Anda di halaman 1dari 3

TUGAS

MATA PELAJARAN FIQIH

P U A S A NAZAR

D
I
S
U
S
U
N

OLEH :
SEPTIAN ZR
KELAS IX-7

MADRASAH TSANAWIYAH NEGERI II


BANDA ACEH
Puasa Qada ialah puasa yang wajib ditunaikan kerana bagi menggantikan
puasa yang telah ditinggalkan pada bulan Ramadan dahulu diatas sesuatu
sebab ataupun kelonggaran yang diizinkan oleh syarak seperti sakit tenat,
bermusafir, haid, nifas, bersalin dan sebagainya. Puasa Ramadan yang
ditinggalkan adalah wajib diqada sebanyak hari yang ditinggalkan itu
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dalam firman-Nya yang
tafsirnya :
"Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu
pada hari-hari yang lain."
(SurahAl-Baqarah:184)

Puasa nazar wajib ditunaikan apabila kita telah berperoleh ataupun


berjaya mendapatkan sesuatu apa yang kita ingini itu. Jika apa yang kita
nazarkan itu tidak berjaya maka tidaklah wajib keatas kita untuk
menunaikan nazar tersebut. Contohnya seperti berkata seseorang itu
sekiranya ditakdirkan isteriku melahirkan anak perempuan maka aku
bernazar untuk berpuasa satu hari. Jika betul ia mendapat anak
perempuan maka wajiblah ia berpuasa.

Apabila bertemu wajib dan wajib,maka perlu laksanakan kedua-


duanya secara berasingan kerana niatnya kedua-dua puasa ini
berbeza. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sady (ex-Lajnah Fatwa
Iraq) dan Prof Dr Mohd Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat
bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan
wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus
yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi
mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini
pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan
wajib mereka.

MATLAMAT puasa jika dikerjakan dengan penuh penghayatan akan dapat


membentuk manusia menjadi orang yang bertakwa sebagaimana perkara
ini dijelaskan oleh Al-Quran.
Di samping itu puasa juga merupakan ibadat yang istimewa di sisi Allah
Subhanahu Wataala kerana setiap ganjaran atau balasan kepada orang
yang berpuasa diberikan dan dinilai oleh Allah Subhanahu Wataala sendiri
sebagaimana yang disebut oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam,
Baginda bersabda yang maksudnya:

"Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :

"Allah Subhanahu Wataala berfirman : "Setiap amalan anak Adam


(manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai
baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya
puasa itu adalah untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa
dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendirilah yang akan
menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada
mereka yang berpuasa."
(Hadis riwayat Bukhari)

Anda mungkin juga menyukai