2002. Psikologi personaliti individu. Selangor: Karisma
Publication Sdn. Bhd.
Baharuddin Ahmad & Hassan Noor. 2009. Pengajaran dan pembelajaran
dalam pendidikan.

Kuala Lumpur: SAM Synergy Media Sdn. Bhd.

Knowles, M., Holton, E. & Swanson, R. A. 2005. The adult learner (6th Ed).
New York:

Butterworth-Heinemann.

Merriam, S. B. 2001. Andragogy and self-directed learning: Pillars of adult


learning theory. San

Francisco: Jossey-Bass

Moore, A. 2001. Teaching and learning pedagogy, curriculum and culture.


New York:

Routledge Falmer Pub. Co.


11

Ozuah, P. O. 2005. First, there was pedagogy and then came andragogy.
Einstein Journal of

Biology & Medicine. 21(2): 83-87.

Ramlah Jantan & Suppiah Nachiappan. 2008. Siri pendidikan guru: Psikologi
pendidikan.

Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Rhinesmith, C. 2005. Teaching studies of society and environment. Frenchs


Forest: Pearson

Education Australia.

Santrock, J. W. 2001. Educational psychology. New York: McGraw Hill Inc.


Taylor, B. & Kroth, M. 2009. Andragogys transition into the future: Metaanalysis of andragogy and its search for a measurable instrument. Journal of
Adult Education. Vol

38(1).

Thompson, M. A., & Deis, M. H. 2004. Andragogy for adult learners in higher
education. Academy of Educational Leadership Journal. 8(3): 77-89.
Holyoke, L. & Larson, E. 2009. Engaging the adult learner generational mix.
Journal of Adult

Education. Vol 38(1).

12

Anda mungkin juga menyukai