Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN AKTIVITI

TOPIK BUTIRAN / AKTIVITI

NAMA PROGRAM KANTIN KITA: GEMILANGKAN BERSAMA

MATLAMAT Supaya murid lebih berdidiplin semasa berada di kantin.

Setelah mengikuti program ini, murid-murid dapat:


1. Memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang penggunaan
kantin yang betul.

2. Murid dapat mengamalkan adab makan yang betul.


OBJEKTIF
3. Murid dapat mematuhi peraturan-peraturan semasa di kantin.

4. Murid dapat menjaga kebersihan & kemudahan-kemudahan


yang ada di kantin dengan sebaiknya.

TARIKH
PELAKSANAAN 26 29 Januari 2016
1. Kelas
TEMPAT 2. Dewan Gemilang
3. Kantin

SASARAN Semua murid SK USJ 12

PERSONALIA Unit Kantin Sekolah Kebangsaan USJ 12

IMPAK Alhamdulillah program ini dapat dijalankan dengan baik mengikut


apa yang dirancang. Program ini juga mendapat kerjasama yang
baik di antara semua guru dan murid-murid keseluruhannya.

Kekuatan:
1. Program dapat dijalankan dengan baik dan mendapat

sambutan yang baik daripada guru-guru dan murid-murid.

2. Program dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancang .

3. Guru berjaya menasihati murid yang suka makan secara


REFLEKSI
bersila di laluan Susur Gajah di kawasan kantin. Tiada lagi

murid yang duduk bersimpuh di atas lantai yang kotor

selepas guru mengatakan laluan itu mungkin terdapat najis

kerana laluan orang ramai dari luar sekolah.

Kelemahan :
1. Kawalan disiplin agak lemah pada waktu rehat, mungkin

kerana kesibukan guru. Masih ada lagi murid yang berlari di

sekitar kantin dan dalam kantin.

2. Masih ada beberapa pinggan dan cawan yang tidak

diangkat dan ditinggalkan di atas meja batu dan di tepi

longkang. Sekiranya ada guru yang mengambil tindakan

dengan menegur atau mengambil tindakan lebih tegas,

masalah ini dapat diatasi.

Penambahbaikan :
1. Semua guru bertugas mingguan perlu ada di kantin bagi

memberi teguran kepada murid-murid yang melakukan

kesalahan atau tidak mengangkat pinggan dan cawan yang

digunakan
2. Semua guru harus bertindak apabila berjumpa dengan

murid yang tidak mematuhi peraturan agar masalah disiplin


murid dapat diatasi dan menimbulkan keinsafan kepada

murid yang melakukan kesalahan dan menjadi iktibar

kepada murid lain.


3. Guru AJK Kantin perlu melaksanakan pembahagian meja

mengikut kelas agar tiada sampah, pinggan dan cawan

ditinggalkan di atas meja.

Disediakan oleh,

.............................................
(NORHASIMAH BINTI IDRIS)
Setiausaha Unit Kantin,
Sekolah Kebangsaan USJ 12.

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM KANTIN KITA GEMILANGKAN BERSAMA

Anda mungkin juga menyukai