2015 Buku Panduan Imam Remaja (Putera)
2015 Buku Panduan Imam Remaja (Putera)
PANDUAN
IMAM REMAJA
PUTERA
Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Johor
BAHAGIAN A
( PERKARA WAJIB )
PESERTA WAJIB MENGUASAI SEMUA ITEM DALAM BAHAGIAN INI
KOD: 01
PENGETAHUAN ASAS AGAMA , FARDHU AIN & FARDHU KIFAYAH
( Hanya wajib baca dan memahaminya sahaja dengan bimbingan guru )
Perkara
Butiran
1.0
Tasawwur
Islam
1.0.1
Keistimewaan
Islam
Antaranya :
1. Agama yang datang daripada Allah SWT
- Sumber dan peraturannya adalah daripada Allah SWT melalui wahyu yang
disampaikan kepada Rasulullah SAW . Ia bukan lahir dari pemikiran dan
falsafah karut yang ditaja oleh manusia yang serba kelemahan .
2. Ajarannya Adil
- Segala ajarannya adalah sempurna dan adil , jauh sekali dari kekurangan dan
kezaliman terhadap penganutnya .
3. Ajarannya adalah Lengkap
- Ianya merangkumi dalam semua perkara dari perkara kecil ( adab masuk
tandas ) sehinggalah dalam urusan pemerintahan negara .
4. Islam adalah al-Din yang Universal
- Islam diturunkan untuk seluruh manusia dengan tidak membezakan warna
kulit , bahasa , geografi dan sejarah . Kerahmatan Islam meliputi kepada semua
makhluk sama ada binatang , manusia dan juga tumbuhan .
5. Ajarannya Progresif dan Dinamik
- Ajarannya yang sesuai sepanjang masa dan keadaan , sehingga Islam selalu
dapat memenuhi hajat manusia sehingga manusia tidak akan merasa sempit
semasa menghadapi cabaran hidup di atas dunia ini .
6. Ajarannya Senang , Tidak Susah
- Semua ajarannya adalah senang dan sesuai dengan fitrah kejadian manusia
yang suka kepada perkara yang baik dan senang .
7. Tidak ada paksaan
- Islam tidak memaksa sesiapa pun menganut ajarannya . Mereka yang memilih
Islam mesti di atas kesedaran bukan di atas paksaan .
[2]
1.0.2
Sumber
Hukum Islam
4 sumber hukum utama ( primer ) yang disepakati oleh para ulama dalam
Islam iaitu :
1. Al-Quran
Kalam Allah SWT yang bermukjizat , lafaznya dalam bahasa Arab dan
maknanya daripada Allah SWT yang termaktub dalam mushaf ( naskhah AlQuran yang bertulis tangan atau bercetak ) , dipindahkan secara mutawatir .
Membacanya menjadi satu ibadat .
Cth : Halalnya jual-beli dan haramnya riba .
2. As-Sunnah / Al-Hadis
Semua yang dinaqalkan ( dipindahkan atau diambil ) daripada Nabi SAW
sama ada perkataan , perbuatan dan taqrir ( pengakuan ) Baginda .
Cth : Mencela orang mukmin adalah fasiq dan memeranginya adalah kufur .
3. Al-Ijma
Persepakatan semua ulama mujtahid di kalangan umat Nabi Muhammad
SAW terhadap sesuatu hukum syarak pada suatu masa selepas wafatnya
Rasulullah SAW .
Cth : Sepakat para sahabat bahawa datuk ( lelaki ) mendapat 1/6 bahagian
daripada harta warisan apabila si mati mempunyai anak lelaki dan tidak ada
bapa .
4. Al-Qias
Menyamakan sesuatu perkara yang tidak dinyatakan hukumnya ( cabang )
dengan perkara yang lain yang dinaskan hukumnya ( asal ) disebabkan ada
persamaan antara keduanya dari segi illah ( sebab yang membawa kepada
sesuatu hukum ).
Cth : Haramnya mana-mana minuman yang memabukkan termasuk jenis-jenis
dadah diqiaskan kepada haramnya arak kerana illahnya ( sebabnya ) itu ialah
memabukkan .
- Manakala sumber lain ( sekunder ) yang tidak sepakati pula ialah Al-Ijtihad ,
Al-Istihsan , Al-Masolih Al- Mursalah , Al-Uruf , Mazhab Sahabi , Al-Istishab ,
Saddu Az-Zarai , Syaru Man Qablana dan Amal Ahlul Madinah .
1.0.3
Asas & Prinsip
Umum Islam
Islam adalah sebagai al-Din yang lengkap dan sempurna yang akan
membicarakan segala perkara dalam kehidupan manusia dan tidak ada sedikit
kekurangan dan kecacatan dalam ajarannya . Berikut adalah penerangan
mengenai Asas dan prinsip-prinsip umum Islam yang boleh memberikan
ruang kepada manusia untuk menyesuaikannya :
1. Aqidah
- Ialah kepercayaan kepada Allah yang tersimpul kukuh di dalam jiwa manusia
tanpa ada sedikit keraguan terhadap kesempurnaan ajaran Islam .
2. Ibadah
- Satu ketundukan dan pengabdian kepada Allah yang Esa dalam segala aspek
kehidupan , atau dalam erti kata yang lain segala pekerjaan dan amalan yang
dilakukan semata-mata kerana Allah , maka ini ialah ibadah .
3. Syariah
[3]
1.0.4
Ciri-Ciri
Keistimewaan
Syariat Islam
11. Jihad
- Iaitu pengerahan tenaga dari seorang Muslim dalam mempertahan dan
menyebarkan Islam menurut keredhaan Allah . Ia mempunyai beberapa bentuk
di antaranya :
a) Berjihad dengan lisan
b) Berjihad dengan harta kekayaan
c) Berjihad dengan jiwa untuk membebaskan diri dari cengkaman nafsu
Antaranya ialah :
1. Rabbaniyyah ( Ketuhanan )
- Segala hukum , konsep , prinsip , nilai dan peraturan yang terkandung dalam
Islam adalah bersumberkan Wahyu Allah SWT dan Hadis Nabi SAW .
2. Insaniyyah ( Kemanusiaan )
[4]
[5]
[6]
Enam perkara :
1. Membina Insan yang Soleh
- Iaitu insan yang beriman dan berakidah , beribadat dan beramal soleh ,
berakhlak dan bersopan santun , bersyariat dan bermanhaj , berdakwah dan
berjihad , berakal dan berilmu , insan pembangunan dan produktif yang
melayakkannya menjadi khalifah di muka bumi ini .
2. Membina Keluarga yang Soleh
- Iaitu dengan cara perkahwinan yang disyariatkan oleh Allah yang merupakan
sel pertama dan satu keperluan untuk membina sebuah masyarakat yang soleh.
3. Membina Masyarakat yang Soleh
- Iaitu masyarakat yang mana individu-individu dan keluarga-keluarganya terikat
dengan nilai-nilai tinggi Islam dan prinsip-prinsipnya yang ideal yang bersatu di
atas dasar akidah Islam , menghargai amal yang soleh , berdakwah dan
melakukan amar makruf nahi mungkar , berjihad pada jalan Allah , memupuk
persaudaraan dan kasih 7 ea ra serta saling bekerjasama dan nasihat
menasihati dan berperadaban tinggi .
4. Membina Umat yang Soleh
- Iaitu umat yang melaksanakan risalahnya , membangunkan kehidupannya
atas dasar akidah dan syariat , mendidik generasinya mengikut pertunjuknya ,
menyebarkan risalahnya ke seluruh alam serta membawa bersamanya rahmat ,
cahaya dan kebaikan buat umat manusia keseluruhannya .
5. Membina Negara yang Soleh
- Iaitu membentuk sebuah Negara Islam yang mengarahkan segala urusan
pemerintahan dan pentadbirannya tunduk kepada hukum Islam yang
bersumberkan al-Quran dan Hadis serta ijtihad yang benar .
6. Menyeru ke arah kebaikan umat Islam
- Umat Islam adalah bertanggungjawab melakukan amar makruf nahi mungkar
kerana tugas utama umat ini ialah menyampaikan dakwah dan risalah Islam ke
seluruh pelusuk dunia .
1.1
Konsep
Aqidah
1.1.1
Unsur
Pengertian Aqidah : Kepercayaan yang tersimpul kukuh dan teguh dalam jiwa
sehingga tidak mungkin akan terurai oleh apa jua suasana dan keadaan .
Meliputi tiga unsur yang saling kait-mengait iaitu :
[7]
1. Peranan Akal
- Berfungsi untuk melihat , memikir , mengkaji , membanding , menimbang dan
seterusnya mengisbatkan kewujudan Allah .
2. Peranan Iradah
- Bermakna kemahuan dengan penuh kerelaan hati untuk menerima dan tunduk
patuh kepada hakikat keimanan yang telah diakui oleh akal akan kebenarannya.
3. Peranan Wujdan ( Perasaan )
- Kebenaran keimanan yang telah dibuktikan oleh akal dan ilmu perlu
diserapkan di dalam hati supaya ia menjadi ebati dalam darah daging manusia .
Apabila manusia telah sampai ke tahap ini , mereka akanmerasakan semua
makhluk tidak bernilai kecuali Allah SWT semata-mata .
- Cara membentuk akidah yang berunsur wujdan perlulah melalui 3 proses
amalan iaitu :a) Penyiraman jiwa dengan ayat-ayat suci Allah
b) Pembersihan hati dari sifat-sifat yang terkeji
c) Pemupukan dengan amalan soleh
1.1.2
Keistimewaan
Aqidah Islam
Lima perkara :
1. Aqidah Rabbaniyyah
- Bererti kepunyaan Tuhan yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah .
2. Aqidah Islam sesuai dengan fitrah semulajadi manusia
- Ertinya manusia ini dari segi kerohaniannya ia telah menerima konsep
ketuhanan sejak daripada mereka berada di dalam kandungan ibu .
3. Aqidah yang sentiasa menerima bukti
- Ini bererti setiap perkara yang dikemukakan untuk membuktikan kebenaran
aqidah Islam mesti akan diterima oleh akal yang waras dan tidak boleh ditolak
dengan hujjah , kerana ia mempunyai bukti yang cukup jelas dan padat .
4. Aqidahnya jelas dan terang
- Tidak ada kesamaraan dan kekaburan untuk memahaminya . Aqidahnya tepat
dan tetap tanpa menerima apa-apa perubahan , penambahan , pengurangan
dan penyesuaian sejak ia mula diturunkan kepada para rasul sebelum daripada
Nabi Muhammad SAW . Kesemuanya menyeru manusia supaya mengabdikan
diri kepada Allah .
5. Aqidah sebagai pembentuk peribadi
- Ia dapat membentuk insan yang mantap dan teguh jiwanya yang menjadi
sumber kekuatan Islam dan umatnya .
1.2
Iman
1.2.1
Rukun Iman
[8]
1.3
Beriman
Kepada Allah
1.3.1
Ayat & Hadis
Mutasyabihat
Maksudnya : Ayat-ayat tentang sifat-sifat Allah SWT yang tidak dapat difahami
dengan jelas oleh akal kerana menggunakan lafaz yang sama dengan sifat
yang ada pada makhluk-Nya .
Terdapat dua perbezaan pandangan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah :
a) Ulama Salaf Mereka tidak mentakwilkan makna sifat tersebut daripada
makna asalnya tetapi keadaan sebenarnya terserah kepada Allah SWT jua
yang lebih mengetahui hakikatnya yang sebenar .
b) Ulama Khalaf iaitu mereka yang berada selepas kurun kelima hijrah ( ada
juga yang berpendapat selepas kurun ketiga hijrah ) Mereka mentakwilkan
makna sifat tersebut mengikut penyesuaian yang munasabah yang selaras
dengan dalil-dalil aqli dan tatabahasa Arab .
Perhatian :
- Jalan ikutan yang selamat adalah pegangan salaf .
- Walaupun mereka berbeza pendapat dalam hal ini , tetapi semuanya
bersepakat pada dasarnya bahawa Allah SWT itu Maha Suci daripada bersifat
dengan sifat makhluk-Nya .
- Mereka beriman dengan Asma Wa Sifat berdasarkan 3 asas berikut iaitu : (i) Menyucikan Allah SWT dari menyerupai makhluk dan sifat-sifat kekurangan
( tanpa tashbih ) .
(ii) Beriman dengan Nama-Nama Allah dan Sifat-Sifat-Nya yang sabit di dalam
Al-Quran dan hadis , tanpa mengurang , mengubah ( tahrif ) dan menafikanNya ( taktil ) .
(iii) Menghapuskan perasaan ingin tahu kaifiyyat dan bentuk sifat-sifat ini (takyif)
[9]
1.4
Beriman
Kepada
Malaikat
1.4.1
Jumlah
Malaikat
Jumlahnya sangat ramai . Namun , hanya 10 nama Malaikat sahaja yang wajib
diketahui ( dan tugas khusus mereka ) iaitu :
Malaikat ialah sejenis makhluk halus yang berakal , tiada nafsu , yang dijadikan
dari sejenis cahaya , tidak berjantina , tidak berkahwin , tidak makan dan minum
, boleh menjelma dalam pelbagai rupa yang baik , mempunyai pelbagai tugas
( tugas umum dan juga tugas khusus ) dan sentiasa beribadah serta taat
kepada segala perintah Allah SWT .
- Antara tugas umum malaikat ialah ; a) Menanggung Arasy ; b) Memohon rahmat dan istighfar kepada orang
mukmin ; c) Bergilir-gilir mengawasi manusia dsb
1.5
Beriman
Kepada Kitab
[10]
1.5.2
Jumlah
Kitab Suci
1.6
Beriman
Kepada
Nabi & Rasul
Nabi ialah lelaki pilihan Allah yang diwahyukan kepadanya untuk dirinya sahaja
dan tidak wajib menyampaikannya kepada orang lain .
1.6.1
Bilangan Para
Nabi & Rasul
Menurut keterangan para ulama , bahawa jumlah para nabi semuanya adalah
124,000 ribu orang , manakala yang menjadi rasul seramai 313 orang .
- Walaubagaimanapun , para rasul yang wajib diketahui hanyalah 25 orang
sahaja iaitu : Adam , Idris , Nuh , Hud , Soleh , Ibrahim , Lut , Ismail , Ishak ,
Yaqub , Yusuf , Ayyub , Syuaib , Musa , Harun , Zulkifli , Daud , Sulaiman ,
Ilyas , Ilyasa , Yunus , Zakaria , Yahya , Isa dan Muhammad SAW ( penutup
segala Nabi yang diutuskan kepada sekalian bangsa manusia termasuk jin ) .
- Di kalangan Rasul tersebut ada pula yang mendapat gelaran Rasul Ulul Azmi
iaitu Nabi Nuh a.s ; Nabi Ibrahim a.s ; Nabi Musa a.s ; Nabi Isa a.s dan Nabi
Muhammad SAW .
Rasul ialah lelaki pilihan Allah yang diwahyukan kepadanya untuk dirinya dan
wajib menyampaikannya pula kepada orang lain .
- Ini bererti bahawa setiap Rasul adalah Nabi dan setiap Nabi tidak semestinya
menjadi Rasul .
Perhatian :
1. Setiap Rasul membawa dakwah yang sama iaitu menyeru manusia
mentauhidkan Allah SWT dan hanya beribadah kepada-Nya semata-mata ,
walaupun syariat mereka berbeza antara satu sama lain .
2. Syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah memansuhkan syariatsyariat yang dibawa oleh para Nabi yang terdahulu . Oleh itu , syariat yang
dibawa oleh Nabi Muhammad SAW wajib diikuti oleh semua manusia
( termasuk jin ) hingga hari qiamat .
1.6.2
Mukjizat Para
Mereka juga dikurniakan mukjizat iaitu perkara luar biasa yang dianugerahkan
oleh Allah kepada mereka untuk membuktikan kebenaran , kenabian dan
[11]
1.6.3
Sifat Wajib
Bagi Rasul
4 sifat yang wajib ada pada Rasul ialah As-Sidq ( Benar ) ; Al-Amanah
( Jujur ) ; At-Tabligh ( Menyampaikan ) dan Al-Fatonah ( Bijaksana ) .
- Dan harus bagi Rasul mempunyai sifat sebagaimana manusia biasa tetapi
tidak membawa kepada tercemarnya darjat kerasulan mereka spt makan ,
minum , lapar , dahaga , berasa dingin , panas , sakit , sihat , berusaha mencari
rezeki dan sebagainya termasuk menemui ajal .
- Rasul juga wajib bersifat maksum iaitu mereka terpelihara daripada
melakukan sebarang kesalahan dan dosa terhadap Allah sama ada lahir atau
batin .
1.7
Beriman
Kepada Hari
Qiamat /
Akhirat
1.7.1
Tanda-Tanda
Qiamat
Maksudnya : Iaitu keyakinan bahawa suatu masa nanti ( hanya Allah sahaja
yang mengetahuinya ) dunia ini akan rosak binasa , hancur lebur dan segala
yang bernyawa dan yang hidup akan mati semuanya .
[12]
[13]
1.8
Beriman
kepada Qadar
dan Qadak
Qadar- Ialah ketetapan yang ditentukan oleh Allah terhadap makhluk-Nya pada
azali lagi ( iaitu suatu ketika yg belum ada sesuatu apa pun lagi kecuali Allah ) .
Qadak Ialah pelaksanaan ketetapan Allah pada azali juga .
- Ada ulama yang berpendapat bahawa pengertian qadar dan qadak itu adalah
sebaliknya , dan ada juga berpendapat bahawa ianya satu erti sahaja .
- Kesimpulannya ialah , bahawa segala sesuatu yang sudah berlaku dan yang
akan berlaku semuanya itu adalah menurut apa yang sudah ditentukan dan
ditetapkan oleh Allah SWT sejak azali .
1.8.1
Pembahagian
Qadar &
Qadak
1.9
Gejala Yang
Merosakkan
Iman & Islam
[14]
1.9.1
Pengaruh
Asing Yang
Bertentangan
Dengan Islam
1.10
Konsep
Ibadah
1.10.1
Syarat Suatu
Perkara
Menjadi
Ibadah
1.10.2
Pembahagian
Ibadah
1. Ibadah Umum
- Pengabdian diri secara langsung kepada Allah SWT menerusi urusan duniawi
yang bersangkut hubungan sesama makhluk yang berlandaskan aqidah dan
syariah Islam .
Cth : Mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga ; Menuntut ilmu ;
[15]
1.11
Rukun
Islam
1.12
Mengucap
Dua Kalimah
Syahadah
1.12.1
Syarat
Sah
Syahadat
Empat perkara :
a) Diucapkan dengan lidah kalimah syahadah itu .
b) Mengerti akan maksud dan erti yang dibacanya .
c) Ditasdiqkan ( dibenarkan ) dengan hati sekalian yang diketahuinya .
d) Diamalkan dengan anggota .
1.12.2
Tuntutan
Syahadah
Dua perkara :
1. Dibuktikan dengan menunaikan rukun Islam yang lima .
2. Menurut segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya .
1.12.3
Perkara Yang
Membatalkan
Syahadah
Syeikh Said Hawa di dalam bukunya Tuntutan Syahadah Dan Gejala Murtad
merumuskan 20 Gejala Kekufuran Yang Membatalkan Syahadah iaitu :
1. Bertawakkal dan bergantung harapan selain daripada Allah SWT .
2. Mengingkari nikmat Allah SWT dalam berbagai-bagai bentuk .
3. Bekerja dan beramal dengan tujuan selain kerana Allah SWT .
4. Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia bukan menurut
kehendak dan ketentuan yang diwajibkan oleh Allah SWT .
5. Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah SWT dengan cara yang
tidak dikehendaki Allah SWT .
6. Menjalankan hukum selain hukum Allah SWT atau Tidak menggunakan
hukum Allah SWT sebagai rujukan dalam semua masalah .
7. Membenci atau menentang salah satu ajaran Islam atau seluruh ajaran
Islam.
8. Mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaan terhadap akhirat ( cinta dunia )
dengan menjadikan dunia sebagai tujuan utama serta merupakan segalagalanya dalam kehidupan .
9. Menghina mana-mana kandungan Al-Quran atau Al-Sunnah atau orang alim
[16]
[17]
Ertinya : Menghilangkan segala najis dan hadas pada tubuh badan , pakaian
atau tempat hingga boleh mengerjakan solat dsb .
1.14.1
Jenis
Bersuci
[18]
1.14.2
Perkara Yang
Dilarang
Ketika Hadas
Kecil
1.14.3
Perkara Yang
Dilarang
Ketika Hadas
Besar
1.14.4
Alat Bersuci
1.14.5
Pembahagian
Air
[19]
[20]
[21]
1.15
Wuduk
1.15.1
Syarat
Sah Wuduk
Sembilan perkara :
1. Muslim .
2. Mumayyiz ( Dapat membezakan baik buruknya sesuatu pekerjaan ) .
3. Suci daripada haid , nifas dan junub .
4. Menggunakan air yang suci lagi menyucikan ( Air Mutlak ) .
5. Mengetahui mana yang fardu dan sunat .
6.Tidak ada sesuatu yang melekat pada anggota wuduk , yang boleh
menghalang sampainya air wuduk ke anggota wuduk spt cat , getah , lilin dsb.
7. Tidak ada yang melekat pada anggota wuduk , yang boleh merubah sifat-sifat
air ( rasa , rupa dan baunya ) sehingga air itu bukan lagi tergolong air mutlak
spt dakwat dsb .
8. Anggota wuduk benar-benar dilalui dan diratai oleh air wuduk .
9. Orang yang berpenyakit kencing selalu menitik , atau wanita istihadah ,
hendaklah mengambil wuduk apabila benar-benar hendak menunaikan solat .
1.15.2
Fardu / Rukun
Wuduk
Enam perkara :
1. Niat ( ketika membasuh muka ) .
Cth : Sengaja aku mengangkat / menghilangkan hadas kecil , atau aku ambil
air sembahyang fardu atasku kerana Allah Taala
2. Membasuh muka .
3. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke siku .
4. Menyapu sebahagian kepala .
5. Membasuh kedua-dua belah kaki hingga ke buku lali .
6. Tertib .
Banyak antaranya ialah :
1. Menghadap qiblat .
1.15.3
Perkara
[22]
1.15.4
Perkara
Makruh
Wuduk
Antaranya :
1.15.5
Perkara Yang
Membatalkan
Wuduk
Lima perkara :
1.15.6
Perkara Yang
Disyaratkan
Berwuduk
Tiga perkara :
1. Solat - sama ada solat fardu atau sunat .
2. Tawaf mengelilingi Kaabah .
3. Menyentuh Al-Quran atau menanggungnya atau membawanya .
1.16
Mandi
1.16.1
Pembahagian
Mandi
1. Keluar sesuatu dari dua jalan ( qubul dan dubur ) sama ada kencing , air
besar , darah atau kentut .
2. Bersentuhan kulit antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram .
3. Menyentuh kemaluan ( qubul atau dubur ) dengan tapak tangan sama ada
kemaluan sendiri mahupun orang lain .
4. Hilang akal kerana mabuk , pitam , sakit , gila , pengsan dsb .
5. Tidur yang tidak tetap kedudukannya .
1. Mandi Sunat
Mandi yang solat tetap sah walaupun tanpanya , tetapi syarak
menghukumnya sunat kerana mengambilkira banyak perkara .
Cth : Mandi pada hari Jumaat ; Mandi pada dua hari raya ; Mandi selepas
[23]
1.16.2
Rukun
Mandi Wajib
Tiga perkara :
1. Menghilangkan najis terlebih dahulu di badan jika ada sebelum mandi .
2. Niat ( ketika mula membasuh anggota badan ) .
Cth : Sahaja aku mandi wajib / mengangkat hadas besar / mengangkat
janabah / mengangkat hadas haid atau nifas / untuk mengharuskan
solat dari sekalian tubuhku , fardu kerana Allah Taala .
3. Meratakan air ke seluruh badan yang zahir termasuk kulit atau rambut .
Air juga hendaklah disampaikan ke bahagian dalam rambut dan pangkalnya .
1.16.3
Perkara Yang
Mewajibkan
Mandi
Lima perkara :
1. Berjunub ( iaitu keluar mani atau bersetubuh ) .
2. Keluar darah haid .
3. Keluar darah nifas ( darah yang mengiringi selepas bersalin ) .
4. Wiladah ( bersalin ) , walau anak yang lahir itu tidak basah sekalipun .
5. Mati selain dari mati syahid ( mati dalam peperangan melawan musuh Allah ).
1.16.4
Jenis Darah
1.17
Tayammum
Ertinya : Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan
dengan niat dan cara yang tertentu .
1.17.1
Sebab
Tayammum
Empat perkara :
1. Ketiadaan air sama ada secara hissi , iaitu zat air itu sendiri tidak kelihatan
atau secara syarie , iaitu zat air itu ada , tetapi tidak boleh digunakan untuk
bersuci kerana sangat berhajat untuk meminumnya .
2. Air terlalu jauh daripadanya .
3. Keuzuran kerana sakit .
[24]
Lima perkara :
1. Mengetahui masuk waktu secara yakin .
2. Mencari air selepas masuk waktu .
3. Berijtihad menentukan arah qiblat sebelum bertayammum .
4. Menghilangkan najis terlebih dahulu .
5. Menggunakan tanah yang berdebu dan suci .
Perhatian :
1. Bertayammum kerana berhadas besar adalah sama caranya dengan
tayammum kerana berhadas kecil .
2. Kadar yang dapat dikerjakan dengan sekali tayammum ialah satu perbuatan
fardu dan beberapa perkara sunat .
1.17.3
Rukun
Tayammum
1.17.4
Perkara Sunat
Tayammum
1.17.5
Perkara Yang
Membatalkan
Tayammum
Tiga perkara :
1. Niat Sahaja aku bertayammum untuk membolehkan solat kerana Allah
Taala
2. Menyapu muka dan kedua tangan sampai ke siku dengan dua kali tepuk .
3. Tertib .
Tiga perkara :
1. Semua perkara yang disunatkan berwuduk adalah disunatkan ketika
bertayammum .
2. Membuka atau menceraikan jari-jari tangan ketika menepuk tanah .
3. Menipis atau mengurangkan ketebalan tanah dengan menepuk kedua-dua
tapak tangan atau meniupnya .
Empat perkara :
1. Setiap perkara yang membatalkan wuduk adalah membatalkan tayammum .
2. Ada air .
3. Mampu untuk menggunakan air spt orang yang sembuh daripada sakit .
4. Murtad .
Perhatian :
Sekiranya air didapati selepas selesai solat , maka solatnya sah dan tidak wajib
diqada . Begitu juga apabila solat telah dimulakan ia hendaklah disempurnakan
dan hukumnya sah .
1.17.6
Hukum Bagi
Pesakit Yang
Luka @ Patah
Pesakit yang ditimpa luka atau patah , yang berhajat kepada meletakkan ikatan
( balutan ) dan ubat di atas tempat luka atau patah , maka dia wajib melakukan
Tiga perkara berikut :
1. Membasuh bahagian yang selamat ( tidak sakit ) pada anggota yang luka
atau patah .
2. Menyapu seluruh balutan atau ikatannya .
3. Bertayammum sebagai ganti membasuh bahagian yang sakit apabila sampai
kepada anggota tersebut ketika berwuduk .
- Sekiranya balutan di atas anggota yang luka atau patah tidak diperlukan ,
maka dia wajib membasuh bahagian anggota yang sihat dan bertayammum
bagi menggantikan bahagian yang luka sekiranya dia tidak boleh membasuh
tempat sakit ( luka ) tersebut .
- Dia wajib mengulangi tayammum pada setiap kali solat fardu sekalipun dia
tidak berhadas . Manakala anggota-anggota lain , ia tidak wajib dibasuh
[25]
1.18
Azan &
Iqomah
Perhatian :
Orang yang memakai balut , wajib mengqadakan solat sekiranya balut tersebut
berada dalam salah satu keadaan berikut :
a) Apabila dia meletakkan balutan itu dalam keadaan tidak suci ( berhadas )
dan dia uzur ( tidak dibenarkan ) membukanya .
b) Balutan itu berlaku pada anggota tayammum , iaitu muka dan kedua tangan .
c) Apabila kawasan yang sihat dibalut melebihi kadar balutan pada tempat sakit.
Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam untuk menyatakan
masuknya waktu solat fardu dan untuk menyeru orang-orang Islam supaya
berkumpul mengerjakannya .
Iqomah ialah menyuruh bangkit dan berdiri yang hadir kepada mengerjakan
solat dengan lafaz-lafaz yang tertentu .
Hukumnya : Sunat ketika ingin mengerjakan solat sama ada solat tunai atau
qada . Termasuk sunat diazankan pada telinga kanan dan diiqomahkan pada
telinga kiri pada anak yang baru lahir .
Perhatian :
Dalam solat sunat , solat kedua Hari Raya , solat Gerhana Bulan atau Matahari
, solat Istisqa ( minta hujan ) dan solat Tarawih tidak memakai azan atau
iqomah . Hanya disunatkan mengucap As-Solatu Jamiah . Bagi jemaah
perempuan disunatkan iqomah sahaja .
1.18.1
Syarat Sah
Azan &
Iqomah
Enam perkara :
1.18.2
Perkara
Sunat Azan
Antaranya :
1. Muslim
2. Mumayyiz
3. Lelaki
dan
[26]
dan
, hendaklah dijawab
.
11. Berdoa dan berselawat ke atas Nabi SAW selepas azan .
1.18.3
Lafaz
Azan &
Iqomah
Lafaz Azan
Lafaz Iqomah
2x
2x
2x
2x
2x
1.19
Solat
Ertinya : Beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan
disudahi dengan salam , dengan syarat-syarat tertentu .
Hukumnya : Fardhu Ain ke atas setiap Muslim yang mukallaf ( aqil baligh ) .
- Lima solat fardhu yang wajib ialah Subuh ( 2 rakaat ) ; Zohor ( 4 rakaat ) ; Asar
( 4 rakaat ) ; Maghrib ( 3 rakaat ) dan Isyak ( 4 rakaat ) .
1.19.1
Syarat
Wajib Solat
Tujuh perkara :
1. Muslim .
2. Baligh ( sampai umur ) .
- Boleh diketahui dengan 3 cara iaitu :
a) Bermimpi keluar mani .
b) Keluar darah haid bagi perempuan ( setelah genap umurnya 9 tahun ) .
c) Genap umur 15 tahun qamariah ( apabila tidak berlaku mimpi / keluar darah
haid ) .
3. Berakal .
4. Suci daripada haid dan nifas .
5. Orang yang sedar .
- Orang yang terlupa atau tertidur tidak wajib solat tetapi wajib qada bila ia
teringat semula .
6. Sampai seruan dakwah .
7. Tidak cacat dua pancaindera .
- Orang yang buta dan tuli sejak dari kecil tidak wajib solat .
Perhatian :
Kanak-kanak yang berumur 7 tahun , wajib digalakkan mengerjakan solat dan
[27]
Lima perkara :
1. Suci daripada hadas kecil dan hadas besar .
2. Suci daripada najis sama ada pada badan , pakaian atau tempat .
3. Menutup aurat .
- Aurat lelaki ialah antara pusat hingga lutut . Manakala aurat perempuan ialah
seluruh anggota badan kecuali muka dan dua tapak tangan .
4. Menghadap qiblat dengan dada .
- Harus meninggalkan arah qiblat dalam 3 keadaan iaitu :
a) Ketika sangat ketakutan spt masa perang .
b) Solat sunat di waktu musafir ( hanya ketika mengangkat takbir sahaja wajib
menghadap qiblat ) .
c) Ketika waktu yang tidak diketahui di mana arah qiblat spt masa kabus dsb .
5. Yakin masuk waktu iaitu dengan 3 cara sama ada ilmu yang yakin ; ijtihad ;
taqlid kepada orang yang mengetahuinya atau mujtahid .
1.19.3
Rukun Solat
[28]
Empat perkara :
1.19.5
Sunat
Ketika Solat
1. Azan .
2. Iqomah .
3. Bersugi / bersiwak ( menggosok gigi ) .
4. Meletakkan sesuatu ( pemisah ) di hadapannya spt dinding , tiang , tongkat ,
hamparan sajadah dsb .
1.19.6
Sunat
Selepas Solat
Tiga perkara :
1. Istighfar , zikir dan berdoa .
2. Berpindah tempat dari tempat solat fardu ketika hendak menunaikan solat
sunat .
3. Apabila berkumpulnya kaum lelaki dan perempuan dalam solat berjemaah ,
[29]
Sebelas perkara :
1. Senyum .
2. Membunuh ular atau binatang yang berbahaya .
3. Berjalan sedikit apabila perlu .
4. Mendukung bayi .
5. Menjawab salam dengan isyarat .
6. Mengingatkan Imam .
7. Menerangkan kesilapan Imam .
8. Memuji Allah SWT .
9. Sujud di hujung kain yang dipakai .
10. Membaca Mushaf ( Al-Quran ) .
11. Teringat sesuatu .
1.19.8
Perkara
Makruh
Ketika Solat
Antaranya ialah :
1.Meninggalkan perkara sunat .
2. Memalingkan muka ke kanan atau ke kiri kecuali kerana keperluan .
3. Memandang ke langit / Memandang sesuatu yg melalaikan / memejam mata .
4. Bermain-main dengan rambut dan menyinsing hujung baju ( spt lengan ) .
5. Solat ketika makanan telah dihidangkan yang hatinya teringin memakannya .
6. Menahan kencing dan air besar .
7. Dalam keadaan terlalu mengantuk .
8. Membuka mulut ketika menguap .
9. Berdiri di atas satu kaki atau solat sambil bercekak pinggang .
10. Membaca surah di rakaat ketiga dan keempat .
11. Meludah ke kanan atau ke hadapan .
12. Solat di tempat-tempat berikut spt bilik air , jalan , pasar , kawasan
perkuburan , gereja , tempat sampah dan tempat unta duduk .
1.19.9
Perkara Yang
Membatalkan
Solat
1.20
Solat
Ketika Sakit
Orang yang sakit diberi kemudahan mengerjakan solat dengan apa cara
yang terdaya dilakukannya , iaitu :
a) Cara solat sambil duduk ( bagi yang tidak mampu berdiri )
- Sebaik-baiknya duduk iftirasy dan bila hendak rukuk hendaklah ia
menundukkan kepalanya hingga sama paras dengan lutut ( atau dahinya
[30]
a) Solat Qosar : Memendekkan solat dari empat rakaat menjadi dua rakaat .
b) Solat Jamak : Mengumpulkan dua solat dalam satu waktu .
Terbahagi kepada 2 iaitu :a) Jamak Taqdim Iaitu menunaikan solat yang kedua dalam waktu yang
pertama .
b) Jamak Takhir Iaitu melewatkan solat yang pertama dan ditunaikan dalam
waktu yang kedua .
Hukumnya : Harus bagi musafir .
Perhatian :
Maksud perbezaan 3 istilah berikut iaitu :
1. Mustautin Mereka yang tinggal tetap pada suatu tempat sama ada ia
dilahirkan di situ atau tidak .
2. Mukim Mereka yang tinggal di suatu tempat tetapi tidak berniat untuk
menetap di situ spt pelajar yang tinggal di asrama atau orang yang tinggal
buat sementara sahaja .
3. Musafir Mereka yang sedang dalam perjalanan jauh yang diharuskan .
1.21.1
Syarat Umum
Solat
Qosar &
Jamak
Lima perkara :
1. Tahu menuju arah tertentu dan tempat yang dimaksudkan .
2. Musafirnya tidak bertujuan maksiat .
3. Orang musafir telah melepasi pagar pekan / bangunan yang hendak
ditinggalkan .
4. Orang musafir tidak berniat untuk tinggal di tempat tujunya selama 4 hari
( tidak termasuk hari masuk dan hari keluar ) .
- Apabila berniat demikian , maka tempat yang ditujunya itu dianggap sebagai
tempat tinggalnya ( menjadi orang yang bermukim ) . Dia tidak harus menjamak
dan qosarkan solatnya kecuali ketika dalam perjalanan sahaja .
- Sekiranya dia berniat untuk tinggal kurang daripada 4 hari atau tidak tahu
tempoh tinggalnya kerana tidak diketahui bila dapat disempurnakan kerjanya ,
maka solat jamak dan qosar boleh dilakukan sehinggalah dia pulang ke
[31]
Lima perkara :
1. Solat yang tunai sahaja yang boleh diqosarkan .
2. Solat yang diqosarkan hanyalah solat yang 4 rakaat sahaja iaitu solat Zohor ,
Asar dan Isyak .
3. Tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna / bermukim .
4. Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat .
5. Diniatkan qosar di dalam masa takbiratul ihram .
Cth:
Maksudnya : Sahaja aku solat fardu Zohor 2 rakaat qosar kerana Allah Taala
1.21.3
Syarat Jamak
1.22
Jenis Sujud
[32]
1.23.1
Keuzuran
Solat
Perhatian :
1. Sekurang-kurangnya solat berjemaah ialah seorang Imam dan seorang
makmum .
2. Masih mendapat pahala berjemaah bila makmum dapat mengikut Imam
sebelum Imam memberi salam .
Antaranya ialah :
1. Cuaca terlampau sejuk / terlampau panas / Angin kuat .
2. Hujan atau jalan berlumpur .
[33]
1.23.2
Susunan
Orang Yang
Paling Berhak
Menjadi Imam
1.23.3
Susunan
Makmum
Dalam Solat
Berjemaah
1.23.4
Syarat Sah
Mengikut
Imam
Sebelas perkara :
1. Makmum hendaklah berniat mengikut Imam , tetapi Imam hanya sunat
sahaja berniatkan Imam .
2. Makmum hendaklah mengikut Imam di dalam segala pekerjaannya dan tidak
boleh mendahului Imam walau pada satu perbuatan sekalipun .
3. Mengetahui gerak-geri perbuatan Imam , sama ada dengan cara dapat
melihat atau melihat saf makmum di belakang , mendengar suara Imam
ataupun suara muballigh ( bilal yang menguatkan suara ) .
4. Berhimpun atau berkumpul Imam dengan makmum pada satu tempat .
- Keadaannya adalah seperti berikut :a) Kedua-duanya di dalam satu bangunan walaupun jarak di antara keduaduanya sangat jauh .
b) Kedua-duanya tidak berada dalam satu bangunan ( cthnya di padang ) atau
Imam di dalam bangunan dan makmum di luar atau belakang , maka jarak di
antara kedua-duanya tidak boleh melebihi 300 hasta ( lebih kurang 150 m )
dan jangan ada dinding yang menghalang di antara kedua-duanya .
5. Makmum hendaklah ke belakang sedikit daripada Imam iaitu diukur mengikut
tumitnya .
6. Makmum jangan menyalahi Imam terhadap perkara sunat .
- Termasuk Sujud Sahwi iaitu wajib menuruti Imamnya pada perbuatan dan
[34]
1.24
Solat Jumaat
Ertinya : Solat dua rakaat berjemaah yang ditunaikan dalam waktu Zohor pada
hari Jumaat , mengikut syarat-syaratnya yang tertentu .
Hukumnya : Fardhu Ain ke atas setiap individu Muslim lelaki .
1.24.1
Syarat
Wajib Jumaat
Tujuh perkara :
1. Muslim
2. Baligh
3. Berakal
4. Merdeka
5. Lelaki
6. Sihat tubuh badan
7. Bermukim di tempat Jumaat didirikan
Perhatian :
1. Orang yang bermustautin di suatu tempat yang tidak sah didirikan solat
[35]
1.24.2
Syarat
Sah Jumaat
Jumaat spt sebuah kampung yang tidak cukup bilangan 40 orang ahlinya ,
maka dia tidak diwajibkan solat Jumaat .
2. Orang yang bermukim sementara , hukumnya tetap Fardu Ain tetapi ia tidak
termasuk dalam bilangan 40 orang ahli Jumaat .
3. Orang musafir sunat sahaja mendirikan solat Jumaat dan ia juga tidak
termasuk bilangan 40 orang ahli Jumaat .
4. Orang yang meninggalkan Jumaat 3 kali berturut-turut tanpa keuzuran
menjadi satu dosa besar dan dikira dari orang munafik .
Lima perkara :
1. Didirikan di sebuah perkampungan / pekan / Bandar .
2. Bilangannya tidak kurang daripada 40 orang ahli yang cukup syarat wajib
solat Jumaat termasuk Imam , mulai dari awal khutbah pertama sehingga
selesai solat .
3. Didirikan dalam waktu Zohor .
4. Tidak berbilang solat Jumaat di tempat itu selama ia boleh dibuat dalam satu
jemaah .
5. Didahului oleh dua khutbah .
Perhatian :
1. Sesiapa yang dapat mengikut satu rakaat bersama Imam , maka sah
Jumaatnya .
2. Sesiapa yang terlewat sampai ke masjid dan didapati Imam sedang
membaca tahiyyat akhir , maka hendaklah dia berniat solat Jumaat mengikut
Imam tetapi dia melaksanakan solat Zohor ( 4 rakaat ) .
1.24.3
Fardu / Rukun
Jumaat
Dua perkara :
1. Dua khutbah sebelum Jumaat .
- Rukun kedua-dua khutbah ialah : Memuji Allah ; Selawat ke atas Nabi SAW
; Wasiat taqwa ; Membaca sedikit daripada ayat Al-Quran ( salah satu dari dua
khutbah ) dan Berdoa terhadap orang Mukmin ( pada khutbah kedua ) .
- Syarat Sah dua khutbah : Telah masuk waktu Zohor ; Tidak dikemudiankan
daripada solat ; Khatib hendaklah lelaki ; Khatib berada dalam keadaan suci
daripada hadas dan najis ; Khatib menutup aurat ; Khatib berdiri bagi yang
mampu ; Suara khatib hendaklah nyaring agar rukun-rukun khutbah didengari
oleh 40 orang ahli Jumaat ; Rukun-rukun khutbah dibaca dalam bahasa Arab
termasuk ayat-ayat Al-Quran ; Hendaklah duduk sebentar selepas khutbah
yang pertama ; Berturut-turut rukun-rukunnya .
2. Melaksanakan solat Jumaat dua rakaat secara berjemaah .
1.24.4
Perkara
Sunat Jumaat
& Adab Umum
a) Sebelum ke masjid
1. Memotong kuku , memperelokkan rambut dan menghilangkan bulu-bulu spt
mengguntingkan misai , bulu ketiak , bulu ari-ari dsb .
2. Mandi sunat Jumaat .
3. Berhias diri dan memakai pakaian yang elok dan bersih .
4. Memakai wangi-wangian .
5. Datang lebih awal ke masjid .
b) Ketika di masjid
1. Solat Sunat Tahiyyatul Masjid .
2. Berniat iktikaf .
[36]
1.25
Solat Sunat
( An-Nafl )
1.25.1
Pembahagian
Solat Sunat &
Jenisnya
[37]
[38]
1.26
Puasa
Ertinya : Menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang
membatalkan puasa bermula dari terbit fajar ( Subuh ) hingga terbenam
matahari ( Maghrib ) disertakan dengan niat ( pada malamnya ) .
Hukumnya : Fardhu Ain
1.26.1
Jenis
Puasa
[39]
Enam perkara :
1. Muslim
2. Baligh
3. Berakal
1.26.3
Syarat
Sah Puasa
Empat perkara :
1. Muslim .
2. Berakal dan Mumayyiz .
3. Suci daripada haid dan nifas .
4. Apabila nyata masuknya bulan Ramadhan .
1.26.4
Rukun Puasa
Dua perkara :
1. Niat pada malamnya , iaitu sebelum terbit fajar .
4. Sihat
5. Bermukim
6. Suci daripada haid dan nifas
Cth : Sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam menunaikan fardu bulan
Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala
2. Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari
terbit fajar hingga terbenam matahari .
1.26.5
Perkara Sunat
Ketika Puasa
1.26.6
Perkara
Makruh Ketika
Puasa
Perhatian :
1. Bagi puasa Ramadhan hendaklah berniat untuk berpuasa Ramadhan pada
esok hari ( iaitu ditentukan jenisnya ) pada setiap malamnya .
2. Bagi puasa sunat , niat tidak disyaratkan pada waktu malam dan tidak perlu
ditentukan . Niatnya sah dilakukan sebelum tergelincir matahari dan sah juga
dengan niat mutlak ( dengan syarat dia belum makan sesuatupun sebelum
masa tergelincir tersebut ) .
Dua belas perkara :
1. Menyegerakan berbuka puasa .
2. Berbuka puasa dengan buah tamar , jika tiada maka dengan air bersih .
3. Membaca doa berbuka .
4. Bersahur .
5. Melambatkan bersahur .
6. Memperbanyakkan membaca Al-Quran , bertadarrus , beriktikaf di masjid ,
berzikir , berselawat , dan membuat amal kebajikan ( terutama pada 10
malam yang terakhir bagi puasa Ramadhan ) .
7. Sentiasa bersedekah .
8. Menjauhkan perkara yang sia-sia sama ada percakapan atau perbuatan .
9. Mandi junub lebih awal sebelum masuknya waktu Subuh .
10. Tidak berbekam dan seumpamanya .
11. Menyediakan makanan untuk mereka yang berbuka puasa .
12. Mengerjakan Solat Tarawih ( bagi puasa Ramadhan ) .
Antaranya :
1. Setiap perkara yang menyalahi perkara sunat ketika berpuasa spt
melewatkan berbuka , menyegerakan bersahur , berbekam , bersuntik dsb .
2. Sebahagiannya pula termasuk dalam perkara yang diharamkan spt
[40]
1.26.7
Perkara Yang
Membatalkan
Puasa
1.26.8
Golongan
Yang Harus
Berbuka
Puasa
Lima golongan :
1. Orang sakit yang boleh memberi mudarat kepada dirinya sekiranya dia
berpuasa .
- Wajib qada selepas sihat .
2. Orang musafir yang jauhnya 2 marhalah .
- Wajib qada .
3. Orang yang terlalu tua dan amat lemah yang tidak mampu lagi untuk
berpuasa / orang sakit yang tiada harapan sembuh .
- Tidak wajib qada , tetapi wajib membayar fidyah ( denda ) iaitu setiap hari
satu mud ( cupak ) beras atau makanan lain yang kebiasaan di negeri itu .
4. Perempuan hamil yang takut mudarat ke atas dirinya sahaja .
- Wajib qada , tetapi jika takut memberi mudarat kepada kandungannya wajib
qada dan membayar fidyah .
5. Perempuan yang menyusukan anak , jika khuatir ke atas dirinya sahaja
menjadi lemah .
- Wajib qada , tetapi jika khuatir kekurangan susu untuk anak yang
disusukannya maka wajib qada dan membayar fidyah .
Perhatian :
1. Ada pendapat ulama mengatakan bahawa bagi perempuan yang hamil dan
menyusukan anak , diharuskan membayar fidyah sahaja , tidak perlu qada .
Manakala pendapat lain mengatakan boleh meninggalkan puasa dengan apa
[41]
Lapan jenis :
1. Puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal khususnya selepas Aidil Fitri .
- Berturut-turut enam hari adalah lebih afdal .
2. Hari Isnin dan Khamis setiap minggu .
3. Hari Tasua ( 9 Muharram ) .
4. Puasa hari Asyura ( 10 Muharram ) .
5. Puasa 9 Zulhijjah ( sempena wuquf di Arafah ) bagi orang yang tidak
mengerjakan ibadat haji .
6. Puasa hari 13, 14 dan 15 setiap bulan qamariah ( dinamakan hari-hari putih ).
7. Puasa hari 28 , 29 dan 30 setiap bulan qamariah .
8. Puasa Nisfu Syaban ( 15 Syaban ) .
Perhatian :
1. Seseorang yang berpuasa sunat diharuskan membatalkan puasa jika dia
mahu ( hukumnya makruh sahaja ) , dan tidak diwajibkan mengqadanya . Tetapi
orang yang sedang mengqada puasa wajib , diharamkan membatalkan
puasanya .
2. Perempuan yang ingin berpuasa sunat perlulah meminta izin daripada suami
terlebih dahulu .
3. Persetubuhan pada waktu mengerjakan puasa sunat tidak perlu kepada
penggantian puasa dan kifarat sebagaimana puasa Ramadhan .
1.26.10
Puasa Makruh
Lima jenis :
1. Puasa pada hari Jumaat sahaja .
Cthnya : Tidak didahului oleh puasa hari Khamis sebelumnya atau Sabtu
selepasnya .
2. Puasa pada hari Sabtu sahaja .
3. Puasa Wishol - iaitu melakukan puasa tanpa berbuka hingga waktu sahur .
4. Puasa Dahri iaitu berpuasa terus-menerus sepanjang tahun .
5. Puasa sunat bagi isteri tanpa izin suami .
1.26.11
Puasa Haram
Lima jenis :
1. Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal .
2. Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah .
3. Tiga hari Tasyriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah .
[42]
Ertinya : Ibadat dengan cara mengeluarkan harta yang tertentu , diberi kepada
golongan tertentu dengan kadar dan syarat tertentu .
Hukumnya : Fardhu Ain .
Terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
1. Zakat Badaniah Zakat tubuh badan atau zakat fitrah .
2. Zakat Maliah Zakat harta benda spt Zakat binatang ternakan ;
Zakat biji-bijian / buah-buahan ; Zakat emas dan perak ; Zakat harta rikaz ;
Zakat wang dan perniagaan ; Zakat saham dsb .
1.27.2
Rukun Zakat
Dua perkara :
1. Niat , iaitu ingatan di dalam hati menentukan zakatnya .
Cth : Inilah fitrahku / zakat hartabendaku .
2. Mengeluarkannya , iaitu memberi kepada mereka yang berhak menerimanya.
1.27.3
Syarat Wajib
Zakat Fitrah
Tiga perkara :
1. Muslim .
2. Merdeka ( hamba tidak wajib mengeluarkan zakat ) .
3. Sempat hidup sewaktu terbenam matahari hari terakhir Ramadhan .
3. Dia mempunyai kelebihan harta daripada keperluan makanan untuk dirinya
sendiri dan orang yang dalam tanggungannya .
Perhatian :
1. Berikut adalah waktu dan hukum membayar fitrah pada waktu berikut :
a) Waktu Harus iaitu dari awal Ramadan sampai hari akhir Ramadan .
b) Waktu Wajib Iaitu dari terbenam matahari hari akhir Ramadan .
c) Waktu Sunat Iaitu dibayar selepas solat Subuh sebelum menunaikan solat
Hari Raya .
d) Waktu Makruh Iaitu membayar fitrah selepas solat Sunat Hari Raya tetapi
sebelum terbenam matahari pada Hari Raya itu .
e) Waktu haram Iaitu dibayar selepas terbenamnya matahari pada Hari Raya
itu .
2. Kadar Zakat Fitrah ialah 1 gantang Baghdad makanan asasi sesuatu tempat
spt beras atau gandum ( mengikut cara asal ) atau sebanyak 2.27 kg
bersamaan nilai mengikut kadar nilai mata wang semasa ( mengikut sukatan /
timbangan ) .
3. Cth lafaz bagi Zakat Fitrah ialah :
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib bagi diriku / dan
tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala .
Sekiranya diwakilkan :
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib bagi
pada tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala .
1.27.4
Syarat Wajib
Zakat Harta
Lima Perkara :
1. Muslim .
2. Merdeka .
[43]
[44]
1.27.6
Golongan
( Asnaf )
Yang Berhak
Menerima
Zakat
dibayarnya itu .
5.Harta-harta yang dicuri atau dirampas bila sudah dapat dikembalikan ke
dalam miliknya , wajib dikeluarkan zakatnya .
6. Harta-harta Baitul Mal atau harta-harta yang diwakafkan kepada umum ,
tidaklah wajib dikeluarkan zakatnya .
Lapan golongan :
1. Fakir Mereka yang tidak mempunyai harta dan tidak dapat berusaha atau
usahanya tetap tidak berhasil ( tidak sampai 50% dari keperluan hidupnya ) .
2. Miskin Mereka yang mempunyai harta hasil dari usahanya tetapi masih
tidak mencukupi untuk keperluan hidupnya .
3. Amil Mereka ( pegawai ) yang dilantik oleh pemerintah untuk
mengumpulkan zakat yang akan dibahagikan kepada mereka yang berhak .
4. Muallaf Mereka yang baru memeluk agama Islam .
5. Hamba Makatab Hamba yang dijanjikan tuannya untuk dimerdekakan
dengan membayar wang .
6. Gharim Orang yang berhutang yang tidak sanggup membayarnya kerana
keperluan masyarakat .
7. Fi Sabilillah Orang yang berperang / berjihad untuk menegakkan agama
Allah dan yang menjalankan kegiatan dakwah Islam serta untuk
kemaslahatan umum .
8. Ibnu Sabil Orang yang musafir ( bukan kerana maksiat ) yang kebetulan
terputus bekalannya dalam perjalanan .
Perhatian :
Zakat tidak boleh dipindahkan dari negeri yang wajib dikeluarkan zakat ( iaitu
tempat harta itu ) selagimana masih wujud orang yang berhak menerimanya
di negeri tersebut walaupun ke negeri yang jaraknya dekat .
1.27.7
Golongan
Yang Tidak
Layak (Haram)
Menerima
Zakat
Lima golongan :
1. Orang Hartawan dan ada usahanya ( pekerjaan ) .
2. Hamba Belian / Tetap menjadi Hamba Sahaya .
3. Keturunan Bani Hasyim dan Bani Muttalib ( Keturunan Rasulullah SAW ) .
4. Orang Kafir .
5. Orang yang berada di bawah tanggungan si pemberi zakat spt isterinya ,
anaknya dsb .
- Isteri yang kaya dan hartanya wajib dikeluarkan zakat disunatkan memberikan
zakat hartanya itu kepada suaminya yang fakir .
Perhatian :
Memberi zakat kepada keluarga sendiri yang termasuk dalam salah satu
daripada golongan-golongan tersebut adalah diutamakan .
1.28
Haji
[45]
1.28.1
Syarat
Wajib Haji
1.28.2
Jenis Haji
( dan umrah )
1.28.3
Rukun Haji
Enam perkara :
1. Berniat ihram Haji .
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan Haji dan berihram aku dengannya
kerana Allah Taala
2. Wukuf ( berhenti ) di Padang Arafah mulai tergelincir matahari ( waktu Zohor )
9 Zulhijjah sampai terbit fajar pada 10 Zulhijjah .
3. Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali ( dinamakan tawaf rukun / ifadah)
4. Saei di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali .
5. Bercukur sekurang-kurangnya memotong 3 helai rambut .
6. Tertib bagi sebahagian rukun .
Perhatian :
1. Ihram ialah berniat masuk mengerjakan Haji atau Umrah dengan
mengenakan pakaian ihram iaitu pakaian yang bukan berkurung spt baju bagi
lelaki . Bagi perempuan , tak boleh memakai kaus .
2. Rukun-rukun Umrah adalah sama kecuali wukuf di Arafah .
3. Bagi orang yang sudah mengerjakan Saei selepas Tawaf Qudum , tidak
payah lagi bersaei selepas Tawaf Rukun ( Ifadah ) .
1.28.4
Perkara
Wajib Haji
Hukumnya : Jika tertinggal Hajinya sah , tetapi wajib membayar dam (denda)
Antara perkara wajib Haji ialah :
1. Ihram di miqat .
2. Bermalam di Muzdalifah .
3. Melontar Jamratul Aqabah .
4. Bermalam di Mina ( malam tasyrik iaitu 11 , 12 dan 13 Zulhijjah ) .
5. Melontar ketiga-tiga Jamrah ( Jamratul Ula , Wusta dan Aqabah ) pada hari
[46]
1.28.5
Perkara
Sunat Haji
Perhatian :
Wajib Umrah ialah niat ihram dari miqat dan tidak melakukan perbuatan yang
dilarang semasa berihram .
Antaranya ialah :
1. Mandi sebelum memakai pakaian ihram .
2. Solat sunat 2 rakaat sebelum memakai pakaian ihram .
3. Membaca talbiah sesudah ihram .
Lafaz talbiah ialah :
, ,
4. Berdoa sesudah membaca talbiah .
5. Mandi ketika hendak masuk kota Mekah dan ketika hendak wukuf di Padang
Arafah .
6. Mengerjakan Tawaf Qudum ( tawaf selamat datang ) .
7. Mengucup Hajarul Aswad / melambai sahaja atasnya .
8. Menyentuh / melambai pada sudut Yamani tanpa dikucup .
9. Membaca zikir dan doa ketika tawaf .
10. Solat sunat 2 rakaat sesudah tawaf .
11. Minum Air Zam-Zam sesudah solat sunat solat Tawaf .
12. Masuk ke dalam Kaabah kalau ada kesempatan .
13. Bermalam di Mina pada malam 9 Zulhijjah .
14. Berada di Arafah beberapa minit sesudah terbenam matahari .
15. Berada di Muzdalifah sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah .
16. Membanyakkan ucapan talbiah , zikir , doa , tahmid , tasbih dsb di
sepanjang masa mengerjakan Haji sehingga selesai .
17. Mengerjakan Haji dengan cara Haji Ifrad , iaitu mengerjakan Haji dahulu ,
kemudian barulah dikerjakan Umrah .
18. Ziarah ke makam Nabi SAW di Madinah , setelah selesai mengerjakan Haji .
Perhatian :
Sunat-sunat Umrah pula ialah Mandi sunat ihram ; Solat sunat ihram ;
Mengucup Hajarul Aswad ; Membaca talbiah dan Membaca doa-doa .
1.28.6
Perkara Yang
Membatalkan
Haji
Empat perkara :
1.28.7
Pembahagian
Miqat
1. Miqat Zamani
Bermaksud : Tempoh tertentu yang sah dilakukan ihram Haji ( dan Umrah ) .
i) Bagi Haji Mulai 1 Syawal hingga terbit fajar 10 Zulhijjah
( dinamakan bulan Haji ) .
ii) Bagi Umrah Sepanjang tahun kecuali pada hari-hari tasyrik dan ketika
mengerjakan ibadat Haji di Arafah sehingga selesai mengerjakan
[47]
[48]
1.28.10
Syarat Sah
Melontar ,
Tawaf & Saei
[49]
1.28.12
Jenis Dam
Dam ialah denda yang ditetapkan kerana melakukan kesalahan dalam masa
ihram Haji , sama ada kerana meninggalkan perkara-perkara wajib atau
membuat perkara yang dilarang .
Terbahagi kepada lima jenis :
1. Dam Tartib ( Tersusun ) dan Taqdir ( Ditentukan )
- Wajib dikeluarkan apabila melakukan atau meninggalkan perkara berikut :
a) Mengerjakan Haji Tamattu .
b) Mengerjakan Haji Qiran .
c) Tidak berihram dari miqat .
d) Tidak melontar jamrah .
e) Tidak bermalam di Muzdalifah .
f) Tidak bermalam di Mina .
g) Tidak mengerjakan Tawaf Wida .
- Dam yang dikenakan ialah : Menyembelih seekor kambing atau 1/7 daripada
lembu / unta . Sekiranya tidak mendapatinya hendaklah Berpuasa selama 10
hari ( 3 hari sewaktu Haji dan 7 hari apabila pulang ke tanah air ) .
[50]
1.29.1
Jenis
Sembelihan
[51]
1.29.2
Rukun &
Syarat Sah
Sembelihan
Tiga perkara :
a) Penyembelih , syarat-syaratnya ialah :1. Hendaklah orang Islam , atau ahli kitab ( yang berpegang dengan kitab Allah
selain Al-Quran iaitu orang Yahudi dan Nasrani ) , atau salah seorang datuk
neneknya menjadi ahli kitab sebelum berlakunya penyelewengan terhadap kitab
tersebut .
2. Sembelihan hanya diniatkan kerana Allah atau dengan nama Allah SWT.
b) Binatang Sembelihan , syarat-syaratnya ialah :1. Binatang yang halal dimakan .
2. Penyembelih dapat menangkap haiwan yang tidak mengalami kesakitan dan
kecederaan sebelum disembelih .
3. Putus halkum dan urat merih .
4. Memotong dengan cepat dan sekaligus .
c) Alat Sembelihan , syarat-syaratnya ialah :1. Alat itu boleh melukakan disebabkan ketajamannya seperti besi , tembaga ,
timah , kaca , batu dan yang seumpamanya .
2. Tidak menggunakan gigi ataupun kuku sebagai alat sembelihan .
Perhatian :
1. Sembelihan janin ( anak dalam perut ) cukup dengan sembelihan ibunya
melainkan jika didapati ia masih hidup , maka hendaklah disembelih .
2. Binatang yang sihat tetapi cedera dihempap runtuhan , diserang binatang
buas atau keracunan , ianya halal dimakan sekiranya sempat menyembelihnya
dalam keadaannya masih ada nyawa .
3. Mana-mana bahagian haiwan yang terpotong dalam keadaan ia masih hidup
, hukumnya adalah sama dengan hukum bangkai binatang tersebut , melainkan
bulunya yang boleh digunakan untuk alas tempat duduk , pakaian dan
selainnya.
4. Berburu dengan binatang yang mempunyai taring ( anjing perburuan ) atau
burung helang halal dimakan ( walaupun didapati haiwan itu sudah mati )
dengan syarat binatang tersebut sudah terlatih , apabila dapat menangkap
haiwan buruan itu tidak dimakannya dan hendaklah dibaca Basmalah sewaktu
melepaskannya .
5. Binatang yang ditembak dengan peluru yang terbuat dari besi , timah dan
lain-lainnya , ada yang berpendapat dibolehkan asal saja di waktu melepas
peluru itu disebut nama Allah , dan binatangnya halal dimakan setelah
disembelih .
1.29.3
Perkara Sunat
Sembelihan
Enam perkara :
1. Penyembelih hendaklah menajamkan mata alat sembelihannya .
2. Binatang itu dibaringkan ke sebelah rusuk kirinya ( mengiringkan kepalanya )
, juga membiarkan kaki kanannya bergerak setelah disembelih kecuali unta
yang disembelih dalam keadaan berdiri dengan digantungkan betis kiri kaki
belakangnya .
[52]
1.30
Korban
( Udhiyyah )
1.30.1
Waktu
Sembelihan
Korban
Waktu Paling Afdhal : Bermula selepas terbit matahari pada pagi Hari Raya
Aidil Adha ( 10 Zulhijjah ) sekadar sempat ditunaikan solat sunat hariraya dan
dua khutbah yang ringkas .
- Kemudian berterusan waktunya pada 11 , 12 Zulhijjah dan berakhir ketika
terbenamnya matahari tanggal 13 Zulhijjah .
- Maka tidak sah korban , sesiapa yang menyembelih korban pada selain waktu
tersebut ( termasuk sebelum berlalu sekadar dua solat hari raya dan dua
khutbah ringkas ) . Dagingnya itu akan menjadi daging biasa yang boleh
diberikan kepada ahli rumahnya dan tidak dikira sebagai ibadat .
Perhatian :
1. Mengikut pendapat Imam Nawawi , makruh hukumnya melaksanakan korban
pada waktu malam .
2. Disyaratkan berniat ketika menyembelih binatang korban , tetapi harus
mendahulukan niat sebelum waktu menyembelih , iaitu dengan menyertakan
niat ketika iqrar tayin walaupun tidak berniat ketika menyembelih sudah
memadai . Ini sepertimana harus mendahulukan niat zakat sebelum
mengagihkan zakat . Namun begitu , tidak memadai hanya tayin sahaja tanpa
niat .
3. Hendaklah yang berkorban itu sendiri ( sebaik-baiknya ) menyembelihnya
dengan niat bahawa itu adalah udhiyyahnya .
4. Harus mewakilkan kepada orang lain untuk menyembelih . Wakil tidak perlu
berniat dan tidak disyaratkan mengetahui sembelihan untuk apa .
5. Andaikata berwakil , maka memadailah kalau diniatkannya tatkala awal
memotong korban itu dan juga sewaktu menyerahkan binatang itu kepada yang
akan menyembelihnya . Sunat baginya hadir ketika penyembelihan dilakukan .
6. Menurut Syeikh Muhammad bin Sulaiman : Harus mewakilkan pembelian
binatang untuk korban di negara lain , penyembelihan binatang itu dan
pengagihan dagingnya kepada orang miskin negara itu .
- Walaubagaimanapun , orang yang melakukan korban di negara lain wajib
menyerahkan niat kepada wakilnya .
1.30.2
Jenis Binatang
[53]
1.30.3
Syarat
Binatang
Korban
1.30.4
Perkara Sunat
Sembelihan
Korban
1.30.5
Pembahagian
Daging
Korban
[54]
1.31
Aqiqah
1.31.1
Waktu
Sembelihan
Aqiqah
1.31.2
Syarat
Binatang
Aqiqah
1.31.3
Perbezaan
Antara Aqiqah
Dengan
Korban
kepada orang bukan Islam . Yang masyhur dalam mazhab Syafie adalah tidak
dibolehkan kerana korban adalah ketaatan untuk mendekatkan diri kepada
Allah SWT .
5. Harus bagi fakir menjual , menghadiah , bersedekah dsbnya terhadap daging
korban yang diterimanya , tetapi tidak harus memberikannya kepada orang kafir
6. Haram hukumnya memindahkan daging korban dari negara yang melakukan
korban ke negara lain .
Ertinya : Binatang yang disembelih untuk bayi sewaktu mencukur rambutnya .
Hukumnya : Sunat Muakkad , bagi wali yang mendapat anak , baik lelaki
ataupun perempuan .
Perhatian :
Mengikut pendapat Ibn Hajar Al-Haithami , aqiqah sunat juga pada bayi yang
keguguran . Adapun yang belum diberi roh , tidak disunatkan .
Waktu Diharuskan : Bermula dengan keluarnya semua tubuh bayi dari dalam
perut ibunya dengan sempurna .
Waktu Sunat yang dituntut : Melakukan aqiqah pada hari ke-7 daripada
kelahirannya ( afdhalnya selepas terbit matahari ) . Jika tak dapat , pada hari
ke-14 atau ke-21 hari kelahirannya .
- Waktu sunatnya berterusan sehingga balighnya bayi itu . Setelah baligh ,
bapanya tidak lagi dituntut melakukannya dan lebih baik ( sunat ) dia
melakukannya untuk dirinya sendiri sebagai memenuhi perkara yang telah
tertinggal .
Perhatian :
1. Sunat diazankan pada telinga kanan bayi setelah dia dilahirkan dan
diiqamatkan pada telinga kirinya . Disunatkan juga membelah mulut bayi
( tahnik ) dengan buah kurma atau sesuatu yang manis spt gula dan madu
lebah oleh orang soleh dan bertaqwa .
2. Sunnah menetapkan , bagi wali menyembelih seekor kambing sama ada bagi
aqiqah lelaki atau aqiqah perempuan . Tetapi yang lebih afdhal ialah 2 ekor
kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan .
3. Pada hari yang ke-7 sesudah penyembelihan aqiqah , disunatkan juga anak
itu diberi nama yang baik , dicukur kepalanya dan disedekahkan emas atau
perak mengikut kadar berat rambutnya . Disunatkan juga untuk dikhatankan
sekiranya dilihat oleh tukang khatan , anak itu mampu dan dia tidak sakit
( Berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan di sisi ulama mazhab
Syafie ) .
Agar aqiqah yang dilakukan mendapat pahala , disyariatkan sama seperti syarat
korban dari sudut jenis , umur dan selamatnya binatang itu daripada kecacatan
yang menyebabkan kurangnya daging .
Empat perkara :
1. Daging aqiqah tidak wajib bersedekah daging yang mentah , berbeza dengan
daging korban yang wajib disedekahkan walaupun sedikit .
2. Daging aqiqah disunatkan dimasak dalam semua kenduri dan disedekahkan
dalam bentuk yang telah dimasak . Berbeza dengan korban yang disedekahkan
dalam bentuk yang mentah . Aqiqah juga sunat dimasak dengan benda manis
dengan harapan akhlak anak itu menjadi mulia .
3. Disunatkan selagi boleh agar tulangnya tidak dipatahkan . Bahkan ia hanya
dipotong pada sendinya sahaja dengan harapan agar anggota anak itu selamat
dan baik .
[55]
1.32
Makanan &
Minuman
1.32.1
Penentuan
Hukum
Makanan
Dalam Islam
Dari Sudut
Halal Dan
Haramnya
Perhatian :
Menurut pendapat yang muktamad oleh Syeikh Ibn Hajar , aqiqah yang wajib
( dengan nazar atau tayin ) wajib menyedekahkan semuanya dalam keadaan
mentah .
Hukum Asal : Adalah halal dan boleh dimakan / diminum berdasarkan umum
Firman Allah SWT ( yang bermaksud ) : Dialah ( Allah ) yang menjadikan
untuk kamu apa yang ada di bumi kesemuanya . ( Al-Baqarah : 29 )
- Walaubagaimanapun , perkara yang disebutkan pengharamannya oleh dalil
yang lain adalah dikecualikan daripada umum ayat di atas .
Tertegak di atas tiga prinsip berikut :
a) Semua haiwan yang dimakan oleh bangsa Arab ( diterima oleh jiwa
mereka yang bersih ) di zaman Nabi SAW sewaktu mereka dalam keadaan
senang ( banyak makanan ) dan mewah adalah halal .
Termasuk dalam bahagian ini ialah :1. Setiap haiwan yang hidup hanya dalam lautan ; iaitu ikan dan pelbagai jenis
dan namanya adalah halal kerana orang Arab memakan semua ini . Syariat
turut mengakui halalnya .
2. Binatang ternakan ; iaitu unta , lembu , kambing , kuda , seladang , kuda
belang , kijang , arnab dsbnya yang dimakan oleh bangsa Arab bahkan terdapat
nas syarak yang menghalalkannya ( kecuali baghal dan keldai peliharaan
kampong ) .
b) Binatang buas yang diharamkan ialah setiap binatang buas yang memiliki
taring yang kuat digunakan untuk menangkap mangsanya spt anjing , babi ,
serigala , beruang , kucing , gajah , harimau , kera dan seumpamanya .
- Diharamkan juga setiap burung yang memiliki kuku kuat yang digunakan untuk
mencakar dan boleh mencederakan spt burung garuda , rajawali / ering ,
burung helang dll .
c) Diharamkan juga memakan setiap haiwan yang disunatkan
membunuhnya spt ular , kala jengking , burung gagak , burung helang , tikus
dan setiap haiwan yang jelas merbahaya .
1.32.2
Pembahagian
Makanan
Yang Halal
Dan Haram
[56]
[57]
1.32.3
Minuman
Yang
Diharamkan
1.33
Pakaian &
Perhiasan
Hukum Asal : Hukum asal bagi pakaian dan perhiasan sama ada yang berada
pada tubuh badan , pakaian atau tempat tinggal adalah halal dan dibenarkan ,
kecuali apa yang dikecualikan dengan nas-nas yang khusus .
1.33.1
Penggunaan
Emas & Perak
Hukumnya : Haram menggunakan emas dan perak kecuali dalam jual beli dan
yang seumpamanya .
Penggunaan Bekas Yang Ditampal Dengan Emas Dan Perak :
- Diharamkan secara mutlak menggunakan bekas-bekas yang ditampal dengan
emas sama ada tampalan itu besar ataupun kecil . Juga sama ada ia
ditampalkan pada tempat yang digunakan ataupun selainnya .
- Manakala bekas yang ditampal dengan perak , sekiranya tampalan itu besar
dan dilakukan tanpa keperluan ( hajat ) , maka ia adalah haram . Sekiranya ia
kecil ataupun besar dan dilakukan kerana keperluan ( hajat ) maka ia
dibenarkan sama ada tampalan itu di tempat yang digunakan ataupun
selainnya.
Penggunaan Bekas Yang Disalut Dengan Emas Dan Perak :
- Saduran / salutan ( iaitu dengan cara mengecatnya ) dengan emas dan perak ,
sekiranya sedikit ( sekira-kira apabila dipanaskan di atas api tidak menghasilkan
sesuatupun ) maka ia adalah halal .
- Sekiranya ia banyak , maka ia adalah haram .
Penggunaan Bekas Yang Dibuat Daripada Bahan Galian Yang Berharga :
- Dibenarkan menggunakan bekas-bekas yang dibuat daripada bahan galian
yang berharga selain daripada emas dan perak spt intan berlian , mutiara , batu
delima ( permata merah ) , zamrud ( permata hijau ) , kaca dsbnya kerana tidak
ada nas yang melarangnya .
Tiga Perkara Yang Dikecualikan Daripada Pengharaman Ini :
1. Wanita menggunakan emas dan perak sebagai bahan perhiasan dengan
kadar yang sewajarnya tanpa melampau dan berlebihan . Sama ada wanita
yang telah berkahwin ataupun belum , kecil ataupun besar , kaya ataupun
miskin .
2. Cincin perak kerana telah sahih bahawa Nabi SAW telah menggunakannya
( dipakai di kelingking kanan atau kiri ) .
3. Keadaan darurat dan terpaksa iaitu apabila tiada bekas kecuali bekas emas
[58]
1.33.2
Penggunaan
Sutera
1.33.3
Bentuk
Perhiasan
Lain Yang
Diharamkan
( Bagi Lelaki &
Perempuan )
Antaranya ialah :
1. Menginaikan ( celup warna ) rambut kepala ( uban ) dan janggut dengan
warna hitam.
2. Menyambung rambut dengan rambut lain sama ada janda atau yang telah
berkahwin , untuk berhias atau selainnya .
- Mengenai menyambungkan rambut dengan benang sutera dan seumpamanya
yang tidak menyerupai rambut , maka ia diharuskan dan tidak dilarang kerana ia
tidak termasuk hukum menyambung rambut yang dilarang . Ia hanya untuk
perhiasan .
3. Membuat Tatto , mencabut bulu rambut di wajah ( kening ) , mengikir
( merata dan menjarakkan gigi kacip dan geraham dengan alat kikir dan
seumpamanya ) .
- Dikecualikan mencabut bulu yang tumbuh di muka wanita yang berupa janggut
dan misai , bahkan disunatkan mencabutnya kerana larangan hanyalah pada
kening dan rambut yang berada di sekeliling wajah . Begitu juga apabila dicukur
atas sebab perubatan ataupun keaiban yang ada pada gigi .
4. Lelaki yang menyerupai ( meniru ) perempuan dan perempuan yang
menyerupai lelaki sama ada dalam bentuk pakaian , perhiasan , percakapan ,
cara berjalan , penampilan diri dan beberapa sifat kebiasaan bagi lelaki ataupun
perempuan .
[59]
1.34
Seni &
Hiburan
Dalam Islam
Perhatian :
1. Haram bagi lelaki memakai pakaian atau kain yang dicelup kuning tua atau
kuning muda dengan bahan celup atau kunyit dsbnya .
2. Lelaki yang memakai kain sarung , seluar yang melewati dari mata kaki
hingga menyeret atau memakai pakaian yang kasar sekali , hukumnya makruh .
Tetapi jika pemakaian sarung / seluar yang panjangnya melewati mata kaki
dengan maksud berlagak sombong , maka hukumnya haram .
3. Haram juga bagi lelaki memakai inai yang tidak ada keperluannya apa-apa
jua .
Hukumnya : Hiburan merupakan satu fitrah yang disukai oleh semua manusia
untuk menghiburkan hati mereka .
- Hukumnya berbeza bergantung kepada jenis hiburan tersebut :1. Harus Hiburan yang memberi kebaikan kepada individu dan masyarakat
spt pertandingan memanah , permainan yang berfaedah dan apa sahaja
hiburan yang diterima baik oleh rasional manusia .
2. Makruh Hiburan yang tidak memberi apa-apa kesan yang baik atau buruk
kepada manusia spt berada dalam majlis yang penuh gurauan , jenaka dan
perkara-perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa .
3. Haram Hiburan yang memberi kesan buruk kepada individu dan
masyarakat spt keterlaluan berhibur sehingga mengabaikan tanggungjawabnya
spt solat , bekerja mencari rezeki atau mengabaikan aspek akhlak dalam
pergaulan dengan orang lain .
- Demikian juga dengan majlis nyanyian yang disertakan dengan dendangan
alat muzik yang diharamkan atau disertai oleh wanita dan pelayan .
1.34.1
Syarat Umum
Seni &
Hiburan Yang
Diharuskan
Antaranya ialah :
1. Tidak meninggalkan ibadah asas spt solat , puasa dsbnya .
2. Tidak berlebihan sehingga meninggalkan pekerjaan utama spt mencari rezeki
, belajar dan seumpamanya .
3. Tidak melibatkan perkara haram spt perjudian , pertaruhan , undi nasib dll.
4. Tidak wujud penipuan .
5. Menutup aurat .
6. Menjaga batas-batas pergaulan .
7. Tidak membahayakan tubuh badan , nyawa dan minda spt tinju .
8. Tidak merendahkan kehormatan manusia atau menghinanya atau
menjadikannya bahan ketawa .
9.Tidak membuang masa disebabkan permainan / sukan yang terlalu lama .
10. Tidak membazir wang untuk sukan dan peralatan yang terlalu mahal .
11. Tidak menzalimi dan menyakitkan binatang spt menyabung ayam / lembu.
12. Tidak menggunakan sihir .
[60]
1.34.3
Permainan
Dengan
Ketangkasan /
Pertarungan
& Olahraga
Hukumnya : Ia membabitkan beberapa jenis pertarungan :a) Apa sahaja pertarungan yang tidak membahayakan tubuh badan , boleh
melatih manusia menjadi kuat dan mahir menggunakan senjata serta
mempertahankan diri adalah dibenarkan .
b) Apa sahaja pertarungan yang membahayakan tubuh badan spt melukakan ,
mematahkan tulang atau menghilangkan keupayaan adalah haram . Cthnya
gusti , tinju dsbnya . Namun dikecualikan pertarungan yang dilakukan dengan
kaedah tertentu yang boleh menjamin tidak berlaku kecelakaan kepada keduadua pihak .
Antara permainannya ialah :
1. Berenang , dengan syarat menutup aurat dan bagi perempuan mestilah
tertutup dari pandangan lelaki .
2. Bola sepak , dengan beberapa syarat :(a) Tidak sampai melalaikan dari tanggungjawab dan kewajipan .
(b) Menjunjung tinggi kod etika yang disepakati .
(c) Tidak melakukan praktik kekerasan terhadap pihak lawan .
(d) Hakimnya mestilah adil .
3. Berlumba Lari .
4. Menunggang Kuda .
5. Memanah , dengan syarat tidak menjadikan binatang sebagai sasaran .
6. Seni Mempertahankan Diri spt silat , taekwando dsbnya .
7. Bergusti .
8. Bermain Pedang .
1.34.4
Hiburan
Permainan
Otak / Minda
Hukumnya : Dinilai berdasarkan kaedah seperti berikut :a) Setiap permainan yang bergantung kepada kemahiran berfikir dan
pengamatan adalah dibenarkan . Persoalan halal atau makruh permainan ini
bergantung kepada sejauh mana ia menyebabkan kelekaan pemain . Cthnya
permainan catur dsbnya .
b) Permainan yang berdasarkan nasib dan yang membantutkan akal fikiran spt
permainan dadu , terup dsbnya adalah haram .
Antara permainannya ialah :
1. Bermain catur , dengan 3 syarat :(a) Tidak melewatkan solat dari waktunya .
(b) Tidak ada unsur perjudian .
[61]
1.34.5
Hiburan
Dengan
Berburu
Binatang
1.34.6
Menonton
Filem / Drama
/ Teater
1.34.7
Seni
Nyanyian &
Muzik
(c) Pemain catur mesti menjaga lidahnya dari kata-kata kotor , lucah dan buruk .
2. Game Kartun , dengan beberapa syarat :(a) Harus memiliki misi pendidikan yang bermanfaat bagi anak-anak dan
mampu meningkatkan kualiti pemikiran , wawasan agama serta moral mereka .
(b) Muatan pengetahuan dalam game ini harus sesuai dengan syariat .
(c) Game ini jangan sampai menjadi keutamaan dalam kehidupan anak-anak .
3. Game Komputer , dengan beberapa syarat :(a) Muatan yang akan dicerna oleh anak-anak tidak mengandungi hal yang
bertentangan dengan nilai-nilai agama , akhlak , kebudayaan dan peradaban
umat Islam .
(b) Tidak membiarkan anak tenggelam dalam game ini secara berlebihan
sehingga menghabiskan waktunya dengan meninggalkan hal lain yang lebih
penting .
(c) Sentiasa menjaga kesihatan mereka serta kestabilan pancaindera mereka
dari segala kesan game ini .
Hukumnya : Harus , dengan beberapa syarat :(a) Pemburunya adalah Muslim / ahli kitab / seseorang yang dianggap sama
dengan ahli kitab spt Majusi dan Shabi .
(b) Tidak menyia-nyiakan hasil buruan dengan membunuhnya tanpa rencana
untuk memanfaatkannya .
(c) Orang yang berburu tidak berada dalam keadaan ihram ( haji atau umrah )
(d) Tidak mengganggu haiwan yang berada di sekitar kota Mekah sama ada
haiwan di darat atau burung di angkasa .
(e) Binatang buruan adalah binatang yang halal dimakan .
(f) Alat yang digunakan mestilah tajam . Jika binatang yang digunakan mestilah
terlatih dan disebut nama Allah ketika melepaskannya .
Hukumnya : Harus , dengan beberapa syarat :(a) Tayangan itu bersih dari segala macam hal-hal yang lucah dan haram ,
segala yang bertentangan dengan akidah Islam , syariat-syariatnya dan adab
susilanya .
(b) Penontonnya tidak meremehkan daripada menunaikan kewajipan agama
atau kewajipan dunia .
(c) Penonton atau pengunjungnya menjauhkan diri daripada berhimpit dan
percampuran antara lelaki dengan perempuan .
Hukumnya : Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi :- Islam membolehkan nyanyian selama ia tidak mengandungi kata-kata yang
kotor , cabul dan yang menghasut kepada perbuatan dosa dan maksiat . Tidak
mengapa jika diringi dengan alat-alat muzik yang tidak membangkitkan nafsu .
- Kerana nas-nas yang dijadikan dalil oleh orang yang mengatakan haramnya
nyanyian itu mungkin sahih , tetapi tidak jelas , atau jelas tetapi tidak sahih , dan
tidak ada satu pun hadis yang marfu ( sampai ) pada Rasulullah SAW yang
layak diguna sebagai dalil untuk mengharamkannya . Dan seluruh hadis yang
mereka pergunakan itu didhaifkan ( dilemahkan ) oleh golongan Zhahiriyah ,
Malikiyah , Hanabilah dan Syafieyah .
- Walaubagaimanapun , beberapa syarat patut dipatuhi dalam mendengar
nyanyian dan muzik , antaranya :(a) Tema dan isinya mesti sesuai dengan adab dan ajaran Islam .
(b) Penampilan dan gaya nyanyian mesti dijaga agar tidak membangkitkan
rangsangan nafsu dan syahwat .
(c) Lagu-lagu itu tidak boleh disertai dengan perbuatan yang diharamkan spt
minum khamar , tabarruj ( menampakkan aurat ) , tarian dan perbuatan lucah
atau pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batasan .
[62]
1.34.8
Seni Tarian &
Tepuk Tangan
1.34.9
Seni Lawak &
Komedi
Hukum Asal : Harus , tetapi terikat dengan syarat-syarat yang mesti dijaga ,
antaranya :1. Senyum dan tawa itu tidak menjadi alat untuk berbohong dan berdusta .
2. Tidak bernada penghinaan kepada seseorang atau meremehkan atau
mengolok-olokkan , kecuali dengan keizinan dan keredhaannya .
3. Tidak menimbulkan ketakutan terhadap orang Muslim .
4. Tidak bergurau pada situasi yang serius , dan jangan mentertawa pada
suasana yang mengharukan .
5. Gurauan itu dalam batas yang diterima oleh fitrah dan akal yang sihat serta
bersesuaian dengan masyarakat yang positif yang bekerja secara aktif .
1.34.10
Seni
Lukis &
Fotografi
Seni Lukis :
Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi juga ; Segala sesuatu yang berkaitan
dengan membuat gambar dan melukis yang dilarang adalah tertuju pada
gambar-gambar yang dipahat atau dilukis .
Kesimpulan tentang gambar dan para pelukisnya yang boleh dibuat
( berdasarkan tingkatan dosa ) ialah :1. Haram yang paling berat dosanya yang boleh jatuh kepada kafir bagi
pembuatnya ( pemahatnya ) apabila mengetahui tujuan dan sengaja
melakukannya Sekiranya ia adalah gambar sesuatu yang disembah selain
Allah SWT . Dalam hal ini , gambar yang berjisim itu lebih berat lagi dosanya .
2. Tingkatan kedua dalam besar dosanya - Adalah orang yang menggambarkan
sesuatu yang tidak disembah , tetapi bermaksud untuk menyerupai ciptaan
Allah SWT . Ini mendekati kekufuran dan berkait erat dengan niat orang
tersebut .
[63]
1.35
Pengurusan
Jenazah
Fotografi :
Fotografi yang diambil dengan kamera , bagi para ulama yang berpendapat
bahawa larangan membuat gambar hanya berlaku bagi pembuatan patungpatung yang berjisim , maka mereka sama sekali tidak memandang adanya
larangan pembuatan gambar-gambar dan foto terutama gambar yang tidak
sempurna ( satu badan ) .
Maka , pada dasarnya fotografi adalah boleh , selama tidak mengandungi
persoalan gambar yang jelas diharamkan , antaranya ialah :(a) Gambar wanita telanjang atau separuh telanjang .
(b) Menampakkan bahagian-bahagian tubuh wanita yang merangsang syahwat.
(c) Foto atau gambar orang kafir , zalim ,dan fasiq .
(d) Gambar yang melambangkan kekafiran spt simbol-simbol , berhala-berhala
dll .
Hukumnya : Fardhu Kifayah .
Lima Kewajipan Terhadap Mayat :
1. Memandikan mayat
- Sekurang-kurangnya dihilangkan semua najis yang mungkin ada pada
tubuhnya kemudian diratakan air ke seluruh badannya .
- Cara yang sempurna : Pertama ; mayat diletakkan di tempat yang tinggi ,
Kedua ; dikeluarkan najis , dibasuh kedua-dua kemaluannya ( qubul dan dubur )
, mulut dan kedua-dua lubang hidung dibersihkan dan diambil wuduk untuknya .
Ketiga ; Kepala dan mukanya dibasuh dengan sabun . Rambutnya disikat .
Keempat ; Dibasuh dengan sempurna semua bahagian kanan bermula dengan
anggota selepas mukanya ( bahagian hadapan ) dan bahagian kiri , juga
bermula dengan anggota selepas mukanya . Kemudian bahagian kanan
bermula dengan bahagian tengkoknya ( bahagian belakang ) dan sebelah kiri ,
[64]
Kedudukan Jenazah :
Jenazah lelaki : Kepalanya di sebelah kiri Imam .
Jenazah perempuan : Kepalanya di sebelah kanan Imam .
Kedudukan Imam :
Lelaki : Imam berdiri bertentangan dengan kepala jenazah .
Perempuan : Imam berdiri bertentangan dengan pinggang jenazah .
[65]
1.35.3
Rukun
Solat Jenazah
Lima perkara :
1. Mayat sudah dimandi dan dikafankan .
2.Meletakkan mayat di sebelah kiblat orang yang akan menyembahyangkannya
, kecuali jika solat dilakukan di atas kubur atau solat ghaib .
3. Menutup aurat .
4. Suci daripada hadas dan najis .
5. Menghadap kiblat .
Tujuh perkara :
1.
Berdiri betul bagi yang berkuasa .
2.
Niat .
- Bagi dewasa :
Maksudnya : Sahaja aku solat atas mayat empat takbir fardhu kifayah
( imam / makmum ) kerana Allah Taala
- Bagi kanak-kanak :
3.
4.
5.
6.
7.
Perhatian :
Disunatkan membaca doa pada takbir yang keempat sebelum memberi salam .
1.35.4
Waktu
Larangan
Pengebumian
Jenazah
Empat waktu :
1. Matahari sedang terbit .
2. Matahari di tengah langit sampai tergelincir .
3. Matahari hampir terbenam .
4. Tengah malam .
1.35.5
Cara
Pengebumian
Jenazah
Antara caranya :
1. Jenazah Muslim tidak dikuburkan bersama mayat orang kafir atau sebaliknya
2. Disunatkan menguburkan jenazah di kawasan perkuburan .
3. Para syuhada hendaklah dikuburkan di medan peperangan iaitu tempat
mereka syahid dan tidak boleh dipindahkan di tempat lain .
4. Boleh dikuburkan jenazah pada malam hari .
5. Jenazah dibawa ke kubur dengan menggunakan pengusung 4 penjuru .
6. Bagi orang yang melihat jenazah diusung ke perkuburan , disunatkan ia
berdiri sehingga mayat itu hilang daripada pandangannya .
7. Seelok-eloknya hendaklah lubang kubur itu luas dan dalam , lebih kurang 6
kaki dalamnya .
8. Hendaklah menguburkan setiap satu jenazah untuk satu lubang . Tetapi ,
sekiranya keadaan darurat atau terdesak , boleh menguburkan dua jenazah
atau lebih dalam satu lubang kubur .
9. Mengumpulkan beberapa jenazah yang mempunyai hubungan kerabat
[66]
Ihsan ialah melakukan setiap ibadat dan pekerjaan berasaskan ilmu dan
kefahaman yang betul dengan cara yang terbaik mengikut peraturan serta
ikhlas semata-mata kerana Allah SWT .
1.36.1
Ilmu Tasawuf
1.36.2
Tarekat
& Guru
Mursyid
Erti Tarekat : Satu bentuk disiplin atau jalan dalam perjalanan kerohanian
yang diambil oleh ahli sufi dengan bimbingan seorang guru yang telah
mencapai makrifah . Guru ini disebut Sheikh mursyid .
- Tarekat adalah amalan-amalan berbentuk zikir-zikir , wirid , selawat dan
seumpamanya yang perlu diamalkan pada setiap hari dalam jumlah tertentu .
Begitu juga sifat-sifat mazmumah yang perlu ditinggalkan .
Hukumnya : Mengikut tarekat tidak wajib tetapi membersihkan hati adalah
wajib . Membersihkan hati tanpa bimbingan guru adalah suatu yang sukar .
- Tarekat seperti juga mazhab dalam fikah ( mazhab Maliki , Syafie , Hambali ,
Hanafi ) diwujudkan oleh para ulama bagi memudahkan umat memahami dan
mengamalkannya .
Perhatian :
1. Ahli sufi yang menjalani jalan tarekat biasanya dipanggil salik .
2. Tarekat hendaklah dengan Al-Quran dan Sunnah iaitu berlandaskan syariat .
Mereka yang tidak berlandaskan 2 sumber tersebut adalah tarekat yang sesat
atau sufi palsu .
[67]
1.36.3
Akhlak
Mahmudah &
Mazmumah
1.36.4
Peringkat
Nafsu
Manusia
[68]
[69]
- Nabi Muhammad SAW diutuskan adalah untuk memberi contoh dan teladan
yang terbaik dalam kehidupan seharian .
- Keampuhan dan kekuatan Islam dan tamadun Islam ketika zaman Nabi SAW
dan para sahabat sebenarnya terletak pada adab , akhlak dan peribadi umat
Islam yang tidak ada bandingannya sehingga menjadikan Islam berkembang
dan tersebar ke seluruh pelusuk dunia .
- Adab mencakupi banyak perkara dari masalah agama dan dunia sekaligus .
Ini kerana ibadah ada adabnya , begitu juga pergaulan dengan sesama
manusia , keluarga dan anak-anak ( termasuk beradab dengan haiwan dan
tumbuh-tumbuhan ) .
- Ada adab yang sifatnya sunat , makruh , haram dan harus .
- Antara adab-adab dalam kehidupan seorang Muslim ialah :1. Adab terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya .
2. Adab antara anak dan kedua ibubapa serta kaum kerabat .
3. Adab antara suami dan isteri .
4. Adab antara orang gaji dan majikan .
5. Adab antara murid dan guru .
6. Adab antara rakyat dan pemimpin .
Termasuklah adab-adab dalam kehidupan sehariannya spt :Adab tidur ; masuk dan keluar tandas ; bersugi , berwuduk ; mandi ; berpakaian
; makan dan minum ; menjaga kebersihan diri dan rumahtangga ; ketika berada
di luar rumah ; berjiran ; bermasyarakat ; bertamu ; berziarah ; menziarahi
orang sakit ; memberi salam ; duduk di tepi jalan ; berhibur ; bermain dan
bersukan ; menuntut ilmu ; berbicara ; bergaul dan berkawan ; berdoa ;
membaca Al-Quran ; masuk , berada dan keluar masjid ; bermusafir ;
menunaikan solat ; berpuasa ; bersedekah ; berhaji ; berhari raya ; berdakwah
dsbnya .
- Kesimpulannya , Islam adalah suatu ajaran yang sangat menitik-beratkan
akhlak mahmudah dan penuh dengan adab kesopanan yang luhur dan indah .
[70]
KOD 02
( SILA RUJUK BUKU LAPORAN IMAM REMAJA )
KOD: 03
MENGHAFAZ SURAH LAZIM
3.1
Surah
Al- Fatihah
3.2
Surah
An-Nas
[71]
3.3
Surah
Al-Falaq
3.4
Surah
Al-Ikhlas
3.5
Surah
Al-Lahab
[72]
3.6
Surah
An-Nasr
3.7
Surah
Al-Kafirun
3.8
Surah
Al-Kauthar
[73]
3.9
Surah
Al-Maun
3.10
Surah Quraisy
[74]
3.11
Surah
Al-Fil
3.12
Surah
Al-Humazah
[75]
3.13
Surah
Al-Asr
3.14
Surah
At-Takathur
[76]
3.16
Surah
Al-Adiyah
[77]
3.18
Surah
Al-Bayyinah
[78]
3.19
Surah
Al-Qadar
[79]
[80]
3.22
Surah
Al-Insyirah
[81]
RENUNGAN BERSAMA
Sabda Nabi SAW :
Maksudnya : " Orang yang terbaik daripada kalangan kamu ialah orang yang
belajar Al-Quran dan mengajarnya " .
( HR Al-Bukhari dan Muslim )
[82]
KOD: 04
MENGHAFAZ DOA & BACAAN
( BERKAITAN DENGAN SOLAT )
4.1
Doa
Selepas
Wuduk
4.2
Doa
Selepas
Azan
4.3
Doa Iftitah
4.4
Doa
Antara
Dua Sujud
[83]
4.6
Bacaan
Tahiyyat Akhir
[84]
4.8
Bacaan Sujud
Sahwi
KOD: 05
MENGHAFAZ ZIKIR SELEPAS SOLAT
5.1
Bacaan
Istighfar
( 3 kali )
5.2
Bacaan
Kalimah
Tauhid
( HR AlBukhari &
Muslim )
5.3
Mohon
Perlindungan
(HR Abu Daud
& An-Nasai)
( 7 kali )
5.4
Bacaan
Keselamatan
.
[85]
5.6
Surah
Al-Baqarah :
Ayat 1 - 5
[86]
5.8
Surah
Al-Baqarah :
Ayat 256
5.9
Surah
Al-Baqarah :
Ayat 284
[87]
5.11
Surah
Al-Baqarah :
Ayat 286
5.12
Surah
Ali Imran :
Ayat 18 - 19
[88]
5.14
Surah
Ali Imran :
Ayat 27
5.15
Bacaan
Tasbih ,
Tahmid ,
Takbir & Tahlil
( 33 kali )
( 33 kali )
( 33 kali )
[89]
5.16
Bacaan
Hauqolah
[90]
KOD: 06
MENGHAFAZ DOA PILIHAN SELEPAS SOLAT
6.1
Doa
Penghulu
Istighfar
( HR
Al-Bukhari )
6.2
Doa Sentiasa
Mengingati &
Mensyukuri
Nikmat Allah
6.3
Doa Memohon
Hidayah &
Ketaqwaan
( HR Muslim )
6.4
Doa Selamat
[91]
6.7
Doa Memohon
Keredhaan &
Dijauhkan
Kemurkaan
Allah
6.8
Doa Menurut
Jejak Langkah
Nabi
Muhammad
SAW
6.9
Doa Memohon
Keampunan
Ibu bapa
[92]
6.12
Doa Agar
Sentiasa
Mendirikan
Solat
( Ayat 40 14
Surah
Ibrahim )
6.13
Doa Untuk
Keampunan
Dari
Kezaliman
( Ayat 23
Surah
Al-Araf )
6.14
Doa Untuk
Kebaikan
Dunia &
Akhirat
( Ayat 201
Surah
Al-Baqarah )
[93]
KOD: 07
MENGHAFAZ DOA HARIAN
7.4
Doa
Masuk Tandas
7.2
Doa
Keluar Tandas
7.3
Doa Memakai
Pakaian
7.4
Doa
Menanggalkan
Pakaian
7.5
Doa
Bercermin
Muka
7.6
Doa
Masuk Rumah
7.7
Doa
Keluar Rumah
7.8
Doa
Masuk Masjid
[94]
7.13
Doa
Memulakan
Pelajaran
7.14
Doa
Kifarah Majlis
7.15
Doa Memohon
Keredhaan
Allah
7.16
Doa Memohon
Perlindungan
7.47
Doa
Sebelum Tidur
[95]
KOD: 08
MENGHAFAZ DOA BERKAITAN SOLAT JENAZAH
8.1
Bacaan Lengkap
Doa Solat
Jenazah Lelaki /
Perempuan
( Doa Rukun )
8.2
Bacaan Lengkap
Doa Solat
Jenazah kanakKanak Lelaki /
Perempuan
[96]
8.4
Bacaan Doa
Selepas Solat
Jenazah Lelaki /
Perempuan
[97]
BAHAGIAN B
( PERKARA TAMBAHAN )
KOD 09 KOD 11
( SILA RUJUK BUKU LAPORAN IMAM REMAJA )
KOD: 21
MENGHAFAZ DOA & BACAAN TAMBAHAN
( DALAM SOLAT )
12.1
Doa
Tambahan
Ketika Rukuk
12.2
Doa
Tambahan
Ketika Iktidal
12.3
Doa Qunut
Nazilah
[98]
12.5
Doa Sebelum
Salam
[99]
KOD: 13
MENGHAFAZ ZIKIR PILIHAN
13.1
Zikir
Asmaul Husna
[100]
13.2
Zikir Munajat
[101]
[102]
13.3
Zikir Mathurat
Sughra /
Manzil
[103]
KOD: 14
MENGHAFAZ DOA KHUSUS
( BERKAITAN DENGAN KEHIDUPAN )
14.1
Doa
Masuk Pasar
14.2
Doa
Menziarahi
Orang Sakit
14.3
Doa
Ziarah Kubur
7 kali
14.4
Doa
Melihat Hujan
14.5
Doa
Mendengar
Guruh / Petir
[104]
14.9
Doa Ketika
Ditimpa
Musibah
14.10
Doa
Murah Rezeki
[105]
KOD: 15
MENGHAFAZ DOA KHUSUS
( BERKAITAN DENGAN SOLAT SUNAT & MAJLIS KEAGAMAAN )
15.1
Doa
Solat Sunat
Dhuha
.
15.2
Doa
Solat Sunat
Hajat
[106]
[107]
15.3
Doa
Solat Sunat
Tahajjud
[108]
15.4
Doa
Perjumpaan &
Perpisahan Majlis
[109]
.
,
[110]
[111]
[112]
[113]
15.8
Doa Yaasin
[114]
[115]
15.9
Doa
Khatam
Al-Quran
[116]
KOD: 16
MENGHAFAZ BACAAN SELAWAT
16.1
Alunan
Qasidah Selawat
[117]
16.2
Selawat
Ibrahimiah
[118]
16.4
Selawat Syifa
16.5
Selawat Nur
16.6
Selawat Fatih
[119]
16.8
Selawat Munjiat
[120]
KOD 17 - KOD 22
( SILA RUJUK BUKU LAPORAN IMAM REMAJA )
___________________________________________
Maksudnya : " Siapa yang Allah mahukan kebaikan padanya , nescaya Allah
memberikan kefahaman agama kepadanya " .
( HR Al-Bukhari dan Muslim )
[121]
Sumber Rujukan :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
Al-Quranul Karim .
Hadis Nabi SAW .
Aqidah ; Keyakinan Dan Penghayatan . Oleh : Abdul Rahman Rukaini .
Asas Aqidah Islam. Disusun oleh : Abdul Aziz Omar Ahmad .
Asas Bimbingan Fardhu Ain Lengkap ( Jilid 1 &2 ) . Oleh : Haji Abu Bakar
Yacub.
Bekalan Seorang Muslim . Oleh : Abdullah bin Jarillah bin Ibrahim Al-Jarullah.
Beriman Kepada Allah . Oleh : Tn. Guru Hj. Abdul Hadi Awang .
Bimbingan & Panduan Fardhu Ain . Oleh : Muhammad Isa Selamat.
Buku Teks Pengetahuan Islam Ting. 1,2 & 3 ( SRP ) , 4 & 5 ( MCE / SPM )
Oleh : Abd. Aziz Umar & Ishak Abas .
Buku Teks Tasawwur Islam Ting. 4 . Oleh : Ramlan bin Ahmad & Nor Aishah
binti Raduan .
Buku Teks Tasawwur Islam Ting. 5 . Oleh : Safaee Zakaria & Mohd. Daud .
Doa & Adab Sunnah Rasulullah SAW . Oleh : Muhammad Asheek Ilahi .
Falsafah Perundangan Islam . Oleh : Dr. Amir Husin Mohd. Nor , Dr. Abdul
Basir Mohamad & Dr. Mohd. Nasran Mohamad Zaini Nasohah .
Fiqh Sunnah ( Jilid 1 ) . Oleh : As-Sayyid Sabiq .
Fikih Hiburan . Oleh : Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi .
Halal Dan Haram Dalam Islam . Oleh : Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi .
Himpunan Doa-Doa Pilihan . Oleh : Prof. Dr. Haron Din & Ust. Ishak Din .
Indahnya Hidup Bersyariat . Oleh : Dato Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen
Ab. Hamid .
Iman : Rukun , Hakikat & Pembatalan . Oleh : Dr. Muhammad Naim Yasin.
Inilah Akidah Muslim . Oleh : Tn. Guru Hj. Abdul Hadi Awang .
Kitab Fikah Mazhab Syafie ( Jilid 1, 2 & 8 ) . Oleh : Dr. Mustofa Al-Khin ,
Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji.
Kumpulan Doa Harian . Diselenggarakan oleh : PERKAYA .
Majalah al-Ustaz , Isu Perdana . Telaga Biru Sdn. Bhd.
Majalah Q&A . Isu no. 13 & 15 . Galeri Ilmu Sdn. Bhd .
Majalah Solusi . Isu no. 60 . Telaga Biru Sdn. Bhd.
Mengenal Diri Dan Wali Allah . Oleh : Mustapha Mohamed Al-Jiasi Al-Ahmadi.
Melatih Diri Menuju Jalan Sufi . Oleh : Kasmuri Selamat MA .
Merungkai Persoalan Korban Dan Akikah . Oleh : Dr. Zulkifli bin Mohamad
Al-Bakri
Pengantar Pengetahuan Islam . Oleh : Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi .
Pengantar Syariat Islam . Oleh : Mohd. Saleh Haji Ahmad .
Sabil Al-Muhtadin ; Korban , Akikah , Perburuan , Sembelihan Dan
Pemakanan . Oleh : Al-Allamah Al-Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah
Al-Banjari . Disunting oleh : Datuk Hj. Md. Hashim Yahaya .
Seni & Hiburan Dalam Islam . Oleh : Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi .
Senjata Mumin . Oleh : Ustaz Haji Muhidir bin Haji Tamjis .
Teks Usrah Peringkat Pengenalan . Oleh : Ust. Idris Ahmad.
101 Doa Daripada Hadis-Hadis Sahih . Oleh : Zahazan Mohamed.
300 Hadis Bimbingan .Oleh : Zahazan Mohamad & Ahmad Hasan Mohd.
Nazam.
[122]